Anda di halaman 1dari 34

1

KULIAH 9
PENULISAN KERTAS KONSEP

PROF. DR. ZAMRI MAHAMOD

PENGERTIAN

 Kertas konsep (KK) ialah satu penulisan yang mengandungi penerangan/


penjelasan/perbincangan tentang:

a. Cadangan satu penyelidikan/proposal penyelidikan

b. Cadangan satu pandangan/gagasan/idea/konsep/tajuk/persoalan sesuatu perkara

JENIS KERTAS KONSEP

 KK ditulis mengikut tujuan KK tersebut dibina/ditulis

 Secara umum, KK boleh dibahagikan kepada dua jenis:

a. Jika satu cadangan penyelidikan, MAKA penulisan KK tersebut lebih berbentuk kertas
cadangan penyelidikan. Hal ini bermakna, penulisan KK penyelidikan ini hanya ditulis
sehingga Bab 3 sahaja (mengikut Gaya Penulisan Tesis UKM).

b. Jika satu cadangan pandangan/persoalan/idea/konsep/gagasan dan sebagainya,


penulisan KK ini boleh meliputi perkara perkara/tajuk, tetapi dibatasi dengan dengan
ruang lingkup tajuk berkenaan. Biasanya KK seperti ini lebih bersifat kertas kerja yang
dibina berdasarkan pengetahuan/pengalaman/kajian kepustakaan.

ANATOMI KERTAS KONSEP

 Tajuk
 Abstrak
 Tujuan KK
 Permasalahan KK
 Definisi tajuk penting KK
 Ulasan kepustakaan – perlukan huraian (terdapat beberapa tajuk dan subtajuk) dalam
bahagian yang menjadi inti/fokus kepada KK
 Implikasi KK
 Cadangan/syor – cadangan lanjutan yang telah dibuat ataupun cadangan kita sendiri
 Kesimpulan
 Rujukan
2

ANATOMI KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

 Tajuk Bab 1
 Abstrak
 Pengenalan/Latar belakang kajian
 Pernyataan masalah
 Tujuan kajian
 Objektif kajian
 Hipotesis kajian (kuantitatif sahaja)
 Kerangka teori kajian
 Kerangka konseptual kajian
 Batasan kajian
 Definisi operasional

 Ulasan kepustakan Bab 2


a. Teori
b. Kajian berkaitan

 Metodologi kajian – perlukan huraian Bab 3


a. Reka bentuk kajian
b. Instrumen kajian
c. Sampel/populasi kajian
d. Lokasi kajian
e. Prosedur pengumpulan data
f. Tatacara analisis data (kuantitatif dan kualitatif)

 Kesimpulan
a. Sumbangan kajian Melengkapkan kertas
b. Impak kajian cadangan penyelidikan

 Rujukan

 Lampiran – cadangan instrumen (jika ada)


3

CONTOH 1 PENULISAN KERTAS KONSEP (Cadangan/Idea/Gagasan)

MEMPERKASAKAN PEDAGOGI BAHASA MELAYU


ABAD KE-21
Kertas konsep ini telah diringkaskan, tetapi tajuk/idea utama tetap dikekalkan

Abstrak: Kertas konsep ini membincangkan cara terbaik dalam memperkasakan pedagogi Bahasa
Melayu dalam abad ke-21. Dalam PPPM 2013-2025, KPM ada memberi penekanan kepada pengajaran
dan pembelajaran kemahiran abad ke-21. Dalam hal ini, mata pelajaran Bahasa Melayu tidak
ketinggalan dalam memastikannya sentiasa menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa
kebangsaan ini. Untuk itu, memperkasakan pedagogi Bahasa Melayu amat perlu dilakukan.
Bagaimanakah guru Bahasa Melayu dapat memperkasakan pedagogi Bahasa Melayu? Apakah
strategi terbaik dalam memastikan pedagogi Bahasa Melayu sentiasa terkini digunakan oleh guru-
guru Bahasa Melayu ketika mengajar? Untuk mencapai pedagogi abad ke-21 ini, adalah perlu setiap
guru Bahasa Melayu mempunyai pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan
guru tentang kepelbagaian pelajar dan pengetahuan kurikulum Bahasa Melayu KSSR dan KSSM.
Selain itu, guru Bahasa Melayu juga perlu mempunyai pengetahuan tentang kurikulum pendidikan
dan latihan, kecekapan berbahasa, kemahiran mengajar, struktur kurikulum, bentuk penilaian dan
pentaksiran, strategi pengajaran dan pembelajaran pedagogi Bahasa Melayu terkini. Semua aspek ini
penting diketahui, dikuasai dan diaplikasikan dalam proses pengajaran guru Bahasa Melayu dalam
abad ke-21 ini.

Abstract: The concept paper discusses the best ways to built Malay pedagogy in the 21st century. In
Blueprint 2013-2025, the MOE is to emphasize the teaching and learning of 21st century skills. In this
case, the Malay Language subject always make sure they are not left behind to attract students to learn
the national language. Therefore, empowering pedagogical Malay language is very necessary. How
teachers can empower Malay language pedagogy? Is the best strategy to ensure that the latest
pedagogical Malay constantly used by teachers when teaching Malay language? To reach the pedagogy
of the 21st century, it is necessary every Malay Language teachers have content knowledge, pedagogical
knowledge, teacher knowledge about the diversity of students and knowledge curriculum Malay KSSR
and KSSM. In addition, the Malay Language teachers should also have knowledge of education and
training curricula, language competence, teaching skills, curriculum structure, forms of evaluation and
assessment, teaching and learning strategies pedagogy Malay latest. All these aspects are important,
mastered and applied in the process of teaching English in the 21st century.

PENGENALAN

Kepelbagaian yang wujud dalam kalangan manusia ini seharusnya difahami oleh setiap mereka yang
terlibat secara langsung urusan dengan manusia. Sebagai contoh, guru-guru seharusnya memahami
setiap pelajarnya adalah berbeza-beza tahap latar belakang sosioekonomi, budaya, bahasa dan
agamanya, berbeza tahap kognitifnya, dan sebagainya. Apabila seseorang guru itu dapat memahami
akan kewujudan kepelbagaian pelajar ini, maka guru-guru dapat merancang dan menentukan
dengan baik proses pengajaran dan pembelajarannya (Zamri, Ruslin & Mohamed Amin 2015, Wood
2002). Seseorang guru itu akan dapat memastikan pengajaran yang dijalankan secara bijaksana
dengan mengambil kira tahap kemampuan pemikiran/kognitif serta kecenderungan pelajar supaya
dapat menyemai keimanan, adat dan nilai yang benar serta menghapuskan adat dan amalan yang
sesat secara berkesan (Zamri, Norasmah & Mohammed Sani 2007).
Pendidikan berkualiti memerlukan guru yang berkualiti (Mohamad Sani, Mohd Izham &
Jainabee 2008). Sungguhpun banyak pemboleh ubah yang menyumbang kepada proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan seperti keadaan fizikal sekolah dan bilik darjah, kemudahan resos
pengajaran dan pembelajaran, tetapi yang paling penting ialah kualiti interaksi yang wujud antara
guru dan pelajar. Guru-guru dalam abad ke-21 perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan daya
cipta, kemantapan idealisme dan kekuatan diri. Profesionalisme dan disiplin kendiri yang positif
menjadi paksi utama kepada budaya kecemerlangan kerjaya seseorang guru (Zamri et al. 2007).
Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pasti setiap guru harus dibekalkan dengan
pelbagai pengetahuan, kemahiran, nilai, motivasi, psikologi, dan lain-lain. Demikian juga latihan dan
4

pendidikan guru perlu dimantapkan dari segi kurikulum yang dipelajari, kokurikulum, latihan
mengajar dan pelbagai kemahiran generik dalam menghasilkan seorang guru yang lengkap dari segi
ilmu pengetahuan (bidang), kemahiran pedagogi (kemahiran mengajar) di samping dilengkapi dengan
pelbagai kemahiran generik. Hal ini amat penting dalam mendidik pelajar-pelajar dalam abad ke-21
yang diketahui mempunyai banyak kemahiran yang dipelajari secara pengalaman, pembacaan,
pemerhatian dan pergaulan seharian.

TUJUAN

Pendidikan Bahasa Melayu abad ke-21 menghadapi pelbagai cabaran yang perlu ditangani dengan
cara berhemah. Justeru, kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan:

1. Cara atau kaedah terbaik dalam memperkasakan pedagogi guru Bahasa Melayu dalam abad
ke-21 ini.
2. Mengetahui perubahan-perubahan terkini yang berlaku dalam pendidikan Bahasa Melayu
abad ke-21 ini.
3. Memberikan cadangan untuk memperkasakan pendidikan Bahasa Melayu abad ke-21.

MEMPERKASAKAN PEDAGOGI GURU BAHASA MELAYU


ABAD KE-21

Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat yang berorientasikan sains dan teknologi serta
menggunakan prasarana teknologi maklumat terkini dalam kehidupan seharian (Zamri & Mohamed
Amin 2008). Kemajuan sains dan teknologi ini turut menerima tempiasnya dalam sektor pendidikan.
Sistem pendidikan di seluruh dunia telah banyak mengalami perubahan seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat dan dunia globalisasi ini. Sebagai contoh, perubahan-perubahan
dalam pendidikan ini turut tercatat dalam banyak dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
(PIPP), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013), Standard Guru Malaysia,
dan lain lain. Semua yang dihasratkan oleh KPM ini semuanya bermatlamat untuk melahirkan insan
pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM 1992).
Dalam menghasilkan guru Bahasa Melayu yang dapat menangani dan mendepani pendidikan
Bahasa Melayu dalam abad ke-21, penulis berpendapat empat aspek berikut perlu dikuasai oleh
setiap guru Bahasa Melayu. Penulis berdasarkan pendapat Shulman (1987) yang memperkenalkan
empat konsep Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) jika
mahu menghasilkan guru yang cemerlang, berkesan, inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh guru, termasuk guru-guru Bahasa
Melayu.
Apakah yang dimaksudkan dengan PPK? Shulman (1987) mendefinisikan PPK kepada
pengetahuan guru menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan
dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan
pengetahuan guru terhadap pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek,
pengetahuan ciri setiap pelajarnya, pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. PPK banyak melibatkan cara penyampaian guru
secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan
munasabah, penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran
itu dapat difahami pelajar dengan mudah. Bagaimanakah penggunaan PPK dapat memperkasa guru-
guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21? PPK dapat memperkasa pengajaran guru Bahasa Melayu
dari segi membimbing pelajar untuk memahami mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih
bermakna seperti dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami, pertuturan yang lancar dan
sistematik, perwatakan yang ceria dan meyakinkan ketika kelas Bahasa Melayu, penjelasan topik
yang disusun, diolah, diubah suai dan disampaikan berdasarkan pelbagai kebolehan pelajar
(Magdeline & Zamri 2016). Dengan adanya PPK ini, guru-guru Bahasa Melayu dapat menyampaikan
isi pengajaran dengan lebih mudah dan berkesan.
5

Pengetahuan Isi Kandungan

Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan
Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu
sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu
difokuskan ialah:

1. Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara
terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna
pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan
kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.
2. Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep
yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu
seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang
melibatkan isu-isu semasa.

Pengetahuan Pedagogi

Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan
berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu
sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang
melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran,
seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya
lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh
dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan seperti pendekatan, kaedah, teknik
dan strategi pengajaran.

Pendekatan Pengajaran

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan
pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan
menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran
seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu
meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian
pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh
digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian
kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.

Kaedah Pengajaran

Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu
mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat
pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah
perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang
saran dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak
digalakkan digunakan oleh guru.

Teknik Pengajaran

Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik
pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan
dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru
dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah,
perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan
menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat
pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai
6

objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-
perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai
teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan
tidak berhasil.

Strategi Pengajaran

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu merancang
pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza
itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi
pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua
kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang
tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah
dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah
mengajar, tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-
kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam
pengajarannya.
Rajah 1 jelas memperlihatkan keempat-empat konsep tersebut sebenarnya berlaku serentak
sewaktu menentukan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya sewaktu mengajar, guru
Bahasa Melayu perlu menggunakan pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar, atau
daripada konkrit kepada abstrak. Hal ini kerana otak manusia berkembang secara berperingkat-
peringkat. Oleh itu, adalah penting memperkenalkan7perkara yang mudah-mudah kepada kanak-
kanak terlebih dahulu sebelum mengajarkan konsep-konsep yang abstrak.

Pendekatan

Teori Strategi
Kaedah
Pembelajaran Pengajaran

Teknik

Rajah 1. Perkaitan antara pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam


pengajaran dan pembelajaran

Rumusannya, dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru


Bahasa Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah praktis, perbincangan,
soal jawab dan sebagainya. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, baharu guru merancang
teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal
dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat
memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi.

Pengetahuan Guru tentang Kepelbagaian Pelajar

Guru Bahasa Melayu yang baik ialah seorang guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaian
kemahiran mengajar, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiap anak
pelajar yang di dalam kelas yang diajarnya. Pengetahuan berkaitan ciri pelajar adalah amat
diperlukan untuk membantu guru memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan setiap ciri pelajarnya (Zamri 2012, 2015). Pengetahuan guru
tentang ciri pelajarnya boleh menjadikan pengajaran guru menyeronokkan dan meninggalkan kesan
positif dalam diri pelajar berkenaan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,
pengetahuan guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek berikut:
7

1. Maklumat umum tentang pelajar berkenaan: Hal ini bermaksud setiap guru Bahasa Melayu
bukan fungsinya untuk mengajar sahaja, tetapi juga mengambil berat akan hal-hal berkaitan
dengan pelajar yang diasuhnya. Mengambil berat ini amat penting jika guru Bahasa Melayu
berkenaan menjadi guru kelas pada setiap pelajar Bahasa Melayu tersebut.
2. Pengetahuan tentang tahap kognitif pelajar: Setiap pelajar adalah berbeza tahap kognitif
mereka. Demikian juga pelajar yang belajar Bahasa Melayu. Tahap penguasaan bahasa dan
kemahiran berbahasa pelajar turut dipengaruhi tahap kognitif pelajar berkenaan. Oleh itu,
guru-guru Bahasa Melayu perlu memahami setiap pelajarnya itu adalah berbeza tahap
kognitif mereka. Sudah tentu apabila menyoal (aras soalan), memberi tugasan (mudah atau
sukar), memberi arahan main peranan (sebagai ketua, pembentang, pencatat) dan sebagainya,
maka guru-guru Bahasa Melayu perlu mengambil keupayaan pelajar tersebut untuk
menjawab soalan, menyiapkan tugasan, kemampuan bertindak ketika main peranan dan
sebagainya.
3. Pengetahuan tentang tahap sosioemosi pelajar: Kemampuan pelajar mempelajari Bahasa
Melayu juga ada kaitan dengannya dengan tahap sosioemosi pelajar. Dalam hal ini, guru-guru
Bahasa Melayu perlu kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajarannya. Guru
Bahasa Melayu perlu kira bahawa tahap sosioemosi pelajar Bahasa Melayu boleh
mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.

