Anda di halaman 1dari 4

1. Carta Nama Not, Jenis-jenis Not, Simbol Not dan Nilai Not.

Meter / Tandamasa dan Garis Bar.

Baluk.

Baluk terdiri dari lima garis selari dan empat ruang yang digunakan untuk menulis not-not muzik.

Garisan-garisan dan ruang dikira dari bawah ke atas. Garisan paling bawah dipanggil garisan pertama, begitu juga dengan
ruang yang paling bawah disebut sebagai ruang yang pertama. Not-not muzik ditulis pada garis dan ruang.
Klef

Klef ialah satu tanda muzik yang ditulis pada awal setiap baluk. Klef menentukan not-not pada baluk mempunyai nama
(A,B,C,D,E,F,G).

Klef Treble

Klef ditulis pada awal baluk.

Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel

• Not-not pada Ruang.

• Not-not pada Garisan

• Not-not pada Ruang dan Garisan

Klef Bes (Bass)

Klef ditulis pada awal baluk.


• Klef bass menetapkan garis ke 2 dari atas sebagai garis F

KONSEP MUZIK.

1) IRAMA

Merangkumi faktor detik,meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo. Irama terbentuk
daripada susunan bunyi.

2) MELODI

Adalah turutan pic yang disusun samada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri
daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah
apabila pic dan not berubah.
3) HARMONI

Adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang berbunyi serentak. Ini
melibatkan kauter melodi yang terlibat daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord,
dron dan ostinato. Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen
muzik ini boleh terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-segmen muzik ini boleh diulang dan
dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik.

4) WARNA TON.

Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara,
sama ada bunyi berat atau bunyi ringan. Contoh : i) Dram bes – bunyi berat ii) Kastanet – bunyi ringan

5) EKSPRESI

Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu
atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik
apabila muzik diperdengarkan.

6) MUD

Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan
ketika karya muzik dipersembahkan. Mud lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan
sebagainya.

7) DINAMIK

Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu,
dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut ( > ) dan beransur
kuat ( < )

8) TEKSTUR

Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh
jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah
gubahan.

Bahasa Isyarat SOLFA Tepukan Irama Sukukata


Alat-alat muzik Nobat Alat-alat muzik Gamelan

Jenis-jenis Rekoder Penjarian Rekoder

Alat Muzik Negara


Mvet Afrika
Changgo Korea
Sho Japan
Alphorn Switzerland

Anda mungkin juga menyukai