Anda di halaman 1dari 42

PERTUBUHAN KEBAJIKAN AN-NAJIYAH SABAH

“Solatlah Kamu Sebagaimana Kamu Melihatku Solat.”


[HR. Al-Bukhari]

Disusun Oleh: Mohd Safwan Bin Mohd Rusydi


10/11/2019
13 Rabi’ul Awwal 1441
1. WASIAT IMAM SYAFIE AGAR BERPEGANG DENGAN SUNNAH
YANG SAHIH
Berikut adalah antara ucapan-ucapan Imam Syafie rahimhullah menerangkan
agar berpegang teguh dengan sunnah Nabi sallallahu „alaihi wasallam yang
sahih.

Imam Syafie r.h berkata:

‫أحمع املعلمىن على أن مً اظدبان له ظىت عً سظىى هللا ملسو هيلع هللا ىلص لم ًحل له أن ًذعها لقىى‬
.‫أحذ‬
“Seluruh kaum muslimin telah bersepakat bahawa orang yang secara jelas telah
mengetahui suatu hadis dari Rasulullah tidak halal meninggalkannya demi
mengikuti pendapat seseorang.” (Al-Filani, hal 68).

.‫إرا وحذجم في لخابي خالؾ ظىت سظىى هللا ملسو هيلع هللا ىلص ؿقىلىا بعىت سظىى هللا ملسو هيلع هللا ىلص ودعىا ما قلذ‬
.‫ ؿاجبعىها وال جلخـخىا إلى قىى أحذ‬:‫وفي سواًت‬
“Jika kamu menemui dalam kitabku sesuatu yang bertentangan dengan hadis
Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam maka hendaklah kamu berkata dengan
sunnah Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam dan tinggalkanlah pendapatku itu.”
Dan dalam riwayat yang lain: “Maka kamu mengikutinya dan janganlah kamu
berpaling kepada pendapat seseorang.” (An-Nawawi dalam Al-Majmu‟, 1/63)

.‫إرا صح الحذًث ؿهى مزهبي‬


“Sekiranya sahih hadis tersebut, maka itulah mazhabku.” (An-Nawawi 1/63)

‫مل معألت صح ؿيها الخبر عً سظىى هللا ملسو هيلع هللا ىلص عىذ أهل الىقل بخالؾ ما قلذ ؿأها ساحع‬
‫عنها في حياحي وبعذ مىحي‬
“Setiap masalah sahihnya hadis dari Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam
menurut ahli hadis itu bertentangan dengan apa yang aku katakan, pasti aku akan
menariknya semula sama ada semasa hidupku mahupun setelah kewafatanku.”
(Abu Nu‟aim dalam Al-Hilyah 9/107)

.‫إرا سأًخمىوي أقىى قىال وقذ صح عً الىبي ملسو هيلع هللا ىلص خالؿه ؿاعلمىا أن عقلي قذ رهب‬
1
“Apabila kamu menetahui aku mengatakan suatu pendapat yang menyalahi hadis
Nabi sallallahu „alaihi wasallam yang sahih, ketahuilah bahawa akalku telah
hilang.” (Ibn „Asakir dengan sanad yang sahih, 15/10/1)

.‫مل ما قلذ ؿهان عً الىبي ملسو هيلع هللا ىلص خالؾ قىلي مما ًصح ؿحذًث الىبي أولى ؿال جقلذووي‬
“Setiap perkataanku apabila bertentangan dengan riwayat yang sahih dari Nabi,
maka hadis Nabi lebih utama dan jangan bertaqlid kepadaku.” (Ibn „Asakir
dengan sanad yang sahih, 15/9/2)

.‫مل حذًث عً الىبي ملسو هيلع هللا ىلص ؿهى قىلي وإن لم حعمعىه مني‬
“Setiap hadis yang datang dari Nabi sallallahu „alaihi wasallam maka ia adalah
pendapatku walaupun kamu tidak mendengarnya sendiri dariku.” (Ibn Abi
Hatim, 93-94)

2
2. TATACARA WUDUK DAN TAYAMMUM
Wuduk ialah perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu beserta
dengan niat. Manakala tayammum ialah menyampaikan tanah yang suci ke muka
dan kedua tangan dengan niat dan cara tertentu (Kitab Fekah Mazhab Syafie,
1/110).

Allah SWT berfirman:


‫وى ُك ْم َوأَيْ ِديَ ُك ْم إِ ََل ال َْم َرافِ ِق َو ْام َس ُُوا‬ ِ ِ َّ ‫َي أَيُّها الَّ ِذين آمنُوا إِ َذا قُمتُم إِ ََل‬
َ ‫الص ََلة فَا ْغسلُوا ُو ُج‬ ْ ْ َ َ َ َ
‫ضى أ َْو َعلَى َس َف ٍر أ َْو‬ َ ‫ْي َوإِ ْن ُك ْن تُ ْم ُجنُ بًا فَاطَّ َّه ُروا َوإِ ْن ُك ْن تُ ْم َم ْر‬ ِ ‫بِرء‬
ِ ْ َ‫وس ُك ْم َوأ َْر ُجلَ ُك ْم إِ ََل الْ َك ْعب‬ ُُ
‫ص ِعي ًدا طَيِّبًا فَ ْام َس ُُوا‬
َ ‫اء فَ تَ يَ َّم ُموا‬ ‫م‬ ‫وا‬ ‫د‬ َِ ‫َح ٌد ِم ْن ُك ْم ِمن الْغَائِ ِط أ َْو ََل َم ْستُم النِّساء فَ لَ ْم‬
‫َت‬ َ ‫اء أ‬
ً َ ُ ََ ُ َ َ ‫َج‬
ِ ِ
ُ‫بِ ُو ُجوى ُك ْم َوأَيْ ِدي ُك ْم م ْنو‬
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat,
maka basuhlah muka dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan
(basuhlah) kakimu hingga kedua buku lali. Dan jika kamu sakit atau dalam
perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan lalu
kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik
(bersih) dan sapulah muka dan tanganmu dengan tanah itu.” (Al-Maidah, ayat 6).

Menerusi dalil di atas maka fardu wuduk ada enam perkara iaitu niat, membasuh
muka, membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku, menyapu kepala, membasuh
kedua-dua kaki hingga ke buku lali dan tertib. (Ibid 1/64).

(1) Rukun Wuduk

1. Niat

2. Membasuh seluruh muka.

Sempadan muka bermula daripada tempat tumbuh rambut bahagian atas hingga
bahagian paling bawah dagu kemudian daripada telinga hingga ke telinga. (Ibid
1/65).
3
3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku.

