Anda di halaman 1dari 11

SARJANA MUDA PENGURUSAN

MEI / 2019

BBDH4103

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN......................................................................................................................1-2
TEKNIK LATIHAN DALAM KERJA..................................................................................3-4
TEKNIK LATIHAN LUAR MASA BEKERJA....................................................................5-6
PENGESYORAN MENGENAI TEKNIK LATIHAN YANG DIGEMARI..........................7-8
KESIMPULAN..........................................................................................................................9
PENGENALAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Sumber Manusia merupakan salah satu
komponen penting dalam sesebuah organisasi. Tanpa komponen ini, organisasi tidak dapat
mencapai matlamatnya dengan baik. Oleh hal yang demikian, latihan merupakan perkara
pertama yang perlu dilaksanakan oleh bahagian Sumber Manusia dalam sesebuah organisasi
kepada pekerja yang baru menyertai sesebuah organisasi. Latihan berterusan oleh pekerja
dapat memastikan organisasi diperlengkapi dengan pekerja yang berpengetahuan dan
berkemahiran dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
Pada mulanya, Mc Lagan (1989) telah mencadangkan bahawa terdapat 3 pendekatan
yand perlu dilakukan dalam pembangunan sumber manusia. Ini termasuklah latihan dan
pembangunan, kerjaya dan pembangunan serta pembangunan sesebuah organisasi. Semua
pendekatan yang deperkenalkan oleh beliau berasaskan kepada aktiviti pembelajaran
berterusan yang sistematik yang disusun oleh organisasi. Secara umumnya, latihan
dikenalpasti sebagai proses pembelajaran yang sistematik bagi melengkapi pekerja dengan
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diperlukan oleh pekerja bagi meningkatkan prestasi
kerja dan membantu organisasi mencapai matlamatnya.
Menurut DeSimone, Werner dan Harris (2002), latihan dapat dikaitkan dengan aktiviti
pembelajaran yang berterusan agar seseorang itu diperlengkapi dengan kemahiran untuk
melaksanakan tugasan yang memenuhi keperluan organisasi. Melalui latihan pekerja dapat
memperbaiki dan memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu, kebolehan, kemahiran untuk
memenuhi keperluan kerja masing-masing.
Nadler (1985), menyatakan bahawa latihan mempunyai kaitan dengan tugasan yang
dilakukan oleh pekerja pada masa kini. Latihan yang diterima juga perlu mempunyai kaitan
dengan kerja-kerja yang akan dilakukan oleh seseorang pekerja. Ini kerana, adalah sangat
penting bagi seseorang pekerja itu untuk mengaplikasikan semua latihan yang diterima oleh
pekerja sebaik pulang di tempat pekerjaan.
Blanchard & Thacker (1999) pula berpendapat bahawa latihan merupakan proses
yang sistematik untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta meningkatkan
kemampuan untuk melakukan tugasan pada masa akan datang.
Kesimpulannya, latihan merupakan salah satu aktiviti yang sangat penting dalam
sesebuah organisasi. Ini bagi memastikan semua pekerja diperlengkapi dengan pengalaman,

1
kemahiran yang membawa kesan yang baik terhadap organisasi. Ini lebih memudahkan
organisasi untuk mencapai semua matlamatnya kerana mempunyai pekerja yang terlatih.

