Anda di halaman 1dari 2

Bilik darjah merupakan kawasan atau tempat yang digunakan untuk melaksanakan Pengajaran

dan Pembelajaran.
Mengapa pentingnya pengurusan bilik darjah dalam memastikan PdPc berjalan lancar dan
menjamin matlamat dan objektif pengajaran berjaya dicapai ialah jika adanya pengurusan bilik
darjah yang baik, ini dapat membantu menggalakkan atau menjadikan tingkah laku murid yang
sesuai di dalam bilik darjah. Dengan tingkah laku murid yang sesuai di dalam bilik darjah seperti
patuh dengan arahan guru, memberi perhatian sepenuhnya semasa Pdp, tidak membuat bising
dan sebagainya, ini akan dapat membantu guru dalam menjalankan pdp dengan lancar dan
matlamat pengajaran juga terjamin.
Selain itu, pentingnya pengurusan yang baik dalam bilik darjah kerana akan dapat membentuk
suasana pembelajaran yang positif iaitu pelajar dapat memberi perhatian sepenuhnya dalam
Pdpc, dapat menerima atau memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pdp, dan
pelajar juga tidak merasa bosan atau mengantuk ketika guru mengajar. Dengan ini, objektif
setiap pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru sudah pastinya mampu dicapai.
Seterusnya, menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid serta murid dengan
murid. Jika pengurusan dalam bilik darjah adalah yang terbaik, ia mampu mewujudkan
hubangan baik antara guru dengan murid-murid. Dengan ini, guru dapat mengenalpasti
kelemahan dan kelebihan setiap murid. Guru dan murid juga dapat berinteraksi dengan baik
sama ada dalam atau luar bilik darjah. Ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Justeru itu, matlamat pembelajaran akan mampu tercapai.
Pentingnya pengurusan bilik darjah juga kerana jika adanya pengurusan yang baik dan
terancang, guru mendapat faedahnya iaitu dapat menggunakan masa yang diperuntukkan
untuk pembelajaran dengan optimum. Guru yang mempunyai sistem pengurusan yang baik
mampu memberi pengajaran yang terbaik semasa dalam kelas. Contohnya, jika guru mengurus
pengajarannya dengan menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), sudah pasti masa
yang diperuntukan untuk mengajar dapat digunakan sebaik-baiknya di dalam kelas. Secara
langsung, guru dapat mengajar dengan objektif yang tercapai.
Selain itu juga, penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Dengan adanya pengurusan bilik darjah yang baik, ia dapat meningkatkan penglibatan murid
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Buktinya, jika seorang guru itu mengurus dan
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan merancang aktiviti yang melibatkan
murid dalam pembelajaran, contohnya, murid diminta untuk mencari isi penting dalam topik
pembelajaran dan kemudian memberi tahu kepada rakan murid yang lain seterusnya guru
membuat ulasan dan penambahbaikan tentang apa yang murid pelajari. Ini secara langsung
memberi impak yang positif kepada pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid
akan lebih faham tentang apa yang telah dipelajari jika mereka dilibatkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, matlamat dan objektif PDP akan tercapai jika
pengurusan dalam bilik darjah yang dapat meningkatkan penglibatan murid dan aktiviti Pdp.
Oleh itu, pengurusan bilik darjah penting dalam memastikan proses Pdpc berjalan lancar dan
matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai bukan sahaja untuk menjadikan
murid itu dapat mempelajari dan memahami apa yang diajar tapi untuk keselesaan dan
keseronokan dalam bilik darjah.