Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Kamus

Aku sebuah kamus. Nama aku


Kamus Bahasa. Aku dilahirkan di
Malaysia. Aku berwarna biru dan
merah.
Setelah badan aku lengkap,
pekerja kilang memasukkan aku ke
dalam kotak yang besar. Kemudian,
mereka menghantar aku ke
Kuching dengan menaiki kapal.
Semasa dalam perjalanan, aku
berasa bimbang kerana aku belum
pasti akan hidup susah atau senang.
Setelah tiba di kedai, aku
dipamerkan di rak. Di situ, aku
telah berkenalan dengan ramai
kawan yang berjenama lain.
Selepas beberapa hari, datang
seorang pemuda ke kedai. Pemuda
itu membeli aku dengan harga
RM50. Sekarang, dia menjadi tuan
aku.
Tuan aku menggunakan aku
dengan berhati-hati. Dia juga
menggunakan aku dengan baik. Aku
berasa amat gembira kerana
mendapat seorang tuan yang baik.