Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1 Pengenalan
Teori Personaliti dan persekitaran Holland diasaskan oleh John Lewis Holland pada tahun
1959 dan telah dikemaskini pada tahun 1966, 1973, 1978, 1985 dan 1996. Teori ini juga
terkenal dengan beberapa nama lain. Antaranya Teori Holland iaitu sempena namanya dan
juga turut dikenali dengan nama Teori Tipologi Holland dan Teori Pemilihan Kerjaya
Holland. Teori ini merupakan hasil daripada kajian Holland terhadap personality yang
memfokuskan kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini
dibentuk berdasarkan andaian bahawa minat vokasional adalah salah satu daripada aspek
personaliti dan deskripsi mengenai minat seseorang individu tersebut juga menggambarkan
Teori ini menjelaskan bahawa individu boleh berfungsi dengan baik dan mendapat
kepuasan kerja dengan persekitaran kerja yang bersesuaian dengan personaliti mereka. Fokus
utama teori ini adalah untuk menerangkan tingkahlaku vokasional serta mencadangkan
beberapa idea praktikal untuk membantu seseorang individu memilih kerja, menukar kerja
serta memperoleh kepuasan bekerja (Holland, 1996). Pemilihan kerjaya merupakan cerminan
motivasi dan pengetahuan individu tentang pekerjaan yang dipersoalkan, wawasan dan
1
Teori Holland mempunyai enam jenis persekitaran kerja berdasarkan pengamatannya
terhadap budaya masyarakat Amerika iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial
(S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Di samping itu, Holland menerangkan lima
Teori ini telah diperkenalkan oleh John Lewis Holland. Beliau dilahirkan di Omaha,
Nebraska pada 21 Oktober 1919. Bapa Holland pada mulanya bekerja sebagai seorang buruh
dan kemudiannya telah menukar kerjayanya sebagai seorang eksekutif pengiklanan. Ibunya
pula merupakan seorang guru sekolah rendah. Holland mempunyai empat orang adik beradik
dan merupakan anak kedua. John Lewis Holland pernah menjadi Profesor Emeritus di Johns
Hopkins University. Holland dan juga pengasas kepada Holland Occupational Themes
(Holland Codes). Holland pernah mempelajari bidang psikologi, bahasa Perancis, dan
Matematik di Municipal University of Omaha yang kini lebih dikenali dengan nama
penyelidikan di universiti. Holland berjaya menghasilkan teori Holland dan antara penerbitan
utama yang memuatkan tentang teorinya seperti The Psychology of Vocational Choice
(1996), The Vocational Preference Inventory (1953), The Self Directed Search (1970,1977,
2
1985 & 1994), Making Vocational Choices: A Theory of Careers (1973, 1985 & 1997), The
Dictionary of Holland Occupational Codes (1982, 1989 & 1996, bersama Gottfredson), The
Position Classification Inventory (1991, bersama Gottfredson), The Career Attitudes and
Strategies Inventory (1994, bersama Gottfredson). Beliau juga berjaya menghasilkan alat
Administration Psychiatric Hospital pada tahun 1953 hingga tahun 1956. Pada tahun 1957
hingga 1963 beliau berkhidmat di The National Merit Scholarship Corporation dan
kemudiannya beliau berkhidmat di The American College Testing Program pada tahun 1963
hingga tahun 1969. Seterusnya, beliau berkhidmat pula di Johns Hopkins University pada
tahun 1969 hingga tahun 1980 di Jabatan Sosiologi. Beliau juga berjaya menerbitkan
beberapa kajian yang sangat penting berkaitan dengan personaliti dan pemilihan kerjaya.
Namun, setelah bersara dari Johns Hopkins University pada tahun 1980, beliau masih
meneruskan kajian berkaitan kerjaya sehinggalah beliau meninggal dunia pada 27 November
Di samping itu, beliau juga pernah menerima anugerah di atas kecemerlangan dan
(2008).
3
1.3 Teori Holland
Teori tipologi ini menerangkan bagaimana individu membuat pemilihan kerjayanya serta
menerangkan individu boleh berfungsi dengan baik dan mendapat kepuasan kerja dalam
Selain itu, Holland membentuk satu model heksagon yang berfungsi untuk
menerangkan konsep utama iaitu konsistensi, perbezaan identiti dan bersifat kongruen. Teori
ini adalah berdasarkan beberapa andaian iaitu individu akan memilih kerjaya yang
mencerminkan personaliti diri. Oleh kerana individu tertarik dengan pekerjaan tertentu, maka
Holland membahagikan jenis personaliti dan persekitaran kerja kepada enam jenis
iaitu realistik, investigatif, artistik, sosial, enterprising dan konvensional. Semakin kongruen
atau hampir padanan antara personaliti diri dengan persekitaran kerja, maka semakin tinggi
kepuasan kerja. Namun begitu, seseorang individu mungkin memiliki tiga jenis personaliti
(Holland, 1992). Teori ini mempunyai hubungan tipologi antara jenis personaliti dan
Di samping itu, teori ini juga dikategorikan sebagai teori pendekatan tret dan juga
teori perkembangan kerjaya berasaskan jenis personaliti. Menurut Brown ( 2012), teori ini
antara teori yang paling berpengaruh di antara teori perkembangan kerjaya yang ada.
4
Seterusnya, berdasarkan teori ini terdapat instrumen atau inventori yang terbentuk,
iaitu Self-Directed Search ( Holland, 1994) dan Find Your Interest (Department Of Defense
(Dod) yang digunakan oleh Jabatan Pertahanan bersama Armed Services Vacational Aptitude
Battery.
Pemilihan kerjaya yang selaras dengan personaliti akan meningkatkan tahap kepuasan
bekerja sejurus akan mengelakkan daripada berlakunya ketidakpuasan kerja dan seterusnya
akan berlaku pertukaran kerjaya. Holland juga menegaskan bahawa apabila wujud
pemadanan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran, individu dikatakan memiliki
kerjaya yang selaras atau sesuai. Keselarasan ini akan dipamerkan melalui kesungguhan dan
dijelaskan melalui interaksi personaliti- persekitaran (Holland, 1985; 1997). Tingkah laku ini
mempunyai kaitan dengan interaksi antara enam jenis personaliti (realistik, investigatif,
artistik, sosial, enterprising dan konvensional) dengan persekitaran kerja yang dikatakan
memiliki jenis yang sama. Justeru itu, seseorang individu dikatakan akan berusaha mencari
persekitaran kerja yang sesuai atau selaras dengan personalitinya kerana persekitaran tersebut
menampilkan nilai yang dipegang. Maka individu ini akan menunjukkan motivasi, kepuasan,
pencapaian, produktif dan akan kekal lama dalam perkerjaanya (Holland, 1985; 1997).
5
1.4 Andaian asas Teori Holland
Teori Pemilihan Kerjaya Holland yang dikenali sebagai Teori Tipologi Holland mengandungi
beberapa idea mudah. Terdapat empat andaian asas yang menjadi nadi dan teras kepada teori
daripada enam jenis personaliti iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E) dan Convensional (C). Menurut Holland, setiap jenis personaliti ini
terbentuk hasil daripada interaksi antara desakan pelbagai budaya dan personal termasuklah
rakan sebaya, perwarisan biologi, keluarga, kelas, sosial,budaya dan persekitaran fizikal.
Hasil daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai
aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti ini
akan kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan
tertentu. Akhirnya, minat dan kecekapan tertentu tersebut akan membentuk sesuatu sifat
Terdapat enam jenis persekitaran iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A),
Sosial (S), Enterprising (E) dan Convensional (C). Menurut Holland, setiap persekitaran ini
akan dikuasai atau didominasi oleh personaliti tertentu dan setiap persekitaran ini akan
tertentu. Misalnya, persekitaran Realistik akan didominasikan oleh individu jenis Realistik,
sebahagian besar peratusan populasi yang tinggal dalam persekitaran realistik adalah
6
menyerupai jenis realistik. Persekitaran Konvensional pula akan dikuasai oleh individu jenis
Konvensional.
akan mengambil segala permasalahan dan peranan yang dipersetujui yang wujud dalam
persekitaran tersebut. Sebagai contoh, individu Realistik akan mencari persekitaran Realistik,
individu Sosial akan mencari persekitaran Sosial begitu juga dengan personaliti lain.
Menurut Holland sekiranya kita mengetahui pola personaliti individu dan pola persekitaran
secara prinsipnya, dengan menggunakan pengetahuan tentang jenis personaliti dan model
persekitaran, kita boleh meramalkan beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil daripada
kerjaya.
4. Khayalan atau fantasi mengenai sesuatu pekerjaan adalah petanda pemilihan kerjaya.
5. Identiti kejelasan persepsi individu mengenai matlamatnya atau ciri peribadi adalah
7
Jenis/ Sifat Cara Kehidupan Persekitaran Pekerjaan
6. Individu perlu memilih pekerjaan yang kongruen dengan satu personaliti. Pekerjaan
yang kongruen adalah dimana orang lain dalam pekerjaan yang sama mempunyai ciri
3. Terdapat enam jenis model persekitaran yang persekitaran yng berkaitan dengan
personaliti.
8. Individu yang masih mencari dan memilih kerjaya akan wujud konflik nilai kendiri.
Di samping itu, menurut Holland terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang boleh
8
Realistik Mempunyai emosi yang stabil, tidak Suka bekerja sebagai buruh mahir,
berkaitan.
Investigatif Suka membaca, bersifat bebas dan Pekerjaan yang berjenis penyelidikan
pensyarah.
pemimpin. harta.
berseorangan
9
Holland 19966 menggunakan nama sifat yang sama iaitu realistik, intelektual ( Investigatif),
sosial, konvensional, daya usaha dan seni bagi menamakan persekitaran yang berbeza. Rajah
1 telah menunjukkan manusia hidup dan bekerja dalam persekitaran yang dinilai pada salah
satu persekitaran. Dengan itu, interaksi persekitaran dengan individu boleh mempengaruhi
Holland percaya keutamaan vokasional berkaitan dengan cara menangani tekanan dan
individu boleh memperoleh kepuasan kerja apabila personaliti seseorang sesuai dengan
persekitarannya. Maka pemilihan vokasional akan menjadi lebih stabil apabila pilihan
seseorang sesuai dengan peranan jantina, iaitu memilih sesuatu pekerjaan yang
kemungkinan menjauhi kerja-kerja yang dianggap tidak menarik ( Amla H.M & Puteh
Mohamed, 1992).
10
1.5 HUBUNGAN ANTARA PERSEKITARAN PEKERJAAN DENGAN JENIS
PERSONALITI
Dengan memahami personaliti, keupayaan, kemahiran yang dimiliki dan kelayakan adalah
penting dalam membuat pilihan kerjaya bagi seseorang. Justeru, perbincangan di bawah
menerangkan hubungan persekitaran dengan jenis personaliti serta kelakuan individu semasa
Realistik (R)
o Persekitaran realistik:
Tuntutan fizikal seperti persekitaran yang menggunakan perkakasan, mesin atau binatang
yang dimanipulasikan oleh inidividu. Dalam sesuatu keadaan persekitaran, perlu kecekapan
teknikal seperti memasang mesin, membaiki peralatan elektronik, memandu kereta atau trak.
Individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek,
mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam
bangunan. Mereka menghargai nilai mata wang, kuasa dan juga status, sementara meletakkan
Lebih suka menjangka cadangan dan nasihat yang spesifik untuk menyelesaikan
permasalahan kerjaya mereka; iaitu penyelesaian praktikal. Sesetengah klien mungkin enggan
meluahkan perasaan tentang pilihan kerjaya mereka dan lebih suka untuk berpindah terus
kepada jawapan untuk permasalahan dalam memilih kerjaya. Mereka sesuai untuk
11
berbincang tentang perkara yang telah mereka lakukan yang mana menunjukkan kepakaran
Investigatif (I)
o Persekitaran investigatif:
Individu yang minat menyelesaikan masalah dan cekap dalam matematikal dan saintifik.
Dalam sesetengah keadaan, mereka menggunakan pemikiran yang abstrak dan kompleks
untuk menyelesaikan permasalahan secara kreatif. Memiliki sifat ingin tahu dan pemikiran
sistematikal dan logik semasa menyelesaikan masalah. Skop kerja ini menuntut untuk
menggunakan intelek mereka dan bekerja secara bebas dalam menyelesaikan masalah
mereka.
Mereka gembira terlibat dalam persoalan atau teka- teki yang sukar dijawab dan cabaran
yang memerlukan penggunaan intelek. Individu dalam bidang ini terlibat dalam pebelajaran
dan mereka yakin dengan kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah matematikal
dan saintifik. Mereka gemar mrmbaca tentang sains dan perbincangan isu- isu saintifik.
Mereka cenderung bekerja tanpa bergantung pada orang lain dalam menyelesaikan masalah-
Cenderung untuk terlibat dalam cabaran mencari jawapan bagi soalan yang tidak dijawab.
Apabila mereka datang untuk menyelesaikan masalah kerja, mereka mungkin ingin
melalui pandangan yang emosional. Selain itu, apabila mereka menjadikan masalah itu
12
sendiri sebagai cabaran, mereka akan rasa lebih baik jika mereka melihat kaunselor sebagai
rakan penyiasat mereka berbanding seorang pakar yang bertanya kepada mereka apa yang
Artistik (A)
o Persekitaran artistik:
Jenis yang bebas dan terbuka, menggalakkan kreativiti dan pernyataan peribadi serta
menawarkan kebebasan dalam mengembangkan produk dan jawapan- jawapan. Selain itu,
persekitaran kerja ini menggalakkan pengucapan peribadi dan emosi berbanding pengucapan
yang logikal. Sekiranya peralatan digunakan, ia digunakan untuk meluahkan tentang diri
seseorang.
Meluahkan tentang diri mereka dalam keadaan bebas dan dengan cara yang tidak
bersistematik, menggubah muzik, seni atau penulisan. Individu jenis ini menggunakan
peralatan seperti bermain biola, menyumbangkan suara mereka, mengukir bahan mahupun
mesin memproses. Keaslian dan kreativiti adalah penting bagi personaliti artistik.
Klien bersifat artistik biasanya menjelaskan kepentingan sastera, muzik atau penulisan dalam
hidup mereka. Selain itu, mereka lebih suka pendekatan kaunseling yang tidak berstruktur,
bertentangan dengan sesuatu yang menggunkan lampiran kerja dan bahan- bahan bertulis.
Mereka berminat untuk berbincang tentang pernyataan dan perkembangan produk individu
artistik. Biasanya mereka berbincang tentang pemikiran mereka sendiri dan proses kreatif.
13
perbincangan isu- isu kerjaya mereka dan melihat proses memilih sebagai sesuatu yang
Sosial (S)
o Persekitaran sosial:
Persekitaran yang menggalakkan individu untuk menjadi fleksibel dan memahami antara satu
sama lain di mana manusia boleh bekerja dengan orang lain melalui sikap bantu- membantu
secara peribadi atau masalah- masalah kerjaya, memberi tunjuk ajar kepada orang lain,
mempengaruhi orang lain secara spiritual dan menjadi tanggungjawab sosial. Selain itu,
mennekankan nilai- nilai kemanusiaan seperti idealisme, kebaikan hati, persahabatan dan
Suka membantu individu lain melalui khidmat memberi tunjuk ajar, menolong secara
peribadi atau masalah vakasional, atau menyediakan khidmat peribadi. Individu golongan ini
juga bersifat sosial tertarik untuk menyelesaikan masalah melalui perbincangan dan kerja
berkumpulan berbanding melalui delegasi. Seterusnya, sifat suka berucap dan menyelesaikan
masalah kompleks yang mungkin beretika atau idealitik pada fitrahnya, mereka biasanya
memilih untuk mengelak daripada bekerja dengan peralatan jentera. Mereka mencari
persekitaran di mana mereka boleh menggunakan kemahiran sosial dan lisan seperti dalam
Semasa sesi kaunseling dijalankan, individu ini tertarik untuk menyatakan ideal mereka,
keinginan untuk menolong orang lain melalui agama, politik mahupun khidmat sosial.
14
Kebiasaannya, mereka mengutamakan kesenangan orang lain, mereka lebih memberi
perhatian dengan menyumbang kepada dunia yang lebih baru berbanding pencapaian
ekonomi mereka. Apabila berinteraksi dengan kaunselor mereka mungkin tertarik dengan
kerjaya kaunseling. Namun, kerana mungkin mereka banyak berkomunikasi dalam sesi, akan
menganggu kaunselor untuk membantu mereka dan rakan-rakan lain dalam kumpulan
kerjaya.
Enterprising (E)
o Persekitaran enterprising:
Suasana di mana seseorang yang mengurus dan memujuk orang lain bagi mencapai sesuatu
matlamat dalam sesebuah organisasi ataupun peribadi. Dalam keadaan ini, faktor kewangan
dan isu ekonomi menjadi kepentingan utama dan risiko tidak akan diambil kira bagi
mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh, individu yang sentiasa cenderung untuk
berkeyakinan diri, suka bergaul dan tegas. Ia adalah persekitaran di mana kenaikan pangkat
dan kuasa adalah penting dan pujukan serta penjualan sebagai fokus utama.
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka mempunyai minat
dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain. Mereka juga
pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai
Mereka kelihatan lebih yakin daripada apa yang mereka rasa. Sebahagian mereka mungkin
agak terbuka tentang matlamat mereka untuk mencapai kekayaan, namun sesetangah
15
daripada mereka keberatan untuk mengaku matlamat kerana mereka melihat dari segi sosial
yang tidak sesuai. Justeru itu, mereka boleh berbincang dengan kaunselor dan bersedia untuk
Konvensional
o Persekitaran konvensional:
pejabat, kerja rekod, kertas fail, bahan- bahan salinan dan menguruskan laporan. Bagi bahan
bertulis pula, seperti simpan kira dan rekod- rekod perakaunan. Pemprosesan perkataan,
mengira dan mesin- mesin salinan adalah jenis peralatan yang didapati dalam satu
Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka mempunyai kemahiran dalam
bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam mengguna nombor.
Mereka selalunya melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan dan
peraturan. Mereka juga lebih gemar dalam mengawal keadaan san bukannya mengurus
Mereka lebih suka menonjolkan diri mereka sebagai organisasi, masih bebas pada orang lain
untuk sesuatu tujuan. Mereka sukar dalam keterbukaan untuk melakukan pemeriksaan
terhadap pekerjaan baru atau cabang- cabang kerjaya dalam diri mereka sendiri.
Bagaimanapun, mereka sentiasa bangga dengan kemampuan dan keupayaan mereka dalam
16
aktiviti- aktiviti luar kurikulum dan aktiviti perniagaan di dalam sebuah organisasi sekolah
tinggi.
Keselarasan atau kongruen merupakan konsep yang menjelaskan tahap keselarasan di antara
jenis personaliti dengan jenis persekitan seseorang individu. Persamaan yang semakin hampir
di antara personaliti dengan persekitaran akan menjadikan ia lebih selaras. Misalnya, jenis
individu yang cenderung kepada bidang investigative bekerja di dalam persekitaran artistic
Terdapat satu keadaan yang selaras di antara personaliti dengan persekitaran kerjaya
seseorang individu tersebut. Semakin hampir individu itu menyerupai sesuatu jenis
personaliti, semakin besar kebarangkalian ia akan menunjukkan tingkah laku dan ciri-ciri
yang berkaitan dengan jenis tersebut. Individu yang menceburi dalam sesuatu bidang
pekerjaan mempunyai personaliti yang hampir sama atau sama dengan persekitaran pekerjaan
yang diceburinya.
Di samping itu, darjah keselarasan ini dapat meramalkan tingkah laku individu dalam
pemilihan pekerjaannya. Huruf pertama dalam kod-tiga mata Holland menjelaskan jenis
personaliti yang paling dominan serta bidang umum atau major yang sesuai dengan jenis
personaliti dengan seseorang individu tersebut. Huruf kedua dan ketiga pula akan
17
menerangkan aspek-aspek yang terlebih khusus dalam bidang umum tersebut iaitu bidang
minor. Justeru itu, pola personaliti individu yang dinyatakan dalam bentuk kod tiga mata
Ketekalan adalah merupakan konsep untuk melihat hubungan di antara dua jenis personaliti
yang bersebelahan, bersendengan dan bertentangan. Konsep ketekalan terbahagi kepada tiga
tahap iaitu paling tekal, sederhana tekal, dan tidak tekal. Hubungan di antara sesetengah
pasangan personaliti dan persekitaran adalah lebih kuat jika dibandingkan dengan pasangan
personaliti atau persekitaran yang berlainan. Hubungan di antara personaliti dan persekitaran
itu bergantung kepada jarak di antara keduanya. Sekiranya jarak antara kedua personaliti
Preference Inventory (VPI) atau Self-Directed Search (SDS) dua skor tertinggi yang terdiri
daripada dua jenis personaliti yang bersebelahan mengikut model heksagonal dikatakan lebih
konsisten. Skor tertinggi bersendengan tahap sederhana konsisten. Manakala, skor tertinggi
bertentangan adalah paling tidak konsisten. Seterusnya, menurut Holland (1973, 1985, 1996)
menjelaskan bahawa darjah ketekalan atau konsistensi boleh memberi kesan kepada kepuasan
kerja, pencapaian dan kestabilan kerja seseorang individu. Ketekalan yang tinggi dikaitkan
dengan kepuasan kerja, pencapaian dan kestabilan kerja yang tinggi sementara ketekalan
yang rendah dikaitkan dengan kepuasan kerja, pencapaian dan kestabilan kerja yang rendah.
18
TAHAP KETEKALAN DAN POLA PERSONALITI
Tinggi RI, RC, IR, IA, AI, AS, SA, SE, ES, EC, CE, & CR
Sederhana RA, RE, IS, IC, AS, SA, SE, ES, EC, CS & CI
Berdasarkan jadual di atas, misalnya, jenis social dan artistic adalah jenis personaliti
yang lebih kurang sama. Namun, social dengan realistic adalah berbeza antara keduanya,
seseorang individu social cenderung untuk membantu manusia, bekerja dalam pasukan,
selalu berinteraksi dengan manusia; manakala jenis realistic lebih cenderung untuk tidak
bekerja dengan manusia, tetapi lebih cenderung bekerja dengan mesin dan kerja yang
Perbezaan merupakan konsep yang digunakan untuk menentukan tahap ketulinan personaliti
individu. Minat kerjaya yang jelas boleh dikenalpasti dengan pengiraan indeks pembezaan
samada tinggi atau rendah. Indeks perbezaan akan diperoleh dengan menolak skor tertinggi
dengan skor terendah yang diperoleh dari ujian SDS atau VPI.
Menurut Holland (1973, 1985, 1996) keserupaan yang tinggi kepada satu jenis
personaliti dan kurang kepada jenis personaliti yang lain. Individu yang mempunyai
personaliti sebenar akan menunjukkan persamaan dengan jenis pesonaliti yang lain.
Manakala individu yang mempunyai pelbagai jenis personaliti, personaliti mereka sukar
untuk dibezakan.
