Anda di halaman 1dari 12

TAMADUN ISLAM

DAN TAMADUN
BARAT SUATU
PERBANDINGAN
TAMADUN ISLAM DAN BARAT DARI PELBAGAI PERSPEKTIF

Pendapat dari tokoh Islam berkata, tamadun lain selain Islam yang dihasilkan oleh manusia
tidak mampu mewujudkan tamadun yang sempurna dan sebenar. Dalam kaitannya, dengan
tamadun selain Islam, Sayyid Qutb berpendapat bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang
dapat mewujudkan tamadun dan peradaban yang sebenar.

Sejarah telah mengenali tamadun-tamadun besar seperti :Babylon,Assyria,Chaldea,Israel,


Sumeria,Rom, Byzantine,Jepun,China dan Barat. Akan tetapi, perbezaan ketara di antara
tamadun Islam dengan tamadun-tamadun yang disebutkan tadi, ialah, bahawa tamadun Islam
berorientasikan agama dan universal sedangkan tamadun selainnya berorientasikan perkauman
dan tempat.

Al-Quran menekankan pembangunan insan yang kamil,sempurna dan bermanfaat kepada


orang lain dan memberikan sumbangan kepada masyarakat.Sayyid Qutb juga melihat bahawa
tamadun yang dihasilkan oleh Barat sebenarnya bukan sebuah tamadun yang membangunkan
manusia seutuhnya, sebagaimana sepatutnya, akan tetapi tamadun tersebut sebenarnya telah
menghancurkan dan merendahkan manusia. Sebagai contoh, teori evolusi Charles Darwin yang
cukup membuktikan sejauhmana kesan negative terhadap ketemadunan umat manusia.

“man is seen as an autonomous being brought by accidents of natural selection, master of his
own destiny, at least for those who believe in free will, and lord of the earth and the whole
natural environment”.-Seyyed Hussein Nasr. Gambaran beliau bahawa terdapat hubungan yang
erat di antara konsep ketamdunan dan konsep manusia..

Justifikasinya, tamadun adalah merupakan pencapaian yang berlaku di dalam kehidupan


manusia daripada dahulu sampai kini. Akan tetapi, di dalam tamadun Islam ia mempunyai
keistimewaan yang berbeza dengan pencapaian-pencapaian yang wujud di dalam tamadun bukan
Islam. Sudah dinyatakan bahawa, Islam berunsurkan nilai-nilai Rabbani(ketuhanan) yang
berbeza dengan tamadun bukan Islam yang bertunjangkan manusiawi.

Ketemadunan dan peradaban merupakan cirri khas manusia yang tidak terdapat pada makhluk-
makhluk yang lain. Kaitan antara ketamdunan dengan kehidupan manusia jelas diungkapakn
oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya al-Muqaddimah bahawa manusia secara tabiinyya makhluk
yang bertamadun (madaniyyun bi tab’ihi) atau makhluk social yang saling berinteraksi sesame
sendiri dalam pelbagai aspek untuk memenuhi keperluan hidup mereka.

Dengan terbinanya interaksi positif dalam pelbagai lapangan hidup kerana kehidupan ini
merupakan perkongsian antara sesama manusia, inilah hubungan saling kait antara tamadun.
Taburan kekayaan hasil sumber dan kemajuan teknologi moden hendaklah saling “pindah
memindah” di seluruh tamadun. Scenario seperti ini hanya berlaku dan dilakukan oleh tamadun
Islam yang menmba masuk kebanyakan warisan peradaban asing seperti Greek,India, Parsi dan
China lalu disaring dan dicernakan oleh kebudayaan sendiri.