Wajib meratakan basuhan ke semua bulu dan juga kulit. Sekiranya terdapat
cincin yang menghalang daripada sampai air maka wuduk tidak sah. (Ibid 1/66).

4. Menyapu sebahagian daripada kepala walaupun sehelai rambut selama ia


berada dalam sempadan kepala.

Al-Mughirah bin Syu'bah meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu „alaihi


wasallam telah berwuduk dan baginda menyapu ubun-ubunnya dan menyapu di
atas kain serban di atas kepalanya (Muslim no 274).

5. Membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali.

6. Tertib.

Imam Nawawi r.h menjelaskan dalam kitabnya Al-Majmu' 1/484:

Berkenaan dengan sifat wuduk Nabi sallallahu „alaihi wasallam para ahli hadis
telah berhujah dengan hadis-hadis sahih yang diambil daripada kumpulan-
kumpulan para sahabat yang meriwayatkannya. Para sahabat telah
mensifatkannya secara tertib. Ini dalam keadaan mereka ramai dan berada di
tempat yang berlainan ketika meriwayatkannya serta terdapat banyak perbezaan
dalam menyebut sifat-sifat wuduk baginda pada masalah bilangan Rasulullah
sallallahu „alaihi wasallam membasuh atau menyapu iaitu satu kali, dua kali, tiga
kali dan lain-lain lagi. Walaupun terdapat perbezaan dalam periwayatan tersebut,
tetapi tidak tsabit dalam hadis tersebut sifat tidak tertib.

(2) Sunnat-Sunnat Wuduk

1. Tasmiyah/Basmalah

Diriwayatkan daripada Anas r.a beliau berkata: Baginda meletakkan tangannya


ke dalam bekas yang berisi air seraya bersabda: “Berwuduklah kamu dengan
4
nama Allah.” Kata Anas: Aku melihat air terpancar keluar daripada celah-celah
jari Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam sehingga mereka semua dapat
berwuduk dengan air tersebut dan bilangan mereka lebih daripada 70 orang. (HR.
An-Nasai 1/61).

2. Membasuh dua tapak tangan sebanyak 3 kali sebelum dimasukkan ke dalam


bekas air.

Daripada Abdullah bin Zaid r.a, dia menunjukkan kepada orang yang bertanya
tentang wuduk Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam. Dia menuangkan air
daripada bekas air di atas tangannya sebanyak 3 kali kemudian memasukkannya
ke dalam bekas untuk berwuduk… (HR. Bukhari no 2183 dan Muslim no 235).

3. Bersiwak menggunakan sugi.


ُ ُ ّ ُ َْ َ ّ ْ ُ ُ ْ َ َ َ َّ ُ َ َ َّ ُ َ ْ َ َ ْ َ
‫ىء‬
ٍ ‫اك ِعىذ م ِل وض‬
ِ ‫العى‬ ِ ‫لىال أن أؼق على أم ِتي َلمشتهم ِب‬
“Kalaulah tidak kerana bimbang akan membebankan umatku, nescaya aku
perintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali berwuduk.” (HR. Bukhari
no: 847 dan Muslim no: 252).

4. Berkumur-kumur (Madmadhah)

Abdullah bin Zaid menyebutkan: “Lalu baginda berkumur-kumur...”

5. Memasukkan air ke dalam hidung (Istinsyaq) dengan tangan kanan dan


mengeluarkannya (Istintsar) dengan tangan kiri.

“...dan memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya dan perbuatan tersebut


dilakukan sebanyak 3 kali.” (HR. Bukhari dan Muslim)

6. Menyelati janggut yang tebal.

Anas r.a berkata: “...Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam mengambil secebok


air dengan tapak tangan lalu baginda memasukkannya ke bawah tulang
rahangnya dan menyelati janggutnya dengan air tersebut, seraya bersabda:
5
Demikianlah Tuhanku Azzawajalla memerintahkan daku melakukannya.” (HR.
Abu Daud).

Menyelati janggut dihukumkan sebagai sunnat menurut kebanyakan fuqaha


kecuali jika terlalu tebal maka ia menjadi wajib kerana boleh menghalangi air
sampai ke kulit. Kebanyakan ahli ilmu termasuk Imam Ahmad dan Laits
mengatakan: Hukumnya wajib pada mandi (wajib) dan tidak pada wuduk.
(Pedoman Solat, Dr. Abdullah Yasin).

7. Menyapu seluruh kepala.

Abdullah bin Zaid r.a menjelaskan:


‫ زم رهب بهما على قـاه زم سدهما‬،‫ بذأ بمقذم سأظه‬:‫ ؿاقبل بهما وأدبش‬،‫ؿمسح سأظه بيذًه‬
‫حتى سحع إلى املهان الزي بذأ مىه‬
“Maka baginda menyapu kepalanya dengan dua tangannya, baginda mula
daripada bahagian hadapan kepalanya kemudian disapunya hingga ke belakang
kepalanya, kemudian baginda ulangi lagi ke tempat baginda memulainya.” (HR.
Bukhari, Muslim dan At-Tirmizi).

Bagi yang memakai serban yang menutupi seluruh kepala, maka memadai
dengan menyapu di atas serbannya sebagai gantian menyapu kepala,
sebagaimana juga diperbolehkan bagi orang yang memakai khuf menyapu di
atasnya tanpa perlu untuk menanggalkannya.

Amr bin Umaiyah berkata:

“Aku melihat Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam menyapu di atas serbannya


dan kedua-dua khufnya (kasut kulit yang menutupi dua buku lali).” (HR. Bukhari
no: 205).

Bilal r.a menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam menyapu di


atas kedua-dua khufnya dan khimarnya (penutup kepala).” (HR. Muslim no:
275).

6
Khimar juga bermaksud tudung bagi wanita. Ummu Salamah (Isteri Rasulullah
sallallahu „alaihi wasallam) pernah menyapu di atas khimarnya. (Al-Mughni,
Ibnu Munzhir 1/312).

8. Menyelati antara jari kedua-dua tangan dan kaki dengan air.

Menyelati jari-jari tangan dengan memasukkan jari kedua-duanya antara satu


sama lain. Manakala menyelati jari-jari kaki pula dengan digosok oleh jari
kelingking tangan kiri bermula dari jari kelingking kaki kanan dan berakhir pada
jari kelingking kaki kiri.

Laqit bin Sabrah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu „alaihi
wasallam tentang wuduk, lalu baginda bersabda: “Sempurnakanlah wuduk,
selatilah antara jari-jari dan berkumurlah dengan banyak (bersungguh-sungguh)
kecuali jika kamu berpuasa.” (HR. Abu Daud no: 142 dan At-Tirmizi no: 788,
beliau mensahihkannya).

