Anda di halaman 1dari 5

Gaya/Jenis Kepemimpinan

• Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa


yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat
untuk mencapai objektif organisasi.

• Pada dasarnya gaya/stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis


seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu:
1. Kepimpinan Autokratik
2. Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanis)
3. Kepimpinan Demokrasi
4. Kepimpinan Laissez-Faire (Kebebasan)

Kepimpinan Autokratik:
• Pemimpin bersifat mengarah dan penglibatan surbodinat dalam membuat
keputusan adalah minimum.
• Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas.
• Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal.
• Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan
dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.
• Menggalakkan membuat keputusan sendiri.
• Melaksanakan perancangan tanpa mengambil kira polisi yang telah ditentukan
secara demokratik
• Bertindak tanpa mengira individu/kumpulan terhadap kepuasan, daya
pengeluaran dan daya kreatif.
• Bertindak mencapai objektif melalui paksaan mungkin menjejaskan
kesejahteraan pengikut.
• Berperangai seolah tidak mahu mencampuri atau jadi ahli dalam kumpulan.
• Pemimpin/ kumpulan pentadbir membuat semua keputusan tanpa mengira
keperluan individu/perasaan pengikut.
• Gaya pemimpin adalah satu hala dan pengikut hanya menerima arahan.
• Suasana pembelajaran adalah tegang dan penuh disiplin.
• Menyampaikan maklumat dan kemahiran.
• Melaksanakan perancangan tanpa diganggu
• Bertindak tegas demi keselamatan pekerja
• Bertindak mementingkan hasil
• Kawalan ketat atas ahli-ahli kumpulan

Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanis):


• Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap
kakitangannya.
• Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan
persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan.
• Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.
2

Kepimpinan Demokrasi:
• Pemimpin menggalakkan perbincangan dan pembuatan keputusan bersama
• Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan
kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya.
• Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau
pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.
• Pemimpin mengambil pandangan dan cadangan pengikut dan berbincang
tentang cara-cara meningkatkan prestasi pekerja.
• Kebajikan pekerja diutamakan.
• Hubungan baik antara pemimpin dan pengikut.
• Suasana gembira dan bersama-sama membuat keputusan dalam mengatasi
halangan.
• Mengambil kira pandangan & pendapat pengikut
• Mengambil kira pandangan & pendapat pengikut
• Mempertingkatkan daya kreatif, daya pengeluaran dan kepuasan setiap
pengikut tanpa mengecewakan orang lain
• Sikap pemimpin hendaklah menghormati individu/kumpulan pengikut
• Kelakuan terbuka supaya boleh diterima sebagai ahli kumpulan
• Berkelakuan menggalakkan saluran komunikasi terbuka.

Kepimpinan Laissez-Faire (Kebebasan):


• Pemimpin memberikan kebebasan penuh kepada surbodinat untuk membuat
keputusan secara bersendirian.
• Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu
berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya.
• Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya.
• Kuasa yang ada padanya tidak digunakan.
• Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang
bawahannya.
• Pekerja diberi kebebasan sepenuhnya dalam menentukan tugas dan membuat
keputusan.
• Pemimpin banyak memberi autonomi kepada pengikut untuk menyelesaikan
masalah mereka.
• Suasana adalah bising dan banyak perbualan kerana kakitangan bekerja
mengikut kesukaan masing-masing.

Jenis-jenis Kepemimpinan
Terdapat 4 Jenis Kepemimpinan:
1. Kepemimpinan Semula Jadi
2. Kepemimpinan Berkarisma
3. Kepemimpinan Birokratik
4. Kepemimpinan Teragih

1. Kepemimpinan Semula Jadi


• Dalam sejarah manusia di mana-mana sahaja, akan terbentuk sekumpulan
manusia yang pasti akan diketuai oleh seorang yang berpengaruh meskipun
tidak pernah dilantik secara formal melainkan atas dasar persetujuan semata-
mata.
• Seseorang akan dianggap dan dipatuhi arahannya sebagai ketua mungkin

2
3

disebabkan org yg paling tua, paling berpengalaman, mempunyai kemahiran


tertentu serta mempunyai identiti dan interpersonal yang dikagumi dan
dihormati

2. Kepemimpinan Berkarisma
• Max Weber (1947) menyatakan seseorang ketua dianggap oleh pengikutnya
mempunyai kualiti istimewa dan luar biasa yg mampu memyelesaikan segala
masalah serta pengikut memberikan taat setia yg sepenuhnya.

• House & Howell (1992) menyatakan terdapat tret-tret personaliti tertentu yg


dimiliki oleh pemimpin berkarisma iaitu:-


Keyakinan diri yg tinggi 


Berani menanggung risiko 


Berorientasikan pencapaian 


Berorientasikan kreativiti dan inovasi 


Bertenaga & stamina diri yg tinggi 


Menggunakan pengaruh terhadap pengikut 

Bertimbangrasa, peka & responsif 

3. Kepemimpinan Birokratik
• Max Weber (1989) menyatakan Kepemimpinan Birokratik dilantik ke jawatan yg
disandang secara rasmi dlm sesebuah organisasi & bertindak menggunakan
kuasa yg ada bertujuan memaksimakan kecekapan serta mengurus organisasi
menggunakan pendekatan rasional.
• Kepemimpinan Birokratik memberi penekanan kpd:-


Organisasi yg berorientasikan matlamat 


Pembahagian bidang pengkhususan 


Struktur berhierarki 


Mementingkan peraturan & tatatertib 


Mempunyai prosedur kerja yg amat teknikal 

Perjawatan berdasarkan kelayakan & kecekapan bidang. 