2
TEKNIK LATIHAN DALAM KERJA
Kemahiran, pengetahuan seseorang pekerja itu dalam suatu-suatu pekerjaan
datangnya dari latihan yang diterimanya daripada pihak organisasi. Latihan sangat ditekankan
dalam organisasi agar semua pekerja yang baru akan berpotensi untuk membantu syarikat
dalam mencapai matlamat syarikat. Oleh itu, latihan yang berterusan merupakan langkah
yang proaktif yang perlu diambil dalam organisasi demi kejayaan organisasi tersebut. Secara
umumnya, kaedah latihan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu latihan semasa
bekerja (On-the-job training) dan latihan luar masa bekerja (Off the job training).
Latihan di tempat kerja atau ”on-the-job training” merupakan salah satu cara yang
diperkenalkan oleh organisasi untuk mengajar pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang
diperlukan oleh pekerja agar mereka dapat melakukan tugas mereka dengan betul di tempat
kerja. Pekerja belajar dalam suasana dimana mereka perlu mengamalkan pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh semasa laihan dilaksanakan. Latihan ditempat kerja adalah dengan
menggunakan mesin, dokumen, peralatan dan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh
semasa latihan. Pada kebiasaannya, latihan berlaku dalam persekitaran kerja yang biasa dan
mungkin semasa melakukan kerja sebenar. Terdapat beberapa kaedah yang dikategorikan
sebagai latihan semasa bekerja seperti pusingan kerja, latihan panduan kerja, mentor dan
latihan buat kendiri.
Kaedah latihan pusingan kerja dilaksanakan dengan menempatkan pelatih dibeberapa
jabatan organisasi secara bergilir. Ini dilakukan bagi memberi pengalaman kerja kepada
pelatih disamping melihat hubungan antara jabatan-jabatan yang lain secara keseluruhannya.
Sebagai contoh, di syarikat Kim Loong Resource Berhad, pekerja yang baru menyertai
syarikat tersebut dalam bidang pemprosesan minyak kelapa sawit mentah akan diberikan
peluang untuk melakukan pusingan kerja dari satu bahagian ke bahagian lain dalam proses
menghasilkan minyak kelapa sawit mentah. Laithan berasaskan pusingan kerja ini penting
bagi mempersiapkan pekerja dengan kemahiran pengurusan am. Walaubagaimanapun
pusingan kerja perlulah bersesuaian dengan keupayaan pekerja agar latihan tersebut cepat dan
berkesan.
Selain itu, latihan panduan kerja juga boleh digunakan bagi latihan di tempat kerja
secara berterusan. Kaedah ini merupakan proses pembelajaran yang berterusan sering
digunapakai oleh jurulatih kepada kakitangan untuk melatih mereka mengenai tugasan
mereka terhadap suatu kerja. Kaedah ini menjelaskan secara terperinci mengenai perkara

3
yang perlu diketahui oleh pelatih semasa musim latihan. Latihan ini bermula dengan
mempersiapkan pelatih agar mereka faham mengenai harapan syarikat terhadap mereka.
Seterusnya, jurulatih perlu memperkenalkan tugasan setiap pekerja agar mereka mampu
melaksanakan kerja mereka dengan lebih berkesan. Bukan itu sahaja, maklum balas
berhubung dengan prestasi pelatih juga penting bagi mengetahi tahap pemahaman pelatih
terhadap skop kerja mereka. Langkah terakhir dalam melaksanakan kaedah latihan ini ialah
dengan memantau perkembangan prestasi kerja sehingga mereka mampu melakukannya
sendiri.
Teknik mentor pula melibatkan pemadanan pelatih dengan kakitangan yang lama.
Kakitangan yang lebih berpengalaman ini akan memberikan tunjuk ajar, sokongan dan
dorongan agar pelatih akan lebih cekap dalam menjalankan tugasan kerjanya. Pelatih akan
mempunyai masa untuk memperhatikan cara-cara pekerja lama melaksanakan sesuatu
tugasan dengan tepat dan berkesan. Mentor akan memperbaiki segala kelemahan yang
dihadapi oleh pelatih sepanjang tempoh latihan bersamanya. Ini akan memudahkan pekerja
baru untuk menilai tahap pencapaiannya dalam latihan yang diberikan kepadanya.
Contohnya, syarikat Terus Maju Sdn Bhd, menggunakan taknik mentor untuk melatih pekerja
yang baharu. Ini lebih mudah dilaksanakan dan menjimatkan kos kerana mentor yang
diperlukan tidaklah daripada luar syarikat, tetapi pekerja yang lama dalam syarikat itu sendiri.
Tambahan lagi, latihan buat kendiri juga merupakan salah satu kaedah latihan semasa
bekerja. Kaedah ini ialah asas kepada pembelajaran kendiri dimana dikatakan bahawa
pembelajaran yang paling efektif ialah sekiranya pelatih atau pelajar mengenal pasti
permasalahaan yang dihadapinya. Kaedah ini menggunakan pendekatan yang memerlukan
pelatih mengenal pasti tanggungjawab yang efektif yang sesuai dengan maklumat yang
dikenalpasti. Seterusnya, jurulatih akan memberikan rangka kerja terhadap maklumat yang
diperlukan untuk menyiapkan suatu tugasan. Program ini dirancang dan semua laporan
dihantar kepada pengurus bahagian, ketua bahagian atau orang yang bertanggungjawab
memastikan latihan yang diberikan benar-benar cekap dan berkesan.
Oleh itu, pemilihan kaedah latihan sangat mempengaruhi proses latihan yang efektif.
Latihan yang diberikan perlu benar-benar sesuai dengan pelatih agar proses latihan menjadi
mudah dan menjimatkan kos.

