Anda di halaman 1dari 2

Pada masa kini, ramai murid menghabiskan masa lapang dengan perkara yang tidak

berfaedah, sedangkan masa lapang itu adalah masa terluang yang perlu diisi dengan
perkara-perkara yang berfaedah. Terdapat banyak cara untuk murid mengisi masa lapang
dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Misalnya membaca.Hal ini kerana, membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan
dan menjadikan murid fasih atau lancar membaca. Di samping itu, aktiviti membaca dapat
menambahkan pengetahuan seseorang baik dari segi kosa kata atau perkembangan dari
dalam negara mahupun luar negara. Banyak bahan bacaan yang boleh dibaca Contohnya
buku fiksyen, komik, majalah dan lain-lain. Selain itu,Membaca dapat menyeronokkan kita
kerana banyak cerita yang menakjubkan serta aktiviti ini boleh dilakukan dimana-mana
sahaja.

Selain itu, bersukan juga salah satu cara untuk mengisi masa lapang. Contohnya,
berjoging di taman, beriadah bersama keluarga tercinta dan lain-lain lagi. Dengan itu, hidup
kita sentiasa sihat dan ceria bahkan juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan
kasih sayang dalam sesebuah keluarga.

Anda mungkin juga menyukai