Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

NAMA :

NOMBOR MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

September 2019

1
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN 3
2.0 SUMBANGAN GAMBAR KEPADA 4
KEMAJUAN BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
3.0 KESAN KEPADA PEMIKIRAN INOVATIF 6
4.0 CADANGAN CIPTAAN BARU 7
5.0 KESIMPULAN 9

TUGASAN 2

1.0 JURNAL REFLEKTIF 10

RUJUKAN 11

2
1.0 PENGENALAN

Tamadun Cina dipercayai telah wujud sejak milenium(jangka masa selama seribu tahun) ke enam
sebelum masihi dan dipercayai lahir di Lembah Hwang Ho berdekatan dengan sungai Hwang Ho.
Walaupun kewujudan dinasti pertama masih belum dapat dipastikan lagi tarikhnya namun,
sebelum terbentuknya pemerintahan mengikut dinasti, para pengkaji sejarah dan ahli arkeologi
telah bersetuju bahawa wujudnya kebudayaan kecil di Yangshao dan Longshan. Mengikut urutan
pemerintahan secara dinasti, menurut Hoe(1998), Dinasti pertama yang wujud ialah Dinasti Xia,
diikuti oleh Dinasti Shang atau juga dikenali sebagai Dinasti Yin, kemudian Dinasti Zhou(chou),
Dinasti Qin, Dinasti Han, Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Yuan(mongol) dan Dinasti
Ching(manchu). Perluasan Tamadun China bermula apabila munculnya Dinasti Qin pada 221
Sebelum Masihi hingga 206 Sebelum Masihi yang diasaskan oleh Maharaja Qin Shi Huang.
Perluasan kuasa ini berlaku sehingga ke selatan China. Pemerintahan berbentuk sistem feudal
telah diganti dengan pemerintahan yang melahirkan empayar pada zaman Dinasti Qin. Maharaja
Qin Shi Huang pada zaman itu telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China begi
melahirkan sebuah empayar.

Kelahiran kebanyakan tamadun selalunya dikaitkan dengan keperluan asas seperti sungai atau
tempat yang strategik untuk mendapatkan keperluan tersebut. Melalui kelahiran Tamadun Cina
yang telah melalui beberapa peringkat sepertimana tamadun-tamadun awal yang lain sehingga
terbentuknya tamadun tersebut, dapat kita lihat sungai Hwang Ho yang menjadi sumber penting
bagi tamadun ini. kawasan ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk dijadikan
sebagai kawasan pertanian. Sungai Hwang Ho, juga dikenali sebagai Sungai Kuning, mengikut
para penyelidik, adalah sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan terletak di bahagian
utara negara China (Wayment, 2012). Sungai ini telah membekalkan tamadun cina dengan
keperluan asas yang amat berharga sehingga meraka dapat membina sebuah penempatan yang
diduduki oleh sejumlah besar manusia.

Kelahiran kebanyakan tamadun selalunya dikaitkan dengan keperluan asas seperti sungai atau
tempat yang strategik untuk mendapatkan keperluan tersebut. Melalui kelahiran Tamadun Cina
yang telah melalui beberapa peringkat sepertimana tamadun-tamadun awal yang lain sehingga
terbentuknya tamadun tersebut, dapat kita lihat sungai Hwang Ho yang menjadi sumber penting
bagi tamadun ini. kawasan ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk dijadikan

3
sebagai kawasan pertanian. Sungai Hwang Ho, juga dikenali sebagai Sungai Kuning, mengikut
para penyelidik, adalah sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan terletak di bahagian
utara negara China (Wayment, 2012). Sungai ini telah membekalkan tamadun cina dengan
keperluan asas yang amat berharga sehingga meraka dapat membina sebuah penempatan yang
diduduki oleh sejumlah besar manusia.

2.0 SUMBANGAN GAMBAR KEPADA KEMAJUAN BIDANG SAINS DAN


TEKNOLOGI

Sepanjang zaman pembinaan dalam tamadun China, setiap dinasti bertapak, berkembang dan
hancur yang kemudiannya digantikan oleh suatu dinasti yang lain. Pelbagai dinasti telah muncul
seperti Dinasti Shang, Dinasti Chou, Dinasti Sui dan Dinasti Han. Dinasti Shang merupakan
dinasti yang terawal di negara China dan berpusat di Anyang. Menurut Ahmad Zaki et al. (2012),
kewujudan dinasti ini jelas dibuktikan degan penemuan alat-alat dan tulang manusia yang banyak
di kawasan utara Sungai Kuning di China . Semasa zaman Dinasti Chou, peperangan telah berlaku
dan mengakibatkan kelonggaran sistem pemerintahan yang memberi kuasa kepada tuan-tuan tanah
di wilayah masing-masing. Hasilnya muncul pelbagai aliran seperti Konfusius, Taoisme dan
Legalisme .Dalam pada itu juga, kehadiran pengaruh Islam didapati berlaku semasa tamadun
China sebagaimanana ysng direkodkan dalam “Chinese Annals” . Rekod itu mengisahkan
kehidupan orang Arab dalam Dinasti Tang sekitar (618-907M.). Terdapat pelbagai bangsa yang
beragama Islam mendiami negara China seperti bangsa Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis,
Salar, Tadjik, Uzbek, Tartar, dan Baoan. Hal ini menyebabkan munculnya masyarakat China Islam
dalam tamadun China ini.

Salah satu mercu tanda dan sumbangan Tamadun China pada dunia hari ini ialah Tembok Besar
Cina. Tembok besar Cina yang menjadi simbol keteguhan tamadun Cina telah dibina pada zaman
Dinasti Qin dan masih teguh hingga sekarang. Pembinaan Tembok Besar China merupakan sebuah
simbol kerjasama dan taat setia rakyat China terhadap pemerintah mereka. Peristiwa pembinaan
tembok ini diceritakan bahawa ramai rakyat yang terkorban untuk membina tembok ini, namun
begitu, mayat-mayat mereka ditanam bersama didalam tembok tersebut bagi mengingati jasa
mereka (Takusahrisau, 2012). Ahli kaji sejarah amat berminat untuk mengkaji peristiwa yang
bermakna ini untuk dijadikan tauladan bagi kita, generasi seterusnya. Pemerintah yang adil dan

4
bijaksana adalah unsur yang amat penting dalam menjanjikan keteguhan, kemajuan dan keamanan
sesebuah tamadun.

Penemuan tulang orakel oleh ahli arkeologi pula telah membuktikan wujudnya ketamadunan di
Cina dan dianggarkan tercipta pada zaman dinasti Shang (Keightley,1978). Tulang belakang bagi
kejayaan, perkembangan dan kemajuan tamadun ialah penerokaan dalam ilmu pengetahuan.
Penemuan Tulang Orakel menunjukan bahawa masyarakat pada zaman tersebut amat
mementingkan ilmu dan telah mencipta sistem penulisan yang menggunakan simbol pada zaman
Dinasti Shang.

Antara rekod terawal yang bercerita mengenai tembok besar ini adalah seawal abad ketujuh
Masihi, ketika zaman Dinasti Zhou Barat (1046 – 771 Masihi) di mana rajanya iaitu Raja Zuan
telah mengarahkan pembinaan sebuah tembok di utara empayarnya melawan serangan Xianyun
yang merupakan sebahagian daripada puak gasar yang selalu menyerang China dari Utara yang
dipanggil puak Rong.

Diceritakan bahawa orang Xianyung daripada puak Rong ini seringkali menyerang pusat
pemerintahan Dinasti Zhoue Barat, Haojing. Dicatatkan juga terdapat kempen untuk
menundukkan orang Xianyung dan kempen itu berjaya. Namun, beberapa tahun kemudian,
terdapat puak lain yang menyerang yang juga sebahagian daripada puak Rong, iaitu puak
Quanrong yang menyebabkan raja mereka mati. Ini membuatkan Dinasti Zhou Barat jatuh dan
Dinasti Zhou Timur mula berdiri (770 Masihi – 265 Masihi).

Apa yang kita boleh belajar daripada sejarah pembinaan Tembok Besar China ini sebagai
sumbangannya terutama dalam bidang Sains dan Teknologi ialah bagaimana pada zaman tiada
teknologi canggih dapat mewujudkan satu bangunan gergasi yang bertahan sampai hari ini. Di
khabarkan pada ketika itu, pembinaannya menggunakan beras pulut dan kapur bagi memastikan
blok kayu melekat sesame sendiri dan ianya benar-benar kukuh daripada bencana alam seperti
gemba bumi kerana berjaya bertahan sehingga ke hari ini.

Manakala sumbangan Tamadun China dalam bidang Sains dan Teknologi pula sangat banyak dan
mengagumkan. Tamdun Cina sangat mementingkan kemahiran dalam teknologi untuk
menggalakkan kemakmuran tamadun dengan mengawal banjir Sungai Kuning dan teknologi
melebur dan menuang besi ke dalam acuan, pengeluran porselin, pembutan kertas dan loyang.

5
Sumbangan terhadap perkembangan Ilmu Sains yang termasuk dalam bidang Astronomi, Fizik,
Kimia, Biologi, Perubatan, Matematik dan penciptaan teknologi.

Tamadun Cina juga sangat mementingkan dalam bidang penciptaan seperti penghasilan teknologi
untul mencipta kertas. Semasa dinasti Han, Cai Lun mencipta kertas yang diperbuat daripada
sutera, kemudian dibuar darpada buluh, kulit pokok dan gentian pokok dan seterusnya disebar luas
ke negara-negara Islam seperti Damascus, Mesir, Afrika Utara, Sepanyol dan seterusnya ke
negara-negara barat. Pada abad ke-7, teknologi pencetakan juga ditemui, tidak lama lagi serbuk
peletup juga diciptakan sebagai bahan bunga api tetapi kemudiannya digunakan sebagai bahan
pembuatan senjata. Benang sutera diciptakan oleh Maharani Lei Tze pada 2700 SM dengan
mengekstrk filamen dalam ‘cocoon’ lalu mengubahnya dalam bentuk benang. Tamadun Cina juga
merupakan tamadun yang pertama memperkenalkan wang kertas dengan mencetak slip-slip kertas
yang bersama dengan nilai wang yang tertentu. Kompas sebagai bantuan dalam bidang pelayaran
dan kincir air sebagai bantuan dalam bidang pertanian. Kerja-kerja pengisaran bijiran dan
kerjakerja membersihkan bijih muncul pada abad ke -30M. Selain itu Seimoskop isitu alat
pengukur gempa bumi juga dicipta oleh Zhang Heng pada 132 M. Pada 3500 SM, roda yang
digunalan sebagai alat pengangkutan yang diperbuat daripada tiga kepingan kayu dengan
penyokong- penyokong di antaranya dan kemudiannya kayu ditambah di tepinya sebagai rim
supaya roda berjalan dengan licin.

Melihat kepada sumbangan tamadun ini dalam bidang sains dan teknologi, tidak hairanlah Tembok
Besar China masih boleh bertahan sehingga ribuan tahun. Walaupun pada ketika itu tidak wujud
lagi komputer, lori dan sebagainya, tetapi manusia mampu membina bangunan gergasi yang sangat
mengagumkan.

3.0 KESAN KEPADA PEMIKIRAN INOVATIF

Wawasan 2020 meletakan hala tuju negara Malaysia pada landasan yang tepat hasil pemikiran
peminpin negara yang memandang ke hadapan yang gemilang. Selain itu, rakyat Malaysia perlu
menjadikan inovasi sebagai budaya untuk memenuhi cabaran globalisasi. Seterusnya, inovasi
bermakna menjimatkan kos dan mengoptimun pengeluaran atau hasil kerana inovasi menjadi suatu
kuasa yang mampu mengubah cara kerja rakyat Malaysia.

6
Inovasi membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa dengan
penggunaan alat seperti komputer untuk memantau dan mengawal mesin, jentera, bahkan beban
kerja sumber manusia dapat dikurangkan. Selain itu, inovasi perisian ( hardware dan software )
mencepatkan penyebaran ilmu, maklumat dalam talian seperti e-zakat dan e-hasil. Di samping itu,
boleh melakukan kerja di mana-mana dan pada bila-bila masa atau di luar waktu kerja.

Selain itu, inovasi dapat menjamin kualiti kerja yang lebih baik dalam sesebuah organisasi dengan
mencipta dan mengekalkan kelebihan dalam persaingan kerana inovasi bersifat mendahului,
contoh pasaran untuk ” kek lapis ” boleh merentasi sempadan geografi dibuat di Malaysia tetapi
dijual ke seluruh dunia. Malahan pula, mewujudkan persekitaran kerja yang berdaya maju kerana
pengusaha atau kerajaan sentiasa membuat yang terbaik untuk terus kekal relevan sepanjang masa
contoh inovasi dalam pembungkusan prdoduk keluaran Malaysia ( SM, IMP, FDA ), SIRIM.
Seterusnya, meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat; klinik bergerak
dan klinik 1 Malaysia.

Tembok Besar China merupakan satu inovasi pada ribuan tahun dahulu yang memberi impak
positif pada masyarakat hari ini. Hasil inovasi tanpa teknologi canggih itu berjaya kekal bertahan
sehingga ribuan tahun amat mengujakan dan sememangnya layak untuk di panggil sebagai salah
satu keajaiban dunia. Jika kita ingin mempelajari sesuatu disebalik gahnya tembok ini, daya
pemikiran inovatif para penciptanya yang perlu kita contohi. Sebagai contoh, penggunaan beras
pulut dan kapur sebagai bahan pelekat antara satu blok kayu dengan blok yang lain telah
diinovasikan pada hari ini kepada simen. Manakala penggunaan blok kayu pula digantikan dengan
penggunaan bata. Banyak lagi yang inovasi yang boleh kita pelajari sebalik sebua Tembok Besar
China.

4.0 CADANGAN CIPTAAN BARU

Ciptaan baru adalah satu yang boleh membantu masyarakt lain untuk memperbaiki keadaan
semasa. Sebagai contoh, ciptaan baru daripada pelajar sekolah menengah iaitu Car Infrared
Camera. Berikut merupakan antara ciptaan baru yang di cadangkan oleh beberapa individu
berfikiran inovatif. Antaranya ialah

i. Car Infrared Camera: Ciptaan ini dihasilkan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah. Alat
ini diilhamkan melalui pemerhatian dan keperihatinan terhadap kes kemalangan yang

7
berlaku akibat pemandu yang kurang cekap semasa pemanduan dalam keadaan kabus,
hujan atau di waktu malam. Oleh itu, dengan memasang kamera infrared pada kenderaan,
keselesaan pemandu di waktu malam atau kabus tebal dapat diatasi. Dengan alat ini,
kecekapan memandu dalam keadaan berkabus dan hujan di waktu malam dipertingkatkan.
Dengan ini, risiko kemalangan dapat dikurangkan kerana tahap penglihatan pemandu
menjadi lebih jelas berbanding penggunaan sport light dan mengurangkan gangguan dan
menjadikan pemanduan lebih selamat.
ii. Bio Smock Filter: Bio Smock Filter adalah alat yang digunakan untuk menapis asap yang
dikeluarkan oleh kilang-kilang industri atau aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan asap.
Sistem penapisan alat ini adalah menggunakan prinsip tindak balas kimia di antara wap
asap dan wap air. Wap asap yang dilepaskan akan diperangkap oleh kabus air dan dibantu
oleh beberapa sistem tapisan lain seperti penapis karbon atau arang bagi menghilangkan
bau asap. Alat ini yang dihasilkan juga oleh kumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah
mampu mengatasi masalah pencemaran asap hasil yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti
perindustrian serta pusat pelupusan sampah yang mengamalkan pembakaran terbuka.
Penapisan ini bukan sahaja dapat menapis gas-gas merbahaya malah ia dapat menapis
partikel-partikel halus yang terdiri daripada habuk-habuk yang mengotorkan persekitaran.
Oleh itu, produk ini berpotensi untuk dipasarkan ke sektor perindustrian, agensi pelupusan
sampah atau mana-mana tempat yang mengeluarkan asap yang banyak.
iii. Biological Mosquito Control (BiMoC): Biological Mosquito Control (BiMoC) di hasilkan
oleh kumpulan pelajar SK Putrajaya Presint II (I), Melaka ini berfungsi untuk mengawal
dan menghapuskan pembiakan nyamuk dari peringkat telur dan jentik-jentik terutamanya
nyamuk aedes di dalam rumah dan persekitaran komuniti dan agensi-agensi kerajaan atau
swasta.
iv. Bi-ethanol Feul from ubikayu (Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu): Dihasilkan oleh
pereka muda Ku Syahidah Ku Ismail. Kanji yang diekstrak daripada ubi kayu dihidrolisis
dengan enzim untuk ditukarkan menjadi glukosa. Glukosa tersebut ditukar menjadi etanol
melalui proses penapaian menggunakan yis Sacharomyces cerevisiae. Bioetanol yang
terhasil daripada proses ini akan melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol
yang tulen. Bioethanol yang dihasilkan akan diubah komposisinya untuk menjadikan ia
sesuai. ebagai kegunaan minyak kereta. Bioetanol adalah salah satu bahan bakar biologi

