Anda di halaman 1dari 1

BORANG ULASAN WEBINAR

Nama Peserta :
Tajuk Webinar : PENDIDIKAN SIVIK: MILIK SIAPA?
url https://www.youtube.com/watch?v=vRwCNYhsBmI
Anjuran : BPGSPLG
Tarikh Siaran : 1 OGOS 2019
Masa Mula : 1.30 PM Masa Tamat : 3.30 PM

Ulasan : Perkongsian yang sangat menarik dari ahli panel berkenaan topik. Menurut DR.
Mohamed Abu Bakar, Pendidikan Sivik adalah milik semua. Menurut En. Tn. Haji
Hassan Nudin A. Hamid, Pendidikan Sivik adalah milik semua orang di semua
peringkat (bayi, kanak-kanak, murid sekolah, dewasa) termasuk semua agensi
kerajaan dan swasta. Menurut En. Zainal Abas yang lebih suka menggunakan
perkataan kebertanggungjawaban yang mana, pendidikan sivik ini adalah
tanggungjawab semua orang dan dapat diterapkan kepada semua warga
Malaysia.

Pelaksanaan Pendidikan Sivik telah dilaksanakan bermula pada bulan Jun 2019
untuk Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Ini adalah salah satu
inisiatif terbaru peringkat sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semua peringkat umur adalah terlibat dengan pendidikan sivik bermula dari
kanak-kanak sehinggalah dewasa tidak kira bangsa, agama juga profesion. Selain
itu, semua komuniti masyarakat, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan, NGO, agensi-
agensi swasta adalah bertanggungjawab dalam membentuk masyarakat yang
mengamalkan Pendidikan Sivik.

Sivik dapat membentuk jati diri seseorang seterusnya melahirkan warganegara


yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi
kesejahteraan masyarakat negara.

Impak pada : Kepentingan membentuk jati diri yang lebih baik dan mempunyai
Diri / tugas tanggungjawab terhadap kemenjadian murid yang lebih baik.
Harian anda

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________________________ ____________________________
Nama : Nama :
Tarikh : 6 OGOS 2019 Tarikh :