Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN NO. TEL: 04-8287715


JALAN KAMPUNG MELAYU FAKS : 04-8287715
11500 PULAU PINANG EMAIL: pbb1013@jpnpp.edu.my

___________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : SKSA 600-3/05/02 ( )
Ruj. Tuan :
Kepada,
Yang Dipertua PIBG,
SK Sri Aman,
Jalan Kg.Melayu,
11500 Air Itam, Pulau Pinang. Tarikh : 14 Oktober 2019

Melalui:
Guru Besar
SK Sri Aman,
Jalan Kg.Melayu,
11500 Air Itam, Pulau Pinang.

Tuan,
Memohon Sumbangan Program Meneroka Kota Metropolitan Negara

Adalah dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, SK Sri Aman akan mengadakan Program Luar berkonsepkan
aktiviti Meneroka Kota Metropolitan Negara dan menjadi salah satu usaha untuk memberi ruang dan
peluang untuk pembelajaran yang lebih bermakna serta menyeronokkan kepada murid – murid SK Sri
Aman yang terlibat.

3. Program tersebut ingin dilaksanakan seperti pada ketetapan berikut:

Hari : Rabu, Khamis Dan Jumaat


Tarikh : 30, 31 Oktober hingga 1 November 2019
Tempat : Kuala Lumpur Dan Putrajaya
Bilangan Peserta : 40 orang murid terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6.

4. Bersandarkan program tersebut, saya bagi pihak murid-murid SK Sri Aman ingin memohon
sumbangan dari PIBG bagi menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi untuk menjayakan program
ini. Perbelanjaan yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan tersebut ialah RM 1000.00 seperti
dalam kertas kerja.

5. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja program tersebut untuk rujukan pihak tuan.

Sekian Terima Kasih,

Yang Benar,

___________________________
(MOHD FAUZI BIN YAHYA)
Pengarah Program
SK Sri Aman