Anda di halaman 1dari 11

1

SULIT

MATEMATIK
Kertas 1
Tahun 5
Oktober
2019
1 jam

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2019


TAHUN 5

Nama : ……………………………………………………… Kelas : ………………………

MATEMATIK
Kertas 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan objektif diikuti oleh empat piliha njawapan, iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah
dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
5. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali
dinyatakan.
6. Kamu boleh membuat kerja mengira di ruang kosong di dalam kertas
soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

[Sila lihat sebelah]


2

1. Nyatakan tiga ratus enam puluh ribu dalam angka.

A. 360 000 C. 306 000


B. 300 000 D. 300 600

2. Berikan cerakinan nilai digit bagi nombor 542 901.

A. 500 000 + 40 000 + 200 + 901


B. 500 000 + 4 000 + 2 000 + 90 + 1
C. 500 000 + 40 000 + 2 000 + 900 + 1
D. 500 000 + 40 000 + 2 000 + 900 + 10 + 1

3. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar?

A. 210 307 < 210 037 C. 692 041 < 693 014
B. 482 519 > 482 159 D. 806 752 > 806 725

4. Nyatakan nilai tempat bagi digit bergaris di bawah

713 654

A. Ratus ribu C. Ribu


B. Puluh ribu D. Ratus

5. Cari hasil tambah bagi 506 785 dan 308 900.

A. 715 600 C. 775 685


B. 755 600 D. 815 685

6. 9 ratus + 50 ribu + 42 puluh ribu =

A. 450 000 C. 470 900


B. 470 000 D. 480 900

7. X + 487 309 + 21 568 = 845 678

Nyatakan nilai X.

A. 323 652 C. 336 555


B. 336 801 D. 322 145

[Sila lihat sebelah]


3

8. 815 307 - 336 518 =

A. 478 789 C. 578 788


B. 498 780 D. 598 780

9. 960 000 - 5 ratus ribu - 4 puluh =

A. 409 900 C. 450 900


B. 420 960 D. 459 960

10. Hasil tolak 871 065, 178 052 dan M ialah 124 678.

Apakah nilai M yang sepatutnya ?

A. 568 335 C. 586 335


B. 568 353 D. 586 353

11. 6 789 x 49 =

A. 323 616 C. 332 616


B. 323 661 D. 332 661

12.

Berdasarkan rajah di atas, cari nilai H x H .

A. 6 274 C. 551 308


B. 6 724 D. 551 836

13. 160 000 ÷ 50 =

A. 3 200 C. 4 200
B. 3 200 baki 5 D. 4 200 baki 5

14. 9 ratus ribu ÷ 25 =

A. 36 000 C. 360 000


B. 63 000 D. 630 000

[Sila lihat sebelah]


4

15. Rajah di bawah menunjukkan cara pendaraban kekisi.

Apakah yang diwakili oleh P, Q dan R ?

P Q R
A 2 3 8
B 2 5 8
C 4 3 8
D 4 5 8

16. 749 507 - 670 680 ÷ 36 =

A. 218 963 C. 730 877


B. 281 936 D. 788 270

17. (568 418 + 417 418) ÷ 6 =

A. 146 360 C. 637 987


B. 164 306 D. 973 978

3
18. 3 x 49 =
7

A. 167 C. 169
B. 168 D. 170

3
19. Aufa berjoging sejauh 2 km pada hari Isnin. Pada hari Selasa, dia
10
7
berjoging km kurang daripada hari Isnin. Berapakah jumlah jarak dia
10
berjoging pada dua hari itu ?

3 9
A. 1 km C. 3 km
5 10

3
B. 3 km D. 2 km
10

[Sila lihat sebelah]


5

20. 7.238 x 12 =

A. 76.856 C. 86.586
B. 76.586 D. 86.856

21. Rajah di bawah menunjukkan jarak 4 lokasi, J, K, L dan M.

Jarak dari lokasi J ke M ialah 92.115 km. Hitung jarak dari lokasi L ke M.

A. 31.672 km C. 73.692 km
B. 60.443 km D. 92.115 km

4
22. Tukarkan 3 kepada peratusan.
5

A. 80% C. 300%
B. 180% D. 380%

23. Rajah di bawah terdiri daripada dua buah segiempat tepat yang sama saiz.
Setiap segiempat tepat dibahagikan kepada beberapa bahagian yang
sama besar.

Hitung jumlah peratusan kawasan berlorek daripada kedua-dua segiempat


tepat itu.

A. 180% C. 130%
B. 160% D. 120%

[Sila lihat sebelah]


6

24. RM215.60 x 1 000 =

A. RM2 156 C. RM215 600


B. RM21 560 D. RM2 156 000

25. Rajah di bawah menunjukkan harga jualan sebuah komputer riba. Aidill
membeli komputer riba tersebut menggunakan kad kredi tdengan kadar
faedah 0%.

Antara berikut, pernyataan yang manakah benar ?

A. Aidill perlu menambah bayaran sebanyak RM50


B. Aidill perlu menolak RM50 daripada harga asal
C. Aidill hanya perlu membayar sebanyak RM2 500
D. Aidill perlu membayar sebanyak RM2 570

26. 2 abad 11 tahun =

A. 211 tahun C. 201 tahun


B. 205 tahun D. 11 tahun

27. Rajah di bawah menunjukkan fosil yang dijumpai pada tahun 1450.

Hitung bilangan tahun sejak fosil tersebut dijumpai menjelang tahun 2018.

A. 5 abad 68 tahun C. 6 abad 68 tahun


B. 5 abad 58 tahun D. 6 abad 58 tahun

[Sila lihat sebelah]


7

28. 125 mm - 6.8 cm - 0.9 cm =

A. 4.8 cm C. 7.6 cm
B. 5.7 cm D. 11.6 cm

29. Rajah di bawah menunjukkan sebatang pokok betik di belakang rumah.

Berapakah jumlah tinggi bagi 100 batang pokok betik yang sama ?

A. 1 900 m C. 19 m
B. 190 m D. 1.9 m

30. Antara timbangan berat berikut, yang manakah paling berat ?

A. 5g C. 0.5 kg
B. 50 g D. 0.005 kg

31. Jadual di bawah menunjukkan jisim bagi empat biji buah tembikai.

Tembikai Jisim
A 3 kg 60 g
B 3.06 kg
C 3.006 kg
D 3 kg 600 g

1
Nyatakan buah tembikai yang berjisim melebihi 3 kg.
2

A. Tembikai A C. Tembikai C
B. Tembikai B D. Tembikai D

[Sila lihat sebelah]


8

32. Rajah di bawah menunjukkan sekotak sos. Isi padu sebotol sos ialah 0.6 ℓ.

Berapakah jumlah isipadu sos di dalam kotak itu ?

A. 4 mℓ C. 4 ℓ 400 mℓ
B. 400 mℓ D. 14 ℓ 400 mℓ

33. Rajah di bawah menunjukkan bekas yang berisi air minuman.

Syima menuang air minuman itu sama banyak ke dalam 9 botol yang sama
besar. Hitung isipadu air di dalam setiap botol.

A. 200 mℓ C. 580 mℓ
B. 480 mℓ D. 740 mℓ

34. Rajah di bawah menunjukkan gabungan sebuah segiempat sama dan


sebuah segiempat tepat.

Hitung perimeter seluruh rajah.

A. 46 cm C. 60 cm
B. 56 cm D. 64 cm

[Sila lihat sebelah]


9

35. Rajah di bawah menunjukkan gabungan bentuk P dan bentuk Q.

Hitung luas, dalam unit2, gabungan bentuk tersebut.

A. 14 unit2 C. 28 unit2
B. 24 unit2 D. 30 unit2

36. Rajah di bawah menunjukkan satah Cartes.

Siapakah yang berada pada koordinat (6 , 1) ?

A. Arif C. Danial
B. Haikal D. Najhan

37. Rajah di bawah menunjukkan beberapa titik di atas satah Cartes.

Ridzuan ingin membentuk segiempat tepat PQRS. Apakah koordinat titik S ?

A. (7, 3) C. (2, 3)
B. (2, 1) D. (7, 1)

[Sila lihat sebelah]


10

38. Rajah di bawah menunjukkan beberapa nombor.

1 2 3 5 7 9
Apakah nisbah bilangan nombor ganjil kepada bilangan nombor genap ?

A. 5:1 C. 1:5
B. 5:3 D. 3:5

39. Rajah di bawah menunjukkan satu set nombor.

66 72 70 64 72

Nyatakan penengah bagi set nombor tersebut.

A. 64 C. 70
B. 66 D. 72

40. Rajah di bawah menunjukkan wang saku harian yang diterima oleh 15 orang
murid dari kelas 5 Bijak.

Hitung min bagi data di atas.

A. RM3.80 C. RM3.60
B. RM3.70 D. RM3.50

Kertas soalan tamat

[Sila lihat sebelah]


11

SKEMA JAWAPAN

1. A
2. C
3. A
4. B
5. D
6. C
7. B
8. A
9. D
10. A
11. D
12. B
13. A
14. A
15. C
16. C
17. B
18. B
19. C
20. D
21. B
22. D
23. B
24. C
25. C
26. A
27. A
28. A
29. D
30. C
31. D
32. D
33. B
34. B
35. B
36. D
37. A
38. A
39. C
40. C

[Sila lihat sebelah]

Anda mungkin juga menyukai