4
TEKNIK LATIHAN LUAR MASA BEKERJA
Pada kebiasaanya, kaedah latihan ini dilaksanakan dalam bilik latihan atau bilik
mesyuarat, dimana latihan ini pada umumnya menekankan teknik latihan yang berasaskan
teori. Latihan ini dijalankan samada dalam persekitaran organisasi itu atau di bilik seminar
hotel dan sebagainya. Kelemahan kaedah latihan ini ialah semua latihan yang diterima tidak
dapat diaplikasikan secara terus dalam tempat kerja sebenar. Selain itu, kaedah latihan ini
juga memakan kos yang tinggi kerana memerlukan tenaga pengajar dari luar syarikat untuk
menjalankan latihan ini. Namun latihan ini pula dapat memfokuskan terhadap suatu tugasan
kerana persekitarannya yang selesa dan tidak sibuk seperti dalam latihan sewaktu bekerja.
Latihan luar waktu bekerja seperti ceramah, teknik audio visual, teknik kajian kes dan
perbincangan.
Teknik ceramah merupakan kaedah penyampaian maklumat tertentu oleh pakar-pakar
dalam bidang yang tertentu kepada peserta. Kaedah ini efektif dalam menyampaikan
maklumat dan fakta kepada sejumlah pekerja baru dalam sesebuah organisasi dengan tepat,
padat dan singkat. Penyampaian ceramah akan lebih menarik sekiranya bahan-bahan latihan
seperti gambar, nota, slaid dan carta digunakan semasa latihan. Program ini pula tidak
memberi peluang kepada pelatih untuk bertanya soalan dan mengutarakan pendapat mereka
terhadap sesuatu perkara kerana ianya merupakan komunikasi sehala.
Selain itu, teknik audio visual juga merupakan salah satu kaedah latihan luar masa
bekerja. Teknik ini melibatkan beberapa bahan seperti media static iaitu bahan yang tidak
bergerak nota, slaid, kertas bercetak dan banyak lagi. Selain itu, media dinamik pula
merupakan bahan yang boleh bergerak seperti rakaman filem, cakera padat, ‘pendrive’,
rakaman audio dan sebagainya.tambahan lagi, telekomunikasi secara umumnya
menggunakan rangkaian internet untuk program latihan dijalankan. Kebiasaannya latihan ini
memerlukan alat seperti telefon pintar dan komputer. Syarikat penggusaha AIFA hotel sering
menggunakan teknik latihan ini kerana mereka mempunyai peralatan yang cukup untuk
melatih pekerja baharu mereka. Teknik ini dikatakan berkesan kerana jangka masa yang
dierlukan untuk proses latihan singkat, tepat dan padat.
Bukan itu sahaja, kaedah kajian kes juga semakin giat digunakan oleh organisasi
kepada pelatih kerana kaedah ini berupaya memberikan cabaran, latihan, pengalaman dalam
menyelesaikan sesuatu isu. Pada dasarnya kaedah ini ialah penguraian suatu situasi atau
permasalahan yang dicipta untuk tujuan pembelajaran dan latihan. Latihan ini bertujuan

