Assalamualikum W.B.H
Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan.
(P3) Selain itu, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab pihak sekolah juga
haruslah memikul obligasi untuk melahirkan masyarakt yang penyayang. (M) Hal ini dikatakan
demikian kerana pihak sekolah juga merupakan salah satu ejen yang penting dalam membentuk
masyarakat yang penyayang. Lagipun, golongan kanak-kanak dan remaja banyak
menghabiskan masa mereka di sekolah selain rumah dan sekolah dianggap sebagai rumah
kedua mereka. (B) Pendedahan nilai-nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai ke
dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu, pihak sekolah tidak seharusnya hanya mendedahkan nilai-
nilai murni kepada para pelajar dalam subjek Pendidikan Moral dan Agama Islam sahaja tetapi
nilai-nilai ini perlu diterapkan pada setiap masa walaupun di luar waktu dua subjek
tersebut. Guru-guru pula mesti menyemai sifat penyayang kepada para pelajar sejak mereka
kecil lagi seperti kata peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Seterusnya pendekatan-pendekatan yang bersifat penyayang semasa proses pembelajaran dan
pengajaran seharusnya dikreatifkan. (K) Dengan ini, para pelajar dapat membesar dengan
persekitaran yang penyayang dan harmoni sekali gus impian untuk melahirkan masyarakat
penyayang dapat direalisasikan. Bukan itu sahaja, impian negara untuk melahirkan modal insan
bermentaliti kelas pertama dapat dilahirkan. (P) Jadi, peranan masyarakat pendidik untuk
melahirkan masyarakat penyayang tidak dapat dipertikaikan lagi.
Konklusinya, dapatlah dirumus bahawa, keluarga bahagia adalah asas kepada wujudnya
generasi yang cemerlang dan terbilang. Sesebuah rumahtangga yang kita biasa dengar Baiti
Jannati atau rumahku syurgaku akan wujud dengan lahirnya keluarga yang bahagia. Seorang
pemimpin yang hebat akan lahir dalam keluarga yang mengamalkan disiplin berlandaskan ciri-
ciri keagamaan sebagai teras kemakmuran dalam sesebuah rumahtangga yang dibina. Seorang
ketua keluarga yang bijak dan bertanggungjawab mampu melahirkan masyarakat yang bebas
daripada kecelaruan. Mungkin tidak ada lagi kedengaran remaja lari dari rumah kerana berasa
tertekan berada di rumah.
Saya akhiri pidato saya juga dengan serangkap pantun yang berbunyi;