Interaksi antara tamadun telah lama wujud, tidak ada mana-mana tamadun yang wujud dan
berkembang anpa berlakunya proses interaksi dengan tamadun-tamadun yang lain. Interaksi
antara tamadun melahirkan kesan yang baik kepada perkembangan sesebuah tamadun seperti
perkembangan teknologi membuat gula meskipun kesan negatif turut muncul.
DEFINISI TAMADUN DAN HURAIAN ISTILAH BERKAITAN
Tamadun dan peradaban Islam sering difahami oleh segolongan besar umat Islam sebagai
fakta-fakta sejarah tentang kegemilangan umat Islam pada masa silam . Perkataan tamadun dari
sudut etimonologi berasal dari perkataan Arab iaitu madanna yang merujuk kepada perbuatan
membuka Bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Lahir pula perkataan
madani yang bermaksud sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta
kehalusan budi pekerti yang terpuji.

Pendapat ulama:

1. Civilization:maksud yang sama dengan hadarah dan peradaban

2. Prof.Syed Naquib al-Attas: istilah tamadun berasal dari perkataan al-Din

3.Syed Qutb tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilakan oleh sekumpulan
masyarakat.

ASAS TAMADUN ISLAM


1.Akidah
~ Konsep kepercayaan yang akan membentuk iamn kepada Allah Taal, para Rasul, Mailakat,
Kitab, Hari akhirat serta Qada’dan Qadar

~Akidah yang mantap memebentuk system nilai yang menjadi asas ketemadunan itu sendiri.

~Membentuk pemikiran maju dengan mengikis unsure-unsur yang membekukan seperti


Khurafat dan tahyul.

2.Syariah
~Merupakan himpunan dan system perundangan yang merangkumi pelbagai lapangan hidup.
~Penunjuk jalan, penentu kaedah dan perlaksanaan tamadun Islam
~Asas syariah adalah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
3.Akhlak
~Akhlak yang berkaitan dengan sistem nilai dalam kehidupan iaitu nilai kebaikan dan
keburukan.
~Mekanisme yang mengerakkan umat Islam menjadi umat yang bertamadun.
~Imam al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah sifat tertanam dalam jiwa seseorang, yang
dengannya lahir perbuatan hasil daripada pancaran hati sanubari dalamnya.

4.Ilmu
~Islam menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dalam usaha memenuhi keperluan spiritual
dan meraih kebahagiaan.
~Ilmu merupakan pelengkap kepada kebijaksanaan manusia dalam melakukan tindakan.
~Ilmu Islam mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu ketuhanan, terbuka, dan global.

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM

1.Al-Quran
~Kitab suci yang mengandungi nilai mukjizat yang tinggi

2.Sunnah/Hadis
~Merupakan setiap perkara yang Rasulullah S.A.W lakukan sepanjang hidupnya.

3.Ijtihad
~Usaha, kreativiti dan juga inovasi para iluan & pemikir Islam dalam menangani keperluan
umat Islam terutamanya dalam bidang berkaitan dengan kemajuan sains & teknologi social.
MATLAMAT TAMADUN ISLAM

~Matlamat utama adalah mahu mengangkat Islam sebagai al-din (satu cara hidup yang lengkap
dan komprehensif). Bermatlamat sama juga dengan Din al-Islam dari segi misi membawa
rahmat ke dunia ini.Matlamat khusus selain itu, menjaga hubungan manusia dengan Allah
pencipta Alam,Hubungan dengan pencipta merupakan matlamat terpenting dan terakhir dituju
dalam kehidupan. Menjaga hubungan baik sesama manusia bermaksud tamadun Islam
menafikan sebarang diskriminasi, penindasan terhadap etnik tertentu, ekploitasi kudrat
manusiawi, perhambaan sesame manusia. Menjaga hubungan antara manusia dan alam sekitar
membawa makna Allah telah mengulang-ulangkan beberapa perkataan al-Quran berkaitan
penglihatan, pemandangan, pendengaran, selain yang menunujukkan pemikiran iaitu mereka
memahami, mereka berfikir, mereka mengetahui, dan sebagainya.

CIRI-CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM

1.Rabbaniyah
~sumber naqli dijadikan sumber asasi, disamping tidak menafikan kepentingan sumber akli.

