Anda di halaman 1dari 2

4.

0 METODOLOGI

Pendahuluan

Metodologi dari segi istilah ekonomi adalah ilmu-ilmu/cara yang digunakan untuk
memperoleh kebenaran menggunakan penelusuran dengan tata cara tertentu dalam
menemukan kebenaran, tergantung dari realitas yang sedang dikaji. Metodologi tersusun dari
cara-cara yang terstruktur untuk memperoleh ilmu. Menurut (Mohamad Elyas bin Musa, 2002)
metodologi menjelaskan mengenai kaedah, teknik dan juga cara mengumpulkan data supaya
dapat menerangkan sesuatu perkara dengan bukti yang kukuh untuk menyokong sesuatu
perkara.

Reka bentuk kajian

Kajian ini berasaskan kaedah tinjauan atau pemerhatian. Kaedah ini merupakan salah
satu cara untuk menganalisis data serta mengumpul maklumat yang hendak dikaji. Cara ini
digunakan adalah untuk mengenalpasti jenis teknologi yang menjadi pilihan pengusaha di
Kampung Parit Lintang Laman dan mengkaji tentang kesan penggunaan teknologi untuk
penanaman pokok pisang.

Instrument kajian

Instrument kajian ialah proses atau kaedah menyediakan alat pengumpulan data
menerusi konsep yang berkaitan dengan pandangan serta keterangan latar belakang. Dalam
kajian ini, instrument yang digunakan untuk memperoleh maklumat dan data dengan kaedah
rujukan dan temu bual.

Kaedah Instrument kajian

Kualitatif Borang temu bual, rujukan

Jadual 1 : Kajian Instrument Kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa kaedah dilakukan termasuk temu bual, pemerhatian serta
rujukan. Temu bual adalah cara berjumpa bersemuka untuk mendapatkan maklumat tentang
tajuk yang ingin dikaji. Pemerhatian pula ialah kaedah memerhati di kawasan kajian manakala
rujukan pula adalah kaedah mencari maklumat sama ada di laman web, buku, majalah atau
surat khabar. Ketiga-tiga cara ini digunakan oleh pengkaji untuk membuat kajian.

Cara mendapatan pengusaha

Dalam kajian ini, tiga orang pengusaha berasal dari Kampung Parit Lintang Laman,
Seri Medan. Ketiga-tiga pengusaha tersebut berumur lingkungan antara 40 hingga 57 tahun
dan berbangsa Melayu.

Cara mendapatkan maklumat atau data dari responden

Pengkaji akan mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian.
Pengkaji akan menemu bual ketiga-tiga pengusaha tersebut. Temu bual dilakukan pada tarikh
28 Mac 2017 bagi informan 1, ! April 2017 bagi informan 2 dan 6 April 2017 bagi informan 3.

Pengumpulan data

Pengumpulan data yang dilakukan dalam hasil kajian ini adalah dengan menggunakan
data primer dan juga data sekunder. Data primer diperoleh melalui hasil temu bual dan
pemerhatian. Data primer didapati dengan cara membuat rujukan di perpustakaan serta
melayari internet.

Data primer

Primer ialah sumber pertama yang terdapat pada hasil kajian ini. Data primer diperoleh
secara terus dengan sumber asal melalui pemerhatian kajian. Kaedah yang digunakan dalam
kajian ini adalah dengan melakukan temu bual.

Kaedah temu bual

Kaedah temu bual dilakukan adalah untuk mengenalpasti kebenaran dan maklumat
yang diperoleh untuk menghasilkan kajian ini. Kaedah temu bual diguna pakai dalam kajian
ini untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang berguna.

Anda mungkin juga menyukai