Anda di halaman 1dari 4

Tarikh : 26 Mei 2018

Memo Rasmi Khusus Untuk Rujukan Ahli


Kepada : Semua ahli CWIG yang dihormati

Per : Pemberitahuan, Penerangan dan Pendirian Perusahaan dalam beberapa isu berbangkit.
Terkait dengan Memo Rasmi pada 10hb Julai 2017

Perkara diatas adalah dirujuk :

1. PEMBERITAHUAN

- Bermula 1hb Mei 2018 secara RASMINYA operasi sistem dan perjalanan perniagaan
dibawah Pt. Classic Worldwide International Group (CWIG) telah dilaksanakan
sepenuhnya melibatkan semua jenis transaksi.

- Semua transaksi seperti transaksi tidak berjaya, transaksi yang ditolak, bonus, sr, sw,
rebet, YAI dan apa juga bentuk insentif yang layak diterima oleh ahli yang berdaftar
dibawah CWIG telah di SAH kan dan dikreditkan didalam satu kolum yang diberi nama
BONUS BONANZA. (Untuk Promo 2.0 dan Promo 1.1)

- Sila lakukan semakan di kolum BONUS BONANZA dan BONUS BONANZA HISTORY
untuk memastikan jumlah berkenaan dan sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau
pertanyaan boleh berhubung terus dengan CWIG atau dapatkan info melalui Wakil
Jualan di Malaysia iaitu Zufur Marketing.

- Ini adalah MEMO RASMI dari perusahaan CWIG dan semua maklumat dan
pemberitahuan ini adalah SAH. Anda juga boleh membaca MEMO RASMI yang
dikeluarkan pada 10hb Julai 2017 untuk rujukan dan kefahaman yang lebih terperinci.

2. BONUS BONANZA. (Untuk Promo 2.0 dan Promo 1.1)

- Kolum BONUS BONANZA adalah untuk semua jenis bonus promosi berkala yang
dijalankan oleh perusahaan. Syarat-syarat dan kelayakan tertentu akan ditetapkan
untuk memberi rangsangan kepada ahli untuk lebih bersemangat menjalankan aktiviti
jualan dan perkembangan jaringan dan bonus ini akan diperolehi oleh ahli yang
mencapai kelayakan. (Rujuk MEMO 10hb Julai 2017 – Perkara 3 (a)(b)(c)(***)..)

- Nilai dikolum ini TIDAK AKAN LUPUS sekiranya ahli gagal mencapai kelayakan tersebut
dan ahli boleh mengeluarkan nilai bonus ini setelah mencapai kelayakan yang
ditetapkan.
- Bagi ahli di Malaysia, nilai yang tertera adalah nilai BONUS, SR, SW, REBET dan YAI
yang layak diterima ahli berkenaan namun GAGAL/DITOLAK/BELUM diterima dan
diambil kira setakat 31hb Disember 2017, SEMUA nya dikreditkan di sini.

- TIADA sebarang nilai bagi ahli Indonesia buat masa ini dan bergantung kepada
promosi akan datang.

***Terkait MEMO 10hb Julai 2017, semua isu-isu berbangkit, penangguhan Bonus dan semua
perkara yang dinyatakan didalam Memo berkenaan telah DISELESAIKAN oleh perusahaan melalui
kaedah BONUS BONANZA yang dikuatkuasakan bermula 1hb Mei 2018.***

3. Kronologi Perubahan dan Peristiwa (Sila rujuk MEMO 10hb Julai 2017 untuk kefahaman
terperinci).

- Perubahan dari Promo 1.0 kepada 2.0 bermula 20hb Disember 2016 dilakukan kerana
PEMBATALAN SIJIL JUALAN LANGSUNG oleh KPDNKK kerana melakukan KESALAHAN
MENJUAL PRODUK KOPI PAK BELALANG DAN CLASSIC ROYAL & LADIES 18 tanpa
didaftarkan dibawah Lesen JUALAN LANGSUNG.

- Semua ahli Malaysia dipindahkan dan bernaung dibawah perusahaan Pt. Classic
Worldwide International Group (CWIG) yang menjalankan operasi perniagaan Jualan
Langsung di Jakarta, Indonesia.

- CWIG telah mendapat kelulusan Surat Ijin Usaha Penjualan Langsung (SIUPL) pada 14
Jun 2017. Oleh yang demikian semua ahli sudah dibenarkan melakukan aktiviti jualan
langsung sesuai dengan kebenaran yang tertakluk didalamnya.

- Semua ahli di Malaysia diarahkan untuk melakukan pengaktifan keahlian mereka pada
Ogos 2017 dan pada September 2017 ahli sudah mula melakukan semua transaksi
melalui sistem yang disediakan termasuk pembayaran bonus kepada ahli sudah
dilaksanakan oleh perusahaan. Diantara Januari hingga Mei 2017 perusahaan juga
telah melakukan pembayaran bonus secara berperingkat dan terhad kepada ahli
namun dihentikan sementara bagi memberi ruang kepada permohonan SIUPL agar
tiada perkara berbangkit sepanjang proses permohonan berkenaan. (Rujuk MEMO
10hb Julai 2017 – Perkara (2) untuk keterangan terperinci)