2.Universal
~merupakan tamadun sejagat kerana dimiliki oleh sesiapa sahaja dan tidak bersifat eksklusif \
Kepada satu-satu bangsa.

3.Syumul[menyeluruh]
~milik semua orang yang berpegang teguh kepada al-Din

4.Tetap dan anjal


~Islam tidak pernah berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan manusia, tetapi anjal
dari sudut cara dan teknik perlaksanaannya.

5. Takamul[saling melengkapi]
~Tamadun Islam menerima mana-mana unsur luar yang positif dan tidak bercanggah dengan
nilai Islam
NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN ISLAM

~Tamadun Islam mempunayi beberapa lingkup ketamadunan manusia. Hal ini kerana tamadun
islam mempunyai beberapa ciri yang terdapat pada tamadun-tamadun lain. Tetap mementingkan
ciri-ciri yang bersifat material namun diseimbangkan dengan cirri khusus yang menekankan
aspek ruhaniah. Antaranya, nilai kekeluargaan, nilai alam sekitar, nilai kepercayaan, nilai
kepimpinan, nilai penddikan.

PEMIKIRAN KEILMUAN TAMADUN ISLAM

BARAT
~~ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta
merujuk kepada perkara yang boleh dilihat dan dirasai oleh pancaindera zahir dan bersifat
empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera itu dianggap bukan fakta dan
tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka , secara automatic ajaran agama
terkeluar daripda takrif dan ruang lngkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.

ISLAM
~~tiada penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam islam, agama itu sendiri adalah ilmu
dan ilmu adalah agama. Menurut islam, ilmu dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Isilah ilmu
dalam islam merangkumi pelabagai perkara al-Quran, syariah, sunnah, iman, kerohanian,
hikmah, makhrifat,pemkiran , sains dan pendidikan.
Ilmu adalah teras dalam sistem agama Islam dan menduduiki tempat yang tertinggi kerana
mendapat pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia.

“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi
ilnu pengetahuan.”

Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Mujadalah, ayat 11.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sekiranya anda keluar pada waktu pagi untuk
mempelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada anda solat 100 rakaat”.
SUMBER-SUMBER ILMU PENGETAHUAN
~Wahyu: pemberitahuan daripada Allah S.W.T kepada seorang hambanya ang dipilih di
kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlaianan dari apa yang dialami oleh
manusia biassa.

~Pancainera: melalui sentuhan, ciuman, penglihatan, perdengaran, deria rasa merupakan sumber
utama yang berguna bagi manusia.

~Akal:yang membezakan antara manusia dan haiwan. Yang dapat menimbang apa yang buruk
dan baik.

~Intuitsi atau Ilham: dikenali dengan istilah ‘firasat’ atau pandangan Bashirah(tembus0 yang
dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.
PEMIKIRAN POLITIK ISLAM

Politik dalam Islam lebih menjuruskan kepada kegiatan ummah melalui sistem kenegaraan dan
pemerintahan. Bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan
yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hokum syariat Islam. Untuk menegakkan
ad-Din.

ASAS-ASAS SISTEM POLITIK ISLAM


Hakimiyyah Ilahiyyah
~bermaksud kuasa pengadilan dan kedaulatan hokum tertinggi hanyalah hak mutlak Allah
S.W.T. dijelaskan disini, Allah S.W.T yang paling berkuasa dalam kesemua perkara. Dia lah
yang memegang pemerintahan tertinggi dalam alam semesta ini. Dia yang menciptakan makhluk
dan menetukan makhluk-makhluk dengan ketemtuan takdir yang sempurna.

Risalah
~bermaksud kerasulan yang mewakili kekeuasaan tertinggi dalam bidang peundangan dalam
kehidupan. Sepeti contoh Rassulullah S.AW. dia yang memerintahkan manusia agar menerima
segala perintah dan larangan yang ditetapkan Allah.S.W.T.

