Minda Kelas Pertama

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Minda Kelas Pertama

“Masyarakat berminda kelas pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan,


mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki
kekuatan moral. Mereka juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian
dan warisan serta sejarah Negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal
terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan
oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan
kepada Raja dan Negara senantiasa dijunjung.”
-Dato Abdullah Ahmad Badwi

Untuk mempersiapkan diri kita didalam organisasi dan misi negara, pembangunan
modal insan yang bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan. Maka, pembangunan
modal insan perlu kepada ‘Minda Kelas Pertama’. Apakah yanag dimaksudkan
kelas minda pertama itu?

‘Minda Kelas Pertama’ secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang
mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat,
negara dan dunia.
Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif,
kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan
pembangunan yang bersifat holistik.
Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan
imej tersendiri. Jauhkan diri kita dari sikap kelas minda ketiga ia itu malas bekerja,
suka berlengah (procrastination), membuang masa, tiada berhemat, kerja sambil
lewa, tidak bersemangat dan leka dan sebagainya.
Sebagai penjawat awam di jabatan kerajaan ciri ciri minda ini perlu ada didamana
memerlukan komitmen daripada setiap peringkat lapisaan organsisi. Bagi
merealisasikan misi ini ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan
pembudayaan agenda ini.
Kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata-mata sebagai ukuran
kemajuan sesebuah organisasi tetapi disertai dengan kekayaan mentaliti. Selain itu,
kekayaan moral adalah penting yang meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni, budi
bahasa, integriti, beretika dan beriltizam tinggi.
Marilah bersama sama memantapkan diri dengan azam baru dan kesediaan diri untuk
menmpersiapakan diri kita kearah minda kelas pertama.

Sifat-sifat minda kelas pertama

Kesedaran kendiri, bermaksud reflektif pada diri. Ia bermaksud melihat dan


mengkaji diri sendiri dan lebih responsif kepada persekitaran. Kesedaran kendiri akan
menyebabkan manusia tersebut sentiasa menyedari apa yang berlaku dengan
persekitaran. Dengan penyediaan kesedaran kendiri yang kukuh, manusia tersebut
mampu menghadapi sebarang perubahan keadaan dan fleksibel serta mudah
menyesuaikan diri dengan keadaan.
Sikap ingin tahu atau ‘inquisitivity’ adalah antara sifat minda kelas pertama.
Manusia yang mempunyai sikap ingin tahu akan sentiasa bertanya pada semua
keadaan dan mengkaji permasalahan sesuatu . Mereka tidak semestinya filosofikal
tetapi mereka mempunyai keupayaan untuk memahami sesuatu dengan semangat
yang tinggi serta berterusan. Sikap ingin tahu yang telah dilatih, akan menyebabkan
manusia tesebut mudah memahami maklumat pada kategori rendah dan adanya
cubaan memahami masalah yang lebih kompleks dengan mendalam. Mereka akan ada
persoalan what if?

Nilai ketiga adalah, sifat fokus. Sifat ini bermaksud bersungguh dalam melakukan
sebarang perkara. Ia berlawanan kepada sifat, hangat- hangat taik ayam. Untuk
membuat sesuatu keputusan, fokus yang memberikan keputusan yang lebih jitu dan
terancang daripada melulu.

Begitu juga, dengan sifat yang keempat, iaitu daya inisiatif. Daya inisiatif ini penting
untuk mewujudkan idea-idea baru yang akan menjana kecermalangan produktiviti.
Daya inisiatif ini akan mewujudkan kepada invensi perkara baru yang lebih
bermanfaat kepada mausia sejagat.

Dalam menghasilkan sebuah peradaban yang cemerlang, sifat mahmudah ini


diperlukan kepada kedua-dua pihak, samada pengikut atau pemimpin. Peradaban yang
cemerlang akan terhasil dengan masyarakatnya yang terpimpin dan terbilang.
Berbekalkan idea generasi salaf, serta cara hidup yang baik, serta pimpinan yang
cemerlang akan menghasilkan umat yang terbaik.

(dipetik daripada https://khairulorama.wordpress.com/2007/06/24/minda-kelas-


pertama/)

Anda mungkin juga menyukai