• Packwood (1989) menyatakan dlm sesebuah organisasi yg besar & kompleks,


pentadbiran secara birokrasi adalah suatu ciri yg umum.
• Ciri2 kepemimpinan birokratik dlm organisasi sekolah adalah:-

Guru Besar/Pengetua menduduki hierarki tertinggi dlm struktur
 organisasi sekolah. 


Semua guru memiliki kepakaran dlm bidang masing-masing 


Pematuhan kpd peraturan sekolah & jadual waktu akademik 

Penolong Kanan/Ketua Bidang/Ketua Panitia bertanggungjawab
memastikan segala aktiviti kurikulum & kokurikulum dilaksanakan
mengikut garis panduan & sukatan yg tlh ditetapkan. 

• Pemimpin birokratik berorientasikan tugas & memastikan segala prosedur yg

3
4

diamalkan oleh organisasi dipatuhi oleh setiap ahlinya serta bert/jwb mencapai
matlamat organisasi.

4. Kepemimpinan Teragih
• Kepemimpinan diagihkan dlm suatu jaringan interaktif antara pemimpin dgn
semua ahli & dpt menimbulkan semangat kerjasama serta keakraban sesama
rakan setugas.
• Dianggap sebagai jenis kepemimpinan yg paling sesuai utk organisasi sekolah
kerana sebhg besar ahlinya terdiri drp golongan profesional yg mempunyai
autoriti dlm bidang kepakaran masing-masing.
• Brown, Boyle & Boyle (1989), menyatakan melalui kolaborasi & amalan rakan
sekerja, mrk memperoleh manfaat drp sokongan & kepelbagaian kepakaran
rakan sekerja.
• Perkongsian visi & misi merupakan asas kpd hasil keputusan bersama yg
meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas.

TEORI X DAN Y
• Teori X dan Teori Y ialah teori motivasi manusia yang dicipta dan dibangunkan
oleh Douglas McGregor (1960) melalui bukunya The Human Side Enterprise .
• Teori ini mengemukakan strategi kepemimpinan efektif dengan menggunakan
konsep pengurusan berpenyertaan.
• Konsep ini terkenal dengan menggunakan anggapan-anggapan sifat dasar
manusia.
• Pemimpin yang menyukai teori X cenderung menyukai gaya kepemimpinan
melalui kuasa dan sebaliknya, seorang pemimpin yang menyukai teori Y lebih
menyukai gaya kepemimpinan demokratik.
• Sebagai contoh, karyawan yang memiliki jenis teori X adalah karyawan dengan
sifat yang tidak akan bekerja tanpa perintah, sebaliknya karyawan yang
memiliki jenis teori Y akan bekerja dengan sendirinya tanpa perintah atau
pengawasan dari atasannya.
• Jenis Y ini adalah jenis yang sudah menyedari tugas dan tanggungjawab
pekerjaannya.

Teori X

• Teori ini menyatakan bahawa pada dasarnya manusia adalah makhluk pemalas
yang tidak suka bekerja serta senang menghindar dari pekerjaan dan
tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

• Pekerja memiliki cita-cita yang kecil untuk mencapai tujuan syarikat namun
menginginkan balas jasa serta jaminan hidup yang tinggi.

• Sewaktu bekerja, para pekerja mesti terus diawasi, diancam serta diarahkan
agar dapat bekerja sesuai dengan yang diinginkan syarikat.

4
5

Teori Y

• Teori ini memiliki anggapan bahwa kerja adalah kudrat manusia seperti halnya
kegiatan sehari-hari.

• Pekerja tidak perlu terlalu diawasi dan diancam secara ketat kerana mereka
memiliki pengendalian serta pengarahan diri untuk bekerja sesuai tujuan
syarikat.

• Pekerja memiliki kemampuan kreatif, imaginasi, kepandaian serta memahami


tanggungjawab dan prestasi atas pencapaian tujuan bekerja.

• Pekerja juga tidak harus mengerahkan segala potensi diri yang dimiliki dalam
bekerja.

Apakah KPI?

KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi
menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan
kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi (PKPA, 2005). Prinsip-
prinsip KPI ialah meletakkan sasaran, boleh diukur dengan angka, diukur dalam keadaan
normal dan selaras dengan misi dan visi organisasi. Maklumat ini akan digunakan sebagai
tandaaras yang akan menjadi komponen utama sesebuah organisasi bagi mencapai konsep
amalan terbaik. KPI adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi. Tujuan
KPI adalah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor-faktor utama yang akan
memberikan kejayaan jangka panjang kepada organisasi. Untuk KPI berfungsi dan
memberikan faedah kepada organisasi, ianya harus diukur secara berterusan dan
mempunyai hubungkait dengan bidang yang ingin dilakukan penambahbaikan. KPI boleh
digunakan dalam beberapa kaedah seperti ‘Directional KPI’ iaitu memberikan ukuran yang
baik atau lemah dalam bidang perkhidmatan yang spesifik dan memantau sama ada terdapat
penambahbaikan. ‘Quantifiable KPI’ diwakili oleh angka dan memberikan ukuran yang tepat
untuk menganalisis data. Terdapat juga KPI yang menggunakan sifat seperti lemah,
sederhana dan baik yang boleh ditukarkan kepada skala nombor1 – 4. Secara
keseluruhannya KPI menyediakan peluang kepada organisasi untuk mensasarkan bidang-
bidang yang perlu dilakukan penambahbaikan dan seterusnya menjamin kecemerlangan
organisasi.

I-THINK

Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya
pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan
jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi
masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk
menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai