Anda di halaman 1dari 28

1.

0 Pengenalan

Menurut Kornspan (2015), psikologi sukan merupakan satu bidang yang mengkaji minda
dan tingkah laku manusia yang terlibat dalam sukan. Psikologi sukan juga merupakan
proses memilih dan memotivasikan atlet supaya mereka dapat bersaing atas usaha dan
keupayaannya sendiri. Selain itu, psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan,
proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Terdapat
beberapa isu-isu psikologi yang muncul dalam bidang sukan misalnya, kebimbangan, stres,
kekurangan keyakinan diri, konsentrasi dan sebagainya. Isu-isu ini dapat dikurangkan
melalui latihan psikologi sukan seperti latihan konsentrasi. Secara umumnya, latihan
konsentrasi adalah salah suatu proses pemusatan pemikiran kepada suatu objek tertentu.

Kemenangan atau kegagalan dalam sesuatu permainan atau pertandingan selalunya


dikaitkan dengan kebolehan seseorang pemain untuk memberi konsentrasi atau perhatian
yang optimum sepanjang permainan tersebut. Agus Dwi Pamungkas (2016), menyatakan
bahawa konsentrasi merupakan tindakan atau perkara yang dilakukan secara sungguh-
sungguh dengan menumpukan seluruh pancaindra seperti pendengaran, penglihatan dan
fikiran. Menurut Sudesh Bhardwa, Nandalal Singh dan Rathee (2014), konsentrasi adalah
salah satu proses yang dibayangkan untuk membentuk gambaran dalam minda atlet bagi
membantu bersiap sedia dalam akitviti yang akan dilakukannya. Rasional penggunaan
latihan konsentrasi dalam latihan kemahiran sukan secara teorinya dapat dijelaskan apabila
impuls bertindakbalas dalam otak sebelum individu membuat pergerakan. Selain itu, set
mental yang dilakukan ketika membuat konsentrasi juga membantu seseorang menetapkan
tahap kebangkitan ke tahap yang optimum dan menumpukan perhatian kepada aspek yang
relevan bagi tugasan atau aktiviti yang dilakukan.

Konsentrasi dalam psikologi dapat dikategorikan kepada tiga iaitu penumpuan sebagai
kesedaran yang meliputi perkembangan jangka panjang dan jangka pendek serta
mengekalkan sensitiviti optimum dan persediaan untuk bertindak. Ahli psikologi
menyatakan bahawa tidak ada perkara sepenting konsentrasi dalam mempelajari dan
melakukan sesuatu kemahiran (Drees dan Mack, 2012). Misalnya, kegagalan atlet acara
lontar peluru untuk menepati jarak balingan menunjukkan ketidaksediaannya dan ini
dikaitkan dengan isu konsentrasi. Ramai ahli psikologi sukan telah membuat kajian

1
mengenai latihan konsentrasi dalam sukan dimana cara-cara untuk mengekalkan
konsentrasi dalam sesuatu pertandingan telah dikaji.

2.0 Sejarah Latihan Konsentrasi

Terdapat berbagai mitos mengenai konsentrasi kerana ia mempunyai pelbagai kenyataan


dan catatan para pakar yang berpengalaman mengenai konsentarsi sejak mula program
pembinaan olahraga di tanah air. Menurut Nideffer (1993), Schmid dan Peper (1993),
Weinberg & Gouldn(1995), seperti yang dinyatakan dalam Satiadarma (2000)
menyatakan bahawa ada sejumlah mitos yang keliru mengenai konsentrasi.

Satiadarma (2000), pada awalnya di Indonesinya hampir tidak ditemukan latihan


konsentasi dalam program latihan ohlahraga, tetapi lama-kelamaan latihan ini digunakan
dalam sukan seni mempertahankan diri.

Pada abad ke-20, latihan konsentrasi digunakan secara meluas sebagai rawatan
psikologi untuk mengurangkan tahap kebimbangan dalam kalangan atlet. Pemenang
pingat emas acara renang dalam sukan Olimpik, Michelle Smith telah menerangkan
bahawa kemenangan beliau disebabkan oleh kebolehannya untuk mengekalkan
konsentrasi sehingga terlupa untuk melihat masa catatnnya yang menjadi amalan biasa
ramai perenang (Roche, 1995). Manakala kehilangan konsentrasi untuk beberapa saat oleh
peninju Michael Moorer telah membuka peluang kepada George Foreman untuk mencapai
kemenangan (Jones, 1994). Kedua-dua contoh di atas menunjukkan betapa pentingnya
mengekalkan konsentasi dalam sesuatu pertandingan atau permaianan.

Penggunaan latihan konsentasi bermula dari penemuan program Attention Control


Training (ACT). Program Attention Control Trainig diasaskan oleh seoarang pakar
psikologi iaitu Nideffer pada tahun 1993. Setelah mengetahui keberkesanan Program
Attention Control Training ini dalam bidang sukan, mungkin ia diterjemahkan sebagai
latihan mengendalikan perhatian atlet dan diamalkan.

2
3.0 Teori Latihan Konsentrasi

Menurut Cormier dan Zizzi (2015), sesuatu latihan atau program psikologi yang dirancang
dan dilaksanakan oleh seseorang jurulatih atau ahli psikologi harus berasaskan kepada
teori dan model yang telah diperkenalkan sejak kebelakangan ini. Terdapat beberapa teori
yang menjelaskan dan membuktikan bahawa latihan konsentrasi merupakan salah satu
latihan yang penting bagi mengurangkan tahap kebimbingan semasa melakukan sesuatu
aktiviti fizikal. Antaranya termasuklah Teori Kapasiti Penumpuan Kahneman’s yang
mengasaskan Model Kapasiti Penumpuan Kahneman’s seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 1 di bawah.

Diagram 1. Kahneman’s Capacity Model

Teori ini merupakan teori penumpuan moden yang utama yang diperkenalkan oleh
Kahneman’s (1973) yang menjelaskan tentang kepentingan penumpuan atau konsentrasi
semasa melakukan sesuatu aktiviti. Mengikut teori ini, model kapasiti diberi penekanan
kerana kapasiti manusia adalah terhad dalam ruang perkongsian utama minda yang
fleksibel. Secara ringkasnya, Kahneman’s menegaskan tahap penumpuan boleh berubah
mengikut beberapa keadaan yang berkait dengan tahap rangsangan pada individu, tugasan

3
yang memerlukan penumpuan dan keadaan yang tidak sengaja pada sesuatu perkara dan
keadaan yang memilih sesuatu situasi.

