Anda di halaman 1dari 2

BULETIN ICT GURU & STAF

SK PERMATANG PASIR EDISI 2


13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG FEBRUARI 2010

PENGENALAN

Tema buletin ICT kali ini adalah fokus kepada perkakasan/ komponen komputer sebagai
langkah awal untuk menanamkan minat terhadap penyelenggaraan PC. Kebanyakkan dari kita
sering menghadapi masalah pc slow dan sebagainya. Ini menunjukkan pc tersebut memer-
lukan penyelenggaraan. Seperti kereta ataupun mesin-mesin yang lain, pc juga memerlukan
penyelenggaraan untuk memaksimumkan prestasi dan memanjangkan jangka hayat sesebuah
pc.

FAEDAH PENYELENGGARAAN PC.

Memastikan jangka hayat PC lebih panjang. Dengan adanya penyelengaraan yang teratur
sekurang - kurangnya 3 kali setahun dapat memastikan kerosakan yang selalu terjadi
dapat dielakkan.

Capaian data boleh dilakukan secara lebih berkesan apabila DEFRAG dilakukan secara
berkala semasa penyelenggaraan.

Serangan virus yang boleh menyebabkan kehilangan data serta kerosakan sistem PC itu
sendiri dapat dikurangkan.

Pengemaskinian WINDOWS yang dilakukan secara berterusan dapat mengesan


sebarang pencerobohan pc .

Kerosakan PC juga boleh disebabkan oleh habuk dan kotoran. Ini dapat dielakkan dengan
membersihkan komponen - komponen PC .

PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN BAGI PC.

Penyelengaraan pencegahan yang dilakukan secara teratur dapat memastikan PC da-


lam keaadan baik. Langkah - langkah pencegahan yang perlu dibuat seperti Disk Cleanup ,
Disk Defragmenter, Membuang Temporary File dan Membuat Windows Update.

DISK CLEANUP

Disk Cleanup merupakan proses membuang fail-fail yang tidak diperlukan. Fail- fail ini mengam-
bil ruang didalam CPU yang menyebabkan PC menjadi perlahan. Cara-cara untuk Disk Cleanup
ialah
Klik Start > Programs > Accessories > System Tools > Disk Cleanup

NUR ASMA BINTI A BAKAR


DISK DEFRAGMENTER

DISK DEFRAGMENTER merupakan proses penyusunan semula simpanan fail-fail yang tidak
teratur di dalam hard disk dan memperbaiki fail-fail yang rosak. Ia perlu dilaksanakan bagi
meningkatkan kadar kelajuan sesebuah PC. Kebiasaannya data-data yang disimpan menjadi
tidak teratur kerana proses penulisan data pada hard disk itu sendiri dan proses menghapus
data. Ini menyebabkan proses capaian sesuatu data menjadi lambat. Proses defrag ini sesuai
dilakukan sebulan sekali ataupun 2-3 bulan sekali bagi membolehkan data dicapai dengan mu-
dah dan efisien.

Cara-cara untuk disk defragmenter bagi sistem operasi Windows XP.

START > ALL PROGRAMS > ACCESSORIES > SYSTEMS TOOLS > DISK DEFRAGMENTER

INTERNET TEMPORARY FILES

Temporary Files ialah fail-fail imej dan lain-lain struktur laman web yang dimuat turun oleh
pelayar bagi membolehkan halaman web dipaparkan kepada pengguna. Maklumat-maklumat ini
akan disimpan kedalam cakera keras dan akan diguna semula untuk meningkatkan kelajuan
layaran web. Dengan mengosongkan maklumat-maklumat ini selalu, ia akan membuang terus
maklumat peribadi anda sekaligus meningkatkan kecekapan sistem komputer.
Untuk Internet Explorer 8.0
1. Klik Menu tools > Delete Browsing History

Untuk Firefox :
1. Klik menu Tools >Clear Private Data
2. Tandakan pilihan > klik butang Clear Private Data Now

WINDOWS UPDATE

Windows update perlu dibuat bagi mendapatkan patches terkini daripada Microsoft. Ini adalah
bagi melindungi PC dari ancaman luar. Sebelum melakukan windows update, pastikan anda
menggunakan windows yang original (dibeli) daripada Microsoft dan memastikan komputer
tersebut mempunyai kemudahan internet atau disambungkan kepada rangkaian.

Bill Gates semasa ditanya bagaimana dia menjadi manusia terkaya di dunia.
Beliau menjawab : "Pertama saya berada pada tempat dan masa yang betul.
Kedua saya melihat kehadapan. Ketiga dan yang paling penting saya BERTINDAK."

TIADA MANUSIA YANG GAGAL DALAM KEHIDUPAN MELAINKAN DIA MEMILIH UNTUK GAGAL. DAN
KEGAGALAN YANG SEBENAR ADALAH KEGAGALAN MENCUBA.

NUR ASMA BINTI A BAKAR