Rumusannya, pengetahuan yang mendalam tentang setiap pelajar amat penting bagi setiap
guru Bahasa Melayu. Pengetahuan yang baik tentang pelajar-pelajarnya membolehkan guru Bahasa
Melayu menyalurkan semua pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi kandungan
dapat diterapkan secara penyebatian.

Pengetahuan Kurikulum

Pengetahuan kurikulum bermaksud guru-guru Bahasa Melayu perlu memahami, mengetahui dan
menguasai bagaimana kurikulum Bahasa Melayu itu dibina dan direka bentuk menjadi satu
kurikulum yang sesuai untuk tahap kognitif pelajar. Antara elemen dalam pengetahuan kurikulum
Bahasa Melayu itu ialah:

1. Kesinambungan kurikulum: Hal ini bermaksud setiap kurikulum Bahasa Melayu yang dibina
perlu saling berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, kurikulum Bahasa Melayu
menengah rendah ada kesinambungan dengan kurikulum Bahasa Melayu menengah atas.
Tajuk tatabahasa misalnya, jika di peringkat sekolah rendah, penekanannya diberikan kepada
tatabahasa yang mudah, pembinaan ayat-ayat yang mudah, maka sebaliknya di peringkat
menengah rendah dan atas, sudah pasti tatabahasa yang digunakan jauh lebih sukar
berbanding tatabahasa pelajar sekolah rendah. Begitu juga dengan pembinaan ayat dan
sebagainya.
2. Orientasi kurikulum: Penekanan kurikulum Bahasa Melayu yang berorientasikan peperiksaan
perlu dikurangkan. Hal ini bermaksud, apabila kurikulum Bahasa Melayu lebih berfokus
kepada peperiksaan, maka matlamat utama untuk membantu pelajar menguasai kesemua
kemahiran bahasa, kemahiran berkomunikasi dan lain-lain tidak tercapai. Pelajar hanya
menguasai Bahasa Melayu untuk tujuan peperiksaan sahaja.
3. Pelaksanaan kurikulum: Guru-guru perlu memiliki pengetahuan bagaimana hendak
melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu dengan menyeluruh untuk membolehkan guru-
guru membuat perancangan dan pelaksanaan pengajarannya mengikut tahap perkembangan
dan kematangan pelajar. Apabila guru Bahasa Melayu memahami pelaksanaan kurikulum
Bahasa Melayu tersebut, maka guru-guru dapat merancang pelaksanaan kurikulum Bahasa
Melayu secara menyeluruh, terutamanya menangani perubahan-perubahan yang berlaku
dalam pendidikan bahasa. Hal ini penting diketahui dan dikuasai setiap guru agar
pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu yang dibuat dapat disesuaikan dengan keperluan dan
tuntutan semasa seperti keperluan kemahiran abad ke-21.
4. Kandungan sukatan pelajaran: kandungan sukatan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
juga perlu berubah mengikut perubahan semasa yang berlaku. Perkara-perkara berkaitan
dengan TMK, penilaian dan pentaksiran, kemahiran abad ke-21, kepelbagaian kecerdasan dan
sebagainya perlu dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu selain mengekalkan
8

perkara-perkara sedia ada seperti kemahiran bahasa, penerapan nilai dan lain-lain. Sebaik-
baiknya kesemua perkara ini disebatikan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.

Rumusannya, Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) perlu dikuasai oleh setiap guru Bahasa
Melayu. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini banyak mencabar
keupayaan dan kebolehan guru Bahasa Melayu untuk mengajar dengan baik dan berkesan. Keadaan
ini ditambah pula dengan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan pelajarnya. Oleh itu, guru-guru
Bahasa Melayu perlu bersedia dan lebih terkehadapan dalam banyak perkara agar proses
pengajarannya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan pelajar. Kaitan PPK guru-guru Bahasa
Melayu ini boleh diperjelaskan seperti Rajah 2.

Pengetahuan pedagogi:
Pendekatan
Kaedah
Teknik
Strategi

Pengetahuan kandungan:
Kesediaan guru
Pengetahuan substantif
Pengetahuan sintaktik
Penguasaan ilmu
Pengetahuan Pedagogi
Kandungan Guru
Bahasa Melayu Pengetahuan berkaitan
Abad Ke-21 pelajar:
Maklumat umum
Tahap kognitif
Masalah pembelajaran
Sikap

Pengetahuan kurikulum:
Kesinambungan kurikulum
Orientasi kurikulum
Pelaksanaan kurikulum
Kandungan sukatan
pelajaran

Rajah 2: Cadangan PPK yang perlu ada pada guru Bahasa Melayu abad ke-21

PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


ABAD KE-21

Pendidikan Bahasa Melayu tidak terkecuali dalam menerima perubahan yang dilakukan oleh KPM.
Bagi mendepani abad ke-21 ini, guru-guru Bahasa Melayu di Malaysia khususnya perlu menguasai
pelbagai perkara yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Perubahan-
perubahan ini boleh dilihat daripada lapan aspek.

Kurikulum Pendidikan dan Latihan Guru Bahasa Melayu

Guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 bukan sahaja perlu menguasai pengetahuan pedagogi
kandungan mata pelajaran, tetapi juga aspek-aspek lain yang melibatkan perubahan dalam
pendidikan dan latihan guru Bahasa Melayu itu sendiri. Perubahan-perubahan dalam kurikulum
pendidikan dan latihan guru Bahasa Melayu perlu mengambil kira aspek-aspek berikut jika mahu
melahirkan guru yang berupaya melunaskan inspirasi negara.
9

1. Kurikulum berasaskan masalah:


2. Pengisian TMK dalam kurikulum
3. Aktiviti pengajaran melibatkan aktiviti penyelesaian masalah
4. Menggunakan hasil penyelidikan untuk pengembangan profesionalisme
5. Memiliki kemahiran mengajar berpusatkan pelajar
6. Memberi perhatian kepada pentaksiran dan penilaian terkini

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu

Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah
rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan
berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai
kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:

1. Kecekapan berkomunikasi
2. Kecekapan berhujah dan membidas
3. Kecekapan berbincang dan mengulas
4. Kecekapan menyoal
5. Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat
6. Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks
7. Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat
8. Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan
9. Kecekapan membina ayat
10. Kecekapan menulis

Keperluan Kemahiran Mengajar Guru Bahasa Melayu

Kemahiran mengajar merupakan suatu keperluan yang perlu ada pada setiap guru Bahasa Melayu.
Menurut Zamri (2015), setiap guru/pendidik/pensyarah mempunyai gaya mengajar yang berbeza-
beza. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu seharusnya mempunyai
gaya mengajar seperti:

1. Gaya mengajar pakar, iaitu guru Bahasa Melayu merupakan guru yang pakar dalam
bidangnya (menguasai pengetahuan/ilmu Bahasa Melayu, ilmu pedagogi)
2. Gaya mengajar fasilitator, iaitu guru Bahasa Melayu lebih banyak bertindak sebagai pemudah
cara, pembimbing dan penunjuk ajar kepada pelajar (berpusatkan pelajar)
3. Gaya mengajar delegator, iaitu guru Bahasa Melayu memberi panduan kepada pelajar
bagaimana hendak mempelajari sesuatu tajuk, kemahiran, membuat aktiviti berkaitan Bahasa
Melayu dengan mudah.
4. Selain gaya mengajar yang dicadangkan ini, guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 ini
juga perlu memiliki kemahiran-kemahiran mengajar lain yang boleh membantu anak didik
mereka, antaranya seperti berikut:

Bentuk dan Struktur Kurikulum yang Sesuai


untuk Pendidikan Bahasa Melayu

Dalam pembinaan bentuk dan struktur kurikulum pendidikan Bahasa Melayu dalam abad ke-21,
terdapat beberapa perkara perlu diberi pertimbangan agar proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu abad ke-21 berbeza dengan abad sebelumnya. Dalam hal ini, penulis berpendapat
kurikulum pendidikan Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu memenuhi memberi penekanan
kepada 10 aspek berikut:
1. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
2. Kemahiran berfikir kritis dan kreatif
3. Perkembangan kreativiti
4. Kemahiran generik/insaniah
5. Penerapan patriotisme dan ketatanegaraan
10

6. Penghayatan nilai-nilai murni


7. Kepelbagaian kecerdasan
8. Strategi belajar cara belajar
9. Kajian tindakan

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan


Bahasa Melayu Abad Ke-21

Dalam abad ke-21, terdapat banyak strategi pengajaran yang perlu diberikan penekanan oleh guru-
guru Bahasa Melayu. Selain strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web (TMK)
seperti Internet, e-group, e-bincang, telesidang dan lain-lain, strategi-strategi pengajaran lain juga
perlu dikuasai guru Bahasa Melayu, antaranya seperti berikut:

1. Strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif dan kolaboratif (cooperative and collaborative
learning)
2. Strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual (contextual learning)
3. Strategi pengajaran dan pembelajaran masteri (mastery learning)
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning)
5. Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar (student centred learning)
6. Strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul (modul based learning)
7. Strategi pengajaran dan pembelajaran metakognitif (metacognitive learning strategies)
8. Strategi pembelajaran konteks luaran (outside context learning strategies)
9. Komuniti pembelajaran profesional (Profesional learning community) khususnya kajian
pengajaran (lesson study).

Bentuk Penilaian dan Pentaksiran Program


Pendidikan Guru Bahasa Melayu

Umumnya, tidak ada satu bentuk atau kaedah penilaian yang sesuai untuk sesuatu mata pelajaran.
Demikian juga dalam pendidikan Bahasa Melayu. Bentuk penilaian atau pentaksiran yang digunakan
adalah sama dengan mana-mana kurikulum bahasa. Walau bagaimanapun, sewajarnya penilaian
dan pentaksiran program pendidikan Bahasa Melayu dalam abad ke-21 ini perlu ada kelainan
berbanding penilaian dan pentaksiran sebelumnya. Jika dahulu penilaian dan pentaksiran terhadap
pelajar lebih berfokus kepada penilaian sumatif dan formatif serta diukur pada peperiksaan akhir,
maka banyak kelemahan dan kelompangan dikenal pasti kepada pelajar. Antara kelemahan ini ialah:

1. Penekanan kepada aspek peperiksaan semata-mata (exam oriented)


2. Guru mengajar untuk menghabiskan silibus/sukatan pelajaran
3. Guru mengutamakan tajuk-tajuk yang belum/sudah lama tidak keluar peperiksaan
4. Pandangan dan kemahuan ibu bapa yang lebih mengutamakan pencapaian akademik anak-
anak
5. Prestasi sekolah, tumpuan pentadbir dan prestasi guru diukur berdasarkan peratusan gred A
pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN


BAHASA MELAYU ABAD KE-21

Seperti yang dibincangkan di atas, proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam
konteks abad ke-21 perlu berubah seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan kemajuan
dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. Perubahan-perubahan yang berlaku ini perlu diambil kira
oleh guru Bahasa Melayu jika inginkan pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar sentiasa
inovatif, menarik dan menyeronokkan. Berikut diberikan beberapa cadangan bagaimana hendak
menambah baik pengajaran guru dan pembelajaran pelajar Bahasa Melayu dalam abad ke-21:

1. Latihan dan pendidikan yang diterima oleh guru Bahasa Melayu: Institusi yang
bertanggungjawab melatih guru-guru Bahasa Melayu perlu memastikan latihan dan
pendidikan yang diterima oleh bakal-bakal guru ini memenuhi kriteria atau standard yang
ditetapkan. Misalnya, kursus-kursus asas keguruan, kursus-kursus pengkhususan Bahasa
11

Melayu, kursus-kursus elektif atau liberal, kursus kokurikulum memenuhi kriteria yang
ditetapkan oleh sesuatu institusi penarafan seperti Malaysian Qualification Framework (MQA)
di Malaysia.
2. Kurikulum Bahasa Melayu: Sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Huraian sukatan pelajaran
Bahasa Melayu dan buku teks Bahasa Melayu yang sedia ada perlu mengambil kira perkara-
perkara seperti kepelbagaian pelajar, gaya dan strategi belajar, penyebatian dan penerapan
nilai, kepelbagaian kaedah mengajar dan sebagainya. Kandungan kurikulum juga perlu lebih
bermakna kepada pelajar (kontekstual) di samping memberi penekanan kepada keempat-
empat kemahiran bahasa, pembelajaran berpusatkan murid, aplikasi TMK dan sebagainya.
3. Pembangunan profesionalisme berterusan (Continuing profesional development-CPD) guru
Bahasa Melayu: Guru-guru Bahasa Melayu hendaklah sentiasa dihantar mengikuti kursus,
bengkel, seminar, galakkan membuat sangkutan (attachment), lawatan sambil belajar dan
sebagainya sebagai satu kaedah peningkatan CPD guru-guru Bahasa Melayu. Pendedahan
berterusan CPD penting dalam melahirkan guru-guru Bahasa Melayu yang sentiasa menerima
idea-idea baharu, kreatif dan inovatif yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
4. Penilaian dan pentaksiran pendidikan Bahasa Melayu: Perlu kepada Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (yang telah dibincangkan) yang lebih bersifat menyeluruh, dan tidak terfokus kepada
peperiksaan sahaja.

KESIMPULAN

Daripada perbincangan yang dirungkaikan dalam kertas kerja ini, ternyata pendidikan Bahasa
Melayu perlu dibuat transformasi dalam pelbagai perkara yang dibincangkan. Seharusnya guru-guru
sebagai tonggak pendidikan negara berupaya memainkan peranan yang lebih aktif dalam
memotivasikan diri mereka ke arah menjadi guru berkesan. Untuk menjadi guru berkesan, guru-guru
Bahasa Melayu harus memiliki keupayaan berkomunikasi dengan baik dan mempunyai ilmu
pedagogi (Syofia Ulfa, Zamri & Jamaludin 2015). Guru-guru perlu berfikiran reflektif, kreatif dan
inovatif. Guru Bahasa Melayu harus memainkan peranan sebagai constructivist leader yang mampu
mencetuskan pemikiran pelajar Bahasa Melayu. Peranan ini amat penting kerana guru Bahasa
Melayu akan membimbing dan memandu pelajar membuat pembelajaran sendiri melalui konsep self-
paced dan selfaccessed. Amat penting seseorang guru Bahasa Melayu itu mempunyai kebolehan
merangsang pembelajaran kreatif dan kritis serta membina kemahiran berfikir dalam kalangan
pelajar. Namun demikian, usaha ini tidak akan tercapai sekiranya tidak ada sokongan pelbagai pihak,
daripada peringkat pengurusan, KPM, Pengetua, guru bahasa sehinggalah peranan pelajar, ibu bapa
dan masyarakat dalam memastikan mata pelajaran Bahasa Melayu itu merupakan satu mata
pelajaran yang amat seronok untuk belajar.