5
untuk meningkatkan kebolehan pelatih dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Pelatih dikehendaki untuk mengenal pasti dan menyediakan pelan tindakan untuk
menyelesaikan masalah yang berkenaan dalam suatu kes. Kaedah ini boleh dilaksanakan
secara individu mahupun berkumpulan mengikut kepada keberkesanan latihan yang
diberikan.
Latihan menggunakan teknik perbincangan sering digunakan kerana mempercepatkan
proses latihan dan menjimatkan kos. Kaedah ini merupakan komunikasi dua hala samada
antara peserta mahupun kepada tenaga pengajarnya. Teknik ini menggalakkan peserta untuk
melibatkan diri secara aktif dalam latihan yang dilakukan. Tenaga pengajar haruslah cekap
dan berpengalaman dalam menjawab semua soalan-soalan berkaitan topik yang dibincangkan
dalam sesuatu latihan tersebut. Sebagai contoh, teknik latihan secara perbincangan sering
digunakan oleh jurulatih syarikat Mega Construction Sdn Bhd untuk melatih pekerja baru
dalam membincangkan isu hangat dalam perniagaan kini. Aspek pemilihan topik perlulah
bersesuaian dengan pelatih agar latihan berkesan.
Secara keseluruhannya, teknik latihan luar masa bekerja juga mendatangkan kebaikan
kepada individu itu sendiri. Teknik ini membolehkan pekerja menumpuhkan perhatian
dengan latihan kerana persekitarannya yang tidak sibuk. Pelatih dapat memahami dengan
lebih jelas mengenai skop-skop kerja yang diberikan kepadanya.

6
PENGESYORAN MENGENAI TEKNIK LATIHAN YANG DIGEMARI
Latihan yang efektif akan mendatangkan kebaikan kepada pekerja mahupun
organisasi tersebut. Ini juga akan mempengaruhi kemajuan suatu organisasi sekiranya
pekerjanya diperlengkapkan dengan kemahiran yang tinggi yang diperoleh daripada proses
latihan. Latihan yang berkesan akan memendekan jangka masa latihan dan menjimatkan kos
organisasi. Kaedah latihan yang boleh menjadi pilihan utama organisasi pada masa kini ialah
latihan yang dilakukan semasa waktu bekerja. Tetapi terdapat juga beberapa kaedah latihan
yang dijalankan diluar waktu bekerja yang boleh dilakukan oleh organisasi untuk
pembelajaran tambahan kepada pelatih.
Kaedah latihan pusingan kerja memang tidak asing lagi bagi kalangan organisasi di
Malaysia secara khusus. Kaedah ini memerlukan pelatih untuk bertugas dalam satu-satu
jabatan di bawah seliaan individu yang bertanggungjawab menyelia prestasi pelatih. Kaedah
ini membolehkan kakitangan yang baru menyesuaikan diri mereka dengan aktiviti dan
proses-proses kerja di semua jabatan. Pelatih akan mempunyai peluang untuk merasai sendiri
pengalaman bekerja di semua jabatan dalam sesebuah organisasi. Kaedah ini juga membantu
pelatih untuk memahami semua fungsi organisasi. Selain itu, kaedah latihan ini juga mudah
dilakukan kerana ia dijalankan semasa waktu bekerja dan dianggap sebagai sebahagian
daripada tugas sebenar dalam organisasi.
Bukan itu sahaja, kaedah mentor juga boleh dilakukan oleh sesebuah organisasi.
Kaedah ini membolehkan pelatih untuk meningkatkan kemahiran mereka daripada
kakitangan yang telah lama bekerja dalam organisasi tersebut. Kaedah ini menjimtkan masa
dan kos latihan kerana sumber jurulatih datangnya sendiri daripada organisasi tersebut.
Disamping itu, pelatih akan belajar daripada mentor dengan masa sebenar (real time) yang
memudahkan proses latihan. Ini sekali gus dapat menilai prestasi pelatih dari semasa ke
semasa. Sebarang kelemahan juga dapat diatasi dengan cepat dan berkesan dibawah
bimbingan mentor.
Seterusnya, kaedah latihan berasaskan ceramah dan perbincangan juga sering menjadi
pilihan utama organiasi. Pada kebiasaannya latihan jenis ini digunakan pada awal proses
latihan untuk memperkenalkan aspek-aspek yang penting dalam syarikat seperti visi, misi dan
sebagainya. Kaedah ini sememangnya menjimatkan masa latihan dan merupakan latihan yang
efektif dalam menyampaikan maklumat dan fakta kepada sekumpulan besar pelatih. Kaedah
perbincangan juga sangat membantu dalam proses latihan. Ini kerana latihan ini merupakan

