Anda di halaman 1dari 2

Alam umpama makmal kehidupan.

Demikianlah bandingan yang sering digambarkan oleh


saintis dan penyelidik alam sekitar tentang kepentingannya kepada semua benda hidup.
Manusia yang mempunyai akal fikiran diberikan tanggungjawab untuk memelihara alam
yang merupakan satu-satunya tempat tinggal kita. Antara usaha yang dijalankan untuk
melestarikan warisan yang berharga ini termasuklah menerusi Program Penghutanan
Semula yang digiatkan dari semasa ke semasa. Program seperti ini perlulah diberikan
keutamaan agar tidak mendatangkan masalah pada masa kelak seperti kepupusan
habitat flora dan fauna, kekurangan bekalan oksigen, pencemaran udara dan sebagainya.
Usaha pemeliharaan alam sekitar semakin menjadi agenda yang penting rakyat Malaysia
termasuk syarikat swasta untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat.

Umum mengetahui bahawa cara yang bertunjangkan kewarasan minda perlulah diambil,
iaitu menggalakkan tanaman hijau. Tanaman hijau telah dikaji dapat mengeluarkan
bekalan oksigen yang lebih banyak berbanding dengan pokok-pokok yang berdaun ungu,
merah, kuning dan sebagainya. Penanaman pokok-pokok mampu menjamin
keseimbangan alam sekitar dan mengekalkan hutan negara. Hutan amat penting dalam
menyeimbangkan suhu. Karbon dioksida yang berlebihan akan diambil oleh pokok-pokok
dan mengeluarkan oksigen untuk kegunaan manusia dan haiwan. Hutan juga menjadi
habitat pelbagai spesies flora dan fauna. Sumber makanan dan perubatan juga diperoleh
dari hutan. Hutan juga bertindak sebagai kawasan tadahan hujan dengan menyerp air
hujan dan mengelakkan hakisan tanah. Hal ini dapat mengurangkan pemendapan sungai
berhampiran dan menghindarkan banjir kilat daripada berlaku. Dengan bertunjangkan
kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa alam sekitar dapat dipelihara
dengan menanam pokok di pelbagai tempat.

Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa kaedah lain yang agak jelas adalah menjaga
kebersihan sungai. Masyarakat bolehlah menjaga kebersihan sungai dengan membuang
sampah ke dalam tong sampah. Melalui cara ini, sampah sarap tidak akan terapung di
sungai dan menjejaskan kehidupan akuatik sungai. Masyarakat haruslah
memperkasakan usaha dengan menyokong kempen "Cintailah Sungai Kita". Mereka
perlu mempunyai kesedaran dan meningkatkan ilmu mengenai kesan pencemaran
sungai. Kempen tersebut perlu digiatkan tanpa dijalankan hangat-hangat tahi
ayam sahaja. Kilang-kilang yang mengeluarkan bahan toksik perlulah menapis bahan
buangan sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Sebarang pencemaran yang dilakukan
terhadap sungai hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar oleh masyarakat
yang prihatin. Hal ini mampu menyedarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan
dikenakan hukuman di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1997. Dengan berbuat demikian,
ternyatalah bahawa prakarsa ini mampu membendung pencemaran sungai.

Suatu hakikat yang wajar diterima ialah metodologi mengamalkan kita semula dalam
kehidupan seharian. Masyarakat haruslah mengasingkan bahan buangan seperti kertas,
plastik, kaca dan tin minuman sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Sisa-sisa
makanan yang merupakan bahan organik boleh dijadikan kompos supaya dapat
menyuburkan tanah. Konsep 3R iaitu mengurangkan, mengguna semula dan mengitar
semula memudahkan kitaran semula bahan buangan. Agensi kerajaan seperti
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut terlibat dalam kempen tersebut.
Mengguna dan mengitar semula bahan buangan dapat menjimatkan kos untuk pelupusan
sampah dan penggunaan sumber asli. Lantaran berpaksikan kebenaran yang
disampaikan, jelaslah bahawa amalan kitar semula dapat memelihara alam sekitar.

Sebagai pengitlakan, masyarakt Malaysia perlulah melakukan anjakan paradigma dan


sentiasa peka terhadap isu-isu alam sekitar. Rakyat perlulah bersatu padu yang
diibaratkan seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, dan sedencing seperti
besi dalam melakukan kewajipan yang patut dilaksanakan. Kita perlulah mengekalkan
kualiti kehidupan yang selesa untuk mewujudkan hubungan harmonis antara manusia
dengan alam sekeliling. Oleh sebab bergantung pada bekalan bahan mentah yang
berterusan dan mencukupi, pemeliharaan alam sekitar semakin mustahak untuk
sumbangan ini. Kesan buruk sekiranya tidak menghargai usaha pemeliharaan alam
amatlah sukar digambarkan pada masa kelak. Dengan itu, rakyat wajib mengekalkan
keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan
hidup.

Anda mungkin juga menyukai