Al-Mustaurid r.a berkata:


‫ جىضأ ؿخلل أصابع سحليه بخىصشه‬- ‫ ملسو هيلع هللا ىلص‬- ‫سأًذ الىبي‬
“Aku melihat Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam berwuduk. Baginda
menyelati antara jari-jari kakinya dengan jari kelingkingnya.” (HR. Ibnu Majah).

9. Menyapu kedua-dua telinga zahir dan batin (dalam dan luar) dengan air yang
baru.

Ibnu Abbas r.huma meriwayatkan:


‫ مسح بشأظه وأرهيه ظاهشهما وباطنهما‬- ‫ ملسو هيلع هللا ىلص‬- ‫أن الىبي‬
“Nabi sallallahu „alaihi wasallam telah menyapu kepalanya dan kedua telinga;
zahir dan batin.” (HR. Tirmizi no 36). Menurut riwayat An-Nasai:
‫ وظاهشهما بئبهاميه‬،‫ باطنهما باملسحخين‬،‫مسح بشأظه وأرهيه‬
“Baginda menyapu kepala dan kedua telinganya; bahagian batin telinga disapu
dengan kedua-dua jari telunjuk dan bahagian zahir dengan kedua-dua ibu jari.”
7
Abdullah bin Zaid r.a menyatakan:
‫ ؿأخز ماء َلرهيه خالؾ املاء الزي أخزه لشأظه‬،‫ ًخىضأ‬- ‫ ملسو هيلع هللا ىلص‬- ‫سأًذ الىبي‬
“Aku melihat Nabi sallallahu „alaihi wasallam berwuduk lalu baginda mengambil
air untuk menyapu kedua telinga selain daripada air yang diambil untuk menyapu
kepala.” (HR. Al-Hakim 1/151).

10. Membasuh dan menyapu semua anggota sebanyak 3 kali.

Saidina Utsman r.a berkata:


ً ً
‫؟ زم جىضأ زالزا زالزا‬- ‫ ملسو هيلع هللا ىلص‬- ‫أال أسٍنم وضىء سظىى هللا‬
“Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua cara wuduk Rasulullah sallallahu
„alaihi wasallam? Kemudian dia berwuduk tiga kali, tiga kali.” (HR. Muslim no:
230).

11. Mendahulukan kanan dari yang kiri ketika membasuh tangan dan kaki.

Daripada Abu Hurairah r.a menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu „alaihi


wasallam bersabda:
‫إرا جىضأجم ؿابذءوا بميامىنم‬
“Apabila kamu berwuduk maka mulakanlah dengan anggota kanan.” (HR. Ibn
Majah no: 405).

12. Menggosok anggota wuduk yang dibasuh.


ُ ُ ْ َ َ َ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َّ َّ َّ َ
»‫ «هنزا ًذلو‬:‫أن الى ِبي صلى هللا علي ِه وظلم جىضأ ؿجعل ًقىى‬
“Nabi sallallahu „alaihi wasallam telah berwuduk lalu baginda melakukan
demikian iaitu menggosok.” (HR. Imam Ahmad dalam Musnadnya 4/39).

13. Berturut-turut.

8
Ertinya tidak terputus ketika membasuh anggota wuduk iaitu kira-kira dalam
tempoh sebelum keting anggota pertama pada ketika dibasuh anggota kedua.
(Kitab Fekah Mazhab Syafie, 1/72).

14. Melebihkan basuhan.


َ‫اع ِم ْى ُن ْم َأ ْن ًُ ِطيل‬
َ ‫اظ َخ َط‬
ْ ً‫ َؿ َم‬،‫ضىء‬
ِ
ُ ‫الى‬
ُ َ ْ َ َّ َ ُ ًّ ُ َ َ َ ْ َ َ ْ َ ْ ُ َّ ُ َّ
ِ ‫ِإن أم ِتي ًذعىن ًىم‬
‫القيام ِت ػشا محج ِلين ِمً آز ِاس‬
ِ
َْ َ ُ
‫ػ َّشج ُه ؿل َي ْـ َعل‬
“Sesungguhnya umatku pada hari kiamat akan diseru dalam keadaan kepala,
kedua tangan dan kedua kaki mereka bercahaya kerana kesan daripada wuduk.
Oleh kerana itu, sesiapa di kalangan kamu yang boleh membasuh lebih di
bahagian kepala maka buatlah.” (HR. Bukhari no: 136 dan Muslim no 246).

Menurut riwayat Muslim:


ُ‫َؿ ْل ُيط ْل ُػ َّشَج ُه َو َج ْحج َيله‬
ِ ِ
“Maka hendaklah dia melebihkan basuhan di bahagian kepalanya, dan juga atas
daripada siku kedua-dua tangan serta atas daripada buku lali kedua-dua kaki.”

15. Bersederhana ketika menggunakan air (tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu
banyak).

Daripada Anas r.a:


‫ ًخىضأ باملذ‬- ‫ ملسو هيلع هللا ىلص‬- ‫مان الىبي‬
“Adalah Nabi sallallahu „alaihi wasallam berwuduk dengan satu cupak air.” (HR.
Bukhari no 198).

(3) Tatacara Tayammum

Allah SWT berfirman: “…Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik


(bersih) dan sapulah muka dan tanganmu dengan tanah itu.” (Al-Maidah, ayat 6).

Ulama sepakat anggota tayammum hanya dua iaitu muka dan tangan, dan ia
digunakan sebagai menggantikan wuduk dan mandi wajib namun bukan
9
bertujuan menghilangkan hadath. Oleh kerana itu, diantara perkara yang
membatalkan tayammum adalah ada air selepas ketiadaannya. (Kitab Fekah
Mazhab Syafie 1/116).

Imam Asy-Syafi‟i meriwayatkan dalam kitab induknya “Al-Umm”:


‫في الخيمم ضشبت للىحه وضشبت للنـين هنزا ًقىلىن ضشبت للىحه وضشبت لليذًً إلى‬
‫املشؿقين‬
“Dalam bertayammum itu adalah sekali pukulan untuk wajah dan sekali pukulan
untuk kedua-dua telapak tangan, yang demikian mereka berkata (maksudnya)
sekali pukulan untuk wajah dan sekali lagi pukulan untuk kedua-dua tangan
sehingga kesiku.” (Al-Umm, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 7/172)

Imam Asy-Syafi‟i berpendapat demikian kerana berhujahkan hadis berikut ini:


ْ َ َ ْ ْ َ ْ َ َ ْ ٌ َ ْ َ َ ْ َ ْ ٌ َ ْ َ َ َ ْ َ ُّ َ َّ َ
‫الخيمم ضشبخ ِان ضشبت ِللىح ِه وضشبت ِلليذً ًِ ِإلى ِاملشؿقي ِن‬
“Tayammum itu ada dua pukulan, sekali pukulan untuk wajah dan sekali lagi
untuk kedua-dua tangan hingga ke siku.” (Hadis riwayat At-Thabrani dan Al-
Hakim)

Hadis di atas ini sanadnya dha‟if jiddan (lemah sekali) kerana terdapat perawi
yang bernama Ali bin Dzabyan. Ibn Ma‟in berkata: “Pendusta lagi buruk.” Imam
Bukhari berkata: “Mungkar hadisnya.” An-Nasa‟i berkata: “Hadisnya
ditinggalkan.” Melalui jalan lain terdapat perawi yang bernama Sulaiman yang
Abu Zur‟ah berkata tentangnya: “Dia ditinggalkan.” (Lihat Silsilah Ahadits Adh-
Dha‟ifah wal Maudhu‟ah, pada huraian hadis no: 3427)

Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim berbunyi:


َّ‫ض َو َه َـ َخ ِؿيه َما ُزم‬ َ ْ َّ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َّ َ ُّ َّ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َّ
َ ‫ألا ْس‬
ِ ‫ِإهما مان ًن ِـيو هنزا ؿضشب الى ِبي صلى َّللا علي ِه وظلم ِبنـي ِه‬
َ
‫َم َس َح ِب ِه َما َو ْح َه ُه َول َّـ ْي ِه‬
“Sesungguhnya memadailah engkau berbuat begini, Maka Nabi sallallahu „alaihi
wasallam menepuk kedua belah telapak tangannya ke bumi dan menghembus

10
keduanya, kemudian baginda menyapu keduanya pada muka dan kedua-dua
tangannya.” (Hadis riwayat Bukhari, no: 347 dan Muslim, no: 110)

Dalam riwayat lain: “Sesungguhnya cukuplah bagimu menepuk kedua telapak


tanganmu pada tanah, kemudian menghembus keduanya, lalu menyapu ke muka
dan kedua tanganmu hingga ke pergelangan tangan.” (HR. Ad-Daruqutni).

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata dalam kitabnya Syarah Al-Muhazzab:


.‫أهه أقىي في الذليل وأقشب إلى ظاهش العىت الصحيحت وهللا أعلم‬
“Bahawasanya inilah yang paling kuat dalil (tentang tayammum iaitu
sebagaimana riwayat Bukhari dan Muslim) dan paling hampir kepada zahir
sunnah yang sahih, wallahua‟lam.”

11
3. TATACARA SOLAT MENGIKUT SUNNAH

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda:


ّ َ ُ ُ ُ ْ َ َ َ َ ُّ َ
‫صلىا لما سأًخمى ِوي أص ِلي‬
“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.” (HR. Bukhari)

Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam pernah berdiri melakukan solat di atas


mimbar dengan tujuan untuk mengajarkan kepada para sahabatnya tentang solat,
lalu baginda bersabda: “Aku lakukan perkara ini agar kamu dapat mengikuti aku
(sebagai makmum) dan agar kamu tahu (tatacara) solatku.” (HR. Bukhari &
Muslim).

RUKUN SOLAT

Solat tidak akan sah kecuali semua bahagian asasi solat (rukun solat) telah
sempurna dan dilakukan secara tertib sebagaimana yang ditunjukkan oleh
Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam yang diambil daripada Jibril a.s (Fekah
Mazhab Syafie, jil 1, ms 156).

Rukun Solat terbahagi kepada 13 rukun;

(1) Niat

Niat ialah qasad melakukan sesuatu yang disertai di awal perbuatannya. Tempat
niat adalah di dalam hati (Fekah Mazhab Syafie 1/156).

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda:


َ َ َ ْ ّ ُ َ َّ َ َّ ّ ُ َ ْ َ َ َّ
‫ و ِإهما ِله ِل ام ِش ٍا ما هىي‬،‫اث‬
ِ ‫الىي‬ ِ ‫ِإهما ألاعماى ِب‬
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat dan setiap orang akan
mendapatkan (balasan) berdasarkan apa yang diniatkannya.” (HR. Bukhari &
Muslim)

(2) Berdiri bagi yang mampu


12
Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda:
َ َ َ َ َ ََ ْ َ ْ َ َْ ْ َ ً َ ّ َ
‫ ؿ ِئ ْن ل ْم ح ْع َخ ِط ْع ؿ َعلى َح ْى ٍب‬،‫اع ًذا‬
ِ ‫ ؿ ِئن لم حعخ ِطع ؿ‬،‫ص ِل قا ِبما‬
‫ق‬
“Solatlah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya tidak mampu, maka dalam
keadaan duduk, sekiranya tidak mampu, maka di atas lambung (kanan).” (HR.
Bukhari).

Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam memerintahkan apabila seseorang berdiri


untuk melaksanakan solat, hendaklah menyempurnakan wuduk lalu solatlah
dengan mengadap ke arah kiblat (HR. Bukhari & Muslim).

Kiblat umat Islam adalah Kaabah yang terletak di Masjidil Haram berdasarkan
firman Allah:
‫ك َشط َْر ال َْم ْس ِج ِد‬
َ ‫اىا فَ َو ِّل َو ْج َه‬
َ‫ض‬ َ ‫الس َم ِاء فَ لَنُ َولِّيَ ن‬
َ ‫َّك قِ ْب لَةً تَ ْر‬ َّ ‫ك ِِف‬ َ ‫ب َو ْج ِه‬ ُّ
َ ‫قَ ْد نَ َرى تَ َقل‬
ُ‫وى ُك ْم َشط َْره‬ َ ‫ث َما ُك ْن تُ ْم فَ َولُّوا ُو ُج‬ُ ‫ا ْْلََر ِام َو َح ْي‬
Maksudnya: “Kerap kali Kami melihat engkau (Wahai Muhammad), berulang-
ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap
kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-
Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka
hadapkanlah muka kamu ke arahnya…” (Al-Baqarah: 144)

(3) Takbiratul-ihram

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda:


‫ وجحليلها الدعليم‬،‫ وجحشٍمها الخنبير‬،‫مـخاح الصالة الطهىس‬
“Kunci solat adalah bersuci. Permulaannya ialah takbir dan penghujungnya ialah
memberi salam.” (HR. Tirmizi, Abu Daud, dll).

(4) Membaca Al-Fatihah

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda:

13
‫ال صالة ملً لم ًقشأ بـاجحت النخاب‬
“Tidak sah solat sesiapa yang tidak membaca surah Al-Fatihah.” (HR. Bukhari &
Muslim).

