Anda di halaman 1dari 5

Kesukarelaan Dan Sukarelawan Islam

Abu Taqiy Hussein November 15, 2015 Kompetensi Leave a comment 4,754 Views

Pengenalan

K esukarelaan adalah amalan terpuji. Setiap orang yang terlibat dalam kerja-kerja dan program-program

kesukarelaan adalah orang yang terpuji di sisi ajaran Islam.


Kesukarelaan akan mendorong manusia untuk terus hidup secara bermasyarakat dan berkongsi ukhuwah serta kasih
sayang.

Hakikatnya para sukarelawan adalah insan-insan berbudi dengan ikhlas kerana Allah Subhanahuwata‘ala.
Sebahagiannya tidak dikenali dan tidak ingin mencari publisiti, bahkan menaburkan jasa yang meninggalkan kesan
abadi pada jiwa-jiwa manusia lain.

Barisan muslimin sebenar, seharusnya sentiasa menampilkan para sukarelawan yang sentiasa bersedia berkongsi
khidmat dan keringat untuk membantu orang lain.
Konsep kesukarelaan dan sukarelawan
Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak
dikerah dan dengan rela hati”. Manakala perkataan “kesukarelaan” pula membawa makna “sikap sukarela”.
Berasaskan makna tersebut, kesukarelaan secara umumnya dapat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu dengan
kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas dan dengan tidak mengharapkan apa-apa
pulangan untuk diri sendiri.

Secara khususnya, dari sudut pandangan Islam, kesukarelaan bermakna memberi khidmat bakti kepada manusia lain
dengan hati yang ikhlas kerana Allah Subhanahuwata‘ala, sentiasa menjaga sahsiah yang baik dan sentiasa
memelihara batas-batas syara’.

Islam memberikan petunjuk yang amat menggalakkan akan amalan kesukarelaan melalui ayat al-Quranyang
merujuk konsep fastabiqul khairat, iaitu berlumba-lumbalah berbuat kebajikan.
Firman Allah Subhanahuwata‘ala:

‫تۡ وأ ُ ْولۡۡئِك مِ ن‬ َ ِ‫يُؤۡمِ نُون ب‬


ِ ۡ‫ٱّللِ وٱلۡيوۡ ِم ٱلۡأۡخِ ِر ويأۡ ُم ُرون بِٱلۡمعۡ ُروفِ وينۡهوۡن ع ِن ٱلۡ ُمنك ِر ويُسۡ ِرعُون فِي ٱلۡخيۡر‬
‫ٱلصۡلِحِ ين‬
َ

Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang
mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan, mereka itu termasuk orang yang soleh.
(Surah Al-Imran : 114)
Berdasarkan ayat ini, asas-asas utama yang perlu dititikberatkan dalam kerja-kerja kesukarelaan ialah memelihara
hubungan yang rapat dengan Allah Subhanahuwata‘ala (hablu min Allah) dan, pada waktu yang sama, memelihara
hubungan sesama manusia (hablu min ‘an nas).
Islam menekankan peri pentingnya roh pengorbanan (ruh al-tadhhiyah) wujud dalam diri seorang muslim dan
inginkan balasan pahala di akhirat kelak. Dengan roh ini, seorang muslim akan lebih bersedia untuk membantu dan
membela golongan yang terbiar, tertindas dan memerlukan bantuan.
Orang yang sanggup berkorban dan melakukan kerja-kerja kesukarelaan dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki dan
“sukarelawati” bagi perempuan. Namun, dalam konteks penggunaan dan pengamalan harian, apabila disebut
“sukarelawan”, ia boleh mewakili sukarelawan lelaki dan juga sukarelawan perempuan.

Manakala sukarelawan Islam pula ialah sukarelawan muslim yang melakukan kerja-kerja kesukarelaan dengan
ikhlas kerana Allah Subhanahuwata‘ala, menjaga sahsiah Islam, memelihara batas-batas syara’ dan membawa misi
da’wah Islam.