7
komunikasi dua hala yang merangsang pengelibatan aktif pelatih dalam latihan yang
diberikan. Pelatih juga dapat menyoal jurulatih mengenai topik-topik perbincangan yang
dipilih.
Tambahan lagi, kaedah latihan panduan kerja juga boleh digunakan dalam proses
latihan oleh sesebuah organisasi. Kaedah ini dapat melatih kakitangan yang baru dalam
melakukan tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka secara terperinci
sepanjang tempoh latihan dilaksanakan. Latihan ini dapat mempersiapkan pelatih dengan
kefahaman mereka mengenai visi dan misi organisasi. Selain itu, pelatih juga didedahkan
dengan tugasan mereka secara berperingkat sepanjang tempoh latihan agar mereka dapat
melaksanakan tugasan mereka dengan betul. Tambahan lagi, dengan kaedah ini pelatih dapat
dinilai dari semasa ke semasa agar semua kelemahan dapat diperbaiki supaya pelatih mampu
berdikari dan dapat mengenalpasti kemahiran masing-masing semasa latihan.
Kesimpulannya, pemilihan kaedah latihan yang betul oleh organisasi perlu agar proses
latihan berjalan dengan lancer. Bukan itu sahaja, aspek penjimatan masa latihan turut menjadi
keutamaan agar kos latihan dapat dikurangkan untuk kebaikan organiasi itu sendiri.

8
KESIMPULAN

Sumber Manusia merupakan salah satu komponen penting dalam sesebuah organisasi.
Tanpa komponen ini, organisasi tidak dapat mencapai matlamatnya dengan baik. Oleh hal
yang demikian, latihan merupakan perkara pertama yang perlu dilaksanakan oleh bahagian
Sumber Manusia dalam sesebuah organisasi kepada pekerja yang baru menyertai sesebuah
organisasi. Kemahiran, pengetahuan seseorang pekerja itu dalam suatu-suatu pekerjaan
datangnya dari latihan yang diterimanya daripada pihak organisasi.
Secara umumnya, kaedah latihan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu latihan
semasa bekerja (On-the-job training) dan latihan luar masa bekerja (Off the job training).
Latihan semasa bekerja merupakan latihan yang dijalankan di dalam premis itu sendiri
semasa bekerja. jenis latihan ini membolehkan organisasi membentuk dan mengawal
pelaksanaan proses latihan. kaedah yang terkandung dalam kategori ini seperti latihan
pusingan kerja, latihan panduan kerja, mentor dan latihan buat kendiri. Kaedah-kaedah ini
bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada pekerja untuk melakukan kerja mereka
seperti tugasan sebenar mereka dalam suatu organisasi.
Latihan luar masa bekerja pula merupakan latihan yang dijalankan di luar waktu
bekerja dalam lingkungan premis organisasi seperti bilik mesyuarat, ruangan latihan dan juga
di luar kawasan premis seperti bilik seminar hotel. Latihan luar waktu bekerja termasuklah
ceramah, teknik audio visual, teknik kajian kes dan perbincangan. Pada kebiasaanya latihan
yang melibatkan luar waktu bekerja memakan kos yang agak tinggi untuk dilaksanakan.
Latihan yang efektif perlu dilaksanakan oleh organisasi agar proses latihan dapat
berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecacatan. Oleh pihak organisasi perlulah memilih
langkah yang bijak untuk memilih kaedah latihan yang terbaik untuk kebaikan kedua-dua
pihak. Kaedah latihan pusingan kerja, mentor, teknik ceramah dan latihan panduan kerja
antara kaedah yang terbaik yang boleh digunakan oleh organisasi dalam proses latihan
mereka. Kaedah-kaedah ini mampu melahirkan pekerja yang berpengalaman dan mengetahui
cara menjalankan tugasan mereka dengan betul.
Kesimpulannya, kaedah latihan masa dan luar bekerja mampu melatih pekerja dari
pelbagai aspek kerja. Oleh itu, organisasi perlulah memilih kaedah latihan yang efektif agar
menjimatkan masa dan kos latihan. Bukan itu sahaja, organisasi juga mampu melahirkan
pekerja yang mahir dan cekap melakukan tugasan mereka untuk kebaikan semua pihak.