- Proses perlaksanaan dan kelancaran perusahaan sekali lagi terganggu gara-gara satu
pencerobohan tidak bermoral yang dilakukan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai
PPIM ke salah satu kilang milik perusahaan di Malaysia bersama-sama dengan
beberapa individu yang menyatakan mereka adalah ahli yang tertipu kerana
menyertai PELABURAN bersama CWIG. Ditambah dengan kenyataan dan tuduhan jijik
PPIM terhadap perusahaan telah menjejaskan transaksi yang menguruskan
pembayaran bonus kepada ahli dengan serta-merta. Bagaimanapun isu ini telah
diambil tindakan oleh perusahaan dan pihak-pihak yang melakukan gangguan tidak
bermoral ini sedang diambil tindakan undang-undang oleh perusahaan.
- Perusahaan mengambil masa untuk memperbaiki keadaan ini dan telah berjaya
menjalinkan semula urusan dengan pihak yang menguruskan pembayaran ini pada
penghujung November 2017. Semoga tiada lagi pihak-pihak yang cuba menggagalkan
usaha murni dari perusahaan ini.

- Pada Disember 2017, sekali lagi perusahaan memulakan semula perlaksanaan ini
tetapi beberapa langkah pembaharuan dilakukan agar ia lebih efisyen dalam
mengenalpasti dan membantu ahli untuk mengembangkan jaringan mereka. Ahli juga
sudah boleh melakukan pengeluaran bonus mengikut kumpulan masing-masing.

- Dari Januari 2018 hingga Februari 2018 ahli menerima bayaran bonus dan sekali lagi
pembayaran terhenti kerana didapati jumlah bonus yang dikeluarkan melebihi jumlah
pay out dari pelan pemasaran perusahaan yang dihantar kepada SIUPL.

- Permasaalahan ini bukanlah disebabkan OVER PAID dari Pelan Pemasaran tetapi
adalah kerana Baki Bonus Ahli terdahulu yang telah mengakibatkan peratusan
pembayaran berlebihan dan repot transaksi yang perlu dihantar kepada SIUPL akan
menghadapi masalah kerana lebihan ini. Perlesenan SIUPL dalam proses pembaharuan
memandangkan tempoh tamat adalah Jun 2018. (Rujuk MEMO 10hb Julai 2017 –
Perkara 3 (a2) untuk keterangan terperinci)

- Memandangkan kaedah ini akan memberi kesan besar terhadap perusahaan dan
proses pembaharuan SIUPL, maka satu perubahan menyeluruh dan penyelesaian
penuh telah diambil oleh perusahaan dengan mengasingkan Baki Bonus terdahulu dan
Bonus Semasa. Dengan langkah penyelesaian ini maka semua isu dan perkara-perkara
yang belum dapat dilaksanakan telah diselesaikan SEPENUHNYA.

- Pada 1hb Mei 2018, Bonus Bonanza diperkenalkan dan perlaksanaan ini adalah
menyeluruh dan semua isu-isu sebelumnya telah dapat diatasi SEPENUHNYA. Kini
semua ahli dapat meneruskan semua aktiviti perniagaan dan pengembangan jaringan
dapat dilakukan tanpa halangan lagi.

4. PUSAT JUALAN

- Perusahaan akan mewujudkan Pusat Jualan diseluruh negara bagi memudahkan


aktiviti perniagaan dan pengambilan produk oleh ahli

- Buat masa ini semua Pusat Jualan diberikan secara PERCUMA tetapi harus
mengemukakan permohonan terlebih dahulu untuk tujuan penilaian. Ahli yang layak
akan dimaklumkan oleh perusahaan bergantung kepada kriteria yang ditetapkan
perusahaan.

5. PERLAKSANAAN PERUSAHAAN SETERUSNYA

- Bermula 1hb Mei 2018, semua ahli di Malaysia sudah boleh menjalankan perniagaan
ini seperti biasa dan TIADA lagi perubahan dari perusahaan. Segala bentuk transaksi
dan aktiviti perniagaan boleh disemak pada sistem masing-masing.
- Bagi mendapatkan teknik dan kaedah pemasaran baru yang diperkenalkan oleh
perusahaan, ahli-ahli boleh mendapatkan tunjuk ajar berkaitan melalui Program-
program yang akan dan bakal di jalankan dari masa ke semasa. Ahli juga boleh
merujuk kepada Upline mereka YANG MEMPUNYAI maklumat berkenaan dan jika
tiada, boleh juga menghubungi WAKIL JUALAN kami di Zufur Marketing untuk
mendapatkan maklumat berkaitan.

- Diharap semua ahli mengambil maklumat dan kefahaman yang betul sebelum
meneruskan atau menjalankan perniagaan ini bagi mengelakkan kesilapan
pemahaman dan penyampaian yang dilakukan sebelum ini oleh pihak-pihak yang
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

- Dengan pelan tindakan baru serta persediaan yang telah perusahaan sediakan dari
sudut Ilmu dan Teknik Pemasaran ini dapat membantu ahli dan semua jaringan
kembali mengukuhkan ekonomi masing-masing dan mencipta kejayaan baru buat
semua. CIPTAKAN REKOD BARU HARI INI UNTUK KEJAYAAN DI MASA HADAPAN.

***Sila rujuk MEMO 10hb Julai 2017 untuk mendapatkan maklumat penuh berkaitan
permasaalahan dan isu-isu secara terperinci***

Disediakan oleh : Pengurusan Pt. Classic Worldwide International Group

Cc : COO Pt. CWIG


: COO Pt Arba
: COO Zufur Marketing (M) Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai