Anda di halaman 1dari 2

BULETIN ICT GURU & STAF

SK PERMATANG PASIR EDISI 1


13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG JANUARI 2010

INTERNET

Internet adalah wadah komunikasi yang telah mempercepatkan, mempermudahkan


hubungan serta capaian maklumat. Internet juga merupakan jalinan rangkaian
komputer dengan rangkaian komputer lain di seluruh dunia dengan sumber maklumat
global yang dapat diperolehi dalam masa beberapa saat sahaja. Ini membolehkan kita
berkomunikasi dan bertukar maklumat antara individu dan manusia sejagat.

KEPENTINGAN INTERNET

Antara kepentingan dan kemudahan internet adalah seperti berikut :


Aplikasi mel elektronik (e-mel) yang mudah dan pantas. Perkhidmatan e-mel percuma adalah sep-
erti yahoo, gmail dan hotmail ;
Internet sebagai sumber rujukan. Pengguna berpeluang mendapat pendidikan global dengan adan-
ya portal pendidikan dan perpustakaan elektronik ;
Memuat turun (download) perisian tertentu dan terkini secara percuma atau berbayar ;
Melayari laman web (www) melalui web browser seperti Internet Explorer, Mozilla, Netscape Navi-
gator dan dapat mencari maklumat melalui enjin carian (search engine) seperti Yahoo dan Google ;
Berbual-bual secara virtual dengan orang lain, tidak kira dekat atau jauh,di dalam atau luar negeri,
samada dikenali atau tidak, menerusi chat group seperti Internet Relay Chat (IRC) ;
Online banking atau perbankan elektronik membolehkan pengguna mengemaskini akaun, membuat
transaksi, membuat pembayaran bil tanpa perlu ke bank ;
Membeli belah atas talian dari jarak jauh (teleshopping), membuat tempahan percutian atau tem-
pahan tiket secara online ;
Membuka peluang pekerjaan dimana orang ramai boleh mencari dan memohon pekerjaan secara
online. Mereka juga boleh bekerja dari rumah tanpa perlu membuka pejabat atau pergi ke pejabat
(teleworking).

TERMA INTERNET

WWW Aplikasi yang boleh menyebarkan maklumat dalam bentuk multimedia, dengan
menggunakan dokumen multidimensi yang dipanggil hypertext. Ianya berfungsi dengan
menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen atau antaramuka pengguna yang
sama. Ianya juga mampu menggabungkan audio,video dan juga animasi dalam satu
dokumen yang sama.

Hypertext Hypertext adalah satu bentuk teknologi yang membolehkan teks dihubungkan diantara
satu sama lain. Ia membolehkan pembaca mendapat maklumat yang berkaitan dengan
hanya menekan perkataan yang dihubungkaitkan.

Browser Perisian yang digunakan untuk melihat atau melayari sumber-sumber maklumat yang
terdapat di dalam dunia Internet. Contoh-contoh browsers yang selalu digunakan adalah
Netscape, Mozilla dan Internet explorer.
Internet banking adalah salah satu kemudahan yang ditawarkan oleh kebanyakan bank
pada masa kini. Pengguna boleh berurusan dengan bank seperti mengurus akaun,
membayar bil, menambah nilai prabayar, pemindahan wang dan sebagainya. Pelanggan
bank perlu mendaftar di ATM bank sebelum dapat menggunakan perkhidmatan internet
banking. Selepas itu pelanggan perlu memasuki laman web bank tersebut dan mengikut
arahan-arahan yang diminta bagi pengesahan bank.

Mengapa anda perlu memilih Internet Banking?


i. Layanan perbankan 24 Jam
ii. Transaksi masa nyata
iii. Urusniaga dapat dilakukan dalam keadaan selesa.
iv. Tidak perlu pergi ke Bank.
v. Tidak perlu menunggu nombor giliran dan beratur
vi. Tidak perlu mengeluarkan wang dari akaun anda.
vii. Tidak ada caj tambahan

RAHSIAKAN KATA LALUAN (PASSWORD)

Rahsiakan kata laluan anda dari orang lain walaupun kepada orang yang rapat dengan anda. Perlu diingatkan
kata laluan anda adalah rahsia. Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan
simbol (contoh: P4s$w0rd untuk password).
Jangan pilih kata laluan yang menggambarkan diri anda contohnya tarikh lahir, nombor IC dan sebagainya. Ia
akan memudahkan orang lain meneka kata laluan anda.
Jangan beritahu kata laluan anda secara lisan mahupun secara elektronik. Walaupun anda hanya memberi
bayangan kepada katalaluan anda kepada orang lain, perbuatan ini juga akan membenarkan orang lain
meneka kata laluan anda.
Jangan terlalu cepat memberikan maklumat yang berkaitan dengan kata laluan jika diminta. Siasat dahulu
orang yang meminta maklumat berkenaan.
Amalan terbaik ialah menukar kata laluan anda 3 bulan sekali.

SURAT KEPADA BILL GATES

Dear Mr. Bill Gates,


We have bought a computer for our home use and we found problems which I want to bring to your attention.
1. After connecting to Internet we opened an e-mail account. The Problem is when we fill the password, only ******
appears. We checked with hardware vendor and he said that there is no problem with the keyboard. I request you to
check this as we ourselves do not know what the password is.
2. There is a ‘Find’ button, but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried using ‘Find’ many
times but it cannot find the door key. Is this a bug??
3. My child learnt ‘Microsoft Word’ now he wants to learn ‘Microsoft Sentence’, so when will you provide this?
Source : The Internet