Mengikut teori ini, Kahneman menegaskan bahawa seseorang individu mampu


melakukan beberapa perkara dalam masa yang sama jika mempunyai kemahiran yang
tinggi tentang perkara tersebut. Manakala, model kapasiti tumpuan ini gagal untuk
menjelaskan tentang cara mengambil keputusan yang diperuntukkan mengikut situasi
tersebut. Secara keseluruhanya, teori ini menyatakan bahawa kebolehan untuk
mengekalkan fokus penumpuan dalam sesuatu perkara juga merupakan antara faktor yang
membantu seseorang individu untuk mengekal konsentrasinya.

4.0 Kesan fisiologi dan psikologi

Kehidupan kita masa kini sibuk dengan berbagai masalah, tekanan yang tinggi
disebabkan oleh banyak informasi yang masuk kepada semua indera, kebisingan dan
semua peristiwa yang terjadi di sekitar kita. Fikiran akan mengambil semua info tersebut
sehingga mengabaikan konsentrasi. Sehubungan dengan itu, latihan konsentrasi
diperlukan untuk mengekalkan tumpuan sepenuhnya dan meningkatkan kualiti pelakuan
dalam sesuatu pertandingan (Ahmad Hazuad Salleh dan Dini Rahiah Kadir, 2014). Latihan
konsentrasi memberi kesan dari segi fisiologi dan psikologi.

Kesan fisiologi

Dari segi fisiologi, latihan konsentrasi dapat mengurangkan tekanan darah. Tekanan darah
tinggi atau hipertensi meupakan faktor risiko untuk penyakit jantung. Ia secara senyap
boleh merosakkan tubuh manusia serta menjejaskan prestasi atlet dalam sukan. Jika
dibiarkan atau tidak dikawal, ia mungkin boleh mendapat pelbagai masalah kesihatan,
menjejaskan prestasi dan akhirnya pengurangan kualiti hidup kita. Dengan itu, latihan
konsentrasi adalah satu kaedah atau rawatan untuk mengawal tekanan darah dan
mengurangkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

4
Di samping itu, latihan konsentrasi juga mengekalkan kadar nadi yang stabil. Kadar
nadi seseorang atlet akan meningkat apabila mereka menghadapi kebimbangan sebelum
atau semasa pertandingan. Peningkatan kadar nadi ini menunjukkan perasaan takut dalam
diri seseorang dan ia menjadi penghalang utama kepada atlet untuk menujukkan prestasi
yang cemerlang dalam sesuatu pertandingan. Atlet yang mengikuti latihan konsentrasi ini
secara berterusan dapat mengekalkan kadar nadi yang stabil dan ia mendorong mereka
melibatkan diri dengan lebih tenang dan berfokus.

Seterusnya, latihan konsentrasi dapat meningkatkan koordinasi seseorang atlet.


Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pegerakan aggota badan
untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu. Peningkatkan tahap kebimbangan
menyebabkan kegagalan mengkoordinasikan pergerakan individu. Atlet yang sering
menghadapi masalah kebimbangan perlu mengikut latihan konsentrasi untuk
meningkatkan tumpuan. Hal ini kerana, tumpuan adalah aspek yang sangat penting semasa
melakukan aktiviti yang melibatkan elemen koordinasi. Koordinasi ini dapat
mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan atlet dalam sesuatu pertandigan. Aspek
koordinasi juga membantu atlet untuk menjalankan sesuatu lakuan motor dengan pantas,
efisyen dan efektif.

Kesan psikologi

Dari segi konsep psikologi, seseorang atlet yang mempunyai tahap konsentrasi yang tinggi
dapat mengawal emosi seperti takut, gemuruh, gagap, bimbang, kekhuatiran. Apabila
seorang dapat mengawal emosi maka pengaktifan dalam sukan dapat ditingkatkan.

Selain itu, stres seseorang atlet juga mampu dikurangkan dengan latihan konsentrasi.
Misalnya, latihan konsentrasi yang berterusan mampu membantu seseorang daripada
mengalami stres serta membuat keputusan dengan tenang apabila menghadapi kecelaruan
dalam pertandingan.

5
Dalam apa juga sukan, terdapat banyak kiu yang diterima oleh atlet yang terlibat.
Ada kiu yang relevan yang dapat membantu meningkatkan persembahan atlet serta ada
yang meningkatkan kebimbangan. Apabila tahap kebimbangan semakin meningkatkan,
maka tumpuan akan menjadi lebih sempit. Ini akan merosot prestasi seseorang atlet. Oleh
hal demikian, bagi meningkatkan tumpuan seseorang atlet dalam sesuatu pertandingan,
atlet tersebut hendaklah melibatkan diri dalam latihan konsentrasi. Latihan konsentrasi
dapat membantu seseorang untuk menunjukkan tumpuan terhadap sesuatu sukan.
Kepentingan tumpuan menjadi lebih ketara apabila seseorang atlet menggunakan
kemahiran yang dipelajari sebelumnya.

Menurut Mohd Zaki Ahmad dan Mohd Zaki Abd. Rahman (2014), motivasi
merupakan aset penting dalam meningkatkan serta mengekalkan konsentrasi seseorang
atlet. Motivasi diri sendiri atlet dapat ditingkatkan melalui latihan konsentrasi. Hal ini
bermakna, tumpuan atlet dapat ditingkatkan dengan sepenuhnya melalui latihan
konsentrasi ini. Atlet dapat menunjukkan prestasi yang baik apabila mereka dapat
menumpukan perhatian yang sepenuhnya. Dengan ini, motivasi instrinsik menimbulkan
dalam diri atlet dan ia menjadi rangsangan kepada mereka untuk mendapat kejayaan dalam
sesuatu pertandingan.

Menurut Blumenstein (2015), psikologi merupakan aspek yang penting bagi


perkembangan seseorang individu. Dengan itu, latihan konsentrasi memberi beberapa
kesan terhadap aspek psikologi. Antaranya termasuklah dapat mengurangkan tahap
kebimbingan bagi seseorang individu. Kebimbingan adalah suatu proses yang terdiri
daripada tekanan, ancaman dan keadaan kebimbangan (Ahmad Hazuad Salleh dan Dini
Rahiah Kadir, 2014). Proses kebimbingan ini berlaku mengikut satu urutan iaitu bermula
daripada kognitif, afektif, fisiologi dan tingkah laku. Secara ringkasnya, kebimbingan
merupakan satu perasaan yang tertekan apabila individu menghadapi sesuatu masalah atau
melakukan sesuatu perkara. Bagi mengatasi atau mengurangkan tahap kebimbingan ini,
latihan konsentrasi menjadi kunci utama. Terdapat beberapa latihan konsentrasi seperti
pengamatan jarum jam dan ‘spinning silhouette obtical illusion’ yang sesuai digunakan
untuk mengurangkan tahap kebimbingan. Latihan ini mengalakkan individu untuk
menumpukan perhatian dalam masa yang ditetapkan supaya dapat menenangkan minda.
Minda yang tenang menyebabkan seseorang individu berani menghadapi sesuatu

6
rintangan serta dapat memberi konsentrasi yang sepenuhnya. Perkara ini secara
automatiknya mengurangkan tahap kebimbingan yang ada pada diri seseorang individu.

5.0 Isu-isu berkaitan dengan latihan konsentrasi

Ramai atlet menghadapi masalah konsentrasi kerana tidak ada persiapan awal sebelum
pertandingan. Masalah ini timbul disebabkan dua faktor iaitu faktor luaran dan faktor
dalaman. Faktor dalaman ialah masalah dalam diri seseorang itu seperti memikirkan
perkara yang lampau, kerisauan dan perihal atau kebimbingan (Mohad Anizu Mohd Noor
& Aldellah Ali, 2011). Sebagai contoh, jika atlet tersebut pernah mengalami kegagalan
dalam acara tersebut sebelum ini, mungkin mereka akan berasa takut untuk mencuba dan
ini akan menyebabkan ia berasa tertekan. Contoh ini dapat dilihat dalam acara lontar
peluru dimana atlet hanya mempunyai balingan terakhir untuk melayakkan diri ke
peringkat seterusnya. Dalam situasi sebegini, atlet berasa risau apabila kedua-dua balingan
sebelumnya gagal membuat balingan. Hal yang lampau sebegini mungkin akan
menghantuinya dan ini akan membuat beliau tidak dapat memberi konsentrasi sepenuhnya
dalam tendangan penalti tersebut.

Satu lagi masalah faktor dalaman ialah mamikirkan tentang kegagalan masa
hadapan. Kebanyakan para atlet selalu memikirkan tentang masa hadapan mereka apa
yang akan berlaku jika mereka gagal dan sebaliknya. Contohnya, mereka akan berulang
kali mempersoalkan sama ada mampukah mereka membuat balingan yang terbaik dalam
pertandingan berbanding dengan peserta lain, apa akan berlaku jika beliau gagal dan
melakukan kesilapan serta apakah kesan yang akan saya terima jika kesilapan berlaku.
Persoalan-persoalan beginilah yang selalu mengganggu konsentrasi atlet dan
mengakibatkan mereka hilang tumpuan terhadap sesuatu perlakuan.

Tumpuan juga boleh terganggu jika kita terlalu keletihan atau kepenatan. Tumpuan
yang baik memerlukan keupayaan mental yang baik untuk memberi tumpuan. Contohnya
dalam acara lontar peluru, jika terlalu letih ia akan menyukarkan atlet membaling peluru
serta menghilangkan konsentrasi. Tenaga yang kurang mengganggu atlet untuk

7
memberikan konsentrasi sepenuhnya. Dalam keadaan ini, rehat yang cukup amat
diperlukan untuk mengembalikan tenaga dan tumpuan untuk meneruskan perlawanan.

Faktor kedua yang mengganggu tumpuan ialah faktor luaran. Ia ditakrifkan sebagai
simulasi daripada persekitran yang mengganggu konsentrasi pemain atau atlet. Terdapat
pelbagai gangguan d iantaranya ialah gangguan persekitaran. Dalam faktor gangguan
persekitaran ini penglihatan amat mudah diganggu. Tambahan pula, terdapat juga
gangguan pendenagran atau auditori. Ini termasuklah suasana bising seperti suasana
peonton, pengumuman, dan sebagainya yang menyebabkan bunyi bising. Bunyi
merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu sukan.

Di samping itu, tingkah laku penonton juga memberi kesan terhadap prestasi
seseorang atlet dalam pertandingan. Bermain dibawah tekanan penonton dan faktor
persekitaran akan mengganggu situasi pemain yang mempunyai tumpuan yang kurang
baik (Gould, Eklund dan Jackson, 2013). Contohnya Jana Novot bekas pemain tenis
nombor satu dunia, beliau mendapat markah yang tinggi dalam separuh masa tetapi
prestasi beliau makin lama makin merosot disebabkan oleh tidak tahan tekanan daripada
penonton dan pihak lawan yang menggunakan psikologi untuk mengalahkan beliau
(Gerris, 2012)

Selain daripada itu, masalah keluraga juga salah satu faktor luaran mengganggu
konsentrasi seseorang atlet. Masalah keluraga seperti pergaduan antara ibu bapa, suasana
rumah tidak mesra, kekurangan kasih sayang menjadi penghalang utama kepada atlet
memberi tumpuan semasa pertandingan. Keaadan ini membuat atlet tidak menumpukan
perhatian dalam pertandingan manakala beliau sentiasa memikirkan mengenai masalah
tersebut.

8
6.0 Kajian-kajian berkaitan latihan konsentrasi

BIL RUJUKAN OBJEKTIF METHODOLOGI DAPATAN PERBINCANGAN


KAJIAN
1. Bayu Akvar Mengenalpasti Rekabentuk Dapatan kajian menunjukkan Kesimpulan yang diperoleh
Harmono, hubungan - Kuantitatif bahawa terdapat perhubungan dari hasil penelitian ini
(2013). antara - True experimental design signifikan dan positif antara adalah terdapat kontribusi
Kontribusi konsentrasi
konsentrasi atlet dengan ketepatan konsentrasi terhadap
Konsentrasi dengan Instrumen
Terhadap ketepatan Grid Concentrarion Test pukulan jumping smash bulu ketepatan pukulan jumping
Ketepatan pukulan tangkis atlet putra usia 16-20 smash atlet putra usia 16-20
Pukulan jumping smash Sampel tahun dengan nilai r = 0.632. di Citra Raya Unesa
Jumping pada atlet. 10 atlet Surabaya. Besar sumbangan
Smash pada konsentrasi terhadap
Bulu Tangkis. Analisis ketepatan pukulan jumping
Jurnal Ujian korelasi
smash atlet putra usia 16-20
Kesehatan
Olahraga.2(1), Prosedur iaitu 54.4%.
51 – 57. 1. penyelidik mengukur tahap
konsentrasi pemain dengan
menggunakan Grid Concentration
test.
2. Kedua, penyelidik mengukur
ketepatan pukulan jumping smash
iaitu dengan Pengukuran Ketepatan
Pukulan Jumping Smash.

9
3. Membandingakn perhubungan
antara tahap konsentrasi dengan
ketepan pukulan Jumping Smash.

2. Agus Dwi Mengenalpasti Rekabentuk Berdasarkan hasil analisis Kesimpulan yang diperoleh
Pamungkas. hubungan - Kuantitatif menunjukkan bahawa terdapat dari hasil penelitian ini
(2016). antara tingkat - True experimental design hubungan yang adalah terdapat perhubungan
Hubungan konsentrasi
signifikan antara tingkat yang positif antara tingkat
Antara terhadap Instrumen
Tingkat keterampilan Grid Concentrarion Test konsentrasi terhadap keterampilan konsentrasi dengan
Konsentrasi pemain bola Ujian Keterampilan pemain bola sepak negeri Perak keterampilan pemain bola
Terhadap sepak negeri dengan nilai r = 0.877 > sepak negeri Perak.
Keterampilan Perak. Sampel r(0.05)(30) = 0.349.
Bermain Bola 30 atlet
Sepak Pada
Siswa SMP N Analisis
1 Ngaglik. Ujian korelasi
Universiti
Negeri Prosedur
Yogyakarta. 1. Penyelidik mengukur tahap
konsentrasi pemain dengan
menggunakan Grid Concentration
test.
2. Kedua, penyelidik mengukur
Keterampilan pemain bola
sepakdengan menggunakan ujian
keterampilan.
3. Membandingakn perhubungan
antara tahap konsentrasi dengan
keterampilan pemain bola sepak.

10
3. Rima Mengetahui Rekabentuk Hasil post test pada kategori Ada pengaruh peningkatan
Meduyana jenis latihan - one-group pretest and posttest Visual dengan rata-rata 0.265 konsentrasi melalui latihan
Sari, Regina relaksasi dapat design. dengan skor tertinggi 0.315 dan relaksasi atlet senam ritmik
Gita Valentin, Sumut Tahun 2015 dengan
meningkatkan skor terendah 0.213. Hasil
Agussalim Instrumen nilai signifikansi 0.000 (<
Samosir konsentrasi Ujian reaksi (Ujian Visual dan penelitian menunjukan bahawa 0.025) dengan nilai 0.26557.
(2017). atlet senam Ujian Audio) Ada pengaruh peningkatan
Upaya ritmik semut konsentrasi melalui latihan
Meningkatkan 2015. Sampel relaksasi atlet senam ritmik
Konsentrasi 7 atlet Sumut Tahun 2015 dengan nilai
Melalui signifikansi 0.000 (< 0.025)
Latihan Analisis
dengan rata – rata nilai 0.26557.
Relaksasi Ujian-t Sampel Berpasangan
Atlet Senam
Ritmik Sumut. Prosedur
Jurnal Ilmiah 1. Tahap konsentasi atlet diukur
Ilmu sebelum dan selepas memberi
Keolahragaan. rawatan.
1(1), 52-63. 2. Dua jenis ujian reaksi dijalankan
iaitu ujian Visual dan Audio.
3. Alat indra mata digunakan dalam
ujian visual iaitu dengan melihat
cahaya .
3. Suara dan bunyi digunakan
dalam ujian Audio.

4. Eko Budi Mengetahui Rekabentuk Berdasarkan hasil analisis data Peserta fustal memiliki
Utomo (2017). kontribusi - Non-eksperimental dengan penelitian menunjukkan dari tingkat konsentrasi yang
Kontribusi tingkat pendekatan deskriptif kualitatif perhitungan korelasi product tinggi. Maka peserta tersebut
Tingkat konsentrasi moment maka didapatkan nilai r
melakukan shooting dalam
Konsentrasi siswa terhadap Instrumen adalah 0.0499. Dengan demikian
Terhadap ketepatan Grid Concentration Test ada kontribusi antara tingkat permainan futsal akan

11
Ketepatan shooting dalam konsentrasi siswa terhadap berusaha mendapat skor
Shooting permainan Sampel ketepatan shooting dalam shooting yang maksimal.
Futsal. Jurnal fustal. 30 atlet olahraga permainan futsal pada peserta Dari hal tersebut dapat
Kesehatan futsal SMP PGRI 7 Sedati. Besar
disimpulkan pula bahawa
Olahraga. Analisis sumbangan tingkat konsentrasi
7(3),74-80. Deskriptif terhadap ketepatan shooting tingkat konsentrasi siswa
Inferensi (ujian t tidak bersandar) dalam permainan futsal sebesar memberikan kontribusi yang
Prosedur 24.9 %. positif terhadap keberhasilan
1. Grid Concentration Test yang mendapatkan skor shooting
harus diisi oleh siswa dengan cara yang baik.
mencoret pasangan angka secara
berurutan dimulai dari 00, 01, 02
sampai dengan angka tertinggi iaitu
99 dan peneliti hanya memberi
waktu 1 minit sahaja.
2. Setelah mengisi Grid
Concentration Test, semua siswa
diajak berpindah tempat ke
lapangan untuk menjalankan ujian
ketepatan shooting Futsal.
3. Setiap siswa diberi sebanyak 4
kali shooting dalam 15 detik.
5. Ari Septiyanto 1. Mengetahui Rekabentuk Ada perbezaan Berdasarkan hasil penelitian
dan suharjana. perbezaan - Eksperimen faktorial hasil floating service antara atlet dan hasil analisis data yang
(2016). latihan dan yang memiliki telah dilakukan, terdapat
Pengaruh konsentrasi Instrumen konsentrasi tinggi dan konsentrasi perbezaan hasil floating
kaedah terhadap -Grid Concentration Test rendah bagi service antara atlet yang
Latihan ketepatan (konsentrasi) atlet kelab bola tampar dengan memiliki konsentrasi tinggi
Imagery dan floating - Ujian AAHPER Service nilai r = 149.383 dan konsentrasi rendah bagi
Konsentasi service. Accuraccy (ketepatan servis bola atlet kelab bola tampar.
Terhadap 2. Mengetahui voli)
Ketepatan perhubungan

12
Floating kedua kaedah Atlet yang memiliki
Service Atlet latihan dan Sampel konsentasi tinggi lebih baik
bola tampar. konsentrasi 36 atlet daripada atlet yang memiliki
Universitas terhadap konsentrasi rendah.
Negeri ketepatan Analisis
Yogyakarta. floating -Anova dua hala Terdapat interaksi antara
service. (SPSS) kaedah latihan dan
- Ujian Rentang Newman Keuls konsentrasi (rendah dan
Prosedur tinggi) terhadap hasil
1. Peyelidik menjalankan ujian floating service bagi atlet
‘Grid Concentration Test’ untuk kelab bola tampar.
mengetahui tahap konsentarsi atlet.
2. Selepas itu, ketepatan servis atler
diukur dengan menggunakan ujian
AAHPER Service Accuraccy
(ketepatan servis bola voli)
3. Data yang dikumpul dari kedua-
dua test dianalisis dengan
menngunakan anova dua hala untuk
melihat perbezaan hasil floating
service antara atlet yang memiliki
konsentrasi tinggi dan konsentrasi
rendah.
4. Ujian Rentang Newman Keuls
digunakan untuk mengetahui
perhubungan kedua kaedah latihan
dan konsentrasi terhadap ketepatan
floating service.
6. Nur Afifah. Mengetahui Rekabentuk Berdasarkan hasil analisis Kesimpulan dari hasil
(2016). pengaruh - Keadah experiment.(True menunjukkan bahawa terdapat penelitian ini adalah latihan
Pengaruh latihan mental experimental design) hubungan yang konsentrasi memberikan
Latihan konsentrasi peningkatan hasil tembakan