(5) Rukuk

Setelah Nabi sallallahu „alaihi wasallam membaca Al-Quran, maka baginda


berhenti seketika (HR. Abu Daud dan Al-Hakim), kemudian mengangkat kedua-
dua tangannya lalu mengucapkan takbir, kemudian rukuk (HR. Bukhari &
Muslim).

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda:


ً
‫زم اسلع حتى جطمئن سالعا‬
“Kemudian rukuklah kamu sehingga kamu rukuk dalam keadaan yang tenang
(tomakninah).” (HR. Bukhari & Muslim).

Nabi sallallahu „alaihi wasallam meletakkan kedua-dua telapak tangannya pada


kedua lututnya. Baginda menekan kedua tangannya pada kedua lututnya seolah-
olah menggenggam lututnya (HR. Bukhari & Abu Daud). Baginda
merenggangkan jari-jemarinya (yakni tidak merapatkannya). (HR. Al-Hakim).

Baginda rukuk dengan meluruskan belakangnya sehingga bila air dituangkan di


atas belakangnya air tersebut tidak akan bergerak (HR. Thabrani). Baginda tidak
mendongakkan kepalanya dan tidak pula menundukkannya (HR. Muslim).

(6) Iktidal (bangun selepas rukuk)

Aisyah r.ha berkata:


ً
‫ؿهان إرا سؿع سأظه مً الشمىع لم ٌسجذ حتى ٌعخىي قابما‬
“Apabila Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam mengangkat kepalanya daripada
rukuk, baginda tidak sujuk sehinggalah baginda berdiri tegak.” (HR. Muslim)

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda:


14
ً
‫زم اسؿع حتى حعخذى قابما‬
“Kemudian angkatlah (kepalamu) sehingga engkau iktidal dalam keadaan qiam
(berdiri).” (HR. Bukhari & Muslim)

Para ulama berbeza pendapat apakah yang dimaksudkan dengan “qiam” yang
bermaksud “berdiri” di dalam hadis di atas. Ada yang berpendapat maksudnya
berdiri dalam keadaan asal berdiri iaitu dengan cara kedua-dua tangan diletakkan
di sisi (seperti berdiri sebelum solat). Ada juga ulama yang berpendapat
maksudnya berdiri dengan cara meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri
(bersedekap) iaitu seperti keadaan berdiri sebelum rukuk. Pendapat pertama
kebanyakan dipegang oleh mazhab syafie, manakala pendapat kedua kebanyakan
dipegang oleh mazhab Hanbali. Apa yang paling penting, kedua-dua cara di atas
tidaklah menyebabkan solat terjejas atau batal sama sekali. Wallahua‟lam.

(7) Sujud dua kali (dalam setiap rakaat)

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bertakbir ketika turun untuk sujud (HR. Bukhari
& Muslim).

Wail bin Hujr berkata:


ُ ُّ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َّ َّ ُ ْ َ َ
‫ىد‬
ِ ‫ و ِإرا قام ِمً السج‬،‫سأًذ الى ِبي صلى هللا علي ِه وظلم ِإرا سجذ وضع سلبدي ِه قبل ًذً ِه‬
َ ْ َ َ
‫َسؿ َع ًَ َذ ًْ ِه ق ْب َل ُسل َبد ْي ِه‬
“Aku melihat Nabi sallallahu „alaihi wasallam jika baginda sujud, baginda
meletakkan kedua lututnya sebelum tangannya, dan jika baginda bangkit
(daripada sujudnya) baginda mengangkat kedua tangannya sebelum lututnya.”
(HR. Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Daruqutni – dinilai dhaif oleh ulama hadis).

Dalam riwayat lain, dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam
bersabda:
َ ‫ َو ْل َي‬،‫إ َرا َس َج َذ َأ َح ُذ ُل ْم َؿ َال ًَ ْب ُر ْك َل َما ًَ ْب ُر ُك ْال َبع ُير‬
ْ‫ض ْع ًَ َذ ًْه َق ْب َل ُس ْل َب َديه‬
ِ ِ ِ ِ
“Apabila salah seorang daripada kamu sujud, maka janganlah dia merebahkan
(badannya) sebagaimana unta merebahkan (badannya), maka hendaklah dia
15
meletakkan tangannya sebelum lututnya.” (HR. Abu Daud, Tirmizi, dan Nasai –
dinilai sahih oleh ulama hadis. Imam Ibn Hajar menyatakan hadis Abu Hurairah
lebih kuat dari hadis Wail - Bulughul Maram).

Manakala dari Ibnu Umar r.a:


ْ‫ض ُع ًَ َذ ًْه َق ْب َل ُس ْل َب َديه‬ َ ‫هللا َع َل ْيه َو َظ َّل َم َم‬
َ ًَ ‫ان إ َرا َس َج َذ‬ ُ ‫ص َّلى‬ َّ ‫َأ َّن‬
َ ‫الىب َّي‬
ِ ِ ِ ِ ِ
“Sesungguhnya Nabi sallallahu „alaihi wasallam ada baginda apabila sujud
baginda meletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya.” (HR. Ad-
Daruqutni, no: 1303)

Pendapat pertama dipegang oleh jumhur (kebanyakan) ulama, antaranya Imam


Abu Hanifah, Imam Syafie dan Imam Ahmad. Manakala pendapat kedua
dipegang oleh Imam Malik dan Al-Auza‟ie. Apa yang penting kedua-dua cara di
atas juga tidaklah menjejaskan solat, sehingga masing-masing boleh memilih
pendapat manakah yang dirasakan lebih kuat menurut kajian masing-masing.

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda:


ً ً
‫أمشث أن أسجذ على ظبعت أعظم وال ألف زىبا وال ؼعشا‬
“Kami diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota; iaitu dahi (sambil
baginda mengisyaratkan pada hidungnya), dua telapak tangan, dua lutut, jari-jari
kedua kaki dan kami (ketika solat) tidak melipat pakaian dan juga rambut.” (HR.
Bukhari dan Muslim).

Nabi sallallahu „alaihi wasallam ketika sujud lengannya di jauhkan dari


lambungnya sehingga kelihatan oleh orang dibelakangnya akan keputihan pada
kedua ketiak baginda (HR. Bukhari & Muslim).

Dari Abu Humaid r.a: “Sesungguhnya Nabi sallallahu „alaihi wasallam apabila
baginda sujud, baginda merapatkan hidung dan dahinya ke bumi, dan
merenggangkan kedua tangannya dari rusuknya, dan meletakkan kedua-dua
telapak tangannya setentang dengan kedua-dua bahunya.” (HR. Ibnu Khuzaimah
dan At-Tirmizi)

16
Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Janganlah seseorang kamu
membentangkan kedua lengannya (di tanah) seperti seekor anjing
membentangkan (kedua kaki depannya).” (HR. Ahmad dan Tirmizi).

(8) Duduk antara dua sujud

Cara duduk antara dua sujud adalah dengan cara duduk iftirasy. Caranya seperti
yang dijelaskan oleh Aisyah r.ha beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi sallallahu
„alaihi wasallam duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya.”
(HR. Bukhari & Muslim).

(9) Duduk tahiyyat akhir

Duduk tahiyyat akhir adalah dengan cara duduk tawarruk dan boleh juga secara
iftirasy (seperti di atas sebelum ini).

(10) Membaca tasyahhud akhir

Bacaan tasyahhud akhir sekurang-kurangnya adalah:


َ َ َ َ َ ْ َ َ ُ َ َّ ُ ََََ ُ َ ْ َ َ ُّ َّ َ ُّ َ َ ْ َ َ ُ َ َّ َّ ُ َّ َّ
‫هللا‬ ‫اد‬
ِ ِ ِ ‫ب‬ ‫ع‬ ‫ى‬‫ل‬ ‫ع‬ ‫و‬ ‫ا‬‫ى‬‫ي‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ال‬ ‫الع‬ ،‫ه‬‫اج‬ ‫م‬‫ش‬ ‫ب‬‫و‬ ‫هللا‬
ِ ‫ت‬ ‫م‬ ‫ح‬‫س‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ب‬ِ ‫الى‬ ‫ا‬‫ه‬ ‫ي‬ ‫أ‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫م‬‫ال‬ ‫الع‬ ، ‫ّلِل‬ِ ‫الخ ِحياث‬
ُ ُ َّ ً َّ َ ُ َّ َ ُ َ ْ ََ َّ َ َ َ َ َُ ْ َ َّ
‫ وأؼهذ أن محمذا سظىى هللا‬،‫ أؼهذ أن ال ِإله ِإال هللا‬،‫الص ِال ِحين‬
Attahiyyatu lillaah Assalamu „alaika aiyuhan nabiyyu warahmatullahi
wabarakatuh, assalamu „alaina wa‟ala „ibaadillaahis-solihin, asy-hadu allaa
ilaaha illallaah wa asy-hadu anna muhammadar rasulullaah (Fekah Mazhab
Syafie, 1/166).

Lafaz sempurna menurut mazhab syafie adalah (berdasarkan riwayat Ibnu


„Abbas) iaitu:
،‫ العالم عليو أيها الىبي وسحمت هللا وبشماجه‬،‫الخحياث املباسماث الصلىاث الطيباث هلل‬
‫ أؼهذ أن ال إله إال هللا وأؼهذ أن دمحما سظىى هللا‬،‫العالم عليىا وعلى عباد هللا الصالحين‬
)‫ عبذه وسظىله‬:‫(وفي سواًت‬
17
Attahiyyatul-mubaarokatus-solawaatut-toyyibatulillaah, assalamu „alaika
aiyyuhan-nabiyu warahmatullahi wabarakatuh, assalamu‟alaina wa‟ala
„ibadillaahis-solihin, asy-hadu an-laa ilaaha illallaah wa asyhadu an-na
muhammadar-rasulullah (atau dalam riwayat lain: „abduhu warasuluhu). (HR.
Muslim)

(11) Membaca selawat ke atas Nabi (selepas membaca tasyahhud akhir)

Sekurang-kurangnya lafaz selawat adalah:


َ ّ َ َّ ُ َّ
‫ص ِلى َعلى ُم َح َّمذ‬ ‫اللهم‬
Allahumma solli „ala Muhammad (Fekah Mazhab Syafie 1/170).

(12) Salam pertama

Sekurang-kurangnya lafaz salam ialah “Assalamu‟alaikum” sebanyak satu kali


dan yang lebih sempurna ialah “Assalamu‟alaikum warahmatullah” sebanyak
dua kali iaitu sekali ke kanan dan sekali ke kiri (Fekah Mazhab Syafie 1/171).

(13) Tertib

Tertib bermaksud hendaklah dimulakan dengan niat, takbiratul-ihram, membaca


Al-Fatihah, rukuk, iktidal, sujud dan seterusnya mengikut urutan di atas.

SUNNAT-SUNNAT DALAM SOLAT

Sunnat ialah perkara yang dituntut ke atas manusia supaya melakukannya dengan
tuntutan yang tidak wajib dengan erti kata lain, melakukannya akan diberi pahala
dan meninggalkannya tidak dikenakan seksa (dosa). (Fekah Mazhab Syafie
1/173).

Sunnat-sunnat solat terbahagi kepada 3, iaitu (1) sunat yang ditunaikan sebelum
solat, (2) sunat yang ditunaikan semasa solat, dan (3) sunat yang ditunaikan
selepas solat.

18
a) Sunnah sebelum solat:

• Azan, bagi lelaki sahaja.


• Iqamah, bagi lelaki dan perempuan.
• Meletakkan sutrah (sesuatu pemisah di hadapannya) yang memisahkan
antaranya dengan orang-orang yang lalu lalang seperti dinding, tiang, tongkat
atau dengan menghamparkan sejadah dan seumpamanya.

Ibnu Umar r.huma meriwayatkan:


‫ ؿيصلي إليها‬،‫ ؿخىضع بين ًذًه‬،‫ مان إرا خشج ًىم العيذ أمش بالحشبت‬- ‫ ملسو هيلع هللا ىلص‬- ‫أن سظىى هللا‬
‫ مان ًـعل رلو في العـش‬،‫والىاط وساءه‬
“Apabila Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam keluar hari raya, baginda
memerintahkan supaya diambil sebilah lembing yang pendek lalu diletakkan di
hadapannya, lalu baginda solat dengan berhadapan lembing tersebut sedang
orang ramai berada di belakangnya…” (HR. Bukhari & Muslim).

Sahl bin Saad r.a berkata:


‫ وبين الجزاس ممش الؽاة‬- ‫ ملسو هيلع هللا ىلص‬- ‫مان بين مصلى سظىى هللا‬
“Antara tempat solat Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam dan dinding seluas
tempat lalu kambing.” (HR. Bukhari & Muslim).

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda:


ًٍَ‫ َؿئ َّن َم َع ُه ْال َقش‬،‫ َؿئ ْن َأ َبى َؿ ْل ُي َقاج ْل ُه‬،‫ َوَال ًَ َذ ْع َأ َح ًذا ًَ ُم ُّش َب ْي َن ًَ َذ ًْه‬،‫ص ُّلىا إ َّال إ َلى ُظ ْت َرة‬
َ ‫َال ُج‬
ِ ِ ِ ِ ِ ٍ ِ ِ
“Janganlah kamu solat tanpa memasang sutrah dan janganlah kamu membiarkan
seseorang melalui di hadapan kamu (tanpa mencegahnya). Jika dia enggan (yakni
tetap berkeras untuk melimpasinya), maka lawanlah dia kerana dia ditemani oleh
syaitan.” (HR. Ibnu Hibban)

b) Sunnah semasa solat

Sunat yang ditunaikan ketika solat terbahagi kepada dua:

19
• Sunnat Ab‟adh

Semua perkara yang kalau ditinggalkan maka ia boleh ditampung semula dengan
sujud sahwi di akhir solat, seperti:

(1) duduk tasyahhud awal termasuk membaca tasyahhud awal dan membaca
selawat ke atas nabi,

Nabi sallallahu „alaihi wasallam duduk tasyahhud dengan cara duduk iftirasy
iaitu duduk di atas telapak kaki kiri yang dihamparkan dan telapak kaki kanan
ditegakkan seperti cara duduk antara dua sujud. Nabi sallallahu „alaihi wasallam
bersabda: “Jika kamu duduk dipertengahan solat, hendaklah kamu tumakninah
dan hamparkanlah paha (telapak kaki) kirimu, lalu bacalah tasyahhud.” (HR. Abu
Daud dan Baihaqi).

(2) selawat ke atas keluarga nabi dalam tasyahhud akhir (wa „ala ali Muhammad
dan seterusnya),

Lafaz selawat yang paling sempurna ialah selawat ibrahimiyah:

Allahumma solli „ala Muhammad wa „ala aali Muhammad kama sollaita „ala
Ibrahim wa „ala aali Ibrahim wa baarik „ala Muhammad wa „ala aali Muhammad
kama baarakta „ala ibrahim wa „ala aali ibrahim fil „aalamina innaka hamiidun-
majid. (HR. Bukhari & Muslim).

(3) membaca doa qunut dalam solat subuh.

Daripada Anas r.a berkata: “Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam sentiasa


membaca qunut pada solat subuh sehingga baginda wafat.” (HR. Ahmad,
sebahagian ulama melemahkannya).

Dalam riwayat lain: Dari Anas beliau ditanya adakah Nabi sallallahu „alaihi
wasallam membaca qunut pada solat subuh? Jawabnya: “Ya” Kemudian ditanya
lagi: Adakah baginda qunut sebelum rukuk? Beliau menjawab: “Selepas sedikit
daripada rukuk.” (HR. Bukhari & Muslim).
20
Para ulama hadis ada yang menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dalam hadis
Bukhari dan Muslim adalah qunut Nazilah, wallahua‟lam.

• Sunnat Hai‟at

Sunat-sunat solat yang sekiranya ditinggalkan, tidak disunatkan menampungnya


kembali dengan sujud sahwi, sunnat ini lebih banyak dari sunnat sebelumnya;

(1) mengangkat kedua tangan ketika takbiratul-ihram, ketika rukuk dan bangkit
darinya,

Nabi sallallahu „alaihi wasallam mengangkat kedua tangannya serentak dengan


ucapan takbir, kadang-kadang selepas ucapan takbir dan kadang-kadang sebelum
ucapan takbir (HR. Bukhari).

Nabi mengangkat kedua tangannya separas dengan bahu (HR. Bukhari). Kadang-
kadang baginda mengangkat separas dengan telinganya (HR. Bukhari).

(2) meletakkan tangan kanan di atas bahagian belakang tangan kiri ketika berdiri,

Nabi sallallahu „alaihi wasallam meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya
(HR. Muslim).

Perbuatan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika solat adalah
merupakan perintah Allah kepada seluruh para Nabi (HR. Ibnu Hibban).

Tempat meletakkan tangan (bersedekap) ini diperselisihkan oleh para ulama.


Ringkasnya seperti berikut:

- Meletakkannya di atas dada; ini merupakan pendapat Imam Syafie dalam


satu riwayatnya.
- Meletakkannya di antara dada dan pusat; pendapat ini berdasarkan sebuah
riwayat Imam Malik, Syafie dan Ahmad. Imam Nawawi menyebutnya dalam
kitab Al-Majmu‟ 3/313.
21
- Meletakkannya di bawah pusat; ini merupakan pendapat mazhab Hanafi
bagi lelaki, juga Asy-Syafie dalam satu riwayatnya.

Imam Ahmad ditanya: “Dimana seseorang meletakkan tangannya apabila dia


solat?” Beliau menjawab: “Di atas pusat atau di bawah pusat.” (Bada-i‟ul Fawa-
id 3/91).

Imam Ibnul Munzir berkata: “Tidak ada sesuatu pun yang tsabit (sahih) dari Nabi
sallallahu „alaihi wasallam, maka ianya diberi pilihan.” (Nailul Author).

(3) melihat tempat sujud,

Nabi sallallahu „alaihi wasallam biasa menundukkan kepalanya dan memandang


ke bumi ketika solat (HR. Baihaqi). Baginda melarang solat dengan
memandang/mendongak ke langit (HR. Bukhari).

(4) membaca doa iftitah,

Nabi sallallahu „alaihi wasallam membaca doa iftitah antaranya:


ً ََ ًَ ْ ُ َ َ ْ ُ َ ً َ َّ ُ ْ َ ْ َ ً َ ْ َ ْ َ ُ
‫هللا بنشة وأ ِصيال‬
ِ ‫ وظبحان‬،‫ّلِل ل ِثيرا‬
ِ ِ ‫ والحمذ‬،‫هللا ألبر ل ِبيرا‬
“Allahu akbar kabiira, wal hamdu lillaahi katsiira, wasubhanallaahi bukrataw wa-
asiila.”

Ketika Nabi sallallahu „alaihi wasallam w mendengar sahabat membaca doa ini
baginda bersabda: “Aku kagum, pintu-pintu langit telah dibuka kerana bacaan
ini.” (HR. Muslim)

(5) membaca isti‟azah,

(6) membaca dengan kuat pada solat jahar dan perlahan perlahan pada solat sirr
dan tempat-tempat tertentu,

(7) menyebut „amin‟ setelah selesai al-fatihah,

22
(8) membaca ayat al-Quran setelah al-fatihah,

(9) mengucapkan takbir ketika berpindah dari satu rukun ke satu rukun,

(10) membaca tasbih atau doa dalam rukuk, iktidal dan sujud,

Doa rukuk:

Baginda membaca dalam rukuk: “Subhaana Rabbiyal „Aziimi wa bihamdihi.” (3


kali) (HR. Abu Daud, Ahmad dll).

