Anda di halaman 1dari 4

Gerakan Pemisah Bangsa Moro

 Bangsa Moro di Selatan Filipina secara amnya tidak pernah mengiktiraf kewujudan kerajaan di pada masa-
masa lepas samada semasa penjajahan atau kemerdekaan kecuali Sultan mereka.
 Gerakan Pemisah di negara tersebut telah bermula sejak penjajahan lagi dan semasa penjajahan Sepanyol
lebih kurang 300 tahun.
 Malahan pihak Sepanyol sendiri tidak pernah berjaya mengkristiankan bangsa ini walaupun mereka telah
berjaya berbuat demikian di kawasan utara negara tersebut. Keadaan ini disebabkan oleh kewujudan
kewujudan pejuang pemisah yang tidak pernah putus di Selatan Filipina.
 Hal yang sama juga berlaku semasa pentadbiran Amerika di Filipina lebih kurang 50 tahun di Filipina

1. Permusuhan Muslim-Kristian di Selatan Filipina


 Sejarah Filipina (dan Selatan Filipina) menyaksikan beberapa penjajahan berlaku di negara tersebut.
Penduduk Sepanyol secara kekal di negara ini bermula apabila Miguel Lopez de Legazpi membuat
penempatan pertama di Cebu pada 1565.
 Apabila beliau tiba di Luzon, beliau menyedari bahawa Manila sangat penting kepada pusat
perdagangan dan pentadbiran. Beliau kemudiannya menumbangkan kerajaan Kesultanan Sulu yang
diketuai oleh Raja Soliman dan menyebabkan sejumlah besar penduduk Islam ini melarikan diri ke
Selatan terutamnya Mindanao dan Sulu.
 Jumlah kumpulan muslim yang kecil ini menyebabkan mereka sering ditindas oleh kerajaan disamping
kerajaan Filipina mengalakkan penghijrahan kumpulan Kristian ke selatan dan menyebabkan
berlakunya masalah agama antara Muslim-Kristian.
 Sepanyol pada Kurun ke 16, berjaya menawan Luzon dan kepulauan Visayan dan kemudian bertindak
mewujudkan pengkalan yang kuat di bahagian Timur Mindanao dan Semenanjung Zamboanga.
 Walau bagaimanapun, Sepanyol gagal untuk menawan wilayah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu
di Mindanao. Semasa tempoh ini, Sepanyol bertindak menjadikan tentera-tentera berbangsa Filipino
untuk menentang kesultanan ini. Ini menambahkan konflik agama antara kedua-dua kumpulan ini.
2. Tanah
 Masalah utama yang timbul adalah berkait dengan Tanah dimana undang-undang tanah yang
diperkenalkan menghendaki agar tanah-tanah di Filipina ini didaftarkan.
 Oleh itu, tanah-tahan yang tidak didaftarkan secara tidak langsung akan membuka peluang kepada tanah
tersebut dimiliki oleh orang Filipino dan penduduk Amerika Syarikat.
 Selain itu, kerajaan kolonial turut mengalakkan kemasukkan penduduk-penduduk dari kawasan yang
padat di utara ke Mindanao.
 Dalam hal ini, para pelabur dari Amerika, penduduk Filipina dan syarikat-syarikat lain digalakkan untuk
membuka ladang-ladang yang besar di negara tersebut.
 Malahan semasa pentadbiran Amerika di Filipina ia sangat mengalakkan agar perpindahan penduduk ini
dilakukan secara giat.
 Untuk tujuan ini, kerajaan menyediakan sejumlah besar pinjaman kepada mereka yang ingin berpindah
ke bahagian selatan negara ini.
 Malahan sekitar 1903 hingga 1906, kawasan tanah yang diberikan kepada penghijrah ini telah
ditingkatkan daripada 40 ekar kepada 200 ekar.
 Selain itu, pada 1902, Land Registration Act telah diperkenalkan untuk membolehkan syarikat swasta
memiliki tanah di negara tersebut. Akta ini diikuti oleh beberapa akta lain misalnya Public Land Act 1905,
1913 , 1914 dan 1919.
 Melalui akta-akta ini, tanah-tanah di negara ini dianggap sebagai hak milik kerajaan tetapi individu-
individu ini masih boleh memohon untuk mendapatkan tanah tersebut.
 Akibatnya, sejumlah besar bangsa Moro menghadapi masalah kehilangan tanah akibat tindakan ini.
Hasilnya, sehingga 1912, terdapat lebih kurang 159 syarikat besar yang mempunyai keluasan tanah
melebihi 100 hektar di Mindanao.
 Ladanag-landang besar ini dimiliki oleh pelabur-pelabur luar antaranya adalah 66 orang pelabur Amerika,
39 pelabur Filipina (majoriti Kristian) dan 27 syarikat dari Eropah manakala 27 syarikat lagi dimiliki oleh
pelabur berbangsa Cina.
3. Tanah era Magsaysay
 Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan berusaha untuk meredakan keadaan yang tidak menentu di
Luzon dan Visayan dengan mengalakkan penduduk-penduduk miskin yang tidak mempunyai tanah untuk
pindah ke Mindanao.
 Semasa era Magsaysay (1953-1957) misalnya, beliau menjalankan pelbagai pembangunan sosio-
ekonomi.
 Beliau bertindak memindahkan penduduk dari utara di Luzon ke kawasan-kawasan lain misalnya pulau-
pulau yang kurang padat penduduk seperti pulau Mindanao, Samar dan Mindoro.
 Projek pembangunan ekonomi yang dilancarkan telah menempatkan 950 keluarga ke tanah-tanah yang
dibeli oleh kerajaan di Mindanao.
 Masalah yang timbul apabila kumpulan yang dihantar ini merupakan mereka yang beragama Kristian.
Ini menyebabkan berlakunya pertembungan Muslim-Kristian.
 Oleh itu, apabila penduduk Muslim ini berusaha mendapatkan semula hak tanah mereka, didapati bahawa
syarikat-syarikat besar ini menggunakan kuasa dan wang untuk mendapatkan semula hak ini termasuk
penggunaan mahkamah yang didominasi oleh orang Kristian.
 Tidak cukup dengan itu, kedua-dua pihak samada pemilik tanah yang beragama Islam dan Kristian ini
cuba memiliki tentera-tentera upahan mereka sendiri untuk menuntut tanah-tanah ini.
 Keadaan ini menjadi bertambah buruk apabila pertembungan tentera ini dan menyebabkan keadaan
menjadi bertambah runcing.

4. Polisi penanaman

Kerajaan Filipina juga terus mengalakkan polisi yang mengalakkan penanaman pertanian di
Mindanao.

Sebahagian besar daripada kawasan-kawasan produktif ini diduduki semula oleh TNC untuk
menanam getah, pisang, betik dan sebagainya.

Malahan syarikat-syarikat pembalakan diberikan konsesi yang besar dan hasilnya berlakulah
pembalakan tanpa kawalan.

Kehilangan wilayah ini menjadi punca yang paling penting yang membawa kepada berlakunya
peperangan pada 1970an.
Perpindahan ini sebenarnya menyebabkan penduduk dari utara berjaya menguasai beberapa sektor
misalnya sekolah, mahkamah, tentera, profesion, syarikat-syarikat besar an lain-lain.

Oleh itu, masalah berlaku apabila tanah-tanah yang diduduki oleh penuduk Moro ini didakwa
dimiliki oleh orang dari utara ini kerana mereka mempunyai dokumen sah mengenai tanah.

Ini lanjutan daropada penguasaan mereka ke atas sektor-sektor yang disebutkan. =Selain
penghijrahan secara sukarela, kerajaan turut bertindak menarik pelabur ke kawasan tersebut
samada dari dalam atau luar. Hasilnya, pada tahun-tahun 1960an, bangsa Moro menjadi bangsa
Minoriti di beberapa wilayah di Filipina. Banyak diantara mereka ini telah kehilangan harta
mereka sendiri melalui transaksi yang sah atau melalui rampasan tanah secara haram biasanya
dengan bantuan pihak polis. Oleh itu, ini meningkatkan permusahan diantara Moro, polis dan
tentera dan golongan politik yang didominasi oleh Kristian. Lebih buruk lagi apabila pengenalan
Undang-Undang Tentera 21 September 1972. Hasilnya, jumlah penduduk Kristian di selatan
Filipina melebihi jumlah penduduk Islam dan ini menyebabkan penduduk Islam semakin tertindas
di negara tersebut.

Anda mungkin juga menyukai