Anda di halaman 1dari 5

Definisi agama dari sudut Antropologi

Menurut Mourice Bloch (2010)

Agama adalah kata yang hanya boleh merujuk kepada satu siri keadaan yang dicipta
oleh Sejarah walaupun terus berubah, mempunyai geneologi yang unik dan khusus
yang berkaitrapat dengan agama Abraham, dengan perkataan lain bukan jenis semula
jadi yang tidak boleh didefinisikan secara sewenang-wenangnya.

Durkheim(1912) melalui bukunya bertajuk ‘The elementary forms of religious


life’

Satu set kepercayaan dan amalan yang bersatu padu dengan perkara-perkara suci,
misalnya perkara yang dibenarkan dan dilarang. Kepercayaan dan amalan yang
menyatukan satu masyarakat yang dipanggil gereja, semua orang perlu mematuhinya.

Isi:

Disiplin Antropologi

 Antropologi Budaya

-Seseorang boleh menjadi American, wwakutt, atau samoan sejak lahir tetapi
seseorang itu tidak mengetahui semua perkara secara automatik untuk menjadi
rakyat Amerika sepenuhnya.

-Kita belajar perkara ini semasa kita membesar kata-kata,tingkah laku, dan kita
diajar oleh budaya mereka. (proses sosialisasi).

-Sebagai contoh, dalam konteks agama tigkah laku dapat dilihat melalui tindakan
orang islam yang menyebelih binatang pada hari raya korban adalah perkara yang
diwajibkan oleh penganutnya. Hukum ini telah diajar secara turun-temurun
sehingga ke hari ini.
 Antropologi Arkeologi

- Arkeologi dalam bidang antropologi dimana ahli-ahli akedemik yang


mempelajari artifak purba dan bahan-bahan lain( seperti haiwan dan tumbuhan)
untuk mebina semula masyarakat masa lalu dalam proses perubahan sosial dan
budaya.

-Kita dapat melihat kepercayaan orang pada masa lalu dengan menganalisis
ciri-ciri artifak yang berbeza seperti bahan-bahan yang dibuatnya, teknik yang
digunakan untuk membuatnya, lokasi dimana mereka dijumpai dan simbol yang
mereka paparkan.

 Antropologi Bahasa

-kajian bahasa yang diperanankan oleh manusia.

-Bahasa adalah alat yang paling penting yang digunakan manusia untuk
menyatakan makna dan menyampaikan idea-idea kebudayaan termasuk tentang

Agama. Contohnya, apabila penganut kristian melihat objek seperti salib mereka

Akan sembah dan tunduk dengan perasaan yang taat.

Simbol

- Menurut Clifford Geertz, agama adalah simbol yang bertindak untuk mewujudkan
suasana yang berkuasa, berleluasa dan tahan lama, motivasi di dalam masyarakat
dengan merumuskan konsepsi kewujudan umum(a.k.a, pandang dunia) dan konsep
juga meliputi pakaian yang menunjukkan fakta bahawa ia mengeluarkan aura dan
suasana hati dan motivasi seolah-olah unik.

-Simbol juga ialah sumber luar maklumat yang dikongsi secara umum dalam
masyarakat.

-Hal ini dapat dilihat pandang dunia masyarakat jahiliah dimana seseorang individu
tidak terus menjadi anggota masyarakatnya dengan hanya dilahirkan, tetapi dilakukan
dengan cara menamakan bayi di hadapan khayalak ramai atau dengan cara
penyerahan bayi itu secara rasmi kepada keluarga ibubapanya. Ini merupakan simbol
bahawa individu tersebut telah diterima menjadi anggota masyarakatnya.

Pakar agama (Religious Specialist)

-Terdiri daripada imam, pendeta dan shaman (pawang).

-Bidang yang mempunyai sepenuh masa, seorang imam atau pendeta akan
diberikuasa untuk melakukan ritual suci, perantara antara manusia dan kuasa ghaib,
menyembah illahi atau dewa. Tambahan pula, apa yang mereka pakai, apa yang
mereka makan, dimana mereka tinggal dan banyak lagi merupakan simbol yang
menunjukkan status istimewa mereka.