19
Dengan penggunaan alat ukur VPI, skor maksimum adalah 14. Pembezaan adalah
tinggi sekiranya indeks yang diperolehi melebihi skor min 7. Sementara dengan
menggunakan alat ukur SDS, skor maksimum adalah 32. Pembezaan adalah tinggi sekiranya
indeks yang diperolehi melebihi skor min 16. Sekiranya indeks yang diperoleh kurang dari
yang dominan untuk dua atau tiga jenis personaliti yang selalunya digunakan untuk
pembezaan rendah pula tidak mempunyai personaliti yang dominan tetapi semuanya
dianggap mempunyai kepentingan yang hampir sama. Keadaan ini amat menyukarkan
malahan tidak memungkinkan untuk mendapatkan kod tiga-mata Holland. Individu atau
persekitaran yang menunjukkan keserupaan yang sama bagi keenam-enam jenis personaliti
Kebanyakan individu cenderung mempunyai satu, dua, atau tiga jenis personaliti yang
dominan. Misalnya, sebahagian individu yang suka melukis, menulis, membantu orang lain,
mengetuai sesebuah kumpulan, dan melakukan kerja amal di hospital. Golongan ini tidak
menyukai bekerja dengan mesin, di pejabat, bidang sains, dan perniagaan. Oleh itu, dikenal
pasti bahawa identiti mereka mempunyai pembezaan, kerana minat mereka adalah cenderung
kepada social dan artistic; secara jelasnya mempunyai pembezaan dengan identiti yang
20
1.6.4 Kalkulus (Calculus)
Kalkulus merupakan konsep untuk melihat hubungan antara dua jenis personaliti yang
jaraknya dekat, sederhana atau jauh. Konsep utamanya ialah untuk melihat jarak berkadar
Holland (1973, 1978, 1985, 1996) berpendapat bahawa hubungan di antara personaliti
dan persekitaran seseorang individu itu bergantung kepada jarak di antara keduanya jika jarak
antara kedua personaliti semakin rapat, ia menunjukkan hubungan kesamaan yang lebih.
Pertalian di antara jenis personaliti atau persekitaran boleh dikenal pasti melalui model
heksagonal dengan jarak antara jenis personaliti dan persekitaran adalah berkadar songsang
dengan perhubungan teoritikal antara mereka. Sehubungan dengan itu, dapatlah dirumuskan
bahawa semakin jauh jarak antara dua jenis personaliti, maka semakin berbeza ciri-ciri
PERSONALITI
RUMUSAN Menyerupai satu sama lain Persamaan sederhana Berbeza satu sama lain
21
1.6.5 Identiti (Identity)
Konsep terakhir yang diperkenalkan oleh Holland iaitu konsep identiti yang merupakan
konsep yang cuba menjelaskan identiti seseorang individu atau sesuatu persekitaran. Konsep
identiti ini terbahagi kepada dua iaitu identiti personal dan identiti persekitaran. Identiti
matlamat, tugas, ganjaran yang jelas dan bersepadu yang stabil dalam jangka masa yang
panjang. Hal ini kerana, dalam sesebuah persekitaran itu, kita sudah sedia maklum mengenai
ciri-ciri persekitaran tersebut dan mengetahui peranan dan tugas yang sepatutnya seseorang
matlamat, tugas, dan ganjaran yang berbza-beza untuk setiap jenis persekitaran. Oleh itu,
seseorang individu itu perlu mengetahui persekitarannya (Sidek Mohd Noah, 2002).
1.7 Kesimpulan
Teori Holland yang berada dibawah pendekatan tret dan faktor ini antara teori yang paling
berpengaruh. Teori tipologi melihat pemikiran kerjaya mestilah selaras dengan peribadi
individu. Terdapat enam jenis persekitaran dan personaliti dalam teori ini iaitu realistik,
investigatif, artistik, sosial, enterprising dan konvensional. Teori ini juga boleh diaplikasikan
dalam sesi kaunseling dengan membantu klien mengenalpasti pekerjaan yang kongruen
22
RUJUKAN
Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya : Teori & Praktis. Serdang. Universiti
Putra Malaysia.
23