Anda di halaman 1dari 4

HARI ORIENTASI TAHUN 1

ATURCARA SKRIP CATATAN

PERMULAAN Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan


Salam Sehati Sejiwa

Selamat Datang saya ucapakan kepada semua ibu bapa


ke Hari Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1 Sekolah
Kebangsaan Kampung Jawa.

BACAAN DOA Orang Jawa berdagang ke kota,


(UST. MOHD AZIZUL BIN
ABRAUR) Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Azizul
B. Abraur . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Ustaz Mohd Azizul atas bacaan doa
itu tadi.

Dari Johor hendak ke Pekan,


UCAPAN ALU-ALUAN Singah di Lipis membeli haruan,
PENGERUSI MAJLIS
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.
1. Yang Berbahagia, Tuan IR Suharto B. Mat Nasir,
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Kampung Jawa
2. Yang Berusaha Puan Noraini Bt Sahari, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa
3. Yang Dihormati Puan Shaheeza Azwa Bt Abdul
Razak, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
4. Pn. Noor Suzaina Bt Ismail, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
5. En.Ameer Hamzah B. Ibramsah ,Guru Penolong
Kanan Kokurikulum,
6. Pn. Zulaiha Bt Dakun, Guru Penolong Kanan
Petang
barisan para guru, pembantu murid dan ibu bapa
sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kersyukuran dipanjatkan


ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya,
kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Hari
Orientasi Tahun 1, Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa
.
Hadirin yang dihormati,

Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin


mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas
kepada murid-murid baru tahun 1 seramai 115 orang
yang telah diterima masuk ke SK Kampung Jawa. Selamat
datang ke SK Kampung Jawa dan sekali gus menjadi
warga sekolah ini. Diharapkan anak-anak murid yang
diterima dapat belajar membina kecemerlangan mereka
di peringkat rendah.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu


bapa yang dapat hadir pada hari orientasi anak
tuan/puan pada hari ini. Untuk makluman hadirin,
objektif hari orientasi ini untuk mendedahkan murid-
murid kepada suasana persekolahan sebenar serta
memberikan penerangan kepada ibu bapa mengenai hal
ehwal sekolah yang perlu mereka ketahui.
UCAPAN GURU BESAR Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan
(PUAN NORAINI BT Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa. Untuk
SAHARI)
itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Pn Noraini Bt Sahari untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

************(Ucapan GB.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berusaha Puan Noraini Bt Sahari atas ucapan sebentar
tadi.

UCAPAN YDP Seterusnya majlis menjemput Yang berbahagia Tuan Ir


(IR SUHARTO B. MAT Suharto B.Mat Nasir, YDP Sek Keb Kampung Jawa
NASIR)
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh
takzim mempersilakan.
************(Ucapan YDP)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang


berbahagia tuan di atas ucapan sebentar tadi

TAKLIMAT LINUS Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha Puan


(PN.ZULAIHA BT Zulaiha Bt Dakun, Guru Penolong Kanan Petang bagi
DAKUN)
menyampaikan taklimat berkaitan Program Saringan
Literasi dan Numerasi (LINUS). Dengan ini, majlis
mempersilakan.

**********(taklimat)
Terima kasih diucapkan kepada Puan Zulaiha Bt Dakun,
di atas penerangan sebentar tadi.

PENUTUP Di sini ada sedikit penguman, tuan/puan boleh


membayar yuran di kelas 1 Dedikasi.

Tuan/puan dikehendaki menunggu anak masing-masing


di kantin sekolah.
Dengan berakhirnya Pengumuman itu tadi, maka tibalah
masanya untuk saya selaku pengendali majlis untuk
mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh
jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur
kata, terlampau cara sepanjang sayai mengendalikan
majlis ini. Bagi pihak jawatankuasa mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Ir Suhato
kerana sudi hadir memeriahkan majlis kita pada pagi ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T


dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami
sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian,wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum
wbt.....

Anda mungkin juga menyukai