Anda di halaman 1dari 2

-agensi khas yang akan menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan

-pasangan yang baru berkahwin mengikuti kursus keibubapaan


-menyediakan tempat tinggal yang selesa bagi golongan berpendapatan rendah

Keluarga terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik. Keluarga memainkan peranan yang besar
dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Cara-cara sesebuah keluarga mendidik dan
membesarkan anaklah yang menentukan keperibadian anaknya suatu hari nanti. Ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam membesarkan anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa
haruslah menyediakan tempat tinggal untuk anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa haruslah
menghantar anak-anak ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan dan mengajar adab, tingkah laku
serta etika kepada anak-anak mereka. Seterusnya, keperluan asas seperti makanan dan minuman
juga wajib disediakan oleh ibu bapa. Setiap perkara tersebut merupakan keperluan asas anak-anak.

Namun, mengapakah gejala sosial seperti merokok, menghisap dadah dan melepak semakin
berleluasa pada zaman globalisasi ini? Apakah sebab-sebab berlakunya masalah ini? Ramai pihak
yang berpendapat bahawa gejala sosial ini berpunca daripada kelemahan institusi keluarga. Ibu bapa
kurang meluangkan masa bersama keluarga mereka kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka.
Hal ini menyebabkan anak-anak berasa sedih dan pilu kerana kurang kasih sayang daripada
keluarga. Perkara ini mendorong mereka untuk terjebak dengan gejala sosial bagi melepaskan stres
dan tekanan.

Terdapat beberapa usaha-usaha yang dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
mengukuhkan institusi keluarga. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen kesedaran tentang
peri pentingnya institusi keluarga. Sebagai contoh, kempen ini akan mendidik ibu bapa untuk sering
meluangkan masa bersama anak-anak agar anak-anak akan berasa lebih disayangi. Oleh itu,
masalah gejala sosial dalam negara dapat dikurangkan. Tambahan pula, ibu bapa akan diajar tentang
cara-cara untuk melahirkan keluarga yang lebih sempurna dan sihat. Maka, kempen kesedaran
haruslah sering dijalankan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang peri pentingnya kasih
sayang dalam institusi keluarga.

Selain itu, kerajaan seharusnya menggubal satu perundangan baru yang dapat meningkatkan
lagi keutuhan institusi keluarga. Sekiranya undang-undang di negara lebih ketat, rakyat akan lebih
takut untuk mengendahkan keluarga mereka. Sebagai contoh, kewujudan akta yang lebih
menyeluruh dan mampu menangani kes-kes seperti penceraian, penderaan anak dan isteri mampu
memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang lebih sihat. Masyarakat akan lebih
berhati-hati sebelum mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar peruntukan
perundangan yang ketat boleh memberi impak kepada diri mereka sekiranya dilakukan tanpa
berfikir terlebih dahulu. Maka, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu
menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini.

Seterusnya, kerajaan seharusnya mewujudkan sebuah agensi khas yang akan menguruskan
semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan. Agensi agensi ini akan memberi khidmat nasihat dan
sebagainya. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang bersesuaian dengan perancangan
kerajaan setelah mengadakan kajian mengenai keadaan keluarga di negara ini. Sebagai contoh,
sekiranya sesebuah keluarga mempunyai masalah dengan keluarga mereka, agensi khas ini dapat
membantu keluarga tersebut dengan memberikan nasihat yang sewajarnya. Jelaslah, pewujudan
agensi khas dapat menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan.
Kesimpulannya, kerajaan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan institusi
kekeluargaan yang bahagia di negara kita. Namun, setiap pihak haruslah bekerjasama dengan pihak
kerajaan agar masalah gejala sosial dalam kalangan anak mereka dapat dikurangkan. Bak kata
pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Anda mungkin juga menyukai