Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM

Hari Pendidikan Moral -Fun, Learn & Play


2019

SJK(TAMIL) SEAPORT

TARIKH :
23 / 10 / 2019

( RABU )

TEMPAT :
DEWAN / BILIK DARJAH
SJKT SEAPORT

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
SJKT SEAPORT

1
TAJUK PROGRAM
“HARI PENDIDIKAN MORAL MELALUI ”FUN,LEARN & PLAY”

LATAR BELAKANG
Program ini dirangka sebagai salah satu usaha pentadbir sekolah dan guru-guru untuk
mempertingkatkan lagi tahap pencapaian prestasi murid-murid dalam matapelajaran Pendidikan
Moral. Usaha ini juga bertujuan bagi memantapkan jati diri dan sahsiah murid-murid dalam
mengharungi kehidupan sebagai seorang insan manusia yang bergelar murid . Diharapkan juga
dengan adanya program ini dapat menambah minat murid-murid dalam mempelajari Pendidikan
Moral.

MATLAMAT
Semoga dengan berlangsungnya program ini, prestasi sahsiah murid-murid akan bertambah baik.
Program ini dirangka mengikut rasional berikut :
(a) Memupuk minat murid dalam matapelajaran Pendidikan Moral.
(b) Memupuk sikap menghargai diri sendiri dan orang lain.
(c) Memupuk kerjasama dua hala di antara pentadbir dan guru-guru serta murid-
murid.

OBJEKTIF
(1) Memantapkan jati diri dan sahsiah murid-murid dalam menerapkan kesedaran
tentang kepentingan tingkah laku yang baik dan bersopan dalam kehidupan
pada masa kini.
(2) Mendidik murid agar berani melakukan perubahan untuk menjadi masyarakat
yang maju dan berilmu seiring dengan perubahan zaman tanpa mengenepikan
unsur-unsur perilaku yang mulia dan budi pekerti yang tinggi.
(3) Menerapkan keazaman dalam diri murid-murid untuk mencapai kejayaan
setanding dengan masyarakat yang lain.

2
TARIKH, MASA DAN TEMPAT
6.1. Tarikh : 23hb Oktober 2019
6.2. Hari : Rabu
6.3. Masa : 8.00 – 11.00 pagi
6.4. Tempat : SJKT Seaport

SASARAN
Semua murid SJKT Seaport dari tahun 1-5

KAEDAH
1. Kuiz Bertulis ( Semua Murid )
2. Permainan Mencari Benda Tersembunyi ( Semua Murid )
3. Mewarna ( Semua Murid )
4. Pertandingan Murid Berpakaian Kemas ( Semua Murid )
5. Aktiviti Melukis poster ”Go Green”
6. Pertandingan Sahsiah Terbaik
7. Pertandingan Kelas Terbersih

3
Jawatankuasa PBD

PENGERUSI
Pn.N.Ghandimathy
(Guru Besar)

TIM.PENGERUSI
Pn.K.Kanagi (Penolong Kanan 1)
Pn.S.Kalavarasie (Penolong Kanan HEM)
Pn.A.Selva Letchumi (Penolong Kanan KOKU)

SETIAUSAHA
Pn.K.Umadevi

BENDAHARI
Pn.B.Mahishasooravarthini

PENYELARAS PROGRAM
Pn.K.Umadevi
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Tahun 1 Agathiar & 1 Appar : Pn.Thanaletchumy, Pn. V.Vasatha, Pn.Kalpana
Tahun 2 Agathiar & 2 Appar : Pn.S. Vinothini, Pn.S. Kathleen, Pn.K.Kalaiselvi
Tahun 3 Agathiar & 3 Appar : Pn.B.Mahisha, Pn.Puvana, Pn.Vimala
Tahun 4 Agathiar & 4 Appar : Pn.Amutha, Pn.Sarojani , Pn.Hema
Tahun 5 Agathiar : Pn.Uma, Pn. S.Vasantha, Pn. Sathiah, Cik.Thilaka
Tahun 5 Appar : Pn.Theeba, Pn.Manimala, En.Mathankumar

Tentatif Program

MASA PERKARA TINDAKAN


8.00 - 9.00am Kuiz Bertulis ( Semua Murid ) Tahun 5
10.00 – 10.30 Permainan Mencari Benda Tersembunyi ( Semua Murid ) Tahun 3
10.30 - 11.00 Mewarna ( Semua Murid ) Tahun 1
11.00 – 11.30 Pertandingan Murid Berpakaian Kemas ( Semua Murid ) Tahun 2
11.30 – 12.00 Aktiviti Mencari dan Mengutip Sampah Tahun 4
12.30 - 1.00 Pertandingan Sahsiah Terbaik Semua murid
1.00 – 1.30 Pertandingan Kelas Terbersih Semua kelas

4
Anggaran perbelanjaan

Bil Perkara Butiran Jumlah (RM)


1 Buncho 15cc Paste Color 5 kotak RM 110.00
2 Nylon Ribben 10 gulung RM 39.00
3 Faber Caster Magic Color 10 kotak RM 59.00
4 Tempera Color 10 kotak RM 65.00
5 Faber Caster Color Pencil 5 kotak RM 24.50
6 Color Paper 2 bungkus RM 200.00
7. Kad Manila Special 1 bungkus RM 117.00
8. A3 Paper 4 rims (31.25) RM 125.00

JUMLAH BESAR RM 740.00

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………. ……………………………
Pn.R.Amuthavalli
Ketua Panitia Pendidikan Moral

Anda mungkin juga menyukai