Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU.

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PUTERI ISLAM (PPI)


TAHUN 2015

Tarikh : 14 Januari 2015 (Rabu)


Tempat : Kelas 1 UKM
Masa : 2.10 petang

Kehadiran Guru Penasihat : 1) Puan Raudhah bt Ismail


2) Puan Azura bt Alias
3) Puan Maizan bt Jaafar
4) Puan Wan Rusidah bt Mohamad
5) Puan Wan Izyan Izzati bt Wan Jaafar
6) Cik Ramlah bt Harun

Tidak hadir : 1) Puan Nooralizawaty (Cuti Bersalin)

1. Ucapan aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran para guru penasihat dan ahli Puteri
Islam pada Mesyuarat Agung ini. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang
telah diberi oleh semua guru dan murid untuk bersama-sama menjayakan aktiviti pada tahun
2014. Beliau mengharapkan agar semua guru penasihat akan terus memberikan kerjasama
yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancangkan untuk tahun 2015 dapat berjalan
dengan lancar dan jayanya.

Tindakan : Pn Raudhah bt Ismail


2. Pengenalan Guru-Guru Penasihat
Pengerusi memperkenalkan guru-guru penasihat kepada semua ahli PPI yang hadir. Pengerusi
mengharapkan agar semua ahli dapat mengingati guru-guru penasihat PPI beserta nama-nama
mereka.
Tindakan : Puan Raudhah bt Ismail

3. Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Puteri Islam (PPI)


Pengerusi meminta ahli-ahli mencalonkan beberapa nama ahli yang berkelayakan bagi
memenuhi jawatankuasa Persatuan Puteri Islam bagi tahun 2015. Ahli-ahli yang dipilih serta
dilantik untuk menyandang jawatan di dalam PPI hendaklah menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan baik. Seramai 4 orang ahli dari Tahun 6 dan 4 orang ahli dari tahun 5
telah dicalonkan bagi mengisi jawatankuasa 2015. Melalui sistem undian yang telah dijalankan,
jawatankuasa Persatuan Puteri Islam bagi tahun 2015 adalah seperti berikut ;

1. Pengerusi : Sarah Sofea bt Mahayuddin


2. Naib Pengerusi : Siti Farah Julia bt Mohd Hisyam
3. Setiausaha : Nurul Syafiqah bt Sabaruddin
4. Naib Setiausaha : Nur Najla Najihah bt Mohd Nazri
5. Bendahari : Ayu Shamira bt Mohd Shahrul Mega
6 Ahli Jawatankuasa : Tahun 6
6.1 Nur Zulaikha Fatima bt Zulkeflee
6.2 Nur Afaf Maghfirah bt Nawi
Tahun 5
6.3 Mumtaz Khanam bt Feroz Yunos Khan
6.4 Nur Aina Farhana bt Izazudin

Tindakan : Guru-guru penasihat dan ahli PPI


4. Penerangan Program 2015
4.1 Guru penasihat menerangkan secara ringkas berkenaan aktiviti yang akan dijalankan pada
tahun 2015. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah aktiviti pertandingan memasak antara
Persatuan Puteri Islam dan Tunas Puteri, menggubah bunga plastik, menghasilkan foto
gambar daripada bahan terbuang, pertandingan buku skrap, jahitan manik dan butang
serta aktiviti menghias kek. Guru penasihat meminta kerjasama semua ahli untuk bersama-
sama menjayakan aktiviti yang dirancang agar aktiviti – aktiviti tersebut dapat berjalan
dengan lancar dan menyeronokkan.
Tindakan : Guru-guru penasihat dan ahli PPIM

5. Hal-hal lain
5.1 Murid-murid diminta untuk memakai uniform yang lengkap beserta lencana Persatuan
pada setiap kali perjumpaan diadakan.
5.2 Penggunaan Buku Log atau sebarang bentuk buku tulis bergaris satu diwajibkan pada
setiap kali aktiviti diadakan.
5.3 Yuran persatuan telah dinaikkan daripada RM 2 kepada RM 3 seorang. Semua ahli diminta
untuk menjelaskan yuran selepas surat kebenaran mengutip yuran bagi unit beruniform
PPI dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( NURUL SYAFIQAH BT SABARUDDIN ) (RAUDHAH BT ISMAIL)


Setiausaha, Ketua Guru Penasihat,
Persatuan Puteri Islam, Persatuan Puteri Islam,
SK Sri Tebrau, SK Sri Tebrau,
Johor Bahru. Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai