Anda di halaman 1dari 3

___________________________________________________________________________

KOD KURSUS : MPU3223_V2

TAJUK KURSUS : KEUSAHAWANAN 2

SEMESTER : MEI 2019

__________________________________________________________________________

NAMA :

KAD PENGENALAN :

NO. MATRIK :

NO. TELEFON :

EMEL :

TUTOR :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN LAHAD DATU


MPU3223_V2 KEUSAHAWANAN 2

1. Apakah yang saya pelajari dari kursus ini?


Melalui kelas asas pembudayaan keusahawanan saya banyak mendapat pendedahan
tentang bagaimana caranya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Saya juga telah
mempelajari beberapa ciri yang perlu ada pada seorang usahawan yang berjaya. Ciri-ciri yang
perlu ada pada seorang usahawan yang berjaya ialah ‘interpreneur skill’, pembelajaran
sepanjang hayat, etika dan professional, ‘leadership’, kerja secara berkumpulan, pengurusan
diri , pengurusan masa, pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah.

2. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?


Saya merasa teruja kerana dapat bertemu orang yang pakar dalam bidang ini kerana
pengalaman dan ilmu yang mereka berikan membuatkan saya mula minat untuk ceburi
bidang ini. Hal ini kerana pada mulanya saya memang tidak mengetahui langsung
mengenainya dan tidak berminat untuk mengambil tahu tentangnya namun saya sedar bidang
usahawan ini mampu memberi peluang dan masa depan yang baik kepada saya untuk
membantu mengukuhkan kewangan pada masa hadapan.
Di samping itu, seorang usahawan yang ingin berjaya seharusnya tidak boleh berhenti
untuk memperbaiki diri terutama mencari atau memperbaharui ilmu-ilmu keusahawanan
yang boleh menjadikan diri seorang usahawan lebih berjaya di masa akan datang.

3. Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?
Saya mencadangkan agar pihak Universiti berkerjasama dengan Agensi-agensi
Kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang aktif melatih para Usahawan Muda samada
Usahawan Online atau Usahawan Offline untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-
pelajar berkaitan keusahawanan melalui gerai pameran dan taklimat perkhidmatan yang
ditawarkan khas kepada usahawan serta peluang-peluang yang ada untuk diceburi terutama
bidang-bidang yang masih ramai usahawan takut untuk menceburkan diri seperti
Keusahawanan Makanan Halal Secara ‘Big Scale’.
Saya juga mencadangkan agar diwujudkan satu kerja kursus untuk pelajar-pelajar
membuat perancangan perniagaan dan tugasan mendaftar perniagaan sendiri dengan SSM
sebagai salah satu cara penilaian kursus ini agar pelajar-pelajar merasai pengalaman sebenar
sebagai peniaga seterusnya usahawan pada peringkat awal lagi.
Patah Perkataan: 298

2
MPU3223_V2 KEUSAHAWANAN 2