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1992. Falsafah pendidikan kebangsaan. Putrajaya: Bahagian


Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Magdeline anak Nor & Zamri Mahamod. 2016. Pengetahuan pedagogi kandungan guru bahasa Iban.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohammed Sani, Mohd Izham Mohd Hamzah & Jainabee Kassim. 2008. Guru berkesan. Bangi:
Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syofia Ulfa, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. 2015. Komunikasi interpersonal: Teori dan amali.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wood, J.W. (2002). Adapting instruction to accommodate students in inclusive setting: Including all
students. New York: Pearson Education Inc.
Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. 2015. Kepelbagaian pelajar dan perbezaan
pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zamri Mahamod. 2015. Strategi pembelajaran: Inventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
12

Apakah Kekuatan Kertas Konsep Contoh 1:

1. Tajuk menjurus apa yang hendak dibincangkan dalam KK.


2. Ada abstrak (BM & BI)
3. Ada tujuan KK/Objektif KK
4. Terus kepada perbincangan/pandangan/gagasan/idea mengikut kehendak tajuk dan tujuan
KK
5. Perbincangan/pandangan/idea adalah mendalam/jelas – disokong teori dan kajian (hujah
akademik – Ulasan Kepustakaan )
6. Ada cadangan KK
7. Ada kesimpulan
8. Ada rujukan dan terkini
9. Bahasa yang baik
10. KERTAS KONSEP DISUSUN MENGIKUT KEUTAMAAN

Apakah Kelemahan/Cadangan Penambahbaikan Kertas Konsep Contoh 1:


Mungkin BOLEH/PERLU dimasukkan/ditulis:

1. Permasalahan kajian/pernyataan masalah berkaitan tajuk


2. Definisi – pedagogi abad ke-21, pedagogi Bahasa Melayu
3. Ulasan kepustakaan tentang – Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK), kajian-kajian
berkaitan di dalam dan luar negara tentang pengetahuan PPK (keburukan – KK bertambah
panjang)
4. Kepentingan/faedah kepada guru Bahasa Melayu yang menguasai PPK
5. Kepentingan/faedah kepada pelajar
6. Implikasi PPK kepada pengajaran guru dan pembelajaran pelajar
13

CONTOH 2 PENULISAN KERTAS KONSEP (Cadangan/Idea/Gagasan)

PENGENALPASTIAN BAHASA PILIHAN MURID DALAM


MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR
Kertas konsep ini telah diringkaskan, tetapi tajuk/idea utama tetap dikekalkan

ABSTRAK

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemtik dalam Bahasa Inggeris mula dilaksanakan di
sekolah rendah pada 2003 bertujuan untuk meningkatkan kefahaman konsep, ilmu dan kemahiran
Matematik & Sains serta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid. Meskipun murid mengikuti
pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris namun mereka dibenarkan menjawab soalan
Sains UPSR sama ada dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris atau kedua-duanya. Keberkesanan
dasar ini dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap Sains yang diajar dalam bahasa Inggeris
dapat dikenalpasti berdasarkan bahasa yang digunakan oleh mereka dalam menjawab soalan Sains
UPSR tersebut. Kertas kerja ini bertujuan mencadangkan satu instrumen yang boleh digunakan oleh
guru dalam mengenalpasti bahasa pilihan murid dalam menjawab soalan Sains UPSR dan faktor-
faktor(faktor bahasa pengantar, faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap
penguasaan bahasa Inggeris murid dan faktor persekitaran) yang mempengaruhi kecenderungan murid
dalam pemilihan bahasa tersebut. Ini seterusnya dapat membantu guru dalam merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik bagi meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris.

Abstract

The policy of Teaching and Learning of Science and Mathematics in English was implemented in primary
school since 2003 to promote the understanding of concept, knowledge and skills in Science and
Mathematics and also to improve the English proficiency among pupils. Even though the primary school
pupils undergo teaching and learning of Science in English, but they are allow to answer UPSR Science
examination questions either in bahasa Malaysia, bahasa Inggeris or in both languages. The
effectiveness of this policy in improving the pupils understanding level of Science in English actually can
be identified through the language used by them in answering the Science UPSR questions. This project
paper is aimed to propose an instruments that can be used by teachers to identify the language used by
their pupils in answering UPSR Science questions and factors that influencing the choices. By doing so,
this will helps the teachers in planning the better teaching and learning activities in order to improve the
pupils level of understanding of Science in English.

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran Sains di dalam sistem pendidikan negara sebelum tahun 2003
dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia. Dalam tempoh tersebut, status
bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa kedua selepas bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia.
Dasar Pendidikan Negara pada ketika itu memberi penekanan terhadap penggunaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dan kursus kecuali matapelajaran Bahasa
Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda yang lain. Dasar atau polisi pelajaran yang baru pada waktu itu
telah digubal untuk disesuaikan dengan hasrat dan aspirasi negara bagi menggantikan dasar
penjajah Inggeris. Dasar pelajaran baru yang dikenali “ Penyata Pelajaran 1956” atau disebut juga,
Penyata Razak 1956 menegaskan tentang pembentukan suatu sistem pelajaran yang berbentuk dan
bertujuan kebangsaan dan berasaskan bahasa kebangsaan di samping mengekalkan dan memelihara
bahasa serta kebudayaan lain. Dasar ini dikanunkan di dalam undang-undang pelajaran tahun 1957
dan ianya ditegaskan lagi dalam laporan Pelajaran 1960 atau disebut Penyata Rahman Talib.
Berpandukan syor-syor yang terdapat dalam penyata inilah sebahagian besar amalan-amalan di
dalam sistem Pendidikan di negara ini didasarkan. Antara syor yang terdapat dalam Dasar Pelajaran
kebangsaan ialah menyediakan Sukatan Pelajaran yang sama dan bercorak Malaysia di semua
sekolah disamping penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-
14

sekolah bersama-sama dengan bahasa Inggeris, Cina, Tamil di peringkat rendah dan bahasa Inggeris
di peringkat sekolah menengah.
Namun pada Julai 2002, Datuk Musa Muhamad yang merupakan Menteri Pendidikan pada
ketika itu telah mengumumkan perubahan dasar bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik
dan Sains dari Bahasa Kebangsaan ke Bahasa Inggeris. Perubahan dasar dalam bahasa pengantar
yang dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) berkuat kuasa sejak 2003 ini dilakukan bagi menambah masa konteks dalam bahasa
Inggeris serta memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperoleh maklumat
dan ilmu terutama bidang Sains dan Matematik. Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang cepat
berkembang dan disebarkan dengan meluas melalui pelbagai media dalam bahasa antarabangsa iaitu
bahasa Inggeris. Sebahagian besar bahan bacaan mengenai pendidikan Sains pula adalah dalam
bahasa Inggeris. Kerajaan Malaysia menyedari bahawa penguasaan bahasa Inggeris amat penting
dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris ini diharap akan dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk mengakses maklumat mengenai ilmu Sains dalam bahasa tersebut.

PERNYATAAN MASALAH

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris mulai awal
tahun 2003 yang diputuskan oleh Jemaah Menteri adalah atas alasan untuk meningkatkan
pembelajaran Sains dan Matematik dan untuk meningkatkan kecekapan pelajar berbahasa Inggeris.
Rasional kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan
Matematik adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu dan bahasa hubungan
antarabangsa. Dengan itu langkah ini akan membolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai
perkembangan terkini dalam bidang matematik dan sains disamping meningkatkan kebolehan
mengakses maklumat dari pelbagai sumber (Kementerian Pelajaran, 2002a)
Menurut Sharifah Maimunah (2003), kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) pada Mei 2003 ke atas murid Tahun 1 di 273 sekolah rendah dan pelajar Tingkatan
1 di 27 sekolah menengah di seluruh Malaysia mendapati skor purata pelajar-pelajar tersebut dalam
matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris meningkat. Hasil kajian itu menunjukkan
purata skor pencapaian Sains Tahun 1 Pelajar Bandar ialah 76.55% dan Luar Bandar 62.98% .Skor
Sains pelajar Tingkatan 1 pelajar Bandar pula ialah 63.5% dan pelajar Luar Bandar 53.58%.
Pencapaian Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan juga didapati
memuaskan.
Walaupun dapatan kajian yang dijalankan oleh PPK selepas lima bulan pelaksanaan dasar
tersebut menunjukkan kejayaan namun hakikatnya pada masa ini pelajar Melayu, terutama mereka
yang tinggal di luar bandar, adalah lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Sebelum ini beberapa
kajian dan keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM, menunjukkan bahawa pelajar
Melayu rata-rata adalah lemah bukan saja dalam Matematik dan Sains, tetapi juga dalam Bahasa
Inggeris, bermula dari peringkat pendidikan rendah lagi (UPSR), dan secara kumulatif kelemahan itu
membawa kepada peringkat PMR, SPM, STPM dan universiti (Isahak, 2001). Bagi sekolah jenis
kebangsaan pula, laporan Kementerian Pendidikan menunjukka pencapaian sekolah Cina untuk
subjek sains dan matematik ialah sekitar 80 hingga 90 peratus setiap tahun manakala bahasa
Inggeris sekitar 60 peratus. Jadi, jika ditukar ke bahasa lain, dikhuatiri pencapaian tersebut akan
merosot dengan mendadak. (Utusan Melayu, 31 Julai 2002:
Kajian yang dijalankan oleh Aziz Nordin et al (2006) dibeberapa buah sekolah di Johor
mendapati majoriti pelajar masih tidak menguasai dan memahami beberapa istilah-istilah saintifik
seperti “flame”, “force” , “sccurate” , “mass” , “variables” dan banyak lagi. Manakala kajian yang
dijalankan oleh Khadijah Umar (2004) pula mendapati pelajar menghadapi masalah dalam
mempelajari Matematik menggunakan bahasa Inggeris iaitu dari segi pertuturan dan memahami
buku teks Matematik yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada melihat tahap kefahaman
murid dalam pembelajaran Sains, pilihan bahasa murid dalam menjawab soalan Sains UPSR juga
dapat melihat beberapa perkara lain antaranya samada pelajar juga menghadapi masalah seperti
memahami pengajaran guru, memahami kehendak soalan dan sebagainya.
15

RASIONAL DASAR PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS


DALAM BAHASA INGGERIS

Aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun
2020 banyak bergantung kepada bidang sains dan teknologi. Oleh itu aspirasi ini boleh dicapai
seandainya kerajaan dapat menyediakan pendidikan Matematik dan Sains yang selaras dengan
cabaran globalisasi dan ledakan maklumat pada peringkat awal lagi kerana bahasa Inggeris adalah
bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu utama dunia (Utusan Malaysia: 18 Sept 2002 m.s 6). Kejayaan
ini seterusnya akan menjamin wujudnya masyarakat Malaysia yang berpengetahuan yang mampu
bersaing di arena antarabangsa. Perlaksanaan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa
Inggeris mulai tahun 2003 yang diputuskan oleh Jemaah Menteri adalah salah satu usaha untuk
merealisasikan aspirasi kerajaan tersebut.
Rasional kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan
Matematik adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
Perubahan polisi dilakukan untuk memastikan rakyat Malaysia berupaya memperolehi maklumat
mengenai perkembangan ilmu dalam Sains dan teknologi yang kebanyakannya disampaikan dalam
bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, langkah ini diharap dapat memberi peluang kepada pelajar
menggunakan bahasa Inggeris dan meningkatkan tahap profesiensi mereka dalam bahasa tersebut
meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber (Kementerian Pelajaran, 2002).
Penggunaan bahasa Inggeris di dalam bidang sains dan teknologi, perubatan perdagangan dan lain-
lain memang jelas, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan pengetahuan-ekonomi. Dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi, bahasa Inggeris banyak digunakan seolah-olah ia menjadi satu
hakikat bahawa untuk memperolehi ilmu dan maklumat mesti menerusi bahasa Inggeris. Ini
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi yang sangat penting.
Selain daripada untuk menguatkan asas bagi memperoleh maklumat dan ilmu dalam bidang
Sains dan Matematik, kenyataan Menteri Pendidikan (Kenyataan akhbar Menteri Pelajaran 20 Julai
2002) itu juga menyatakan tujuan mengguna bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik
dan Sains pelajar adalah bagi menambah masa konteks dalam bahasa Inggeris. Penambahan masa
konteks dalam bahasa Inggeris ini dilihat berupaya mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris
murid.
Perubahan dalam kurikulum bagi matapelajaran sains dan matematik ini dibuat adalah
selaras dengan perkembangan negara. Sekiranya bidang pendidikan tidak selari dengan kemajuan
sains dan teknologi, maka adalah mustahil untuk sesebuah negara itu berkembang maju kerana
kurangnya tenaga mahir bagi membangunkan negara tersebut. Data yang diperolehi dari pasaran
pekerja menyokong pendapat mengenai kekurangan sumber manusia atau kekosongan di dalam
pekerjaan memerlukan kelayakan sains dan disokong dengan kemahiran berkomunikasi dan
berbahasa Inggeris (Nor Azuhar Kasim, 2003). Kajian yang dijalankan oleh Izam Fairus Kamaruddin
(2002) juga menunjukkan
bahasa Inggeris tidak dapat ditutur dengan fasih oleh pelajar universiti dan sekolah. Kegagalan
pelajar di IPTA ini juga dikaitkan dengan kelemahan dalam penggunaan dan penguasaan bahasa
Inggeris

PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM


BAHASA PERTAMA DAN KEDUA

Bahasa memainkan peranan yang penting dalam komunikasi, berfikir dan sebagai alat untuk
bertukar idea dan konsep antara individu (Aziz, 2003). Pengetahuan dan kemahiran Sains dan
Matematik hanya boleh dipelajari melalui bahasa. Beberapa penulisan dan kajian menunjukkan
kemahiran kognitif akademik berkembang terutamanya melalui bahasa pertama pada peringkat
pendidikan awal. Sekiranya bahasa pertama seorang pelajar belum cukup berkembang maka
kebolehan kognitif akademiknya juga tidak dapat dikembangkan dengan cepat. Maka apabila pelajar
cuba memperoleh bahasa kedua dan terus belajar melalui bahasa kedua sebagai bahasa pengantar,
pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif akademik yang lemah (Cummins & Saville-Troike
1991; Swain 1986).
Kajian-kajian dwibahasa menunjukkan bahawa kemahiran berfikir pada peringkat tinggi
dibentuk dan dilaksanakan melalui bahasa pertama pada awalnya dan dapat dipindahkan ke dalam
bahasa kedua (Juriah Long, 2005). Kemahiran berfikir pada peringkat inilah yang dapat
meningkatkan pencapaian akademik dalam bahasa kedua (Cummins, 1992). Kajian Skutnabb-
16

Kangas dan Toukoma (dalam Saville-Troike 1991) mendapati kanak-kanak Finnish di Sweden yang
memperoleh pencapaian cemerlang terdiri daripada mereka yang memulakan pendidikan melalui
bahasa kedua pada peringkat yang lewat. Kajian Gonzalez (1986) dalam Saville-Troike (1991) juga
mendapati bahawa kanak-kanak yang menerima pendidikan yang lebih lama dalam bahasa
ibunda/pertama mencapai kejayaan berbanding dengan kanak-kanak yang lebih lama didedahkan
dengan bahasa kedua. Ini menunjukkan bahawa satu masa pendedahan awal pendidikan dalam
bahasa pertama amat kritikal untuk mencapai tahap kematangan mental yang dapat dipindahkan
seterusnya pada pendidikan dalam bahasa kedua.

Bahasa dalam Pembelajaran Sains

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi memahami ilmu yang disampaikan atau
dipelajari daripada seseorang kepada yang lain. Selain itu, bahasa turut memainkan peranan penting
dalam komunikasi, pemikiran dan sebagai alat untuk bertukar idea dan konsep antara satu individu
dengan individu yang lain. Dalam pembelajaran sains, murid menggunakan bahasa untuk
berkomunikasi dan memahami konsep sains dan digunakan dalam kehidupan seharian mereka (Aziz
2003).
Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan dalam mata pelajaran Sains telah
memberi kesan kepada pembelajaran dan cara pemikiran pelajar. Sejak perubahan bahasa ini
dilaksanakan, terdapat pelbagai pandangan daripada pihak yang berlainan telah dikemukakan
tentang perlaksanaan dasar ini. Isu ini dipandang serius dan mendapat perhatian daripada pelbagai
pihak . Ini kerana untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan sains dan teknologi, ilmu adalah
sangat penting. Ilmu ini disalur kepada pelajar dengan menggunakan bahasa. Jika pelajar
menghadapi masalah dalam memahami bahasa tersebut, maka penyampaian ilmu adalah tidak
berkesan.
Selain daripada masalah pelajar di peringkat sekolah, kajian oleh Kon Yoon How et al. (2005)
ke atas guru-guru Sains Tingkatan Satu dibeberapa sekolah diseluruh negara juga mendapati
walaupun guru-guru cukup fasih berbahasa Inggeris untuk mengajar Sains dalam bahasa Inggeris,
namun mereka merasa kurang yakin terutama dalam aspek sebutan perkataan dan istilah saintifik
Sains. Manakala, kajian yang dijalankan oleh Noraini Idris et al. (2006) menunjukkan walaupun guru
merasakan mereka telah bersedia melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris, namun mereka masih memerlukan lebih persediaan untuk mengatasi kesukaran yang
dihadapi pelajar dalam mempelajari subjek tersebut dalam bahasa Inggeris terutama kepada pelajar
yang lemah dalam bahasa Inggeris atau Sains dan Matematik itu sendiri. Sementara kajian oleh
Cheah Tong Tiat et al. (2004) ke atas guru-guru pelatih di Maktab Peguruan Sungai Petani pula
mendapati sikap guru pelatih terhadap pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris adalah positif
namun, sikap mereka terhadap konsep kendiri adalah pada tahap negatif. Ini secara tidak langsung
akan memberi kesan kepada pembelajaran murid kerana menurut Pandian (2002), apa yang
diketahui dan mampu dilakukan oleh guru mempengaruhi tugasan-tugasan asas mengajar serta
sikap dan kelakuan murid. Ini jelas mnunjukkan sekiranya guru menghadapi masalah dalam
melaksanakan pengajaran Sains dalam bahasa Inggeris, maka ia akan turut

Sains, Bahasa dan Hubungannya dengan Tahap Kefahaman Murid

Pembelajaran adalah satu proses yang rumit di mana idea lama akan diganti atau berubah dan idea
baru akan dibentuk mengikut cara tertentu. Konteks belajar dan pengaruh pengalaman awal
terhadap pembelajaran adalah sangat penting untuk pembelajaran seterusnya.. Menurut Gilbert
(1982), kebiasaannya pengalaman dan pengetahuan awal pelajar terhadap sesuatu konsep Sains
mempengaruhi pembelajaran dalam Sains kerana pengetahuan dan pengalaman awal pelajar sukar
untuk diubah. Selain itu, dalam mempelajari Sains, pelajar menggunakan bahasa untuk
berkomunikasi dan memahami fakta saintifik, konsep, prinsip dan penyelesaian masalah.
Walaubagaimanapun, pengetahuan dan kemahiran ini adalab sesuatu yang baru bagi mereka dan
berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian. (Osborne, et al., 1983). Ini
akhirnya akan menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam memahami konsep-konsep Sains.
Faktor utama pencapaian dalam pembelajaran adalah keberkesanan penggunaan bahasa
dalam kelas atau kuliah yang disampaikan. Kebanyakan idea sains adalah abstrak dan memerlukan
bimbingan guru secara teliti terutama dalam penggunaan bahasa yang baik supaya maksud idea-idea
baru tersebut dapat disampaikan dengan jelas dan difahami pelajar. Terdapat beberapa kes dalam
17

sains menunjukkan maksud sesetengah perkataan adalah berbeza dengan maksud harian.
Contohnya; “reaction” dan “spontaneous” kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang spesifik
dalam konteks kimia. Masalah bahasa dalam pembelajaran sains akan mengakibatkan pelajar
mengalami kesukaran dalam mempelajari mata pelajaran tersebut kerana tidak dihuraikan dengan
lengkapnya dan dijelas dengan baik (Rebeiro et al., 1990).
Untuk belajar dengan berkesan, seseorang murid perlu memahami apa yang dipelajarinya.
Walaubagaimanapun, kajian oleh Aziz Nordin et al (2006) mendapati pelajar menghadapi masalah
dalam mempelajari Sains dan Matematik dan masalah ini lebih ketara dalam mempelajari Sains. Ini
berlaku kerana apabila bahasa Inggeris digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran
Sains di sekolah, murid perlu mempunyai tahap kefasihan (profesiensi) yang tinggi untuk memahami
apa yang diajar oleh guru. Walaubagaimanapun, kajian oleh Aziz Nordin et al. (2006) menunjukkan
yang tahap kompetensi pelajar dalam bahasa Inggeris adalah rendah dimana hanya 6.5% yang
menyatakan mereka mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa tersebut. Sebahagian besar pelajar
tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggers dengan baik. Beliau turut menyatakan bahawa istilah-
istilah saintifik yang diterjemahkan samada dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu atau sebaliknya
juga menimbulkan kesukaran kepada murid untuk menterjemahkannya dan memahami maksudnya.
Maka guru perlu memberi penekanan yang lebih dalam memberi penjelasan terhadap istilah-istilah
saintifik dan konsep-konsep tertentu dan menggunakan teknik yang pelbagai dan kaedah pengajaran
yang menarik untuk menarik minat perhatian murid.

CADANGAN MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN MURID TERHADAP


PENGAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS

Keberkesanan pengajaran Sains dan Matematik dapat dilihat dari pilhan bahasa murid dalam
menjawab soalan Sains UPSR. Meskipun pengajaran Sains dan Matematik diperingkat sekolah
rendah telah sepenuhnya dilaksanakan dalam bahasa Inggeris, namun murid masih dibenarkan
menjawab soalan dalam bahasa Malaysia. Sementara itu, murid-murid dari sekolah jenis kebangsaan
juga dibenarkan menjawab dalam bahasa ibunda masing-masing. Format kertas peperiksaan yang
membenarkan murid menjawab dalam bahasa selain bahasa Inggeris ini memperlihatkan senario
dimana pelajar lebih gemar memilih untuk menjawab dalam bahasa Melayu bagi kertas peperiksaan
yang disediakan dalam bentuk dwibahasa (Utusan Melayu, 8 Julai 2002).
Sekiranya pengajaran dan pembelajaran Sains dijalankan dalam bahasa Inggeris tetapi murid
memilih untuk menjawab dalam bahasa Malaysia atau bahasa ibunda mereka, maka matlamat dasar
PPSMI untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperoleh maklumat
dan ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik, selain menambah masa konteks dalam
Bahasa Inggeris akan terjejas. Sekiranya murid mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap
pengajaran dalam bahasa Inggeris, maka sudah tentu mereka tidak menghadapi masalah untuk
menjawab soalan dalam bahasa tersebut. Tahap kefahaman murid terhadap Sains yang diajar dalam
bahasa Inggeris adalah antara faktor yang menentukan bahasa pilihan mereka dalam menjawab
soalan yang dwibahasa tersebut. Berdasarkan perbincangan di atas, berikut adalah beberapa
cadangan penulis bagi meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap Sains yang diajar dalam
bahasa Inggeris:

1. Menambah Peruntukan Masa Pengajaran


Peruntukan masa untuk pengajaran Bahasa Inggeris di peringkat rendah harus ditambah dan
kaedah pengajaran Bahasa Inggeris alternatif yang lebih berkesan harus diguna. Penguasaan
Bahasa Inggeris secukupnya di peringkat rendah adalah asas untuk pembelajaran dan
perluasan ilmu dalam semua bidang, termasuk dalam Sains dan Matematik seterusnya.

2. Mempertingkat program bahasa Inggeris di sekolah.


Sekolah perlu melaksanakan berbagai program untuk meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris murid melalui aktiviti kurikulum atau kokurikulum. Budaya ” English-speaking
environment” penting dalam menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris oleh komuniti di
sekolah. Program-program ini perlu diperluaskan supaya bahasa Inggeris dapat digunakan
dalam perhimpunan, mesyuarat, pengumuman dan sebagainya.
18

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengenalpastian bahasa pilihan murid dalam menjawab soalan Sains dapat
membantu dalam menentukan tahap kefahaman murid terhadap pengajaran Sains dalam bahasa
Inggeris. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa tahap kefahaman murid menentukan
keberkesanan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sekiranya murid
mempunyai tahap kefahaman yang rendah terhadap Sains yang diajar dalam bahasa Inggeris, maka
pelaksanaan dasar PPSMI ini akan terjejas. Pengetahuan tentang bahasa pilihan murid ini akan
dapat membantu dalam menentukan tahap kefahaman murid terhadap Sains yang diajar dalam
bahasa Inggeris. Di samping itu, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kefahaman murid dalam
mata pelajaran Sains yang diajar dalam bahasa Inggeris juga perlu dikenal pasti oleh guru dan
penggubal dasar. Ini seterusnya akan dapat membantu pihak guru merancang pengajaran dengan
lebih baik dan berkesan supaya dapat meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap Sains yang
diajar dalam bahasa Inggeris.

RUJUKAN

Aziz Nordin. 2003. Peranan bahasa dalam pembelajaran kimia. Buletin Persatuan Pendidikan Sains
dan Matematik Johor, 12 (1): 59-64.
Berita Harian. 2004. Prestasi Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris merosot. 17 Jun.
Bird, E & Welford, G. 1995. The effect of language on the performance of second language students in
science examinations. International of Science Education, 17: 389-397.
Cummins, J. 1991. Language development and academic learning. In. L.M. Maldive & G. Duqutte
(Eds.). Language, culture, and cognition, 161-175. England: Multilingual Matters.
Cummins, J. 1992. Language proficiency, bilingualism, and academic achievement. Dlm P. A.
Richard-Amato & M.A. Snow (Eds.). The multicultural classroom: readings for content area
teachers. New York: Longman. 16-26.

Apakah Kekuatan Kertas Konsep Contoh 2:

1. Tajuk menjurus apa yang hendak dibincangkan dalam KK.


2. Ada abstrak (BM & BI)
3. Terus kepada perbincangan/pandangan/gagasan/idea mengikut kehendak tajuk dan tujuan
KK
4. Perbincangan/pandangan/idea adalah mendalam/jelas – disokong teori dan kajian (hujah
akademik – Ulasan Kepustakaan )
5. Ada cadangan KK
6. Ada kesimpulan
7. Ada rujukan dan terkini
8. Bahasa yang baik walaupun masih terdapat banyak kesalahan bahasa
9. KERTAS KONSEP DISUSUN MENGIKUT KEUTAMAAN

Apakah Kelemahan/Cadangan Penambahbaikan Kertas Konsep Contoh 2:


Mungkin BOLEH/PERLU dimasukkan/ditulis:

1. Tujuan KK
2. Definisi konsep-konsep penting dalam tajuk
3. Ulasan kepustakaan – terlalu ringkas
4. Kepentingan/faedah kepada guru
5. Kepentingan/faedah kepada pelajar
6. Implikasi PPK kepada pengajaran guru dan pembelajaran pelajar
19

CONTOH 3 PENULISAN KERTAS KONSEP (Idea/Cadangan)

TRANSFORMASI PENDIDIKAN TINGGI: KEPAKARAN PENSYARAH DAN


KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Kertas konsep penyelidikan ini telah diringkaskan, tetapi tajuk/
idea utama tetap dikekalkan

PENGENALAN

Fungsi institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai menara gading telah berjaya dicapai dengan
terhasilnya ribuan para graduan atau ilmuan. Namun fenomena lambakan graduan yang berlaku
sekarang di mana ramai graduan IPT tidak mendapat pekerjaan memberi implikasi bahawa ilmu yang
diperoleh di IPT hanya mampu menjangka secara teori perubahan sosial yang akan berlaku. Graduan
yang dihasilkan tidak dapat bersaing dengan perubahan sosial yang pantas seiring dengan proses
globalisasi dan perkembangan teknologi. Peranan Pendidikan Tinggi sudah tidak memadai dengan
hanya mencetus ilmu secara teori. Pendidikan Tinggi kini perlu lebih peka kepada perkembangan
serta keperluan semasa kerana trend pendidikan masa kini memerlukan graduan atau ilmuan yang
bukan sahaja berpengetahuan tetapi boleh membawa perubahan; iaitu pendidikan yang membentuk
masyarakat berpendidikan tinggi, menjana kebolehkerjaan, mengintegrasikan dimensi kelestarian,
serta berorientasikan kualiti dan persaingan. Ciri-ciri inilah yang perlu ada bagi memastikan
kebolehpasaran graduan. Untuk itu, para pendidiknya, haruslah juga melakukan perubahan dalam
kaedah pengajaran & pembelajaran mereka. Pendidikan Tinggi perlu berubah bukan sahaja dalam hal
ehwal akademik tetapi juga isu tadbir urus dan transformasi pendidikan tinggi.

