Anda di halaman 1dari 2

CARA MAKAN GUM ARABIC @ AL-MANNA

Cara Penyediaan:

Gum Arabic al-Manna perlu diambil sebelum makan, iaitu waktu pagi semasa perut masih kosong.
Jika mahu berpuasa, ambil waktu sahur sebelum makan atau minum. Bagi pesakit buah pinggang,
diminum bancuhan gum arabic 2 kali sehari, iaitu waktu pagi semasa perut masih kosong dan
malam sebelum tidur. Jika anda mahu hadkan meminum air kepada 500ml sahaja, bancuh 50
gram gum arabic dengan 150 ml air, iaitu 25 gram dibancuh dengan 75 ml air pada waktu pagi
dan 25 gram dibancuh dengan 75 ml air pada waktu malam.

Ada 3 cara membancuh gum arabic:


i- Ambil air mineral 0.5 liter, buang ⅟ 4 airnya atau kadar mana yang anda kehendaki, masukkan gum
arabic, goncang hingga larut. Lebih senang lagi jika gunakan shaker atau bekas air yang tetutup rapat
kerana mulutnya lebih besar dan mudah untuk masukkan gum arabic ke dalamnya, masukkan air ⅔
dalam bekas tersebut, masukkan gum arabic, goncang hingga larut. Saya biasa gunakan bekas air
tupperware 500 ml.

Atau,
ii- Ambil sudu dan gelas besar atau mug yang kering, masukkan Gum Arabic dahulu di dalam bekas
gelas yang kering tadi, kemudian dimasukkan air sambil mengacaunya sehingga larut.

Atau,
iii- Ambil gelas besar atau mug, masukkan masukkan air, kemudian masukkan gum arabic sedikit-
sedikit sambil mengacaunya sehingga larut.

1 Sudu Penuh (15g)


1 sudu setengah adalah bertujuan untuk rawatan. 1 sudu setengah disyorkan untuk rawatan sakit
buah pinggang dimakan 2 kali sehari (bersamaan 25x2=50g sehari). Jika sebagai langkah
pencegahan atau penjagaan buah pinggang daripada rosak akibat makan ubat dalam jangka masa
yang panjang, kencing manis yang tidak terkawal, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal atau lain-
lain, memadai 1 sudu penuh (bersamaan 15x2=30g sehari).
** Bagi orang yang tidak mengalami kegagalan buah pinggang, digalakkan minum banyak air,
terutama jika buah pinggang mula menampkkan tanda-tanda menghadapi masalah. Air amat penting
bagi tubuh, tetapi, bagi pesakit yang kegagalan buah pinggang, mereka perlu hadkan meminum air
agar tidak melebihi 500ml, ini kerana jika mereka minum air melebihi 500ml, ia tidak baik untuk
jantung mereka dan akan menyebabkan mereka kepenatan, Dapatkan nasihat doktor anda.

Cadangan penggunaan.
1. Pesakit buah pinggang: 1 sudu setengah, 2 kali sehari; semasa perut kosong pada waktu pagi,
digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 50
gram sehari. Ada penjual yang mencadangkan 3 sudu teh sahaja sehari, tetapi berdasarkan hasil
kajian, saya lebih suka mencadangkan bagi pesakit buah pinggang supaya makan 50 gram sehari .2.
Sebagai rawatan untuk gout: 1 sudu penuh atau satu sudu setengah sudu makan, 2 kali sehari;
semasa perut kosong waktu pagi, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah
yang perlu diambil lebih kurang 30 gram hingga 50 gram sehari.3. Gum Arabic merupakan
antioksidan yang amat baik. 4. Untuk menurunkan kolesterol: 15 hingga 30 gram sehari.
Untukmemastikan Gum Arabic berkesan menurunkan kolesterol anda, sila periksa paras kolesterol
anda 30 hari selepas makan Gum Arabic.5. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu
penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi. 6. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat
badan lebih kurang 80 hingga 100 gram sehari.Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat
mengurangkan lemak dalam badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan
berminyak. 7. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram
hingga 15 gram sehari.

8. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.9. Untuk pesakit diabetes atau
kencing manis 30-50 gram, sebaik-baiknya dimakan bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda'.
Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic.
Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 2-3 kapsul bersama bancuhanGum Arabic atau Al-Manna.
Pantau kadar gula dalam darah anda selalu apabila makan Gum Arabic atau Al-Manna ini untuk
melihat keberkesanannya. Jangan sesekali berhenti makan atau mengurangkan dos ubatan doktor
kecuali atas nasihat doktor anda. *Tiada laporan kesan sampingan walaupun dimakan dengan
banyak.

*SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG KERING DAN
BERTUTUP RAPAT*

Anda mungkin juga menyukai