Khilafah
~membawa maksud kedudukan manusia adalah sebagai wakil Allah S.W.T. bermaksud juga
kekuasaan yang diamanhkan kepada manusia oleh Allah S.W.T dalam batas-batas yang
ditetapkan.

PRINSIP=PRINSIP UTAMA SISTEM ISLAM POLITIK ISLAM - 5


PRINSIP

Musyawarah
~ terbahagi pada dua asas, ;yang pertama berkenaan dengan peilihan ketua negara dan orang-
orang yang akan menjawat tugas-tugas itama dalam pentadbiran ummah. Kedua, berkenaan
dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undang-undang yang termaktub dalam Al-Quran
dan al-Sunnah.dan asas seterusnya, berkenaan dengan jalan –jalan menentukan perkara-perkara
baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad.
Keadilan
~prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala
jenis perhubungan yang berlaku dalam kehiduan manusia, termassuk keadilan rakyat dan
pemerintah.keadilan dalam bidang sosio-ekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya
kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya,telah menjadi peranan utama, untuk
memelihara asas tersebut.

Kebebasan
~kebebasan yang berteraskan kepada ma’ruf dan kebajikan.

Persamaan
~persamaan atau musawah. Terdiri daripada persamman dalam mendapat dan menuntut hak,hak,
persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan oleh
undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang-
undang.

Hak Menghisab Pihak Pemerintah


~ bermaksud hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan mendaat hak penjelasan
terhadap tindak-tauknya.
Firman Allah S.W.T:

“Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan
padanya, dan merosak tanaman-tanaman dan bintanang ternak , dan Allah tidak menyukai
kebinasaan.” (Al-Baqarah:205)
KESIMPULAN

Terdapat banyak huraian tentang tamadun disebabkan para sarjana mendefinisikannya dari
pelbagai perspektif. Sama ada tamdaun dilihat sebagai pencapaian tertinggi yang diperolehi oleh
sesebuah measyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan atau kemajuan dalam konteks
pembangunan material atau kecanggihan teknologi, ia wajar dilihat dalam prospek yang lebih
luas di mana terdapat aspek-aspek lain juga tidak kurang pentingnya bagi sesebuah tamadun
seperti nlai keagamaan, kerohanian, keutuhan institusi keluarga, kehalusan budi pekerti dan
adab, dan matlamat pencapaian kebahagiaan di dunia dan juga akhirat.

Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas mengatakan bahawa istilah tamadun berasal dari
perkataan al-Din yang merupakan asa tamadun tamadun itu sendiri. Ia merujuk kepada
“kehidupan insane yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur
bagi seluruh masyarakat.” Malik Bennabi pula mengakui perlunya tamadun difahami dalam
kedua-dua aspek rohani dan aspek fizikal sahaja. Memberi maksud peradaban adalah sejumlah
kesatuan daripada perbendaharaan yang bersifat moral dan material yang dapat membawa
sebuah masyarakat dan memberikan setiap individu dalam masyarakat tersebut segala keperluan
sosialnya untuk kemajuan. Pada pandangan beliau sebuah peradaban adalah hasil pengunaan
yang efisien terhadap tiga komponen. Ini bergantung kepada satu kekuasaan dalaman iaitu
agama. Beliau menambah kemajuan tersebut bukan diukur dalam ekonomi dan teknologi, akan
tetapi yang lebih penting daripada itu pembangunan moral.

Sebelum tamadun Islam muncul, manusia telah mewujudkan berpuluh-puluh tamadun seperti
tamadun Babylon,Assyria,Chaldea, Israel, Sumeria, Mesir , Phoenicia Jepun, Farsi, Sasani
,Achaemenia,Media,Byzantin, Yunani,Rom,Barat. Perbezaan ketara di antara tamadun Islam
dengan tamadun-tamadun yang disebutkan , ialah bahawa tamadun Islam berorientasikan agama
dan universal sedangkan tamadun lain berorientasikan perkauman dan tempat . dalam erti kata
lain, tamadun lain selian Islam yang dihasilkan oleh manusia tidak mampu mewujudan tamadun
yang sempurna dan sebenar.

Peradaban atau tamadun barat adalah rentetana daripada tamadu dan Yunani yang muncul
2000 tahun sebelum masehi dan tamdun Rom yang muncul sekitar tahun 753 sebelum masehi.
Pemikiran dan falsafah barat adalah berteraskan kepada pemikiran dan falsafah sejarah Yunani
dan Rumawi. Yang mewarnai peradaban Barat adalah, dengan diwarnai dan diberikan identiti
tamadun Barat adalah aspek pemikiran yang muncul jauh lebih awal daripada kemajuan fizikal.
Konsep sekularisme, modenisme, liberalism, humanism, rasionalisme inilahyang berakar umbi
dalam pemikiran barat dan telah mencetuskan kemajuan dalam sains dan teknologi . pemikiran
dan falsafah barat jugalah yang menentukan identity, hala tuju dan destinasi peradaban Barat.
Selain sekularisme, liberalism dan modenisme diperakui sebgai ubat yang mujarab bagi
masyarakat barat yang telah berhasil mengeluarkan mereka daripada kemunduran dan kegelapan
kepada kemajuan dan kemakmuran. Ketiga-tiga pemikiran ini kemudian mehjadi asas kepada
kemunculan beberapa isme-isme lain seperti humanisme, posititivisme, rasionalisme dan
empirisme.

Al-Attas kemudian menyenaraikan cirri-ciri, substansi, dan identity peradaban Barat:


“Reliance upon the powers of the human intellect alone to guide man through life; adherence to
the validity of the dualistic vision of reality and truth; affirmation of the reality of the
evanescent-aspect of existence projecting a secular worldview; espousal of the doctrine of
humanism; emulation of the allegedly universal reality of drama and tragedy in the spiritual, or
transcendental, or inner life of man, making drama and tragedy realand dominant elements in
human nature and existence- these substance , the spirit, the character and personality of Western
culture and civilization”.

Penekanan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani, kebendaan, pemikiran, moral dan
akhlak adalah merupakan keistimewaan peradaban dan tamadun Islam, yang menjanjikan
kesejahteraan, keharmonian dan kebaiakn bagi seluruh umat Islam manusia. Sayyid Qutb juga
melihat bahawa tamadun yang dihasilkan oleh Barat sebenarnya bukan sebuah tamadun yang
membangun seutuhnya, sebagaiman sepatutnya, akan tetapi tamadun tersebut sebenranya telah
menghancurkan dan merendahkan manusia. Teori evolusi Charles Darwin, teori psikoanalisis
Sigmund Freud dan teori materialisme Karl Marx adalah contoh –contoh yang cukup
membuktikan sejauhmana kesan negatif teori-teori tersebut terhadap ketemadunan umat
manusia.

Walaupun tamadun Islam telah memenuhi semua pra-syarat sebuah peradaban yang
terkehadapan, perbezaan dasar antara tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain kerana
berakar umbi kepada Al-Quran dan sunnah, focus pemacuannnay tidak tersasar daripada
landasan akidah, syariah dan akhlak. Sungguhpun tamadun Islam berorientasikan rabbani tetapi
pada masa yang sama seluruh elemen kemanusiaan yang sentiasa dinamis dan responsive
terhadpa tuntutan kehidupan tetap dimartabatkan. Walaupun agama menjadi dasarnya, tetapi
tamdaun Islam turut dibangunkan oleh masyarakat beragama lain kerana mereka dianggap
sebahagian daripada entiti tamadun Islam. Tamadun Islam berunsurkan rabbani(ketuhanan)
berbeza pula dengan tamadun bukan Islam yang bertunjangkan manusiawi. Itulah yang boelh
disimpulkan. Apapun sumbangan tamadun Islam pada dunia secara keseluruhannya memang
suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan.

Anda mungkin juga menyukai