Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah


mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Makan
Malam Tahunan Sekolah .............. pada malam ini.
Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang
dikehendakki ,
Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu ,
pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu .
Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya
hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan
kecemerlangan .
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa
Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini
sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan
bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi
membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada
arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik ,
kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar di sekolah ini, agar
menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami
sebagai matlamat kami yang utama dan bersama .
Amin Ya Rabbal’alamin

Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dalam kerja
berpasukan

Anda mungkin juga menyukai