Anda di halaman 1dari 11

ASSIGNMENT/ TUGASAN

_____________________________________________________________________

HBHE2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
SEMESTER MEI 2019

NO. MATRIKULASI : 880808525386001


NO. KAD PENGNEALAN : 880808525386
NO. TELEFON : 0109765168
E-MEL : thamieping@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Sibu Learning Centre


Isi Kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Punca Pencemaran alam sekitar dan tindakan mengatasinya


2.1Punca Pencemaran Alam Sekitar
2.2 Tindakan yang diambil

3.0 Kesan pencemaran alam sekitar kepada flora dan fauna

4.0 Aktiviti untuk menangani masalah Pencemaran Alam Sekitar

5.0 Brosur Penjagaan alam sekitar

6.0 kesimpulan

Rujukan
1.0 Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan
sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak
diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya
akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan.

Akibatnya bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi
generasi masa depan akan mewarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu,
timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin
merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam
menangani isu dan masalah tersebut.

Isu pencemaran alam sekitar merupakan masalah yang menjadi liputan utama akhbar
masa kini dan ianya semakin serius sejak akjhir-akhir ini. Banyak punca atau
penyebab kedapa perkara ini yang antara lain disebabkan pembangunan yang tidak
terkawal dan pertambahan pendudukan yang tinggi terutamanya di bandar besar yang
menyebabkan semakin banyak sumber yang diperlukan untuk hasil pengeluaran
bagi menampung kehidupan dan penggunaan penduduk.

Ramai orang pada masa kini sedar akan kemerosotan alam sekitar. Kemerosotan alam
sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Di antara perkara
yang diberi perhatian termasuklah situasi pencemaran di bandar-bandar besar,
kesesakan lalu lintas, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah
tanih.

2.0 Punca Pencemaran alam sekitar dan tindakan mengatasinya

2.1Punca Pencemaran Alam Sekitar

1.Aktiviti Pembangunan Dan Perindustrian

Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang


menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik.
Namun,ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan
nitrogen,sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan
sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Selain itu, bukan sahaja gas pencemar
dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak
nafas juga dilepaskasa

2.Kenderaan Motor

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat


moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta,motor, lori,
kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang
banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk
menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan
habuk-habuk terhasil
3.Pembakaran Terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal
di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta
pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke
jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling
tempat. Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana
ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan
awam

4.Aktiviti Harian Manusia

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk
mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair
penyejuk digunakan, gas “lorofluorokarbon CFC” akan dilepaskan ke udara dan ia
mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti
penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara

5.Pembuangan sampah yang tidak terkawal

Pembuangan sampah secara sesuka hati dan tidak memenuhi syarat, (illegal dumping)
merupakan antara punca yang mengakibatkan masalah pencemaran tanah. Apabila
masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut akan menjadi habitat bagi
pelbagai mikroorganisma yang terdiri daripada bakteria dan virus yang menyebabkan
pelbagai jenis penyakit.

Kualiti air tanah pula akan berkurang disebabkan bahan cemar dari sampah.
Penurunan kualiti air tanah dapat diperhati melalui perubahan fizikal seperti bau,
warna, rasa dan kemunculan lapisan minyak. PVC (polyvinyl chloride) yang lebih
dikenali sebagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat
mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air. Tambahan pula plastik adalah hasil
ciptaan manusia yang tidak melalui proses biodegradasi. Ia tidak akan terurai secara
semulajadi walaupun selepas berjuta-juta tahun.

6. Pembuangan sisa toksik dan nuklear

Antara bahan buangan yang dihasilkan daripada kilang-kilang termasuklah minyak,


sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Pencemaran tetap akan berlaku walaupun bahan
buangan tersebut ditanam di dalam tanah. Hal ini disebabkan oleh logam berat iaitu
litium, berilium, merkuri dan sebagainya.

Selain itu, hidrokarbon petrolium, sianida dan arsenic, bahan partikel seperti PVC dan
polimer turut menjurus kepada pencemaran tanah dan air bawah tanah. Partikel-
partikel berbahaya akan meresap masuk ke dalam tanah sekiranya bercampur dengan
air seperti air hujan. Sekiranya tindak balas kimia berlaku, ia akan menyebabkan
keadaan menjadi lebih teruk.
7. Kegiatan Perlombongan

Kegiatan perlombongan berskala kecil juga boleh menyebabkan masalah pemendapan


yang teruk di bahagian hilir lalu menyebabkan saliran lombong berasid. Kegiatan
perlombongan seperti emas, perlombongan pasir dan penebus-guna tanah serta
pembangunan-pembangunan lain di sepanjang pantai meningkatkan ancaman
terhadap ekologi hidupan akuatik.

Air masih berada dalam kategori tercemar sekiranya pH air tidak berada pada paras
neutral, iaitu pada pH-7. Keseimbangan ekosistem akan terancam sekiranya habitat
kehidupan akuatik sudah dicemari oleh sisa-sisa dan lapisan minyak. Hal ini akan
menyebabkan kekurangan sumber protein seperti ikan.