Persediaan sukarelawan
Pada asasnya untuk menjadi sukarelawan muslim sejati tidak memerlukan kemahiran yang khusus. Apa yang
penting ialah niat yang ikhlas kerana Allah Subhanahuwata‘ala, keazaman yang tinggi, komitmen yang kuat dan
bersedia untuk belajar.

Namun, untuk melakukan kerja dan khidmat kesukarelaan yang spesifik, maka sukarelawan tetap memerlukan
latihan yang khusus seperti latihan pertolongan cemas dan latihan paramedik.

Persediaan diri yang perlu ada pada sukarelawan juga ialah kesediaan untuk bekerja dan berkhidmat secara
berpasukan dengan para sukarelawan yang lain. Ini kerana kerja dan khidmat kesukarelaan yang sukar dan mencabar
berkehendakkan kepada kemampuan berkerja secara berpasukan yang tinggi, yang berasaskan iman dan ukhuwah
yang padu.

Persediaan berkaitan akhlak sangat penting untuk difahami dan dihayati kerana Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam
bersabda:

ِ‫إنَّماِبُعثْتُِِِألُت َم َمِِ َمكار َمِِاألخالق‬


Sesungguhnya aku tidak diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
(Albani, Al-Silsilah As-Sahihah, halaman 45)
Allah Subhanahuwata’ala telah mempersiapkan pada diri Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dengan akhlak yang
tinggi. Firman-Nya:

ۡ‫وإِنَك لعلىۡ ُخلُق عظِ يم‬

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berakhlak agung.


(Surah al-Qalam: 4)
Antara tanggungjawab yang besar bagi para pendidik untuk bekerja bersungguh-sungguh dan mengembleng sifat
kreativiti bagi mewujudkan wasilah dan suasana tarbiah yang sesuai untuk mendidik para sukarelawan ke arah
mencapai kemuliaan akhlak yang komprehensif.

Skop kerja kesukarelaan Islam


Skop kerja kesukarelaan Islam tidaklah terbatas dengan apa yang sering difahami oleh sebahagian anggota
masyarakat seperti mencuci masjid dan membantu orang miskin. Skop kesukarelaan Islam meliputi:

1. Memberi kefahaman dan kesedaran Islam kepada masyarakat melalui bimbingan, tunjuk ajar dan kecontohan
akhlak yang mulia supaya masyarakat kembali memahami dan mengamalkan ajaran Islam sebenar.

2. Memberikan sumbangan ekonomi kepada golongan yang memerlukan bantuan, terutama untuk tujuan
memenuhi keperluan asas hidup. Di samping itu mendidik golongan itu supaya mampu berdikari dan
mampu mencari nafkah hidup sendiri.

3. Menyatukan masyarakat yang dipisahkan oleh pelbagai jurang seperti jurang ekonomi, jurang ilmu dan jurang
pangkat, di atas asas iman kepada Allah Subhanahuwata‘ala, persaudaraan Islam dan tolong menolong. Firman
Allah Subhanahuwata‘ala:

ۡ‫وتعاونُواْ على ٱلۡبِ ِر وٱلتَقۡوىۡۡ ول تعاونُواْ على ٱلۡ ِإثۡ ِم وٱلۡعُدۡوۡ ِن‬

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam
berbuat dosa dan pelanggaran.
(Surah Al-Maidah : 2)

4. Memberi pendidikan kepada masyarakat supaya lahir masyarakat berilmu, terutama ilmu yang boleh
menyampaikan manusia kepada matlamat kewujudannya untuk beribadah kepada Allah Subhanahuwata‘ala dan
menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah-Nya di bumi.

5. Membantu dan membela golongan yang sering terpinggir seperti warga tua, janda miskin, orang kurang upaya,
golongan miskin dan anak yatim.

6. Memberi pembelaan dan bantuan kepada golongan yang tertindas dan terzalimi seperti mangsa peperangan dan
mangsa penjajahan.

7. Memberi pembelaan dan bantuan kepada mangsa malapetaka seperti mangsa banjir, mangsa gempa bumi dan
bangsa tsunami.

8. Menjadi tali penghubung dan pemudahcara bagi golongan yang dermawan dan para panyumbang. Dalam konteks
ini para sukarelawan mewujudkan pusat pengumpulan wang dan pelbagai barangan bantuan, kemudian
menyampaikannya kepada pihak yang memerlukan bantuan.

9. Memberi kesedaran dan pendidikan komuniti dalam pelbagai bidang, seperti pembangunan belia soleh dan
solehah, pemeliharaan alam sekitar, kesedaran pengguna, memerangi penyalahgunaan dadah, anti merokok,
kesedaran tentang kanser dan memelihara kesihatan serta kecergasan.
10. Mengadakan program-program tarbawi demi menyelamatkan pemuda-pemudi daripada berpeleseran dan
mambuang masa secara sia-sia seperti mengadakan perkhemahan, rekreasi, ekspedisi, sukan, kesenian Islam,
lawatan, pameran dan pertandingan-pertandingan.

11. Menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma, terutama kepada golongan miskin.

12. Menyediakan khidmat nasihat undang-undang percuma untuk mereka yang memerlukan.

13. Menyediakan khidmat bimbingan kaunseling percuma untuk mereka yang memerlukan.

14. Membina institusi-institusi kebajikan seperti rumah jagaan anak yatim dan miskin, dan pusat membela golongan
muallaf.

15. Membina institusi pendidikan untuk mendidik golongan miskin dan golongan yang memerlukan pembelaan.

Penutup
Para sekarelawan perlu menghayati pesanan-pesanan Rasulullah Sallallahu‘alaihuisallam:

ِ‫َخي ُْرِِالنَّاسِِِأ َ ْنفَعُ ُه ْمِِللنَّاس‬


Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.
(Riwayat Ibn Hibban)[1]
ُِ‫ِِاستطاعِمنكمِأنِِينف َعِِأخاهُِِ َف ْليَ ْنفَ ْعه‬
ْ ‫َمن‬
Barangsiapa di antara kamu yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya maka hendaklah ia bersegera
memberikan manfaat kepadanya.
(Riwayat Muslim)[2]

Rujukan:
1. Kertas kerja “Gerakan Kesukarelaan – Menjana Perubahan Bermakna”, Saifuddin Abdullah.
2. Syarah Lengkap Arba’in Tarbawiyah, Fakhruddin Nursyam, Lc.
[1] Al-Majruhin, no.hadits : 2/48
[2] Sahih Muslim, no.hadits : 2199

Ramadan, Tariq. 2001. Islam, the West and the Challenges of Modernity. United Kingdom: The
Islamic Foundation.
Shamsul Amri. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbit Universiti (UPENA),
Universiti Teknologi Mara.
Shulman, Lawrence. 2006. The Skill of Helping Individuals, Families, Groups and Communities.
United States: Thomson Brooks/Cole.
Zakaria Stapa. 1999. Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Zarina Muhammad. 1997. "Kekeluargaan dan Kemasyarakatan" Dalam Tamadun Islam.
Serdang:
Universiti Putra Malaysia
(PDF) MEMUPUK KESEDARAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL MELALUI PENGLIBATAN
DALAM AKTIVITI KEJIRANAN DARI KACA MATA ISLAM. Available from:
https://www.researchgate.net/publication/258383935_MEMUPUK_KESEDARAN_TANGGUN
GJAWAB_SOSIAL_MELALUI_PENGLIBATAN_DALAM_AKTIVITI_KEJIRANAN_DARI
_KACA_MATA_ISLAM [accessed Sep 12 2018].

Anda mungkin juga menyukai