KEPERLUAN KEPADA TRANSFORMASI

Pendidikan tinggi kini dilihat sebagai suatu komoditi perniagaan yang boleh menjana ekonomi.
Pendidikan tinggi perlu memenuhi matlamat menjadi hab pendidikan di rantau ini atau di peringkat
antarabangsa. Keperluan terhadap modal insan yang berilmu pengetahuan tinggi juga menyebabkan
Malaysia perlu mengubah sistem pendidikan tingginya agar turut menekankan kepentingan
melahirkan warganegara Malaysia yang holistik dengan mentaliti kelas pertama tanpa mengabaikan
nilai dan agama yang menjadi teras kehidupan masyarakat Malaysia. Di samping itu, pembangunan
sektor ekonomi global yang bersaing sengit memerlukan Pendidikan Tinggi menjadi alat untuk
menjayakan sektor ekonomi melalui penyelidikan dan pengkomersialan, perundingan dan
perkhidmatan. Selain daripada itu, peranan Pendidikan Tinggi harus juga meliputi kaedah untuk
mengubah kehidupan masyarakat, tanpa menjejaskan nilai kemanusiaan. Pendidikan tinggi di
Malaysia juga perlu menimbangkan sistem pendidikan yang menekankan atau mengutamakan
kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia. Kesemua ini juga perlulah seiring dengan
perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan baharu. Inilah antara matlamat transformasi
pendidikan yang digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (PPPM-PT) 2015-2025.
Juga, selaras dengan memenuhi Teras Ke 4 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)
iaitu Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi (IPT), peranan Pengajian Tinggi haruslah ‘melangkaui
kotak’ (out of the box) sebagai menara gading yang menghasilkan graduan yang mempunyai intelek
yang boleh dibanggakan; serta berkeupayaan untuk menyambung budaya ilmuan ini kepada seluruh
lapisan masyarakat, termasuk masyarakat yang tersisir. Untuk berbuat demikian, graduan haruslah
mempunyai ‘attribute’ yang membolehkan mereka berinteraksi dan berkongsi pengetahuan dan
pengalaman bersama masyarakat.
Perubahan landskap pendidikan tinggi juga adalah kesan daripada perubahan dalam peruntukan
kewangan, revolusi dalam sistem teknologi maklumat, globalisasi dan massifikasi, penelitian awam
(public scrutiny), perubahan demografi, persaingan nilai dan perubahan sosial di dalam dan luar
Negara memaksa Pendidikan Tinggi beroperasi dalam kerangka yang lebih kompetitif.
Hala tuju institusi pendidikan tinggi (IPT) negara pada masa kini tertumpu ke arah
merealisasikan sasaran-sasaran yang telah digariskan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (Pendidikan Tinggi) (PPPM-PT) 2015-2025. Pelan ini bersifat realistik dan praktikal dalam
memacu perubahan dan perkembangan pendidikan tinggi dalam menghadapi persaingan global dan
masifikasi dan seterusnya melengkapkan persediaan dan cabaran sebagai Negara maju. Kejayaan
20

dalam merealisasikan perancangan dalam PPPM (PT), akan menjadikan IPT Malaysia menjadi
peneraju kepada empat bidang kepakaran di rantau Asia, iaitu penyelidikan, inovasi, keushawanan
dan pendidikan.

TRANSFORMASI PENDIDIKAN TINGGI

Apakah transformasi Pendidikan Tinggi yang perlu dilakukan? Bagi memastikan kebolehpasaran
graduan kini, satu aspek yang penting untuk dilihat semula adalah kurikulum di IPT. Ini kerana
peranan kurikulum ialah untuk membina dan menjayakan perkembangan diri yang serba lengkap
meliputi rohani, akal, emosi dan jasmani, di samping memupuk nilai-nilai akhlak yang murni melalui
penyampaian ilmu pengetahuan daripada pelbagai disiplin. Kurikulum itu juga harus boleh meramal
kemahiran yang diperlukan pada masa hadapan. Ini kerana kemahiran tidak bersifat statik, tetapi
dinamik dan berubah dengan pantas.
Sebenarnya, pendekatan interdisiplin ini menuju kepada perkembangan ilmu ke peringkat
tinggi seperti dalam bidang pembangunan teknikal (contoh, nuklear-teknologi, bioteknologi dan
genetik); Pendekatan ini juga sesuai bagi bidang yang ada interaksi antara pembangunan sosial,
teknikal dan ekonomi dengan unsur-unsur nilai dan budaya – tenaga, penjagaan kesihatan,
pemakanan, pembangunan lestari dan sebagainya. Kesemua ini memerlukan keterbukaan Pendidikan
Tinggi kepada masyarakat/awam; kepada keluasan dan kepelbagaian sumber ilmu baru serta
konteks ilmu yang merangkumi alam maya (cyber-space-time); dan ke arah kesejagatan, serta
pengertian semula nilai yang dipegang oleh masyarakat semasa. Menurut Morshidi & Ibrahim (2008:
5), Antara justifikasi perlunya suatu perubahan dalam pendidikan tinggi termasuklah:
1. Perkembangan dan perubahan konsep pendidikan tinggi global telah menyebabkan persaingan
semakin meningkat. Persaingan ini tidak terhad kepada hal ehwal akademik, tetapi
merangkumi juga isu tadbir urus dan transformasi pendidikan tinggi tanpa pengaruh politik
yang besar.
2. Pendidikan tinggi telah dilihat sebagai suatu komoditi perniagaan yang penting, yang boleh
menjana ekonomi.
3. Malaysia perlu mengubah pendidikan tingginya sekiranya berhasrat untuk memenuhi
matlamat menjadi hab pendidikan di rantau ini atau mungkin pada peringkat dunia.
4. Proses pengantarabangsaan pendidikan tinggi di Malaysia menjadi alasan yang kukuh untuk
melaksanakan perubahan. Pendidikan tinggi di Malaysia harus berubah selari dengan
perubahan dalam pendidikan tinggi global.
5. Keperluan terhadap modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi telah
menyebabkan Malaysia perlu mengubah sistem pendidikan tingginya. Dalam hal ini penting
juga dipertimbangkan pewujudan warganegara Malaysia yang holistik, dengan mentaliti kelas
pertama dan tidak mengabaikan nilai dan agama yang menjadi teras kehidupan masyarakat
Malaysia.

TREND PENDIDIKAN ABAD KE-21

Trend masa depan dalam abad ke 21 ini memerlukan graduan mencapai taraf yang setinggi-tingginya
dari segi ketrampilan pada rakyat, dari segi penghargaan mereka akan kemahiran dan pengetahuan
serta kemajuan diri, dari segi kemampuan diri, dari segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap
mereka terhadap kerja dan disiplin, dari segi motivasi mereka terhadap kecemerlangan dan terhadap
mendorongkan semangat keusahawanan (KPM 2012). Oleh itu kurikulum abad ke 21 perlu seiring
dengan aliran dan kemajuan teknologi. Ia mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya
dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia (ibid, 2012).
Sumber manusia yang dihasilkan ini mestilah dapat menangani cabaran globalisasi serta ledakan
ilmu dan maklumat. Mereka juga mesti berupaya merancang masa depan mereka dan mampu
membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan
kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri
yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya
lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-
bagai kemahiran iaitu
1. Kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
2. Kemahiran berkomunikasi secara berkesan
21

3. Kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni


4. Kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
5. Kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
6. Kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
7. Kemahiran kepimpinan dan pengurusan.

Untuk itu, kurikulum abad ke 21 perlu memberi penekanan kepada:

1. Pembelajaran Koperatif di mana pengisiannya berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan


dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap
kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat
keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan.
2. Aktiviti yang membina kebolehan pelajar untuk berfikir secara kritis dan reflektif yang
memerlukan mereka membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang
rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea,
pandangan membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau
penghasilan produk baru.
3. Aktiviti-aktiviti yang kreatif seperti berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh
memberi pandangan kerana kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi
galakan.
4. Kemahiran generik yang boleh menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan
berketerampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan menjadi
aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu mobile dan kerap bertukar kerja.
Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang
yang berlainan.

STRATEGI TRANSFORMASI PENDIDIKAN TINGGI

Bagi membolehkan transformasi Pendidikan Tinggi berlaku, universiti diberikan autonomi di bawah
pelan PPPM (PT) agar penjenamaan semula dapat dilakukan. Transformasi pendidikan tinggi melalui
pemberian kuasa autonomi kepada universiti ini bermakna universiti mempunyai lebih banyak kuasa
dalam mentadbir urus universiti berdasarkan kepada kerangka atau model pembangunan masing-
masing. Misi dan visi universiti mestilah sentiasa kekal relevan, dirujuk dan dihormati di peringkat
nasional, serantau dan antarabangsa. Matlamat universiti lebih berfokus dan terarah dalam
memenuhi kehendak kesemua pemegang taruh iaitu kerajaan, pelajar, industri dan masyarakat.
Universiti mempunyai kuasa autonomi dari segi governans, pengurusan akademik dan kemasukan
pelajar, aspek kewangan dan penjanaan pendapatan serta pembangunan sumber manusia.
Dalam konteks UKM, sebagai sebuah universiti kebangsaan dan pendaulat amanah Negara,
UKM proaktif dalam menggalas cabaran merealisasikan agenda pembangunan Negara dan bangsa. Ini
dilaksanakan dengan mendaya upaya bakat dan potensi modal manusia dalam bidang teknologi,
sains, perubatan, kesihatan, ekonomi dan pengurusan, pengajian Islam, pendidikan serta sains sosial
dan kemasyarakatan. Inti pati dalam PPPM (PT) dimanifestasikan oleh UKM ke dalam enam bidang
keberhasilan utama iaitu: KRA1 (Graduan beraspirasi kebangsaan, kompeten, berdaya saing dan
inovatif); KRA2 (Penyelidikan dan inovasi yang berimpak tinggi); KRA3 (Perkongsian kepakaran dan
sumber yang optimum); KR4 (Sumber manusia dan institusi cemerlang); KRA5 (Penjanaan kekayaan
secara optimum dan strategik) dan KRA6 (Prasarana dan persekitaran yang kondusif)..
Pelbagai pendekatan strategik telah diambil oleh UKM bagi menyokong polisi yang telah
diperkenalkan antaranya, mempertingkatkan kualiti dan amalan pedagogi iaitu dengan mengungguli
e-pembelajaran. Seterusnya, UKM menumpukan usaha ke arah memacu usaha penyelidikan dan
inovasi dan menggalakkan penemuan intelektual disalurkan kepada pembangunan ekonomi dan
sosial. Hasil pendidikan, penyelidikan, dan perkhidmatan (ERK) di UKM memberikan manfaat
bersama antara universiti, industri dan masyarakat melalui kerjasama dan rangkaian strategik. Pada
masa yang sama, tugas hakiki UKM dalam memperkukuhkan modal sosial dan insan diperkukuhkan
melalui aktiviti mobiliti, aktiviti kokurikulum, dan program keusahawanan.
22

Kebolehpasaran Graduan

Sektor pendidikan tinggi kritikal dalam mentransformasi Negara melalui sumbangannya dalam
pengeluaran modal insan berkualiti. IPT bertanggungjawab dalam memastikan kadar kebolehpasaran
graduan akan ditingkatkan kepada lebih 80% menjelang tahun 2020. Sasaran ini akan dicapai
melalui peningkatan kemahiran pengurusan dan keusahawanan, penglibatan industri dalam
pembangunan kurikulum, latihan praktikal serta kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar di IPT.
Langkah ini membolehkan graduan tempatan mendapat pekerjaan dalam atau luar negara, atau
menjadi usahawan. IPT perlu memastikan Negara dan masyarakat memanfaatkan sumber dan
produk yang dihasilkan daripada IPT.
Dalam menghadapi dunia pekerjaan yang semakin berubah, majikan menuntut kemahiran
yang berbeza berbanding dengan generasi terdahulu. Graduan sekarang perlukan kemahiran
keushawanan, ketangkasan akal, bersikap fleksibel, keterbukaan kepada teknologi baru, keyakinan
diri, keupayaan mengambil risiko, dan menguasai kemahiran bahasa. Ciri-ciri ini diperlukan bagi
membolehkan graduan memasarkan diri dalam pasaran pekerjaan yang sangat kompetetif, serta
graduan lebih berdaya saing pada masa hadapan.
Sasaran dalam membangunkan ‘Bakat Terpelajar Dipacu Nilai’ seperti dalam PPPM (PT) dapat
dicapai dengan mewujudkan ekosistem pembelajaran yang kondusif. Di United Kingdom sebagai
contoh, universiti Group 1994, mula memberikan hak bersuara kepada pelajar. Mereka dilihat
sebagai agen perubahan dengan memberikan mereka hak untuk mencabar kelaziman dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman pembelajaran di IPT tidak lagi terbatas kepada
pembelajaran yang bersifat formal, tetapi dikembangkan dalam spektrum non-formal dan in-formal.
Menjadi tanggungjawab pensyarah untuk mengiktiraf dan mengesahkan pengalaman yang diperoleh
pelajar sebagai satu bentuk pembelajaran.

Kepakaran Pensyarah

Inti pati kepada kecemerlangan IPT adalah kesarjanaan ahli akademik. Sumbangan keilmuan dan
pembudayaan ilmu adalah elemen penting dalam menyokong agenda perubahan. Transformasi IPT
yang menekankan kepada pembudayaan kecemerlangan akademik merombak tugas tradisi
pensyarah yang memfokuskan kepada pengajaran, penyelidikan dan penerbitan serta komuniti
kepada perundingan dan jaringan industri, penjanaan pendapatan serta elemen pengurusan dan
kepimpinan. Perubahan peranan dan tanggungjawab ahli akademik dikaitkan dengan cabaran dan
perubahan yang berlaku kepada landskap pendidikan tinggi, kedinamikan globalisasi, perkembangan
teknologi maklumat, pengurangan dana awam, prestasi, dan kepelbagaian populasi pelajar.
Peranan ahli akademik semakin kompleks dan mencabar kesan pengantarabangsaan
pendidikan tinggi, kewujudan polisi tentang penilaian prestasi penyelidikan, perubahan kepada
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan peningkatan penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, ahli akademik perlu memiliki satu hala
tuju yang jelas untuk merancang kesarjanaan masing-masing, sama ada mengungguli bidang
pedagogi, penyelidikan atau khidmat komuniti. Justeru, ahli akademik perlu memahami dan
menguasai bidang tugas masing-masing, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi supaya
mampu mencapai standard tahap global. Ini secara tidak langsung membantu Negara mencapai 10
lonjakan yang telah digariskan di dalam PPPM (PT).

TRANSFORMASI PENDIDIKAN TINGGI FAKULTI PENDIDIKAN UKM

Bagi Fakulti Pendidikan khususnya, langkah transformasinya telah bermula dengan proses
penstrukturan urus tadbirnya. Dahulunya Fakulti Pendidikan ditunjangi oleh Jabatan Asas
Pendidikan dan Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan bagi mengendalikan kursus-kursus di
peringkat prasiswazah dan pascasiswazah. Namun, mulai 2011 usaha giat penstrukturan semula
Fakulti Pendidikan dilakukan agar fungsi dan peranan Fakulti Pendidikan mendahului zaman
bersesuaian dengan moto Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Pendaulat Amanah Negara,
Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan. Bagi menjayakan usaha ini, Fakulti Pendidikan telah
mengendalikan pelbagai aktiviti termasuk perbincangan dengan pakar pendidikan di dalam dan luar
negara serta para pemegang taruh. Fakulti Pendidikan percaya bahawa kecemerlangan IPT adalah
bergantung kepada kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran (Education), penyelidikan
(Research) serta perkhidmatan masyarakat (Khidmat) yang dilaksanakan.
23

Justeru, Penstrukturan ini telah mengintegrasikan tiga komponen utama yang menjadi
tunjang kepada pembangunan dan kemajuan universiti penyelidikan yang unggul ini. Falsafah ilmu
pendidikan yang mencakupi ruang lingkup yang luas mencakupi pelbagai aspek pendidikan formal,
informal dan non-formal telah menjadi tunjang penstrukturan semula Fakulti Pendidikan.
Penstrukturan semula fakulti telah mencapai status kejayaan apabila Senat UKM telah memberi
respons positif terhadap cadangan penstrukturan ini. Bemula sesi pengajian 2013/2014, jabatan-
jabatan di bawah fakulti pendidikan distrukturkan menjadi tiga jabatan: iaitu Jabatan Inovasi
Pembelajaran dan Pengajaran, Jabatan Kepimpinan & Polisi Pendidikan dan Jabatan Pendidikan &
Kesejahteraan Komuniti. Seterusnya, transformasi pendidikan tinggi Fakulti Pendidikan
diterjemahkan di dalam 4 strategi KRA 1 nya iaitu:
1. Meningkatkan daya keusahawanan pelajar.
2. Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.
3. Mewujudkan keunikan setiap program pengajian fakulti.
4. Meningkatkan kebolehpasaran graduan Fakulti Pendidikan.

Satu lagi program berimpak tinggi Fakulti Pendidikan adalah Program Bitara STEM (Science,
Technology, Engineering and Math education) yang bertujuan meningkatkan penglibatan pelajar
dalam bidang sains, teknologi kejuruteraan dan matematik. Objektif program ini adalah untuk
memupuk kemahiran saintifik dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar sekolah. Di
samping itu, program ini mempamerkan keperluan transformasi kepakaran pensyarah Fakulti
Pendidikan. Kepakaran pensyarah memerlukan upskilling atau reskilling. Ini bagi menepati matlamat
pendidikan serta pendidikan abad 21.
Selain itu pensyarah Fakulti Pendidikan juga terlibat di dalam program yang menggabung
kepakaran pensyarah seperti menggabungkan pakar pendidikan khas terutamanya autism dengan
pensyarah bidang vokasional dan menyumbang kepakaran pensyarah pendidikan Islam kepada
masyarakat. Ini menunjukkan kepakaran pensyarah ke arah multidisiplin yang melibatkan upskilling
atau reskilling para pensyarah Fakulti Pendidikan. Usaha-usaha ini diselaraskan di bawah KRA4 iaitu
menghasilkan Sumber Manusia dan Institusi Cemerlang dengan menyediakan peluang ke arah
meningkatkan kualiti kerja melalui pelbagai latihan.

KESIMPULAN

Transformasi Pendidikan Tinggi adalah satu anjakan atau perubahan yang positive dan bertujuan
bagi setiap individu yang terlibat dengan pendidikan. Dalam konteks yang telah dibincangkan ini,
bagi menghasilkan graduan yang beraspirasi kebangsaan, kompeten, berdaya saing dan inovatif,
maka transformasi pendidikan tinggi haruslah berlaku; begitu juga kepakaran yang menggerakkan
transformasi itu.

RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Morshidi Sirat & Ibrahim Che Omar (eds.) 2008. Masa Depan Pendidikan Tinggi di Malaysia. Monograf
11/2008. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara. 50 Tahun Pembangunan Pendidikan
Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007
http://jpt.moe.gov.my/DASAR/matlamat.php
Hala Tuju Universiti: Memorandum Kepada kerajaan.
http://nordinkardi.wordpress.com/2010/07/08/hala-tuju-universiti-memorandum-kepada-
kerajaan/(Report by the Committee to Study, Review and Make Recommendations Concerning
the Development and Direction of Higher Education in Malaysia, 2006 : CH 5.6).
Gibbons, M., Limoges, C., Nowotny, H., Schwartzman, S., Scott, P. & Trow, M. 1994. The new
production of knowledge: The dynamics of science and research in contemporary societies.
London: Sage.
Nicolescu, L. & Pun, C. 2009. Relating Higher Education with the Labour Market:Graduates'
expectations and employers' requirements. Tertiary Education and Management. 15 (1),
24

Apakah Kekuatan Kertas Konsep Contoh 3:

1. _____________________________________________________________________________

2. _____________________________________________________________________________

3. _____________________________________________________________________________

4. _____________________________________________________________________________

5. _____________________________________________________________________________

6. _____________________________________________________________________________

Apakah Kelemahan/Cadangan Penambahbaikan Kertas Konsep Contoh 3:

1. _____________________________________________________________________________

2. _____________________________________________________________________________

3. _____________________________________________________________________________

4. _____________________________________________________________________________

5. _____________________________________________________________________________
25

CONTOH 4 PENULISAN KERTAS KONSEP (CADANGAN PENYELIDIKAN)

PELAKSANAAN KURIKULUM DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU


DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN DAERAH HULU LANGAT
Kertas konsep penyelidikan ini telah diringkaskan, tetapi tajuk/
idea utama tetap dikekalkan

Abstrak: Memandangkan berlaku globalisasi dalam ekonomi, budaya dan status sosial masyarakat
Malaysia, terdapat keperluan untuk menilai pelaksanaan kurikulum dalam kalangan guru Bahasa
Melayu di SJK dalam usaha untuk mengangkat martabat mata pelajaran tersebut. Berdasarkan
Model CIPP yang diperkenalkan oleh Stufflebeam (1971), pelaksanaan kurikulum dalam kalangan
guru Bahasa Melayu di SJK wajar dinilai dengan menjurus kepada penilaian berasaskan konteks,
input, proses dan output. Fokus kajian tidak hanya bertumpu kepada satu kemahiran berbahasa,
tetapi menilai keseluruhan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK. Peserta kajian terdiri daripada 107 guru Bahasa Melayu yang
mengajar di SJK di daerah Hulu Langat memandangkan daerah tersebut mepunyai masalah
kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu di SJK dan juga merupakan daerah yang terbesar di
Selangor. Data kuantitatif akan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS 15.0 bagi
mengkaji sikap dan kesediaan guru di SJK melaksanakan kurikulum tersebut, manakala data kajian
kualitatif akan dianalisis melalui kaedah temu bual bagi menghuraikan masalah yang dihadapi guru
semasa melaksanakan kurikulum tersebut di SJK.

Abstract: The aim of the study is to evaluate the implementation of teaching and learning among the
Malay Language teachers in National Type School. This study tries to evaluate the Malay Language
teacher based on the CIPP Model’s introduced by Stufflebeam (1971) which included the evaluation on
context, input, process and output. This study is to get the whole spectrum of teaching and learning by
Malay Language teacher. 107 Malay Language teachers in Hulu Langat was selected as respondents
using the purposeful sampling method. Questionare consisting of 50 items was distrubet to collect data
for this study. The quantitative data were analyzed by using descriptive and inferential statistica to
study the attitude and readiness among the Malay Language teachers. Meanwhile, analysis for
qualitative data was using to elaborate deeper the problem that the teachers facing during the Malay
Language teaching and learning.

PENGENALAN

Kepelbagaian jenis sekolah di Malaysia pada peringkat pendidikan rendah merupakan cabaran untuk
mencapai satu hala tuju dalam pendidikan. Walau bagaimanapun, atas kepelbagaian itulah,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyusun langkah ke arah penghasilan produk
pendidikan yang lebih berkualiti. Justeru, KPM telah mewartakan perancangan hala tuju pendidikan
Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengandungi
lima aspirasi, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan dalam memastikan hasrat
tersebut menjadi realiti (KPM, 2013).
Sejajar dengan hasrat tersebut, peruntukan perbelanjaan kerajaan dalam sektor pendidikan
adalah antara yang tertinggi berbanding negara Asia yang lain. Misalnya, pada tahun 2013, Kerajaan
Persekutuan telah memperuntukkan 21 peratus daripada bajet keseluruhan, iaitu sebanyak RM 38.7
billion. RM 1 billion lagi diperuntukkan bagi pembangunan sekolah, dengan pecahan RM 400 juta
bagi Sekolah Kebangsaan, RM 100 juta bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan RM 100 juta bagi
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan juga bagi sekolah yang lain. Kerajaan juga menambah
peruntukan sebanyak RM 500 juta untuk meningkatkan kemahiran guru dalam mata pelajaran teras
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik melalui pendekatan High Order Thinking
Skills (HOTS) (Kementerian Kewangan, 2013). Keutamaan diberi dalam Bajet 2013 kepada KPM
kerana keberhasilan pembangunan modal insan bermula pada peringkat awal.
Walaupun pencapaian murid dalam peperiksaan awam masih meningkat, namun senario
tersebut tidak memberi gambaran sebenar terhadap pencapaian keberhasilan persekolahan. Secara
keseluruhannya, pencapaian murid dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada
26

tahun 2011 ialah 45 peratus murid mencapai tahap cemerlang, 44 peratus murid mencapai tahap
sederhana dan 11 peratus murid gagal dalam kertas Bahasa Melayu (PPPM, 2013). Hal ini
memerlukan perancangan dan penelitian yang mendalam terhadap faktor-faktor yang menghalang
pencapaian yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah
terutamanya di Sekolah Jenis Kebangsaan sama ada di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Oleh hal demikian, timbul juga persoalan tentang sejauh
manakah kurikulum Bahasa Melayu Tahap 1 dilaksanakan oleh guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu Tahap 1 di SJK?
Peruntukan waktu mata pelajaran seminggu juga adalah berbeza-beza mengikut jenis sekolah.
Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan, peruntukan waktu mata pelajaran ialah
300 minit pada tahap 1, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula hanya 300 minit
seminggu. Pada tahap 2, peruntukan waktu seminggu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah
Kebangsaan ialah 300 minit berbanding dengan di SJKC dan SJKT yang hanya diperuntukkan 270
minit seminggu. Dalam hal ini, berdasarkan teori linguistik, sukatan pelajaran di SK, SJKC dan SJKT
sepatutnya berbeza memandangkan terdapat perbezaan fungsi pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di SK adalah pada peringkat pengayaan dan
pengukuhan, sedangkan di SJKC pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan teori linguistik
pembelajaran bahasa kedua. Peruntukan waktu yang berbeza antara ketiga-tiga jenis memberi
peluang yang berbeza-beza kepada murid-murid dalam mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam penyediaan sumber tenaga guru jangka panjang, opsyen guru merupakan perkara yang paling
penting dalam menentukan kualiti guru. Guru yang mengajar mestilah mengajar berdasarkan opsyen
yang dilatih ketika mengikuti latihan di Institusi Latihan Perguruan. Opsyen guru ditentukan melalui
komposisi mata pelajaran yang diperuntukkan dalam Kurikulum Pendidikan Kebangsaan dan Akta
Pendidikan 1996. Komponen mata pelajaran yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996
mengandungi mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Untuk mencapai hasrat yang terdapat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu menghasilkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran teras. Mata pelajaran teras wajib
dipelajari oleh semua murid. Bahasa Melayu wajib dikuasai oleh semua murid kerana fungsi bahasa
itu sendiri adalah sebagai alat perpaduan (Akta Pendidikan, 1996). Oleh hal demikian, keperluan
guru Bahasa Melayu di sekolah terutamanya di sekolah rendah adalah tinggi kerana semua murid
wajib mempelajari mata pelajaran tersebut. Pada masa ini, permintaan guru Bahasa Melayu adalah
tinggi di Sekolah Jenis Kebangsaan berbanding di Sekolah Kebangsaan. Guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dilatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui opsyen
Pengajian Melayu.
Salah satu penanda aras bagi menentukan kualiti guru adalah melalui latihan perguruan yang
berkualiti. Guru yang dipilih mestilah mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang pada
peringkat SPM. Oleh hal demikian, bermula pada tahun 2013, guru dipilih berdasarkan kriteria
kecemerlangan akademik dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Mereka dipilih dengan syarat yang ketat
termasuklah perlu melepasi ujian kelayakan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) selain melepasi
temu duga yang dijalankan untuk dipilih sebagai guru pelatih. Latihan perguruan bagi Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang dilatih di IPG adalah untuk keperluan bekalan di sekolah
rendah. Program latihan tersebut mengambil masa selama lima tahun enam bulan dan dilatih
berdasarkan pengkhususan opsyen mata pelajaran. Latihan meliputi meningkatkan kemahiran dalam
subjek konten dan juga kemahiran pedagogi. Untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dan
berkesan, mereka perlulah mahir dalam mata pelajaran yang akan diajar di sekolah. Oleh hal
demikian, banyak kajian yang telah dijalankan terhadap guru novis yang melihat keberkesanan
mereka setelah tamat pengajian. Oleh hal demikian, penyelidik ingin mengetahui sejauh manakah
kekurangan guru opsyen Pengajian Melayu di SJK boleh menjejaskan pelaksanaan kurikulum Bahasa
Melayu di SJK?
Pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK masih meningkat, namun
peningkatan tersebut tidak memberikan maksud sebenar kepada keberhasilan murid (PPPM 2013-
2025,2012). Hal ini mungkin berpunca daripada kurangnya pendedahan kepada Bahasa Melayu di
sekolah jenis kebangsaan ini. Sebanyak 96% murid berbangsa Cina dan 56% murid berbangsa India
bersekolah di SJK yang kebanyakan mata pelajaran diajar dalam bahasa Cina atau bahasa Tamil.
Memandangkan masa pengajaran di SJK dibahagikan antara Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
27

Bahasa Cina atau Bahasa Tamil, murid mendapat kurang masa pengajaran dalam Bahasa Melayu
berbanding murid di sekolah kebangsaan. Untuk menangani isu ini, standard kurikulum dan
pentaksiran Bahasa Melayu bagi SJK ditetapkan pada tahap yang lebih rendah.Peluang untuk
mempelajari bahasa selain Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris amat baik di negara ini. Hampir 20%
murid sekolah rendah di SJK menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil, dan
2% lagi belajar di sekolah agama menggunakan bahasa Arab.

