Anda di halaman 1dari 4

BULETIN ICT GURU & STAF

SK PERMATANG PASIR EDISI 6


13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG JUN 2010

PENGURUSAN FOLDER

B agaimana kita menguruskan fail-fail dan folder-folder yang ada di dalam


komputer kita? Bagaimana kita hendak mencipta folder baru, menukar
nama fail atau folder, mencipta subfolder, menyimpan fail ke dalam folder dan
sebagainya.

Pengurusan fail-fail perlulah diletakkan ke dalam folder yang berbeza untuk


memudahkan kita mencari folder dengan cepat dan mudah.

LANGKAH-LANGKAH MENCIPTA FOLDER DAN SUBFOLDER

Contoh langkah di bawah dibuat di My Documents. Cara ini boleh digunakan di direktori lain sep-
erti desktop, USB Flash Drive dan sebagainya.

Langkah 1 : Mencipta Folder

1. Klik My Documents.
2. Klik kanan pada ruang kosong di My Documents.
Satu Menu Pintas (Shortcut Menu) akan dipaparkan seperti rajah 1.Di atas Menu Pintas
(Shortcut Menu), klik New.
3. Kemudian klik Folder seperti rajah 2.
4. Folder baru akan terpapar

Rajah 3

Rajah 2

Rajah 1

NUR ASMA BINTI A BAKAR


Langkah 2 : Mencipta Subfolder

Subfolder ialah folder yang berada di dalam folder. Ikuti langkah-langkah dibawah untuk mencipta
subfolder.

1. Klik dua kali (double-click) folder yang baru dibina.


2. Di dalam folder ini ( Rujukan : New Folder) , anda boleh bina seberapa banyak Subfolder dengan
langkah yang sama seperti yang dihuraikan dalam langkah 1.

Subfolder di dalam New Folder

MENUKAR NAMA FAIL ATAU FOLDER

Langkah di bawah menggunakan ‘New Folder’ yang baru dibina.

1. Klik kanan pada folder ‘New Folder’ yang baru dibina.


2. Satu Menu Pintas (Shortcut Menu) akan dipaparkan seperti rajah 1.Di atas Menu Pintas
(Shortcut Menu), klik Rename seperti rajah 4.
3. Taip nama folder yang anda inginkan seperti rajah 5.

Rajah 5

Rajah 4

NUR ASMA BINTI A BAKAR


MENYALIN ATAU MEMINDAHKAN FAIL ATAU FOLDER KE USB FLASH DRIVE.

Cara 1 : Menggunakan cara copy & paste.

Klik kanan pada fail yang hendak di salin (Copy).


Satu Menu Pintas (Shortcut Menu) akan dipaparkan seperti Rajah 6.
Klik Copy pada Menu Pintas.
Buka direktori seperti my document, desktop, Folder dan sebagainya.
Klik ‘Paste’ seperti Rajah 7. Fail anda telah siap di salin (Copy)

RAJAH 6
RAJAH 7

Cara 2 : Menggunakan cara ‘send to’

Klik kanan pada fail yang hendak di salin (Copy).


Satu Menu Pintas (Shortcut Menu) akan dipaparkan seperti Rajah 8.
Di atas Menu Pintas (Shortcut Menu), klik Send To.
Satu Menu Pintas (Shortcut Menu) akan dipaparkan seperti Rajah 9.
Sebagai contoh di bawah, Fail New Folder hendak di salin ke Removable Disk ( Nur Asma)

RAJAH 9

RAJAH 8

NUR ASMA BINTI A BAKAR


Cara 3 : Menggunakan cara cut & paste (move).

* Fail akan dipindahkan dari satu direktori ke direktori yang lain.

Klik kanan pada fail yang hendak di salin.


Satu Menu Pintas akan dipaparkan seperti Rajah 10.
Klik Cut pada Menu Pintas.
Buka direktori seperti my document, desktop, Folder dan sebagainya.
Klik ‘Paste’ seperti Rajah 11. Fail anda telah siap di pindah (move) ke dalam direktori baru. Fail terse-
but tidak ada lagi di direktori sebelum perpindahan fail dilakukan.

RAJAH 10

RAJAH 11

TAHUKAH ANDA ?

Bill Gates bukan lagi orang terkaya di dunia ?

Bill Gates adalah pengasas Microsoft, merupakan


orang terkaya di dunia selama 13 tahun
berturut-turut. Tetapi tahukah anda beliau bukan lagi
memegang gelaran tersebut? Gelaran tersebut telah
berjaya dirampas oleh Warren Buffet. Punca utama
kejatuhan Bill Gates dikatakan disebabkan oleh
kejatuhan saham Microsoft semenjak dia membuat Bill Gates
tawaran untuk membeli Yahoo! pada harga US$45 $53 billion
Microsoft, U.S.
billion.

NUR ASMA BINTI A BAKAR