8
yang boleh diperbaharui dan mempunyai kehendak yang tinggi terutamanya di Negara
Asia. Bioetanol boleh digunakan sebagai gantian ataupun penambahan kepada, bahan
bakar gasoline and diesel dalam aplikasi pengangkutan dan bukan pengangkutan
disebabkan pengurangan penyimpanan petroleum. Walaupun Malaysia belum didedahkan
dengan penggunaan bioetanol sebagai bahan bakar alternatif, namum produk ini
digambarkan dapat menjadi satu produk yang dikehendaki pada masa akan datang
memandangkan peningkatan harga petroleum dunia. Kebanyakan negara maju seperti
Brazil, China, Canada dan sebagainya telah mengaplikasikan bahan bakar alternatif dalam
penggunaan enjin kereta mereka.

Idea-idea anak-anak muda ini sangat berharga dan unik. Idea yang berinovatif seperti ini yang kita
perlukan dalam memastikan negara sentiasa melangkah ke hadapan Bersama negara-negara lain.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulan, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam
memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah
tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh
tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada
peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah.

Perkara yang paling penting sekali ialah setiap tamadun memainkan peranan penting dalam
memberi sumbangan kepada dunia serta membawa dunia ke taraf yang lebih tinggi lagi. Setiap
tamadun mempunyai ciri-ciri dan sejarah yang tersendiri yang perlu kita semua tahui. Ini akan
memberi kefahaman yang mendalam tentang ketamadunan. Akhir sekali, kemunculan dan
kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai
generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga
ketamadunan nagara dan agama kita.

9
TUGASAN 2

1.0 JURNAL REFLEKTIF

MPU3323 Kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) 1 adalah kursus yang saya ambil
semester ini juga merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar program
pengajian peringkat Ijazah di Open University Malaysia (OUM).

Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran TITAS ini terhadap diri saya kerana saya dapat
belajar asal usul serta perkembangan tamadun Cina. Contohnya melalui pencarian maklumat
berkaitan dengan TITAS dalam sub tajuk sumbangan tamadun, saya begitu teruja dalam meneliti
dan membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini. Melalui segala pengalaman dan ilmu-
ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin
dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian
maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.

Saya juga telah mempelajari mengenai keunggulan tamadun-tamadun besar dunia, kelebihan dan
kelemahan mereka. Pengajian ini membuatkan saya lebih memahami perbezaan agama,
kebudayaan dan bangsa antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India serta tamadun
saya sendiri iaitu tamadun Melayu. Kini saya sedar dengan memahami tentang latar belakang
masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada tamadun silam
menyedarkan saya untuk menyumbang ke arah kebaikan untuk semua tanpa mengira agama
ataupun bangsa.

Saya mendapati tamadun-tamadun ini telah memberi sumbangan besar di dalam bidang sosial,
ekonomi, perubatan, metematik, astronomi, seni muzik, politik dan pelbagai lagi bidang.
Sumbangan ini telah memperlihatkan kehebatan hasil ciptaan manusia dalam pelbagai aspek
kebendaan di samping pengamalan kerohanian untuk membina dunia moden yang dinikmati
sejagat pada hari ini.

Sejarah atau ketamadun merupakan minat saya sejak dari dulu lagi kerana dari catatan sejarah, kita
akan belajar banyak perkara yang tidak mengetahuinya sebelum ini. Selain daripada pembelajaran
melalui kelas, saya berharap pengajian ini juga dilakukan di luar kelas dengan melawati tempat-
tempat yang mempunyai nilai sejarah bagi mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan

10
mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu
dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan.

(2529 patah perkataan)

RUJUKAN

Aminuddin dan rakan-rakan. 1998. Tamadun Islam dan Melayu. Skudai: UTM.

Azhar Hj Mad Aros dan rakan-rakan. 2000. Titas Kertas 2. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Chen, K. K. dan A. S. H. Lins. 1926. Fragments of Chinese Medical History. China:


Ann.Med.Hist., vol. Viii.

Derry T. K dan T. I. Williams. 1960. A History of Technologi From The Earliest Times to
A.D.1900. Oxford: Clarendon Press.

Donald Clarke. 1977. The Encyclopedia of Inventions. London: Mashall Cavendish Books
Limited.
Joseph Needham. 1990. Science and China’s Influence On The World. Boston, Cheng & Tsui
Company.

Mounir Farah dan Andrea Barens Karls. 1994. World History The Human Experience. New York:
Macmillan.

11