8. Pembalakan

Aktiviti pembalakan yang tidak terancang juga dapat menyebabkan pencemaran tanah.
Kawasan hutan sering ditebang untuk memperoleh hasil balak dan kayu yang dapat
membawa keuntungan. Namun begitu, sekiranya aktivit penebangan hutan ini tidak
diatur dengan rapi, ia akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Hal ini
disebabkan oleh ketiadaan akar pokok untuk mencengkam tanah. Kesannya, tanah
runtuh akan berlaku dan nyawa haiwan serta penduduk yang tinggal berhampiran
dengan kawasan itu akan terancam.

2.2 Tindakan yang diambil

Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada
oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan
bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan
oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah
tersebut.

1. Menghijaukan Kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat


mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida
dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui
proses fotosintesisnya.

2. Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum

Dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah


ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga
dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

3. Program Kitar Semula – Pencemaran Alam Sekitar

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar
taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang
yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Di antara barang yang
boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak
kertas.Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru

4. Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah
dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai
dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan
datang.

5. Tindakan Undang-Undang

Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah
pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah
membuat pencemaran alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada
untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah
setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam.

6. Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada
murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang
menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu
digubal agar pendedahan yang sistematik dapatd ilaksanakan. Kurikulum ini boleh
diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran
khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan.

7. Mendedahkan pendidikan alam sekitar

Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang dapat dilaksanakan untuk
mengatasi masalah pencemaran tanah. Ia dapat membentuk sikap positif dalam diri
dan menjadikan seseorang itu lebih memahami perihal pencemaran alam sekitar.
Dengan adanya ilmu pengetahuan yang mendalam tentang pencemaran alam sekitar
termasuk punca dan akibat hasil pencemaran yang berlaku seperti pencemaran tanah,
seseorang individu akan lebih menghargai alam sekitar.

8. Kempen Kesedaran

Kempen kesedaran merupakan salah satu inisiatif yang dapat diambil bagi
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Antara kempen-kempen alam
sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kempen Cintailah Sungai Kita, Kitar Semula,
dan Sahabat Alam. Dalam kempen ini peserta akan diajar tentang kepentingan
menjaga alam sekitar dan sebagainya.

9. Peranan Media Massa


Media massa memainkan peranan penting dalam menangani isu pencemaran tanah.
Umum mengetahui bahawa pada era serba moden ini, media masa mudah untuk
mempengaruhi dan membentuk cara pemikiran pengguna. Dengan itu, pendedahan
dan penyebaran tentang isu pencemaran alam oleh media massa kepada masyarakat
umum akan menyebabkan mereka lebih berhati-hati dalam menangani masalah
pencemaran.

3.0 Kesan pencemaran alam sekitar kepada flora dan fauna

Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan


menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman
ke tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika
dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya
diserang penyakit yang serius. Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada
manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang
mudah berjangkit.

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan.Hakisan tanah adalah salah satu
fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia.Ia bukan sahaja merugikan dari
sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa
manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-
negara yang sedang diancam hakisan tanah. Contohnya negara Jepun yang sering
berlaku gempa bumi akibatnya ramai manusia kehilangan harta benda..Antara
aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan
pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan
tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat. Selain itu,
pembinaan rumah-rumah di tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh
apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang tinggal di tengah-tengah bukit dan
di kaki bukit akan tergugat.

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-
pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk terhadap
kesihatan manusia dan hidupan-hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik
dan nulear akan menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak sesuai untuk didiami
oleh manusia dan haiwan. Contoh letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia.
Kesannya dapat dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati
akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitar tersebut
telah dipindahkan ke tempat lain.

4.0 Aktiviti untuk menangani masalah Pencemaran Alam Sekitar

A.Pameran Kesedaran Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan
isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-
tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu
alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat
untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster
dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid
yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini
boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam
sekitar.

B.Kempen "Sayangilah Bumi Kita"

Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat
dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah
kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.
Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-
pesertanya.
Dalam kempen-kempen ini, murid - murid akan diajar tentang pentingnya menjaga
alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan
pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula
dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar
semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.
Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok
bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga
akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat
,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting
untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah
hijau.

Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan


kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada
penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

C. Pertandingan Pencinta Alam Sekitar

Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan


pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan
mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam
proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan
mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa
kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang
berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada
peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain
pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga
dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

D Pendedahan Ilmu melalui "Frog"


Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan melalui "frog"
tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani
masalah pencemaran. Setakat ini, yang paling banyak membuat pendedahan tentang
isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Cikgu digalakkan menggunakan
"frog" untuk mendedahkan ilmu mencinta alam sekitar , supaya murid dapat
mendapat pengetahuan melalui kaedah ini.

5.0 Brosur Penjagaan alam sekitar


6.0 kesimpulan

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut


pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil
pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang
semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik
pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan
haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam
sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal
alam sekitar daripada terus tercemar.

Rujukan:

1. https://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/langkah-langkah-untuk-menjaga-alam.html

2. https://umi-nazihah.blogspot.com/2010/08/flora-dan-fauna.html

3.https://geogtingsatu.blogspot.com/2012/12/unit-15-kesan-kesan-kegiatan-
manusia.html

4. https://id.wikipedia.org/wiki/Pencinta_Alam

Anda mungkin juga menyukai