Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BUKIT GELUGOR Kod Sekolah: PBB1023

CIK HEMANANTHINI A/P KRISHNAN


1. Nama Guru

2. Judul KEJURULATIHAN DAN SAINS 3. Bidang: PENDIDIKAN


SUKAN
4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa : 11.02 PAGI

6. Tempat Pembentangan
TIADA
7. Sinopsis

Buku ini mengulas pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan dalam bidang sukan mahupun
sains sukan kerana ianya merangkumi aspek teori, latihan fizikal dan mental bagi meningkatkan
prestasi sukan. Kandungannya juga dapat meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang
kejurulatihan. Oleh hal yang demikian, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan peminat
Sains Sukan dalam bidang pedagogi dapat membuat perancangan yang berkesan dalam sukan.
Seterusnya, permulaan buku ini memberi peluang kepada pembaca untuk mengenali aspek
yang berkaitan dengan asas kejurulatihan sukan. Penulis cuba menonjolkan pendekatan saintifik
dalam asas kejurulatihan dan ianya menjadi sumber rujukan yang baik kepada jurulatih yang giat
mencari ilmu kejurulatihan. Pendekatan buku ini berasaskan teori kejurulatihan sukan yang
membahagikan latihan kepada empat bidang iaitu fizikal dan fisiologikal, teknikal, psikolgikal dan
taktikal.
Bidang fizikal dan fisiologikal menyentuh aspek suaian anatomi dan fisilogi asas, teori
kecergasan serta prinsip dan kaedah latihan sukan. Bidang teknikal meliputi aspek kemahiran
sukan seperti kemahiran asas, kemahiran lanjutan, kemahiran individu dan berpasukan. Bidang
mental atau psikologikal menyentuh aspek seperti motivasi, imej kendiri, penetapan matlamat,
ketenangan dan komunikasi dalam sukan. Manakala bidang taktikal pula meliputi aspek sistem
pertandingan, kekuatan dan kelemahan lawan. Kesemua aspek kejurulatihan terkandung dalam
buku ini supaya pembaca meningkatkan pengetahuan dan menyebarkan ilmu kejurulatihan di
samping melahirkan ramai jurulatih baru.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan ilmu kejurulatihan sukan secara mendalam. Oleh itu, pembelajaran
dan kajian secara saintifik serta usaha-usaha yang lain perlu dilakukan untuk membantu jurulatih
sukan memperkayakan ilmu pengetahuan, memurnikan kaedah serta pedekatan dalam
membimbing atlet untuk mencapai kecemerlangan.
Buku ini juga memberi kefahaman tentang pengertian sukan dan menghuraikan konsep-konsep
latihan sebagai ilmu asas keperluan melatih. Beberapa huraian mengenai kejurulatihan dan
sistem tubuh badan manusia turut membantu pembacanya mengenali aspek-aspek asas
mengenai falsafah serta pembinaan fizikal manusia.
Akhir sekali, buku ini mengingatkan kita bahawa jurulatih sukan harus sentiasa menimba ilmu
supaya kaedah, pendekatan dan taktikal sentiasa relevan dan kemaskini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk melatih atlet awal
remaja. Idea yang dikemukakan membantu guru mengenal bakat, mengembangkan bakat dan
menajamkan bakat pelajar di sekolah. Di samping itu, terdapat juga idea bagaimana untuk
mengekalkan minat atlet terhadap sukan yang mereka ceburi. Asas yang penting ialah corak
latihan yang baik untuk mengembangkan bakat seseorang atlet. Setiap atlet perlu diasuh
kemahiran asas kepada pemahiran spesifik. Atlet yang ramai perlu diorganisasikan secara baik.
Aspek yang sering dilupai ialah pemakanan atlet. Atlet perlukan pemakanan yang baik dan
lengkap. Ilmu ini penting untuk guru yang melatih pasukan sekolah untuk memacu pasukannya
menempa kejayaan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HEMANANTHINI A/P KRISHNAN) ( )

Anda mungkin juga menyukai