-Mereka menjalankan amalan-amalan suci seperti mengawal tapak ibadah suci,


mengawasi upacara yang ditetapkan, mengekalkan pemilikan pakaian, peninggalan
patung, imej, teks, dan perwakilan lain.

- Mereka juga mewujudkan, mempromosikan sumber-sumber ideologi yang


diperlukan untuk membina simbol keagamaan.

-Sebagai contoh, imam iaitu ketua yang mengetuai ibadat suci bagi umat islam, telah
mengajar penganut-penganutnya mengenai ajaran-ajaran islam melalui teks suci iaitu
Al-quran dari generasi ke generasi.

Magis

-Magis (sihir) adalah kepercayaan dan praktik dimana manusia yakin bahawa secara
langsung mereka dapat mempengaruhi kekuatan alam diantara mereka sendiri, iaitu
untuk tujuan baik atau buruk, dengan usaha-usaha mereka sendiri dalam
memanipulasi daya-daya yang lebih tinggi.

 Malinowski

-Menurut beliau, terdapat perbezaan antara agama dan magis.

-Menurut beliau, terdapat perbezaan antara agama dan magis.Menurutnya lagi, agama
lebih bersifat sosial, iaitu upacara-upacara yang mempunyai makna sosial dimana
seluruh suku mengambil bahagian, manakala magis keadaan dimana seseorang
menggunakan penyihir untuk maksud peribadi tertentu misalnya kematian seorang
musuh dan penyembuhan penyakit.

-Malinowski menyatakan fungsi magis adalah mengisi kekosongan yang terjadi


kerana kurangnya pengetahuan dalam usaha-usaha pragmatis manusia. Sebagai
contoh, suku Azande menggunakan magis untuk melindungi dir, anak-anak serta
kegiatan pertanian mereka daripada kuasa jahat penyihir.

Mitos (Myths)

-Banyak yang masih berada diluar kemampuan manusia untuk benar-benar


mengamati dan menerangkan berdasarkan bukti yang jelas atau empirik sahaja, orang
secara kreatif telah mencipta naratif yang menjelaskan asas-asas keweujudan manusia,
dimana asal-usul kita, asal-usul dunia berada dan kenapa kita berada di sini.

-Ia dapat dikaitkan dengan pandang dunia, mereka faham akan alam semesta dimana
ia berasal dan bekerja. Cerita-cerita ini memainkan peranan penting dalam
kepercayaan dalam agama dan rohani.

-Mitos dipercayai benar,bahkan suci oleh mereka yang melayari pandangan dunia
tertentu yang menceritakan kisah sedemikian.

-Mitos mempunyai kekuatan ghaib atau terlibat dalam persembahan lur biasa yang
menceritakan mitos mengenai perkara ghaib. Sebagai contoh, dalam puisi atau cerita,
muzik dalam lagu, gambar atau patung, secara bertulis, tarian yang menceritakan
mengenai mitos. Perwakilan ini disampaikan dari generasi ke generasi dan
memberitahu kepada orang supaya mereka percaya dengan mitos tersebut.

Adakah agama dapat dikaji secara saintifik dari sudut Antropologi?

Jawapannya “ya”. Hal ini kerana :

-Penceritaan mitos yang unik dan mistik dapat dijadikan sebagai tarikan pelancong.
Misalnya lembah lenggong yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO
yang memiliki beberapa mitos telah menarik ramai pelancong.
-Perbuatan seperti sihir dilakukan kerana keperluan manusia terutamanya masyarakat
primitif kerana teknologi yang canggih belum memasuki ke kawasan tersebut.

-Kesepaduan antara penduduk dapat dilihat kerana mereka sepakat membenarkan


perbuatan seperti sihir dilakukan ke atas mereka.

-Memahami cerita mitos telah menjadikan masyarakat memahami alam ghaib dan
alam secara lebih meluas. Mitos juga dapat diwarisi secara turun-temurun dan
merupakan budaya yang unik yang dimiliki setiap kaum.

-Dengan adanya simbol, identiti setiap kaum dan agama dapat dikenalpasti dan
dibezakan dengan yang lain. Dengan adanya simbol,terdapat makna yang tersirat
melaluinya.

Anda mungkin juga menyukai