Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera saya ucapkan kepada guru-guru penolong kanan, guru-guru dan

rakan-rakan yang dikasihi. Selamat datang ke Pertandingan Bicara Spontan.


Sebelum pertandingan untuk tahun 4/5/6 ini bermula, izinkan saya memperkenalkan
barisan panel hakim yang terdiri daripada Cikgu ________________, Cikgu
_______________ dan Cikgu ____________________.

Sekarang, majlis mempersilakan peserta pertama bagi tahun 4/5/6, iaitu


_____________________ untuk menyampaikan ucapannya.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua / ketiga / keempat /


kelima / keenam / ketujuh / kelapan / kesembilan / kesepuluh / kesebelas / kedua
belas / terakhir untuk menyampaikan pidato.

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan bicara spontan bagi tahun 4/5/6. Majlis
akan berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada juri untuk membuat
permarkahan pertandingan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada peserta-peserta
Pertandingan Bicara Spontan. Majlis mempersilakan ______________________
selaku ___________________ sekolah kita untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Pemenang tempat ketiga, __________________ dari kelas ______.


Naib johan dipersilakan __________________ dari kelas ______.
Johan pertandingan ini disandang oleh __________________ dari kelas ______.

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah itu tadi kita telah pun berada di
penghujung majlis. Saya bagi pihak majlis, memohon ampun dan maaf seandainya
terdapat kekurangan dan salah silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, terima kasih.