Anda di halaman 1dari 1

September 2010

KENALI TEKNOLOGI WIRELESS

Wireless Local Area Network (WLAN) atau WiFi adalah satu teknologi akses Internet tanpa wayar. Wi-Fi Hotspot
adalah merujuk kepada satu kawasan khas di mana titik capaian disediakan bagi membolehkan pengguna
dihubungkan ke internet menerusi gelombang Wi-Fi. Kebanyakan komputer riba atau PDA telah dilengkapi dengan
binaan yang menyokong WLAN. Dengan ini pengguna tidak lagi perlu membeli peralatan tambahan untuk
membolehkan capaian dibuat kepada terminal penerima isyarat WLAN (Access Point).

Bluetooth merupakan teknologi tanpa wayar untuk jarak yang pendek (PAN). Teknologi Bluetooth membolehkan
pengguna berada dalam Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network) dengan mewujudkan medium
komunikasi di antara peralatan-peralatan yang mempunyai sokongan Bluetooth pada persekitaran mereka.
Teknologi Bluetooth memudahkan kita memindahkan atau berkongsi data antara notebook dan PDA. Telefon
bimbit, PDA, komputer riba, dan kebanyakan alatan IT terkini dibina bersama Bluetooth.

GPRS
General Packet Radio Service (GPRS) merupakan piawaian bagi komunikasi wireless yang dapat beroperasi
pada kelajuan sehingga 115kbps berbanding dengan sistem GSM (Global System for Mobile Communications)
sebelum ini. GPRS menyokong lebar-lajur sekitar kawasan yang luas disamping menyokong transaksi data dalam
saiz yang lebih besar.Dengan GPRS, capaian internet sentiasa tersedia dan tidak perlu mendail dan data hanya
dimuat turun jika ada aktiviti internet.

J2ME
Java 2 Platform, Micro Edition (J2ME) merupakan satu lagi platform bagi pembangunan aplikasi alatan mudah
alih yang telah diperkenalkan oleh JavaTM selepas aplikasi pada desktop (J2SE) dan pada application server
(J2EE). Aplikasi J2ME banyak digunakan dalam peralatan mudah alih terkini seperti telefon bimbit dan juga PDA
dengan menyediakan kemudahan muat turun (download). Beberapa contoh aplikasi menggunakan J2ME adalah
permainan elektronik,

GPS
Global Positioning System (GPS) merupakan sistem navigasi radio yang meliputi rangkaian seluruh dunia
daripada gugusan sejumlah 24 buah satelit dan stesen bumi. Disamping itu, GPS juga mampu untuk membuat
ukuran yang lebih baik bagi sistem yang lebih kritikal sehingga mencapai ketepatan dalam ukuran sentimeter.
GPS digunakan di seluruh dunia sebagai pembantu pandu arah dalam kereta, pesawat dan kapal. Gps juga
digunakan dalam sistem pengesan kenderaan ataupun komputer kenderaan.

NUR ASMA BINTI A BAKAR


FASILITATOR SCHOOLNET SKPP