Anda di halaman 1dari 2

BULETIN ICT GURU & STAF

SK PERMATANG PASIR EDISI 5


13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG MEI 2010

VIRUS KOMPUTER

V irus komputer adalah satu program komputer yang boleh mereplikasi


sendiri dan menjangkiti sesebuah komputer tanpa kebenaran atau
pengetahuan penguna.

Lazimnya mereka ini amat mahir mengendalikan sesuatu bahasa aturcara, ini
adalah kerana untuk menulis virus, seseorang pengaturcara haruslah mahir
mengendalikan sesuatu bahasa aturcara itu melebihi paras kemampuan
pengaturcara biasa. Pengaturcara komputer yang mampu menulis virus digelar
‘pyschopath’.

BAGAIMANA VIRUS BERJANGKIT

Virus komputer berjangkit melalui penggunaan program yang telah dicemari virus. Apabila sesuatu
program yang dijangkiti virus (infected) digunakan, ia akan bertindak mencari program lain samada
di disket atau di cakera keras (harddisk) sesebuah komputer, kemudian ianya akan menjangkiti program
ini dan begitulah seterusnya, namun begitu jenis serangan atau kategori serangan adalah bergantung
kepada arahan didalam virus itu sendiri.

Virus juga merebak melalui rangkaian terutamanya melalui email, laman-laman web dan perkongsian
fail. Pengguna mesti sentiasa berhati-hati semasa membuka email dari sumber-sumber yang tidak
dikenalpasti keselamatannya atau semasa melayari internet. Satu lagi ancaman atau jenayah siber yang
membimbangkan adalah phishing. Penjenayah siber ini menggunakan spam, laman web palsu,
crimeware dan teknik lain untuk mengelirukan orang lain hingga mereka memberi maklumat peribadi
yang sepatutnya dirahsiakan. Apabila memperoleh maklumat itu, mereka akan menggunakannya untuk
mencuri atau menjual maklumat pengguna itu kepada pasaran gelap yang dipanggil underground
economy.

Komputer yang mungkin


dicemari virus daripada
sumber-sumber luar atau
melalui internet.
Sumber-sumber yang mungkin
mempunyai virus.

NUR ASMA BINTI A BAKAR


TANDA-TANDA KOMPUTER ANDA DIJANGKITI VIRUS

Operasi sistem komputer menjadi perlahan.


Hard disk mengambil masa yang lama untuk boot.
Aturcara biasa mengambil masa yang lama untuk dimulakan.
Jumlah sektor yang rosak bertambah.
Ruang memori berkurang dengan cepat.
Aturcara biasa dijalankan tiba-tiba terhenti dan rosak.
Mesej pelik dipaparkan.
Fail-fail tiba-tiba hilang.
Atribut fail bertukar.
Terdapat directory atau fail baru yang dicipta tanpa pengetahuan anda.

LANGKAH PENCEGAHAN

“ Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati ” . Amalan ini harus menjadi keutamaan pengguna komputer.
Antara langkah-langkah awal ialah :

1. Gunakan Perisian Antivirus

Perisian anti-virus ialah perisian utiliti untuk mengesan dan memusnahkan virus. Terdapat perisian
yang boleh didapati secara percuma di Internet, antaranya ;

AVG Anti-virus
Avira Antivirus
Avast Anti-virus

Manakala anti-virus yang dijual dipasaran ialah :

Kapersky Anti-Virus
Kapersky Internet Security
Norton Anti-virus
Mc Afee Anti-virus

Pastikan anda Update database perisian Anti virus secara teratur.

2. Memeriksa (Scan) peranti simpanan data seperti disket, USB flash drive, memory stick dan sebagainya
terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

3. Pastikan anda mengenali pengirim email yang mengandungi fail attachment sebelum memuat turun
(download) dari email ke komputer anda. Jangan membuka fail attachment yang tidak diketahui
pengirimnya atau fail attachment dalam bentuk file executable sebelum memeriksa (scan) dengan
perisian anti virus anda.

4. Sentiasa membuat salinan (back-up) data/maklumat supaya jika maklumat/data yang asal hilang, anda
masih mempunyai salinannya.

5. Berhati-hati menggunakan komputer awam, seperti di pusat siber, perpustakaan dan lain-lain, pastikan
disket, USB flash drive, memory stick dan sebagainya diimbas menggunakaan perisian anti-virus
terlebih dahulu.

NUR ASMA BINTI A BAKAR