Anda di halaman 1dari 2

Selamat Pagi dan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan kepada semua hadirin sekalian.

Yang Dihormati YB Tuan Haji Borhan Bin Aman Shah, ADUN Kawasan Tanjong Sepat
Merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.Yang Dihormati,

Yang Dihormati,Yang Dihormati, Guru Besar SJKT Teluk Merbau En. Rajoon Sundram

Yang Dihormati Encik Muraly Maliandy YDP PIBG SJKT Teluk Merbau serta AJK PIBG.

PK Kurikulum , PK HEM & PK KOKO, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi.

Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari
ini sempena Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah SJKT Teluk Merbau
bagi tahun 2019. Sememangnya, kita sebagai rakyat di negara ini sangat bertuah kerana
terus dikurniakan suasana kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera.

Guru-guru dan murid sekalian,

Pada tanggal 31 Ogos 2019 nanti, genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk
kali ke-62. Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berasa bangga dengan amalan budaya
budi perkerti yang tinggi yang telah berjaya menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang
kaum sekali gus mengekalkan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.

Murid-murid sekalian,

Sesungguhnya, kita mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah SJKT


Teluk Merbau bagi tahun 2019 ini supaya rakyat terutamanya warga SJKT Teluk Merbau
akan lebih memahami, menghayati erti kemerdekaan dan mendalami maksud tema
kemerdekaan pada kali ke-62 ini iaitu “Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih”.

Oleh itu, sekali lagi saya ingin menyeru kepada murid sekalian marilah kita bersama-sama
berjuang untuk terus mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang ini.
Manfaatkanlah segala pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang Majlis ini
berlangsung.

Para hadirin sekalian,

Kehadiran kita semua pada pagi, ini bukan hanya mewarnai program ini atau sekadar mahu
bergembira bersama-sama rakan-rakan, tetapi adalah untuk menggambarkan betapa
bangganya kita dan cintanya kita kepada tanah air. Ia bukan sekadar mengibarkan Jalur
Gemilang, bukan setakat meneriakkan laungan Merdeka, tetapi memahami, menghayati dan
menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.

Para hadirin sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
syabas dan tahniah kepada AJK Majlis yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan
Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah SJKT Teluk Merbau bagi tahun
2019

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,

Hari cerah langit biru,


Pergi ke hutan berburu rusa,
Dirgahayu Malaysia ku,
Tetap semangat dan merdeka.

Sekian, terima kasih.