13
Mental terhadap hasil signifikan dan positif antara ujian tiga angka pada permainan
Konsentrasi tembakan tiga Instrumen pasca dengan ujian pra bagi bola basket. Latihan tanpa
terhadap hasil angka dalam -Grid Concentration Test kumpulan rawatan dengan nilai r treatmen juga memberikan
Tembakan permainan (konsentrasi) = 0.984. peningkatan terhadap hasil
Tiga Angka bola - Ujian AAHPER Service Hasil kajian menunjukkan tembakan tiga angka pada
Dalam Keranjang. Accuraccy (ketepatan servis bola bahawa tidak terdapat permainan bola keranjang.
Permainan tampar) perhubungan yang signifikan Sedangkan untuk
bola antara ujian pra dan pasca bagi mengetahui perbezaan
Keranjang. Sampel kumpulan kawalan iaitu r = 0.687 peningkatan hasil latihan,
Universitas 24 atlet Ujian pra dan post
Pendidikan dijalankan kepada dua
Indonesia. Analisis kumpulan iaitu kumpulan
- Kaedah statistik rawatan dan kawalan.
- Inferensi (Ujian-t) Kesimpulan dari hasil
penelitian ini adalah latihan
Prosedur konsentrasi lebih efektif
1. Pretest tembakan tiga angka yang terhadap peningkatan hasil
dilakukan kepada kedua-dua tembakan tiga angka pada
kumpulan di lapangan bola keranjang permainan bola basket
SMAN 1 Gegesik. dibandingkan dengan latihan
2. Treatment berupa latihan mental biasa tanpa treatmen
konsentrasi selama 18 kali (konsentrasi).
pertemuan. Treatment ini diberi
kepada kumpulan rawatan sahaja.
3. Postest iaitu hasil tembakan tiga
angka yang dilakukan kepada kedua-
dua kumpulan di lapangan bola
keranjang SMAN 1 Gegesik untuk
melihat keberkesanan rawatan.

14
4. Langkah terakhir iaitu melakukan
pengolahan data, menarik
kesimpulan, dan analisis data.
7. Sidik Yazid, Mengetahui Reka Bentuk : Dapatan kajian menunjukkan Kesimpulannya, terdapat
Nurlan hubungan - Kuantitatif bahawa terdapat perhubungan hubungan yang signifikan
Kusmaedi, konsentrasi signifikan dan positif antara hasil antara konsentrasi dengan
Sandey Tantra dengan hasil Sampel : pukulan jarak jauh (long stroke) pukulan jarak jauh (long
Paramitha pukulan jarak Persampelan bertujuan- 20 orang dari dengan nilai R 0,846 > 0,05. stroke) pada cabang
(2016) jauh (long atlet woodball UPI Hasil ujian konsentrasi ialah olahraga woodball, dimana
Hubungan stroke) pada sebesar 12,10 manakala ujian long terdapat korelasi antara
Konsentrasi cabang Instrumen strok adalah 7,20. konsentrasi dengan hasil
Dengan Hasil olahraga - Ujian Konsentrasi (Test Grid pukulan jarakjauh (long
Pukulan Jarak woodball. Concentration Exercise) stroke) pada cabang
Jauh ( Long - Ujian Pukulan Jarak Jauh olahraga woodball.
Stroke) Pada (Long Stroke)
Cabang
Olahraga Analisis
Woodball. - Deskriptif Korelatif
Jurnal
Terapan Ilmu Prosedur
Keolahragaa. 1. Peyelidik menjalankan ujian
1(1), 50-54 ‘Grid Concentration Test’
untuk mengetahui tahap
konsentarsi atlet.
2. Data daripada Penilaian ujian
konsentrasi dan penilaian ujian
pukulan jarak jauh (long
stroker) dianalisis bagi
mengetahui korelasi.

15
8. Qodriannisa Reka Bentuk :
Puspaningrum. Mengenalpasti - Kuasi Eksperimental Dapatan kajian menunjukkan Kesimpulannya, latihan
(2013). pengaruh bahawa terdapat perbezaan hasil meditasi otogenik
Pengaruh latihan Sampel : pra ujian dengan hasil pasca ujian berpengaruh terhadap
Latihan meditasi 30 orang atlet karate – yang menunjukkan peningkatan peningkatan konsentrasi
Meditasi otogenik 15 kumpulan kawalan konsentrasi pada sampel ujian latihan. Terdapat perbezaan
Otogenik terhadap 15 kumpulan rawatan dengan nilai R=0,610 > 0,05 peningkatan konsentrasi
Terhadap peningkatan latihan antara atlet yang
Peningkatan konsentrasi Instrumen berlatih meditasi otogenik
Konsentrasi latihan - Gred latihan konsentrasi dengan atlet yang tidak
Latihan berlatih meditasi otogenik,
Terhadap Atlet Analisis peningkatan konsentrasi
Karate. - Analisis statistik pada atlet yang berlatih
Universiti meditasi otogenik
Pendidikan Prosedur kemampuannya lebih baik
Indonesia. 1. Sebuah gambar yang dibandingkan atlet yang
merangkumi 100 kotak yang tidak berlatih meditasi
memuat angka 0 hingga 99 di otogenik.
dikumpulkan untuk perhatian
sampel.
2. Sampel bagi kumpulan rawatan
dan kumppulan dipisahkan
dalam jarak 1 meter.
3. Apabila arahan diberikan, atlet
dihendaki menyusun nombor-
nombor tersebut dari 0 hingga
99 secara mendatar ataupun
menegak dalam masa seminit.
4. Atlet dihendaki menandakan (/)
pada kotak angka yang mereka
dapat mereka kumpulan secara
berurutan.

16
9. Maemun Megenalpasti Rekabentuk Skor min prestasi atlet olahraga Prestasi atlet olahraga
Nusufi. cara dan - True experimental design selepas mengikuti latihan meningkat setelah mengikuti
(2016). latihan konsentrasi adalah tinggi latihan konsentrasi seperti
Melatih konsentrasi berbanding dengan skor min menggunakan kata kunci
Konsentrasi dalam Instrumen prestasi sebelum mengikuti (use cue word),
Dalam peningkatan Pemerhatian, latihan. Menggunakan fikiran
Olahraga. prestasi atlet Temu bual Dengan itu, dapatan kajian bukan untuk menilai
Jurnal Ilmu dalam menunjukkan bahawa latihan (employ non-judgement
Keolahragaan, olahraga. Sampel konsentrasi meningkatkan prestasi thinking), menyusun
15(2), 54-61. 60 atlet olahraga atlet olahraga. kegiatan rutin
(establish routine), latihan
Analisis mata (practice eye control),
Deskriptif tetap
Inferensi (ujian t tidak bersandar) memusatkan perhatian setiap
saat (stay focused in the
present).

10. Perry,J.,E, Mengenalpasti Rekabentuk Dapatan kajian menunjukkan Latihan konsentrasi


Ross,M., keberkesanan - True experimental design bahawa kumpulan rawatan meningkatkan prestasi atlet
Weinstock,J., latihan - menunjukkan prestasi yang tinggi secara konsisten. Sesi
& Weaver.,T. konsentrasi Instrumen berbanding dengan kumpulan latihan konsentrasi
(2017). terhadap Soal selidik kawalan. Perkara ini memanfaatkan para atlet
Efficacy of a prestasi atlet. STAI membuktikan bahawa, latihan untuk menunjukkan
Brief konsentrasi adalh berkesan bagi pencapaian yang efektif.
Mindfulness Sampel atlet untuk mencapai prestasi yang Sebagai cadangan kajian,
Intervention Persampelan rawak- baik. latihan konsentrasi ini harus
to Prevent 65 atlet dilaksanakan pada atlet yang
Athletic Task berpotensi tinggi untuk

17
Performance Analisis menentukan keberkesanan
Deterioration: Deskriptif latihan tersebut.
A Randomized Inferensi (ujian ANOVA)
Controlled
Trial. The
Sport
Psychologist,
31, 410 -421.

18
7.0 Jenis-jenis aktiviti

Ramai ahli psikologi sukan telah membuat kajian mengenai konsentrasi dalam sukan di
mana cara-cara untuk mengekalkan konsentrasi dalam sesuatu dan diketengahkan dengan
meluasnya (Abernathy, 1993; Cox, 1998; James, 1890; Nideffer, 1985; dan Weinberg dan
Gould, 1999, seperti yang dinyatakan dalam Mohd Safian Omar Fauzee, 2001). Antara
kaedah atau latihan yang dapat digunakan untuk mengekalkan konsentrasi seseorag pemain
ialah :

i. Memberi penumpuan kepada kiu-kiu persekitaran yang relevan.

Penumpuan selektif atau kebolehan untuk memberi fokus kepada kiu-kiu atau tanda-
tanda yang relevan dalam persekitaran dengan mengabaikan kiu-kiu yang tiada releven
merupakan antara kaedah yang dapat digunakan untuk mengekalkan konsentrasi
seseorang pemain.
Antara salah satu contoh latihan memberi penumpuan kepada kiu-kiu
persekitaran yang relevan adalah apabila seorang pemain bola keranjang ingin
membuat lontaran ke arah gelung, kiu-kiu yang relevan dengan perlakuannya ialah cara
melontar bola, cara bernafas, melihat ke arah bakul.

ii. Mengekalkan fokus penumpuan

Menurut Carson dan Collinse (2016), kebolehan untuk mengekalkan fokus penumpuan
dalam sesuatu permainan atau pertandingan juga merupakan antara faktor yang
membantu seseorang pemain untuk mengekalkan konsentrasinya. Kajian strategi
kognitif yang telah dijalankan ke atas pelari marathon mendapati bahawa mereka
menggunakan kombinasi strategi penumpuan yang berkaitan seperti memantau fungsi
badan dan perasaan, kadar nadi, ketegangan otot, kadar pernafasan dan strategi
penumpuan (Silva dan Applebeum, 1989, seperti yang dinyatakan dalam Blumenstein
dan Orbach, 2015).

19
iii. Kesedaran situasi

Salah satu aspek yang menarik tetapi kurang difahami dalam penumpuan fokus ialah
kebolehan atlet untuk memahami apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.
Menurut Birrer dan Morgan (2010), mendapati bahawa pemain yang mahir dapat
menganalisis sesuatu situasi dengan pantas dan menggunakan kiu-kiu antisipasi dengan
kerap jika dibandingkan dengan pemain-pemain yang kurang mahir.

iv. Penggunaan Self Talk

Menurut Raalte, Vincent dan Brewer (2015), self talk atau percakapan pada diri sendiri
dikenalpasti sebagai antara lakuan yang dapat mengekalkan konsentrasi seseorang atlet
walaupun terdapat kesan negatif kepada atlet. Self talk yang positif merupakan aset
penting dalam meningkatkan serta mengekalkan konsentrasi seseorang atlet
(Georgakaki & Karakasidou, 2017). Melalui latihan ini, atlet dapat mengekalkan minda
mereka berfokus kepada perlakuan-perlakuan yang releven dan selalunya mempunyai
komponen motivasi seperti “Saya dapat melakukannya” atau komponen arahan seperti
“lihat bola”. Komponen-komponen seperti ini dapat mengekalkan konsentrasi dan
meningkatkan perlakuan dalam keadaan yang letih.

v. Penggunaan simulasi dalam latihan

Menurut Allen, Jones, Mccarthy, Mansfield dan Sheffield (2013), faktor-faktor seperti
keghairan, motivasi dan keyakinan diri mempunyai situasi yang berbeza dan dijangkan
mengganggu atlet dan seterusnya membawa implikasi kepada persembahannya. Untuk
mengatasi masalah ini, jurulatih menggunakan simulasi di mana bunyi bising penonton
dan pegawai pertandingan disalurkan semasa latihan agar atlet menjadi biasa dengan
keadaan pertandingan yang sebenar.
Oleh hal demikian, atlet dilatih untuk beradaptasi dengan pertandingan yang
sebenar sehingga kepada penggunaan pakaian sebenar yang akan dipakai pada hari
pertandingan yang sebenar.

20
vi. Penggunaan Cue Words

Penggunaan Cue Words sama ada jenis arahan atau motivasi bertujuan untuk
merangsang sesuatu tingkah laku yang diperlukan. Ia akan membantu atlet untuk
memberi fokus kepada perlakuan yang harus dilakukan. Cue word mempunyai
kepentingan semasa atlet hendak menukar corak kedudukan seperti menukar cara
hayunan kayu golf dan juga semasa menghadapi situasi kecederaan otot dengan
menggunakan perkataan seperti “relaks” dan “perlahan”.

vii. Pengamatan Jarum Jam

Penggunaan jarum jam dalam latihan konsentrasi adalah salah satu teknik yang mudah
dilakukan oleh seseorang atlet. Atlet dihendaki memerhati jarum jam dengan lebih teliti
dan menghitungnya dalam hati. Kiraan detik hendaklah sama dengan kiraan dalam hati.
Penghitungan yang betul menunjukkan tahap konsentrasi yang stabil.

viii. Penggunaan Ilusi optikal

Latihan penggunaan ilustrasi adalah merangkumi sesuatu imej atau gambar yang
bergerak. Atlet dikehendaki memusatkan konsentrasi pada titik di tengah gambar atau
arah pergerakan sesuatu gambar. Jika atlet dapat mengikut arah atau titik pergerakan
dengan betul, maka atlet mempunyai tahap konsentrasi yang baik.

21
8.0 Pemilihan aktiviti

Konsentrasi pada saat pertandingan harus tetap dijaga agar penampilan tetap efektif
(Podlog, Banham, Wadey dan Hannon, 2015). Cara untuk melakukan konsentrasi,
adalah menfokuskan terhadap sesuatu yang dilakukan. Bentuk latihan konsentrasi
tersebut harus dilakukan oleh semua atlet semasa latihan dan di luar latihan.

Latihan 1 : Konsentrasi Pengamatan Jarum Jam

Selain konsentrasi tulisan, konsentrasi lain yang terdapat dalam psikologi olahraga adalah
dengan pengamatan jarum jam. Latihan ini biasa digunakan oleh atlet bagi mengekalkan
fokus penumpuan terhadap sesuatu situasi permainan.

Prosedur Latihan Konsentrasi Pengamatan Jarum Jam adalah seperti berikut :


a. Atlet dihendaki memakai jam tangan atau berhadapan dengan jam dinding yang
terdapat di sekitar arena sukan.
b. Atlet dihendaki memperhatikan detik jam bergerak sehingga lima hitungan detik.
c. Murid terus menghitung detik dalam hati serta memejamkan mata.
d. Setelah mengira sehingga satu minit iaitu 60 hitungan detik, atlet dihendaki
membuka mata dan melihat pada jarum jam tersebut.
e. Jarum jam hendaklah menunjukkan hitungan detik yang sama. Jika jarum jam
menunjukkan hitungan yang sama dengan jarum jam, maka konsentrasi seseorang
atlet adalah baik dan seimbang.
f. Aktiviti ini dijalankan selama 15 minit iaitu 2 kali bagi setiap sesi. Aktiviti ini juga
dijalankan kepada atlet 30 minit sebelum sesuatu pertandingan.

22
2. Latihan 2 : Spinning – Silhouette Optical Illusion

Gambar 1 : Latihan ilustrasi penglihatan (Spinning Silhouette Optical


Illusion)
Ilustrasi merupakan bentuk visual dari teks atau ungkapan. Dengan menggambarkan suatu
visual dalam sebuah cerita, ianya dapat menerangkan secara umum karakter atau keseluruhan
isi cerita. Latihan ilustrasi penglihatan juga membawa fungsi yang sama iaitu menggambarkan
sejauh mana seseorang itu dapat memberikan tumpuan.

Prosedur Latihan ilustrasi penglihatan (Spinning Silhouette Optical Illusion)

1. Atlet dihendaki melihat gambar ilustrasi yang ditunjukkan.


2. Atlet dihendaki memerhatikan gambar seorang wanita yang berputar searah dengan
jarum jam dan lawan jam.
3. Atlet diminta untuk menyebut arah jam wanita tersebut berputar.
4. Jika atlet dapat menyebut arah jam yang betul, maka konsentrasi seseorang atlet adalah
stabil.
5. Aktiviti ini dijalankan selama 5 minit bagi setiap sesi.
6. Setiap sesi dijalankan sebanyak tiga kali seminggu. Menurut Blumenstein dan Orbach
(2014), latihan konsentrasi dalam tempoh tiga hingga empat hari memberi kesan yang
baik kepada individu yang mengalami tahap kebimbangan yang tinggi.

23
9.0 Penutup

Pelbagai unsur psikologi, fisiologi dan persekitaran memainkan peranan penting dalam
meningkatkan dan mengekalkan konsentrasi atlet. Perasaan atlet seperti berasa takut, cemas,
tidak cukup tidur, tidak cukup latihan merupakan antara pengganggu yang sering dikenal pasti
manakala kiu-kiu yang relevan dalam pesekitaran pertandingan telah membantu meningkatkan
pencapaian mereka. Menurut Whitehead (2012), latihan konsentrasi yang sesuai dan tidur yang
cukup akan membantu mengurangkan kekangan yang tidak dapat dielakkan untuk memberi
penumpuan dalam acara-acara sukan yang berpanjangkan.

Seorang atlet mungkin mempunyai kemahiran yang tinggi dan tenaga yang banyak,
tetapi tidak dapat menumpukan perhatian atau memberi konsentrasi yang penuh dalam
permainannya. Kemenangan atau kegagalan dalam sesuatu permainan atau pertandingan
selalunya dikaitkan dengan kebolehan seseorang pemain untuk memberi konsentrasi dan
perhatian yang optimum sepanjang permainan.

Latihan dan teknik yang bersesuaian harus digunakan dari peringkat awal untuk
meningkatkan konsentrasi atlet. Mereka harus didedahkan dengan pelbagai situasi yang akan
memberi cabaran kepada mereka dalam permainan yang mereka ceburi. Kekalahan yang
mereka alami seharusnya bukanlah kerana tidak dapat mengekalkan konsentrasi, tetapi kerana
kebolehan dan kepakaran lawan. Masalah konsentrasi dapat diatasi sekiranya atlet bersedia
dengan secukupnya, terdedah kepada situasi-situasi permainan yang tertentu, dapat memberi
fokus serta penumpuan yang baik.

24
10.0 Rujukan

Agus Dwi Pamungkas.(2016). Hubungan Antara Tingkat Konsentrasi Terhadap


Keterampilan Bermain Sepakbola Pada Siswa Peserta Ektrakurikuler Sepak bola.
Universiti Negeri Yogyakarta.

Ari Septiyanto dan suharjana. (2016). Pengaruh kaedah Latihan Imagery dan Konsentasi
Terhadap Ketepatan Floating Service Atlet bola tampar. Universitas Negeri
Yogyakarta.

Ahmad Hazuad Salleh & Dini Rahiah Kadir. (2014). Kajian Mengenai Hubungan Antara
Kemurungan, Kebimbangan Dan Tekanan Dengan Tret Personaliti Di Kalangan
Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allen, M.,S., Jones,M., Mccarthy,P.,J., Mansfield.,S.,S & Sheffield.,D. (2013). Emotions


correlate with perceived mental effort and concentration disruption in adult sport
performers. European Journal of Sport Science, 13 (6), 697-706.

Bayu Akvar Harmono, (2013). Kontribusi Konsentrasi Terhadap Ketepatan Pukulan Jumping
Smash pada Bulu Tangkis. Jurnal Kesehatan Olahraga.2(1),51 – 57.

Blumenstein.,B., & Orbach,I. (2015). Psychological Preparation for Paralympic Athletes: A


Preliminary Study. Adapted Physical Activity Quarterly, 32, 241 -255.

Blumenstein, B., & Orbach. I. (2014). Biofeedback for sport and performance enhancement.
Oxford handbooks online. New York, NY: Oxford University Press.

Birrer,D., & Morgan,G. (2010). Psychological skills training as a way to enhance an athlete’s
performance in high-intensity sports, Scand Journal Medicine of Science Sports, 20,
78-87.

Carson.,H.J., & Collinse,D. (2016). Implementing the Five-A Model of Technical Refinement:
Key Roles of the Sport Psychologist. Journal of Applied Sport Psychology, 28, 392–
409.

Cormier,M.,L & Zizzi,S.,J.(2015). Athletic Trainers’ Skills in Identifying and Managing


Athletes Experiencing Psychological Distress. Journal of Athletic Training, 12,1267–
1276.

Drees, M. J., & Mack, M. G. (2012). An Examination of Mental Toughness over the Course
of a Competitive Season. Journal of Sport Behavior, 35 (4), 377 – 386.

Eko Budi Utomo (2017).Kontribusi Tingkat Konsentrasi Terhadap Ketepatan Shooting Futsal.
Jurnal Kesehatan Olahraga. 7(3),74-80.

25
Georgakaki.,S.K., & Karakasidou,E. (2017). The Effects of Motivational Self-Talk on
Competitive Anxiety and Self-Compassion: A Brief Training Program among
Competitive Swimmers. University of Central Lancashire, Preston, UK.

Gerris. (2012). The psychology of self-determination.Lexington, Mass: Health.

Gould,M., Eklund.,T & Jackson,K.(2013). An in-depth examination of mental factors and


preparation techniques. Olympic team wrestling excellence,USA.

Jones (1994). Phschology And Sport Behaviour. St.Louis: Times Mirror/Mosby

Kornspan,A,S. (2015). John D. Lawther: Contributions to the Psychology of Sport, The Sport
Psychologist, 29, 346 -357.

Mohd Zaki Ahmad & Mohd Zaki Abd. Rahman .(2014). Intrinsik Dan Ekstrinsik: Tinjauan
Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Agama. Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor.

Mohad Anizu Mohd Noor & Aldellah Ali. (2011). Kesan Tahap Kebimbangan Sebelum Dan
Selepas Pertandingan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri. Universiti Teknologi
Malaysia, Malaysia.

Mohd Safian Omar Fauzee. (2001). Psikologi Sukan : Aplikasi Teori dan Praktikal, Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Maemun Nusufi. (2016). Melatih Konsentrasi Dalam Olahraga. Jurnal Ilmu Keolahragaan,
15(2), 54-61.

Nur Afifah. (2016). Pengaruh Latihan Mental Konsentrasi terhadap hasil Tembakan Tiga
Angka Dalam Permainan bola Keranjang. Universitas Pendidikan Indonesia.

Nideffer, R. M. (1993). Concentrationn and attention control training. In J. M. Williams (Ed.),


Applied sport psychology : personal growth to peak performance (2nd ed.) (pp.243-
261). Mountain View, CA : Mayfield.

Paramitha. (2016). Hubungan Konsentrasi Dengan Hasil Pukulan Jarak Jauh ( Long Stroke)
Pada Cabang Olahraga Woodball. Universiti Pendidikan Indonesia.

Perry,J.,E, Ross,M., Weinstock,J., & Weaver.,T. (2017). Efficacy of a Brief Mindfulness


Intervention to Prevent Athletic Task Performance Deterioration: A Randomized
Controlled Trial. The Sport Psychologist, 31, 410 -421.

26
Podlog.,L., Banham.,S.M.,Wadey & Hannon, J.C. (2015). Psychological Readiness to Return
to Competitive Sport Following Injury: A Qualitative Study, The Sport Psychologist,
29, 1 -14.

Qodriannisa Puspaningum.(2013). Pengaruh Latihan Meditasi Otogenik Terhadap


Peningkatan Konsentrasi Latihan Terhadap Atlet Karate. Universiti Pendidikan
Indonesia.

Raalte.,J.L.V., Vincent.,A., & Brewer.,B.,W. (2015). Self-talk: Review and sport-specific


model. Psychology of Sport and Exercise,22,139-148.

Rima Meduyana Sari, Regina Gita Valentin, Agussalim Samosir (2017). Upaya Meningkatkan
Konsentrasi Melalui Latihan Relaksasi Atlet Senam Ritmik Sumut.Jurnal Ilmiah Ilmu
Keolahragaan.1(1), 52-63.

Roche (1995). Phscological Dynamic Of Sports.champion, IL : Human Kinestics.

Satiadarma.,M.,P.(2000). Dasar- Dasar Psikologi Olahraga.Pustaka Sinarharian: Jakartha.

Sidik Yazid, Nurlan Kusmaedi & Sandey Tantra Paramitha .(2016).Hubungan Konsentrasi
Dengan Hasil Pukulan Jarak Jauh ( Long Stroke) Pada Cabang Olahraga Woodball.
Jurnal Terapan Ilmu Keolahragaa.1(1), 50-54.

Schmid, A., & Peper, E. (1993). Training strategies for concentration. In J. M. Williams (Ed.),
Applied sport psychology : personal growth to peak performance (2nd ed.) ,262-
273.

Sudesh Bhardwa, Nandalal Singh & Rathee. (2014). A Qualitative Study Of Mental
Perseverance And Mental Concentration Among Elite And Sub-Elite Wrestlers.
European Scientific Journal, 10 (8), 202-209.

Weinberg, R. S., & Gould, D. (1995). Foundation of sport and exercise psychology. Campaihn,
IL: Human Kinetics.
Whitehead, J. (2012). Motivation and sport persistence. Report the National Coaching
Foundation, Leeds.

27
11.0 LAMPIRAN

28