PERNYATAAN MASALAH

Peningkatan kemahiran dalam bahasa kebangsaan merupakan cabaran utama dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran teras
dalam kurikulum kebangsaan. Mata pelajaran ini wajib dipelajari oleh semua murid tidak kira sama
ada mereka berada di Sekolah Kebangsaan, mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada peringkat
menengah, semua murid wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu untuk layak dianugerahkan Sijil
Pelajaran Malaysia. Tambahan pula, untuk melayakkan murid memohon melanjutkan pelajaran di
universiti awam memerlukan murid mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam mata pelajaran
tersebut. Kepentingan mata pelajaran ini juga diutamakan kerajaan untuk melayakkan seseorang itu
menjawat jawatan dalam kerajaan. Meskipun mata pelajaran ini sangat penting sebagai alat
penyuburan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, masih terdapat rakyat
yang menolak peranan mata pelajaran Bahasa Melayu seperti yang tertulis dalam Laporan Fern Wu.
Oleh hal demikian, draf awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah
menyatakan perkara ini dalam Gelombang 1 (2013-2015), iaitu memperakukan sistem sedia ada.
Kurikulum Standard Bahasa Melayu akan diselaraskan di semua jenis sekolah. Walau
bagaimanapun, murid yang bermasalah akan dibantu melalui program saringan LINUS. Begitu juga
dengan kurikulum Bahasa Melayu di SJK akan ditingkatkan standard sama dengan kurikulum
Bahasa Melayu di SK. Murid di SJK pada tahun 2014, iaitu kohort Tahun 4 akan menggunakan
kurikulum yang sama dengan SK. Namun, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan tetap menjadi
bahasa pengantar di SJK. Pelan ini juga mencadangkan pelaksanaan kelas pemulihan bagi murid
Tahun 1-6 yang lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu akan mengikuti kelas pemulihan sehingga
lima jam seminggu.
Pelaksanaan kurikulum yang standard di semua jenis sekolah merupakan cabaran besar
dalam merealisasikan peningkatan dalam penguasaan mata pelajaran ini. Bahasa Melayu merupakan
bahasa ibunda bagi murid Melayu di SK, sedangkan bahasa tersebut menjadi bahasa kedua atau
ketiga bagi murid di SJK. Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid adalah pelbagai.
Tambahan pula, murid di SJK diajar dalam dwibahasa pada Tahap 1 di SJK. Dalam masa yang sama,
kurikulum Bahasa Melayu mengalami transformasi yang agak drastik. Reka bentuk kurikulum
ditambah dengan elemen baharu seperti pendekatan modular, didik hibur serta penerapan HOTS
yang memerlukan kemahiran tinggi dalam kalangan guru Bahasa Melayu terutamanya yang mengajar
di SJK. Hal ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi murid di SJK. Di samping itu,
pentaksiran dilaksanakan secara pentaksiran berasaskan sekolah yang merujuk kepada Dokumen
Standard Prestasi Bahasa Melayu.

KERANGKA KONSEP KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu dalam kalangan
guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK. Kajian ini tidak berfokus kepada satu
kemahiran berbahasa tetapi menilai keseluruhan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
oleh guru di SJK. Kajian ini berasaskan kepada pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum Bahasa
Melayu Tahun 3 di SJK memandangkan murid Tahun 3 telah menjalani kurikulum tersebut bermula
pada tahun 2010. Dalam Dokumen Standard Bahasa Melayu Tahap 1 di SJK, fokus kurikulum ini
ialah murid-murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Ini
bermakna konsep kembali kepada asas (back to basic) diberi penekanan yang khusus. Penekanan
juga diberikan kepada pembelajaran yang menyeronokkan yang berkonsepkan aktiviti didik hibur.
Model Stuflebeam, 1971 memberi penekanan terhadap penambahbaikan dan bukan untuk
membuktikan kelemahan dan kekuatan sesuatu kurikulum. Tujuan penilaian kurikulum adalah
untuk membolehkan usaha dan tindakan yang sistematik dalam mengumpul maklumat dan data-
data kajian untuk menilai kualiti program secara menyeluruh dan berperanan sebagai proses yang
akan bertindak kepada penambahbaikan kurikulum. Model CIPP menyediakan kerangka untuk
28

mengumpul maklumat seterusnya kepada orang lain untuk memastikan kejayaan pelaksanaan
kurikulum tersebut. Kekuatan adalah dapat mengenal pasti kelemahan, mencadangkan langkah yang
bersesuaian untuk mengatasi kelemahan, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kelemahan
tersebut dan memperbaikinya. Model ini mengetengahkan empat komponen penting dalam penilaian.
Empat elemen tersebut ialah konteks, input, proses dan produk. Penilaian konteks merupakan
penilaian yang paling asas, iaitu terhadap dokumen yang berkaitan dengan kurikulum.
Secara keseluruhannya, penilaian kurikulum akan mengumpul maklumat dan data tentang
program yang sedang dilaksanakan dan menyimpan rekod-rekod kemajuan program tersebut.
Penilaian produk pula akan menentukan sejauh mana program yang dilaksanakan tersebut telah
mencapai matlamatnya. Penilaian ini memberikan maklumat penentu kepada ahli perancangan dan
pembuat dasar pendidikan terhadap sesuatu program tersebut sama ada patut diteruskan,
ditamatkan atau diperbaiki. Penilaian ditentukan melalui kajian semula terhadap objektif, mengukur
kriteria yang menentukan pencapaian objektif dan membuat interpretasi terhadap dapatan daripada
konteks, input dan proses. Kesemua empat komponen dalam model penilaian ini dapat dilihat secara
jelas dalam Rajah 1.1.

Konteks Input Proses Produk

Maklumat  Kurikulum  Peruntukan  Strategi pelaksanaa


Demografi BM di SJK masa n pengajaran BM Pencapaian
Guru:  Persepsi pengajaran  Pendekatan
guru  Kandungan pengajaran BM
matlamat
 Kaum  Penilaian kemahiran  Teknik pengajaran pengajaran BM
 Opsyen/ kendiri BM BM
Bukan guru terha  Bahan  Penggunaan BBM
opsyen dap kema Bantu Meng  Aktiviti pengajaran
 Pengalaman hiran BM ajar BM
mengajar  Teknik Penilaian
BM

Hasil Matlamat
 Penambahbaikan Kurikulum BM di SJK
 Latihan Guru Dalam Perkhidmatan
 Kurikulum latihan di IPG, KPM

Rajah 1.1: Kerangka konseptual kajian yang diubahsuai daripada Model Penilaian CIPP
(Stufflebeam & Shinkfield, 1985)

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Bahasa
Melayu dalam Kurikulum Bahasa Melayu yang baharu dilaksanakan di sekolah rendah berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah di SJK. Kajian ini akan dapat memberikan gambaran sebenar
apa yang berlaku dalam beberapa tahap pelaksanaan dengan mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan pelaksanaannya. Secara terperinci, kajian ini dilakukan dengan objektif seperti berikut
yang dibahagikan kepada empat bahagian berdasarkan komponen penilaian yang dikemukakan
dalam Model Penilaian CIPP, iaitu:
1. Penilaian konteks
2. Penilaian input
3. Penilaian proses
4. Penilaian produk
29

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang dibahagi kepada empat aspek penting
berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan. Persoalan kajian yang ingin dijawab oleh kajian ini
adalah seperti berikut:
1. Penilaian konteks:
 Adakah kurikulum BM di SJK relevan dengan keperluan di Malaysia?
 Apakah persepsi guru terhadap kurikulum BM di SJK?
 Apakah penilaian kendiri kemahiran BM guru?

2. Penilaian input:
 Adakah peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran BM di SJK mencukupi?
 Bagaimanakah kandungan kemahiran BM dalam buku teks?
 Apakah BBM yang digunakan dalam melaksanakan kurikulum BM di SJK?

3. Penilaian proses:
 Bagaimanakah strategi pelaksanaan pengajaran BM di SJK?
 Bagaimanakan pendekatan pengajaran BM di SJK?
 Apakah teknik yang digunakan dalam pengajaran BM di SJK?
 Apakah penekanan dalam pelaksanaan pengajaran BM di SJK?
 Bagaimanakah penggunaan BBM dalam pengajaran BM di SJK?
 Bagaimanakah aktiviti pengajaran BM di SJK?
 Bagaimanakah penilaian kemahiran BM dijalankan?

4. Penilaian produk:
 Bagaimanakah penguasaan kemahiran BM di SJK?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini juga akan menilai kendiri guru dan murid yang terlibat dalam proses melaksanakan dan
menerima kurikulum ini yang telah dirancang dan digubal oleh perancang kurikulum, iaitu Bahagian
Pembangunan Kurikulum untuk dilaksanakan di SJK. Begitu juga, kajian ini akan melihat sama ada
peruntukan masa BM di SJK mencukupi untuk membolehkan murid di SJK menguasai kemahiran
BM sepenuhnya. Kajian ini juga akan menilai sama ada sumber sedia ada seperti bahan bantu
mengajar, bahan sokongan yang lain mencukupi untuk mencapai matlamat pelaksanaan kurikulum
BM di SJK. Dalam aspek proses, kajian ini akan memberikan gambaran tentang bagaimana proses
pelaksanaan kurikulum BM di SJK dengan menilai teknik, pendekatan, kaedah yang digunakan guru,
aktiviti yang dilaksanakan dalam pdp dan tahap penggunaan BBM dalam pengajaran BM selain
menilai kemahiran BM murid yang telah mengikuti kurikulum ini. Kajian ini akan mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan pelaksanaan kurikulum BM di SJK sama ada pada konteks, input, proses
atau produk. Kekuatan dalam pelaksanaan kurikulum BM di SJK adalah amat penting untuk
memaksimum dan mengoptimumkan keberhasilan murid di SJK dalam kemahiran BM. Manakala
kekurangan dan masalah dalam pelaksanaan kurikulum BM di SJK dikenal pasti dengan mengambil
langkah penyelesaian segera untuk mengoptimumkan keberhasilan akibat daripada pelaksanaan
kurikulum tersebut.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK sahaja
memandangkan isu kekurangan guru opsyen BM berlaku di SJK. Tambahan pula, pembatasan perlu
dibuat berdasarkan kekangan pengurusan dan had waktu yang dihadapi oleh penyelidik. Aspek
kajian hanya mengambil kira empat komponen penilaian yang digunakan dalam Model Penilaian
CIPP, iaitu konteks, input, proses dan produk. Ini bermakna aspek lain tidak menjadi keutamaan
penyelidik kerana tidak disenaraikan dalam model penilaian CIPP yang menjadi rujukan dalam
perancangan kajian, pelaksanaan dan peringkat penulisan laporan kajian yang dijalankan.
30

ULASAN KEPUSTAKAAN

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan aspek utama yang memberi kesan
terhadap sebarang perancangan kepada program dan dasar pendidikan di sekolah KPM. Misalnya,
kurikulum yang digubal mencorakkan sistem latihan perguruan yang dibekalkan oleh pihak
pembekal guru sama ada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ataupun Institut Pendidikan Guru
(IPG). Bekalan guru di sekolah menengah akan dilatih oleh IPTA, manakala bekalan guru di sekolah
rendah dilatih oleh IPG. Pembahagian kepada dua institusi latihan tersebut dilaksanakan seperti yang
dipersetujui oleh KPM dan KPT dalam Memorandum Persefahaman KPM-KPT pada tahun 2006 (KPM,
2006). Oleh hal demikian, perancangan sistem latihan memberi penekanan kepada opsyen yang akan
diajar oleh guru pelatih selepas mereka tamat latihan perguruan.
Sebarang perubahan yang berlaku dalam kurikulum akan memberi kesan terhadap
perancangan guru pada masa ini dan masa hadapan. Sebagai contohnya, perubahan dalam
peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran seminggu memberi kesan kepada keperluan guru
mengikut opsyen di sekolah KPM sama ada perubahan tersebut akan meningkatkan permintaan
terhadap guru dalam mata pelajaran tertentu. Misalnya, perbezaan waktu pengajaran dan
pembelajaran seminggu antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan dalam Kurikulum
Pendidikan Kebangsaan menghasilkan perbezaan keperluan guru bagi mata pelajaran BM di SK dan
SJK. Bahkan perbezaan waktu tersebut menyebabkan kurikulum dan soalan peperiksaan bagi mata
pelajaran BM berbeza di SJK dan SK. Justeru, produk pendidikan yang baik dan berkualiti bermula
dengan penggubalan kurikulum yang berkualiti dan pelaksanaan kurikulum yang menepati hasrat
yang termaktub dalam kurikulum tersebut (Zawawi, 2010).
Kurikulum memainkan peranan yang cukup besar dalam menyediakan insan yang dapat
memainkan peranan secara optimum terhadap pembangunan dan kesejahteraan masyarakat dan
negara. Penyediaan masyarat tersebut adalah melalui proses pendidikan yang boleh didapati secara
formal. Pelaksana kurikulum tidak hanya melaksanakan kurikulum untuk sekadar mengehadkan
atau membatasi kurikulum kepada pelaksanaan dokumen standard kurikulum sahaja yang hanya
akan menghalang hasrat sebenar kurikulum tersebut dan menghilangkan sebahagian besar peranan
kurikulum yang sebenar (Marsh, 2007).

Model Penilaian Stufflebeam dan Shinkfield (1985)

Model Penilaian CIPP (Context, Input, Process dan Product) Stufflebeam & Shinkfield (1985) telah
memperkemaskan dan memperbaiki takrifan penilaian yang lebih formal iaitu proses
menggambarkan, memperolehi dan mengaplikasi maklumat deskriptif dan penghakiman, berkaitan
merit sesetengah objek seperti yang diperlihatkan oleh tujuan, reka bentuk, implementasi dan
keputusan untuk tujuan membuat keputusan dan akauntabiliti dan menggalakkan pemahaman
terhadap fenomena terlibat. Takrifan ini menjelaskan model ini mentakrifkan penilaian kepada tiga
tujuan iaitu (i) sebagai panduan untuk membuat keputusan, (ii) dan memberikan rekod dan
akauntabiliti (iii) mempertingkatkan pemahaman kepada fenomena terlibat.
Menurut Stufflebeam dan Shinkfield (1985), penilaian tidak boleh digambarkan sebagai satu
acara tetapi sebagai satu proses dan menjelaskan bahawa proses itu melibatkan tiga langkah utama
iaitu, untuk menggambarkan, memperoleh dan menyediakan maklumat. Konsep penilaian yang
dikemukakan ialah bahawa penilaian seharusnya menjadi ‘sains pengumpulan maklumat untuk
membuat keputusan’. Mengikut pendekatan ini, penilaian terhadap sesuatu program pendidikan
berkaitan dengan menilai (i) merit matlamat, (ii) kualiti perancangannya, (iii) setakat mana
perancangan itu dilaksanakan dan (iv) menilai hasilnya. Pendekatan ini jelas memberi penekanan
bahawa penilaian sepatutnya digunakan secara proaktif untuk penambahbaikan sesuatu program
dan juga secara retroaktif iaitu bertujuan menyumbang kepada akauntabiliti (Stufflebeam et.al.
1971). Stufflebeam et.al. (1971) menyatakan bahawa terdapat empat aspek penilaian yang terdiri
daripada penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk.

Rasional Pemilihan Model Stufflebeam dan Shinkfield (1985)

Pemilihan model Stufflebeam adalah bersesuaian dengan kajian ini kerana kajian ini ingin melihat
secara keseluruhan pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu di SJK memandangkan di SJK masih
mengalami masalah kekurangan guru opsyen bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Model ini
mencadangkan penilaian dibuat untuk mengumpul maklumat yang terperinci berhubung sesuatu
31

program. Penilaian tersebut adalah berdasarkan data-data yang berkaitan dan seterusnya
mencadangkan program penambahbaikan.
Dalam konteks penilaian pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu di SJK, model ini akan
melihat secara menyeluruh tentang pelaksanaan kurikulum yang dirancang oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum. Selain itu, model ini memberi peluang kepada penyelidik untuk melihat
secara keseluruhan permasalahan yang berlaku dalam pelaksanaan kurikulum terutamanya apabila
berlaku kekurangan guru opsyen Pengajian Melayu di SJK. Penelitian yang mendalam terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran dibuat secara menyeluruh melalui penilaian proses. Oleh hal
demikian, penilaian yang dibuat ke atas pelaksanaan kurikulum boleh menambah baik sama ada dari
aspek kurikulum mahupun dari aspek penyediaan guru baharu melalui latihan di IPG atau di IPTA.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini ialah kajian deskriptif yang menggabungkan dua bentuk kajian iaitu kajian kuantitatif dan
kajian kualitatif. Ia memerihalkan pelaksanaan kurikulum BM di SJK yang merangkumi semua aspek
kemahiran dalam BM, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran
membaca dengan menggunakan sepenuhnya Model Penilaian CIPP Stufflebeam dan Shinkfield (1985).
Model ini membolehkan pengumpulan data dan maklumat penilaian berdasarkan empat aspek
penilaian yang dicadangkan, iaitu aspek konteks, input, proses dan produk dan juga laporan
penilaian yang dibuat berdasarkan empat aspek tersebut.
Penyelidik memilih reka bentuk kajian deskriptif kerana dapat memberi gambaran perihal
kepada fenomena dan keadaan pelaksanaan kurikulum yang mempunyai pelbagai aspek dan faktor
yang perlu dikaji. Kajian deskriptif yang digunakan dalam kajian permerolehan bahasa kedua dapat
memerihalkan semula jadi tentang sesuatu fenomena (Slingger dan Shoamy (2000). Best (2006)
mengatakan kajian deskriptif memberikan penumpuan kepada keadaan atau hubungan antara
sesuatu fenomena kajian, kebiasaan dalam pelaksanaan, sikap, pandangan atau persepsi terhadap
yang sedang berlaku atau perkembangan aliran kecenderungan.
Data kuantitatif diperincikan dan disokong dengan data kualitatif yang diperoleh melalui temu
bual yang dijalankan oleh penyelidik kepada responden guru. Kedua-dua instrumen ini
memperincikan data berkaitan dengan proses yang menyentuh tentang strategi, pendekatan, teknik
dalam pengajaran BM, penggunaan bahan bantu mengajar, aktiviti dan penilaian yang dilaksanakan
terhadap murid. Temu bual juga digunakan dalam aspek proses untuk memperincikan data berkaitan
elemen dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM.

Lokasi Kajian

Kajian ini dilaksanakan di SJK meliputi SJKC dan SJKT di daerah Hulu Langat, Selangor. Pemilihan
SJKC dan SJKT dibuat adalah kerana kekurangan guru opsyen BM berlaku di sekolah tersebut.
Tambahan pula, terdapat perbezaan antara kurikulum di SJK dan SK dan peruntukan masa bagi
mata pelajaran BM di SJK adalah lebih sedikit berbanding di SK.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini ialah guru yang mengajar mata pelajaran BM di Sekolah Jenis Kebangsaan.
Mereka merupakan responden yang melaksanakan KSSR BM yang bermula pada tahun 2010 serta
melaksanakan PdP dengan situasi kekurangan guru. Hal ini akan memberi gambaran yang jelas
bagaimana pelaksanaan kurikulum berlaku akibat daripada situasi kekurangan guru opsyen serta
implikasi perubahan kurikulum daripada KBSR kepada KSSR. Sebarang masalah dan kepincangan
yang berlaku di lokasi kajian lebih mudah diperbetulkan memandangkan kurikulum ini masih baru
dilaksanakan. Guru merupakan pelaksana kurikulum dan keberhasilan pelaksanaan kurikulum
akan diperlihatkan kepada murid. Pemilihan sampel kajian dibuat berdasarkan kepada sampel
kajian, iaitu guru yang mengajar BM di SJK. Oleh hal demikian, penyelidik menggunakan kaedah
persampelan bertujuan. Pemilihan kaedah ini dibuat untuk memastikan sampel kajian dapat
mewakili populasi sebenar murid dan guru di SJK.
32

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen untuk mendapatkan data kuantitatif dan kualitatif.
Data kualitatif yang diperoleh melalui temu bual diperlukan untuk memperincikan dan menyokong
data kuantitatif yang diperoleh melalui soal selidik A yang diedarkan kepada guru yang
melaksanakan kurikulum. Jadual 1.0 memperincikan persoalan kajian dan instrumen yang
digunakan. Penyelidik akan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data yang diperlukan. Set
soal selidik A diedarkan kepada guru selaku pelaksana kurikulum yang mengajar mata pelajaran BM
di SJK. Penyelidik menggunakan soal selidik kerana data dapat dikumpulkan dengan cepat,
menjimatkan masa dan perbelanjaan semasa usaha pengumpulan data dijalankan. Selain daripada
itu, kaedah ini juga melibatkan responden yang ramai. Kebaikan penggunaan kaedah ini
memudahkan penyebaran luas borang soal selidik sekiranya melibatkan ramai responden.

Soal Selidik

Soal selidik A: Soal selidik bahagian a mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian II.
1. Bahagian I: Bahagian ini mengandungi soalan-soalan demografi guru. Ia merangkumi jantina,
umur, pendidikan, pengkhususan, kelayakan ikhtisas, opsyen pertama dan opsyen kedua,
dan pengalaman mengajar BM.
2. Bahagian II: Bahagian ini mengandungi 3 komponen utama model penilaian CIPP. Pertama,
penilaian konteks yang meliputi kerelevanan kurikulum, persepsi guru terhadap kurikulum,
penilaian kendiri guru terhadap kemahiran BM dan penilaian kendiri kemahiran BM dalam
kalangan murid di SJK. Komponen kedua ialah penilaian input yang memperlihatkan item
yang menyentuh tentang peruntukan waktu bagi mata pelajaran BM di SJK, kandungan
kemahiran BM dalam buku teks dan BBM yang dibekalkan untuk melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran BM di SJK. Manakala komponen ketiga ialah penilaian proses yang
menyentuh kepada aspek pelaksanaan kurikulum, strategi, kaedah pendekatan, penggunaan
BBM, aktiviti dan teknik penilaian yang digunakan untuk mengukur pencapaian kemahiran
murid.

Temu Bual

Temu bual juga adalah salah satu instrumen yang digunakan dalam kajian ini untuk menyokong
data kuantitatif yang membantu penyelidik dalam menghuraikan data yang diperoleh daripada soal
selidik. Penggunaan instrumen ini menjadi kebiasaan dalam penyelidikan. Penyelidik menemu bual
responden yang terlibat dalam pemerhatian kelas untuk mendapat penjelasan kepada proses
pelaksanaan kurikulum dijalankan. Kemudian, penyelidik akan berbincang dan mendapat
persetujuan responden kepada beberapa interpretasi yang dikesan sepanjang pemerhatian dan
penjelasan kepada penggunaan sesuatu elemen dalam kemahiran BM.

Prosedur Pengumpulan Data

Penyelidik memulakan proses mengumpulkan data yang diperlukan untuk menjawab persoalan
kajian pada awal Jun 2013 hingga akhir September 2013. Dalam tempoh ini penyelidik akan
mengedarkan soal selidik kepada responden. Dalam temu bual yang dijalankan akan dirakam untuk
ditranskripkan selepas selesai temu bual dilaksanakan. Penyelidik terlebih dahulu akan memberikan
penerangan berkaitan dengan tujuan dan kaedah pemerhatian yang dijalankan supaya tidak timbul
kekeliruan terhadapnya. Setelah pentabir dan pihak guru bersetuju, penyelidik akan menjalankan
satu sesi temu bual untuk mendapatkan data bagi memperjelaskan proses pelaksanaan dalam
pemerhatian dan menyokong data kuantitatif yang diperoleh sebelum.

Prosedur Penganalisisan Data

Prosedur penganalisisan data memerlukan beberapa peringkat utama seperti mengurus data,
merekod data, membentuk kategori, tema kategori, mengekod data, kesahan data dan menulis
laporan.
33

Analisis Data Kuantitif

Data kuantitatif telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS. Statistik deskriptif
yang digunakan ialah frekuensi, peratusan, min, dan sisihan piawai.

Analisis Data Kualitatif

Data kualitatif yang diperoleh dianalisis dengan membuat transkrip temu bual dijalankan. Proses
membuat transkrip ini akan memudahkan penyelidik mendapatkan data yang diperlukan dalam
kajian untuk menyokong dan memperjelaskan data kuantitatif yang telah dibincangkan. Dalam
kajian ini, penyelidik memilih tema yang berkaitan dengan penilaian proses yang merangkumi strategi
pelaksanaan kurikulum BM. Data dikodkan berdasarkan tema-tema dalam penilaian proses diteliti
dan dikembalikan agar mana-mana data yang tertinggal dapat dikelompokkan berdasarkan tema-
tema yang telah dinyatakan. Selepas proses pengekodan selesai dilaksanakan, penyelidik akan
mengira kekerapan bagi setiap terma dalam data pemerhatian untuk dilaporkan dalam laporan
kajian. Untuk memastikan ketepatan pengekodan dan kelompok data yang dianalisis, penyelidik
menggunakan dua pakar untuk memastikan proses ini berjalan dengan baik.

KESIMPULAN

Kurikulum merupakan elemen utama dalam pelaksanaan pendidikan kebangsaan. Kejayaan sistem
pendidikan kebangsaan adalah bergantung pada kejayaan pelaksanaan kurikulum. Kejayaan
pelaksanaan kurikulum memberi kesan kepada matlamat yang hendak dicapai dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang mahu menghasilkan warganegara yang boleh membawa kesejahteraan
kepada masyarakat dan negara. Kegagalan pelaksanaan kurikulum memberi implikasi negatif kepada
sistem pendidikan negara. Oleh hal demikian, bab ini menjelaskan beberapa perkara merangkumi
latar belakang kajian dan pernyataan masalah yang mendorong kajian ini dilaksanakan. Seterusnya,
penyelidik merangka konseptual kajian yang digunakan dalam kajian ini dan akhirnya dibincangkan
kepentingan dan dapatan kajian serta mendefinisikan istilah-istilah penting yang dirujuk untuk
digunakan dalam kajian ini.

RUJUKAN

A.Rahman Haron. 2009. Membina ayat dengan Teknik ‘SALAK’ dan Mencari isi karangan dengan
Teknik ‘SALAK’. Kertas kerja Kursus Peningkatan profesionalisme dan kursus kajian tindakan
serta inovasi Guru-guru Cemerlang. Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, di PPD
Hulu Langat, 19 Ogos.
David G. Armstrong 2003. Curriculum Today. Merrill Prentice Hall. Davidson (1960). Children’s
Perseption of their Teacher. Journal Of Experimental Education: 1960-1961.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997. Kamus Dewan, Edisi ketiga. Kuala Lumpur.
Stufflebeam. D.L. & Shinkfield. A.J. 1985. Systematic Evaluation: A Self-Instructional Guide To
Theory And Practice. Nijhoff Publishing. Boston.
Stufflebeam. D.L. 1971. The relevance of CIPP Evaluation Model for Educational Accountability.
Journal Of Research And Development In Education 5(1): 19-25
Stufflebeam. D.L., Foley, W.J., Gephart, W.J., Guba, E.G. Hammond, R.L. Marriman, H.O. & Provus,
M.M. (Phi Delta Kappa National Study Committee on Evaluation). 1971. Educational
Evaluation And Decision-Making In Evaluation. Hasca IL: Peacock.
34

Apakah Kekuatan Kertas Konsep Contoh 3:

1. _____________________________________________________________________________

2. _____________________________________________________________________________

3. _____________________________________________________________________________

4. _____________________________________________________________________________

5. _____________________________________________________________________________

6. _____________________________________________________________________________

Apakah Kelemahan/Cadangan Penambahbaikan Kertas Konsep Contoh 3:

1. _____________________________________________________________________________

2. _____________________________________________________________________________

3. _____________________________________________________________________________

4. _____________________________________________________________________________

5. _____________________________________________________________________________