Anda di halaman 1dari 5

BULETIN ICT GURU & STAF

SK PERMATANG PASIR EDISI 3


13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG MAC 2010

P erkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat


dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan
penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel. Bilangan pengguna dan kepentingan
maklumat juga semakin meningkat dari semasa ke semasa. Komunikasi secara elektronik juga
dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat
dan membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat itu semakin mudah,

APAKAH ITU E-MEL / EMAIL?

Ia merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna Internet berkomunikasi dalam bentuk teks
di antara satu sama lain secara langsung. Melalui e-mel, pengguna Internet boleh menghantar
utusan yang sama kepada lebih dari seorang penerima, menyalinkan utusan yang diterima untuk
dihantar ke pengguna lain, mengepilkan pelbagai jenis fail bersama e-mel dan lain-lain lagi.

BAGAIMANA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN E-MEL / E-MAIL?


Anda boleh membuat e-mel secara percuma di laman web yang menyediakan kemudahan e-mel
percuma. Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan e-mel percuma yang popular
ialah yahoo mail, Google mail (g-mail) dan MSN mail (hotmail).

ALAMAT E-MEL / E-MAIL

Secara konsepnya, e-mel mempunyai banyak persamaan dengan surat biasa baik dari segi
penggunaannya mahupun dari segi operasinya. Jika surat menggunakan alamat supaya ia boleh
dihantar ke destinasinya, maka begitulah juga dengan e-mail. Bagi surat, sistem alamat yang
digunakan terdiri daripada gabungan nama penerima dengan alamat premis (rumah, pejabat
dan sebagainya) di mana penerima berada. Bagi e-mel pula, alamat yang digunakan terdiri da-
ripada gabungan nama penerima dengan nama domain komputer yang menerima e-mel.
Alamat e-mel adalah alamat yang digunakan oleh pelayan e-mel yang mengendalikan
penghantaran e-mel ke destinasinya. Ia adalah gabungan nama pengguna (nama akaun e-mel)
dengan nama domain bagi pelayan e-mel di mana pengguna mendaftarkan akaun e-melnya.
Format alamat e-mel adalah seperti berikut :

nama_pengguna@nama_domain_pelayan_ e-mel

Sebagai contoh :
username@yahoo.com , username@gmail.com , username@yahoo.com.my
Berikut adalah beberapa contoh alamat e-mel:
1. munirah@yahoo.com.co.uk
2. suri@hotmail.com
3. fairus@gmail.com
4. nurul@yahoo.com.my

NUR ASMA BINTI A BAKAR


Bagi contoh yang pertama :
munirah@yahoo.com.co.uk

Nama pengguna/ id Nama domain


pengguna pelayan e-mel

Nama pelayan email bergantung di laman web (pelayan email) mana yang kita daftarkan.
Sekiranya kita menggunakan laman web http://www.yahoo.com.my maka alamat e-mel kita ialah
nama_pengguna@yahoo.com.my.

Perbezaan antara mereka


yang berjaya dengan yang
lain bukanlah kerana
kekurangan kekuatan atau
ilmu, tetapi lebih kepada
kekurangan kesungguhan
MENGGUNAKAN EMAIL dan kemahuan.

Contoh yang diberikan ini berdasarkan Yahoo Mail.

1) Masuk ke laman web yahoo : http://www.yahoo.com


2) Klik pada ikon Sign In untuk membuka email. Sekiranya anda belum mempunyai akaun e-mel
klik ikon Sign Up untuk mendaftar.

Paparan yang akan keluar Paparan yang akan keluar apabila anda klik ikon
apabila anda klik ikon Sign In Sign Up. Anda perlu memasukkan maklumat yang
diperlukan untuk mendaftar.

NUR ASMA BINTI A BAKAR


4) Sekiranya anda telah mempunyai akaun e-mel anda boleh terus daftar masuk / Sign In.

Masukkan alamat Masukkan kata laluan /


e-mel yahoo anda. password anda.

Klik di sini sekiranya an-


da lupa kata laluan atau Klik butang Sign In setelah
alamat email anda anda selesai mengisi alamat
email dan kata laluan.

5) Paparan seperti di bawah akan keluar selepas anda klik butang Sign In.

Nama anda
akan tertera
Klik ikon yahoo di sini
mail untuk mem-
baca e-mel

6) Anda dapat melihat paparan seperti di bawah selepas anda klik yahoo mail.

7) Anda perlu menggunakan Folder di sebelah kiri yang mempunyai pelbagai fungsi.

Klik folder inbox untuk


melihat e-mel yang
Menyimpan e-mel yang belum
di terima
di hantar.

Menyimpan e-mel
yang telah di hantar. Menyimpan e-mel yang di ragui.

Menyimpan e-mel yang


telah dipadam.

NUR ASMA BINTI A BAKAR


8) Anda perlu klik e-mel yang hendak di baca.

Reply - digunakan untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal


Forward - digunakan untuk memanjangkan e-mel atau di majukan kepada penerima lain.
Delete - digunakan untuk memadam e-mel. E-mel yang di padam akan berada di dalam
folder Trash.

9) Klik pada butang New dan pilih Email Message untuk mengarang email.

10) Paparan untuk mengarang e-mel.

ALAMAT EMAIL PENERIMA

Ruang untuk menaip teks.

Contoh attachment/kepilan fail.

Gunakan ruangan ‘salinan kepada’ (cc) sekiranya e-mel tersebut perlu dimaklumkan kepa-
da penerima lain.
Gunakan ruangan ‘blind cc’ (bcc) untuk menghantar e-mel yang mempunyai penerima yang
banyak. Dengan menggunakan bcc penerima e-mel hanya mengetahui e-mel yang
di terima hanya dari penghantar sahaja tanpa mengetahui e-mel tersebut juga diterima oleh
penerima e-mel yang lain.

NUR ASMA BINTI A BAKAR


Gunakan butang attachment atau klik Attach untuk menghantar fail seperti document,
picture dan sebagainya. Saiz fail yang dihantar mestilah tidak melebihi 25 MB. Untuk
mengatasi masalah ini, kaedah pemampatan ( compress ) digunakan untuk mengurangkan
saiz fail yang besar.
Gunakan butang Send untuk menghantar e-mel anda setelah anda memasukkan alamat
penerima e-mel di ruangan yang disediakan. Pastikan alamat e-mel penerima betul untuk
mengelakkan berlakunya kekeliruan.

11) Sekiranya anda menerima email yang mempunyai fail kepilan/attachment, anda boleh
memuat turun fail tersebut dan menyimpannya didalam komputer.

Fail kepilan/attachment

Klik fail kepilan/attachment. Paparan seperti dibawah dapat dilihat.

Klik butang Download Attachment. Paparan dibawah dapat dilihat.

Klik butang Save untuk me-


nyimpan fail di dalam kom-
Klik butang Open puter anda. Anda boleh
untuk membuka fail. membuka fail ini pada bila-
Fail ini belum di sim- bila masa tanpa perlu mem-
pan di dalam kom- buka email.
puter anda.

12) Selepas anda selesai menggunakan email, pastikan anda tidak lupa untuk daftar keluar
( Sign Out ) bagi mengelakkan akaun anda digunakan oleh orang lain sekiranya anda
menggunakan komputer yang dikongsi dengan orang lain.
.

NUR ASMA BINTI A BAKAR