Anda di halaman 1dari 11

TEORI HOLLAND

Teori tipologi ini menerangkan bagaimana individu membuat pemilihan kerjayanya serta

menerangkan kepuasan kerja dan pencapaian vakasional. Menurut Holland (1992),

menerangkan individu boleh berfungsi dengan baik dan mendapat kepuasan kerja dalam

persekitaran kerja yang bersesuaian dengan personaliti mereka.

Selain itu, Holland membentuk satu model heksagon yang berfungsi untuk

menerangkan konsep utama iaitu konsistensi, perbezaan identiti dan bersifat kongruen. Teori

ini adalah berdasarkan beberapa andaian iaitu individu akan memilih kerjaya yang

mencerminkan personaliti diri. Oleh kerana individu tertarik dengan pekerjaan tertentu, maka

persekitarannya akan mencerminkan personalitinya.

Holland membahagikan jenis personaliti dan persekitaran kerja kepada enam jenis iaitu

realistik, investigatif, artistik, sosial, enterprising dan konvensional. Semakin kongruen atau

hampir padanan antara personaliti diri dengan persekitaran kerja, maka semakin tinggi

kepuasan kerja. Namun begitu, seseorang individu mungkin memiliki tiga jenis personaliti

(Holland, 1992). Teori ini mempunyai hubungan tipologi antara jenis personaliti dan

persekitaran yang baik.

Di samping itu, teori ini juga dikategorikan sebagai teori pendekatan tret dan juga teori

perkembangan kerjaya berasaskan jenis personaliti. Menurut Brown ( 2012), teori ini antara

teori yang paling berpengaruh di antara teori perkembangan kerjaya yang ada.

Seterusnya, berdasarkan teori ini terdapat instrumen atau inventori yang terbentuk, iaitu

Self-Directed Search ( Holland, 1994) dan Find Your Interest (Department Of Defense (Dod)

yang digunakan oleh Jabatan Pertahanan bersama Armed Services Vacational Aptitude Battery.
Pemilihan kerjaya yang selaras dengan personaliti akan meningkatkan tahap kepuasan

bekerja sejurus akan mengelakkan daripada berlakunya ketidakpuasan kerja dan seterusnya

akan berlaku pertukaran kerjaya. Holland juga menegaskan bahawa apabila wujud pemadanan

antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran, individu dikatakan memiliki kerjaya yang

selaras atau sesuai. Keselarasan ini akan dipamerkan melalui kesungguhan dan keterampilan

individu dalam kerjayanya.

Teori tipologi Holland menggambarkan tingkah laku vokasional seseorang dapat

dijelaskan melalui interaksi personaliti- persekitaran (Holland, 1985; 1997). Tingkah laku ini

mempunyai kaitan dengan interaksi antara enam jenis personaliti (realistik, investigatif,

artistik, sosial, enterprising dan konvensional) dengan persekitaran kerja yang dikatakan

memiliki jenis yang sama. Justeru itu, seseorang individu dikatakan akan berusaha mencari

persekitaran kerja yang sesuai atau selaras dengan personalitinya kerana persekitaran tersebut

menyediakan peluang untuknya menggunakan kemahiran, menunjukkan kebolehan serta

menampilkan nilai yang dipegang. Maka individu ini akan menunjukkan motivasi, kepuasan,

pencapaian, produktif dan akan kekal lama dalam perkerjaanya (Holland, 1985; 1997).
HUBUNGAN ANTARA PERSEKITARAN PEKERJAAN DENGAN JENIS

PERSONALITI

Holland amat mementingkan hubungan antara personaliti seseorang dengan persekitaran.

Dengan memahami personaliti, keupayaan, kemahiran yang dimiliki dan kelayakan adalah

penting dalam membuat pilihan kerjaya bagi seseorang. Justeru, perbincangan di bawah

menerangkan hubungan persekitaran dengan jenis personaliti serta kelakuan individu semasa

sesi kaunseling dijalankan.

 Realistik (R)

o Persekitaran realistik:

Tuntutan fizikal seperti persekitaran yang menggunakan perkakasan, mesin atau

binatang yang dimanipulasikan oleh inidividu. Dalam sesuatu keadaan

persekitaran, perlu kecekapan teknikal seperti memasang mesin, membaiki

peralatan elektronik, memandu kereta atau trak. Lebih berkemampuan berkerja

dengan alatan berbanding berinteraksi dengan manusia.

o Jenis Personaliti Realistik:

Individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Suka bekerja

dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang. Lebih suka bekerja di

luar bangunan dari di dalam bangunan. Mereka menghargai nilai mata wang,

kuasa dan juga status, sementara meletakkan sedikit nilai ke atas hubungan

sesama manusia.
o Kelakuan klien yang bersifat realistik:

Lebih suka menjangka cadangan dan nasihat yang spesifik untuk menyelesaikan

permasalahan kerjaya mereka; iaitu penyelesaian praktikal. Sesetengah klien

mungkin enggan meluahkan perasaan tentang pilihan kerjaya mereka dan lebih

suka untuk berpindah terus kepada jawapan untuk permasalahan dalam memilih

kerjaya. Mereka sesuai untuk berbincang tentang perkara yang telah mereka

lakukan yang mana menunjukkan kepakaran dalam menggunakan peralatan.

 Investigatif (I)

o Persekitaran investigatif:

Individu yang minat menyelesaikan masalah dan cekap dalam matematikal dan

saintifik. Dalam sesetengah keadaan, mereka menggunakan pemikiran yang

abstrak dan kompleks untuk menyelesaikan permasalahan secara kreatif.

Memiliki sifat ingin tahu dan pemikiran sistematikal dan logik semasa

menyelesaikan masalah. Skop kerja ini menuntut untuk menggunakan intelek

mereka dan bekerja secara bebas dalam menyelesaikan masalah mereka.

o Jenis Personaliti Investigatif:

Mereka gembira terlibat dalam persoalan atau teka- teki yang sukar dijawab dan

cabaran yang memerlukan penggunaan intelek. Individu dalam bidang ini

terlibat dalam pebelajaran dan mereka yakin dengan kemampuan mereka untuk

menyelesaikan masalah matematikal dan saintifik. Mereka gemar mrmbaca

tentang sains dan perbincangan isu- isu saintifik. Mereka cenderung bekerja
tanpa bergantung pada orang lain dalam menyelesaikan masalah- masalah

seperti persoalan matematikal ataupun saintifik.

o Kelakuan klien bersifat investigatif:

Cenderung untuk terlibat dalam cabaran mencari jawapan bagi soalan yang

tidak dijawab. Apabila mereka datang untuk menyelesaikan masalah kerja,

mereka mungkin ingin menyelasaikan bersendirian dan mendekati

permasalahan tersebut secara rasional berbanding melalui pandangan yang

emosional. Selain itu, apabila mereka menjadikan masalah itu sendiri sebagai

cabaran, mereka akan rasa lebih baik jika mereka melihat kaunselor sebagai

rakan penyiasat mereka berbanding seorang pakar yang bertanya kepada

mereka apa yang mereka perlu lakukan.

 Artistik (A)

o Persekitaran artistik:

Jenis yang bebas dan terbuka, menggalakkan kreativiti dan pernyataan peribadi

serta menawarkan kebebasan dalam mengembangkan produk dan jawapan-

jawapan. Selain itu, persekitaran kerja ini menggalakkan pengucapan peribadi

dan emosi berbanding pengucapan yang logikal. Sekiranya peralatan

digunakan, ia digunakan untuk meluahkan tentang diri seseorang.


o Jenis Personaliti Artistik:

Meluahkan tentang diri mereka dalam keadaan bebas dan dengan cara yang

tidak bersistematik, menggubah muzik, seni atau penulisan. Individu jenis ini

menggunakan peralatan seperti bermain biola, menyumbangkan suara mereka,

mengukir bahan mahupun mesin memproses. Keaslian dan kreativiti adalah

penting bagi personaliti artistik.

o Kelakuan klien bersifat artistik:

Klien bersifat artistik biasanya menjelaskan kepentingan sastera, muzik atau

penulisan dalam hidup mereka. Selain itu, mereka lebih suka pendekatan

kaunseling yang tidak berstruktur, bertentangan dengan sesuatu yang

menggunkan lampiran kerja dan bahan- bahan bertulis. Mereka berminat untuk

berbincang tentang pernyataan dan perkembangan produk individu artistik.

Biasanya mereka berbincang tentang pemikiran mereka sendiri dan proses

kreatif. Namun demikian, golongan ini berkemungkinan bergantung kepada

emosi dalam perbincangan isu- isu kerjaya mereka dan melihat proses memilih

sebagai sesuatu yang efektif berbanding logikal.


 Sosial (S)

o Persekitaran sosial:

Persekitaran yang menggalakkan individu untuk menjadi fleksibel dan

memahami antara satu sama lain di mana manusia boleh bekerja dengan orang

lain melalui sikap bantu- membantu secara peribadi atau masalah- masalah

kerjaya, memberi tunjuk ajar kepada orang lain, mempengaruhi orang lain

secara spiritual dan menjadi tanggungjawab sosial. Selain itu, menekankan

nilai- nilai kemanusiaan seperti idealisme, kebaikan hati, persahabatan dan juga

kemurahan hati.

o Jenis Personaliti Sosial:

Suka membantu individu lain melalui khidmat memberi tunjuk ajar, menolong

secara peribadi atau masalah vokasional, atau menyediakan khidmat peribadi.

Individu golongan ini juga bersifat sosial tertarik untuk menyelesaikan masalah

melalui perbincangan dan kerja berkumpulan berbanding melalui delegasi.

Seterusnya, sifat suka berucap dan menyelesaikan masalah kompleks yang

mungkin beretika atau idealitik pada fitrahnya, mereka biasanya memilih untuk

mengelak daripada bekerja dengan peralatan jentera. Mereka mencari

persekitaran di mana mereka boleh menggunakan kemahiran sosial dan lisan

seperti dalam pendidikan, kebajikan dan juga kemahiran mental.


o Kelakuan klien bersifat sosial:

Semasa sesi kaunseling dijalankan, individu ini tertarik untuk menyatakan ideal

mereka, keinginan untuk menolong orang lain melalui agama, politik mahupun

khidmat sosial. Kebiasaannya, mereka mengutamakan kesenangan orang lain,

mereka lebih memberi perhatian dengan menyumbang kepada dunia yang lebih

baru berbanding pencapaian ekonomi mereka. Apabila berinteraksi dengan

kaunselor mereka mungkin tertarik dengan kerjaya kaunseling. Namun, kerana

mungkin mereka banyak berkomunikasi dalam sesi, akan menganggu kaunselor

untuk membantu mereka dan rakan-rakan lain dalam kumpulan kerjaya.

 Enterprising (E)

o Persekitaran enterprising:

Suasana di mana seseorang yang mengurus dan memujuk orang lain bagi

mencapai sesuatu matlamat dalam sesebuah organisasi ataupun peribadi. Dalam

keadaan ini, faktor kewangan dan isu ekonomi menjadi kepentingan utama dan

risiko tidak akan diambil kira bagi mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh,

individu yang sentiasa cenderung untuk berkeyakinan diri, suka bergaul dan

tegas. Ia adalah persekitaran di mana kenaikan pangkat dan kuasa adalah

penting dan pujukan serta penjualan sebagai fokus utama.

o Jenis Personaliti Enterprising:

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka

mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus

individu lain. Mereka juga pandai dan mahir memanipulasi orang lain.
Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan

keuntungan ekonomi.

o Kelakuan klien bersifat enterprising:

Mereka kelihatan lebih yakin daripada apa yang mereka rasa. Sebahagian

mereka mungkin agak terbuka tentang matlamat mereka untuk mencapai

kekayaan, namun sesetangah daripada mereka keberatan untuk mengaku

matlamat kerana mereka melihat dari segi sosial yang tidak sesuai. Justeru itu,

mereka boleh berbincang dengan kaunselor dan bersedia untuk bercakap

tentang kejayaan lepas.

 Konvensional

o Persekitaran konvensional:

Suasana yang berbentuk organisasi dan perancangan. Kebanyakannya seperti

persekitaran pejabat, kerja rekod, kertas fail, bahan- bahan salinan dan

menguruskan laporan.

Bagi bahan bertulis pula, seperti simpan kira dan rekod- rekod perakaunan.

Pemprosesan perkataan, mengira dan mesin- mesin salinan adalah jenis

peralatan yang didapati dalam satu persekitaran konvensional. Kemahiran yang

dituntut adalah kemahiran perkeranian.

o Jenis Personaliti Konvensional:

Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka mempunyai

kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan


kemahiran dalam mengguna nombor. Mereka selalunya melakukan sesuatu

secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan dan peraturan. Mereka juga

lebih gemar dalam mengawal keadaan dan bukannya mengurus sesuatu

permintaan yang samar.

o Kelakuan klien bersifat konvensional:

Mereka lebih suka menonjolkan diri mereka sebagai organisasi, masih bebas

pada orang lain untuk sesuatu tujuan. Mereka sukar dalam keterbukaan untuk

melakukan pemeriksaan terhadap pekerjaan baru atau cabang- cabang kerjaya

dalam diri mereka sendiri. Bagaimanapun, mereka sentiasa bangga dengan

kemampuan dan keupayaan mereka dalam aktiviti- aktiviti luar kurikulum dan

aktiviti perniagaan di dalam sebuah organisasi sekolah tinggi.

Anda mungkin juga menyukai