Bacaan dalam rukuk ini atau doa-doa lainnya boleh dibaca lebih dari 3 kali
berdasarkan hadis: “Nabi sallallahu „alaihi wasallam melakukan rukuk, berdiri
setelah rukuk (iktidal), sujud, dan duduk antara dua sujud dengan tempoh
masing-masing hampir sama.” (HR. Bukhari & Muslim).

Doa iktidal:

Baginda membaca dalam iktidal: “Rabbana lakal-hamdu.” Atau “Rabbana wa


lakal-hamdu.” Atau menambah “Allaahumma rabbana lakal/wa lakal hamdu.”
(HR. Bukhari, Ahmad, dan An-Nasai).

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang ucapannya


bersamaan dengan ucapan malaikat, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang
telah lalu.” (HR. Bukhari & Muslim)

Disunnahkan melamakan iktidal dengan membaca doa-doa yang diajarkan nabi


sallallahu „alaihi wasallam antaranya seperti doa: “Mil-as-samaawaatiwal-ardi
wamil-a maa syi‟ta min syai‟in ba‟da.” (HR. Bukhari & Muslim)

Doa sujud:

Nabi sallallahu „alaihi wasallam membaca dalam sujudnya: “Subhana rabbiyal


a‟laa” atau “Subhana rabbiyal a‟laa wa bihamdihi.” (HR. Abu Daud dalam hadis
yang berasingan).
23
Disunnahkan melamakan (memanjangkan) sujud berdasarkan hadis rukuk dan
iktidal di atas sebelum ini.

Abu Hurairah r.a berkata:


ْ َ َّ ُ َ ُّ ْ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َّ ُ ُ َ َ َ َ
‫َّللا صلى هللا علي ِه وظلم ِبثال ٍر ونها ِوي عً زال ٍر أمشِوي ِبشلعتي الضحى مل ًى ٍم‬ ِ ‫أمشِوي سظىى‬
َ ْ َ ّ َََْ ََْ ْ َ َ َ َ ْ َ ّ ُ ْ َّ َ َ َ َ َ َ ْ َّ َ ْ َ ْ ْ َ
‫ًو و ِإقع ٍاء‬ ِ ‫الذ‬
ِ ‫وال ِىج ِش قبل الىى ِم و ِصي ِام زالز ِت أً ٍام ِمً م ِل ؼه ٍش ونها ِوي عً هقش ٍة لىقش ِة‬
َ ْ َّ َ ْ َ َ ْ َ َْ ْ َ ْ َ
‫اث الثعل ِب‬ ِ ‫اث مال ِخـ‬
ٍ ‫م ِئقع ِاء الهل ِب وال ِخـ‬
“Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam memerintahkan aku dengan tiga perkara
dan melarangku dari tiga perkara. Baginda memerintahkan aku untuk melakukan
solat dhuha dua rakaat setiap hari, witir sebelum tidur, dan puasa tiga hari dari
setiap bulan. Baginda melarang aku dari mematuk seperti patukan ayam jantan,
duduk iq’a seperti duduk iq’a anjing, dan menoleh seperti serigala menoleh..”
(HR. Ahmad)

Hadis di atas ini menunjukkan duduk iq‟a dilarang. Namun yang dimaksudkan
iq‟a anjing tersebut adalah duduk dengan cara kaki terhampar.

Dari Aisyah r.ha berkata:


َ ‫اع ْي ِه ْاؿ ِت َر‬
َ ‫الش ُح ُل ر َس‬ َ ْ َ ْ َ َ ْ َ َ َ ْ َّ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ َ َ َ
‫الع ُب ِع‬
َّ ‫اػ‬ ِ َّ َ
‫ػ‬ ‫ر‬
ِ ‫ومان ًىهى عً عقب ِت الؽيط ِان وٍىهى أن ًـ‬
‫ت‬
“Nabi Muhammad sallallahu „alaihi wasallam melarang duduk seperti syaitan,
juga melarang seseorang menghamparkan kedua lengannya seperti terhamparnya
kaki binatang buas.” (HR Muslim)

Berkenaan sunnahnya duduk iq‟a ketika duduk antara dua sujud adalah
berdasarkan hadis Towus bin Kaisan rahimahullah beliau berkata:
ُ َ ‫ُقلىا البً عباط في إلاقعاء على‬
ً
‫حـاء‬ ‫ إها لنرا ُه‬: ‫ ؿقلىا له‬. ‫ هي العىت‬: ‫ ؿقاى‬. ‫مين‬ ِ ‫القذ‬ ِ ٍ ِ
َّ َّ َ ّ ُ
ُ ‫صلى‬ ُ ‫ ؿقاى‬. ‫بالشحل‬
‫عليه وظل َم‬
ِ ‫هللا‬ ‫و‬ ‫هبي‬
ِ ‫ظىت‬ ‫هي‬ ‫بل‬ : ‫عباط‬
ٍ ً‫اب‬ ِ
“Kami bertanya mengenai duduk iq‟a kepada Ibnu Abbas, dia berkata: itu
sunnah. Towus berkata: kami memandang perbuatan tersebut adalah sikap tidak
24
elok terhadap kaki. Ibnu Abbas berkata: Bahkan ia adalah sunnah Nabimu
sallallahu „alaihi wasallam.” (HR. Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan: “Duduk iq‟a ada dua jenis: yang
pertama, mendudukan punggung di atas lantai kemudian menegakkan betisnya
dan meletakkan kedua tangannya di atas lantai sebagaimana duduknya anjing. Ini
yang ditafsirkan oleh Abu Ubaidah Ma‟mar bin Al-Muthanna. Dan muridnya
iaitu Abu Ubaid Al-Qasim bin Salam. Dan para ahli bahasa yang lain. Duduk
jenis ini makruh dan ini yang dilarang dalam hadis. Yang jenis kedua,
mendudukan punggung di atas kedua tumit di antara dua sujud. Inilah yang
dimaksud Ibnu Abbas ra.huma dalam perkataan beliau: “Ini adalah sunnah
Nabimu sallallahu „alaihi wasallam”. Dan Imam Asy-Syafi‟i dalam Al-Buwaithi
dan Al-Imla‟ menyatakan duduk seperti ini disunnahkan ketika duduk di antara
dua sujud.” (Syarah Shahih Muslim, 5/19).
Nabi sallallahu „alaihi wasallam membaca ketika duduk antara dua sujud:
“Rabbigh-firli war-hamni wajburni wahdini warzuqni.” (HR. Tirmizi & Abu
Daud). Dalam solat malam baginda pernah membaca: “Rabbigh-firli, rabbigh-
firli.” (HR. Bukhari).

(*) Tambahan: Duduk Istirehat

Dari Malik bin Huwairits: bahawasanya dia pernah melihat Nabi sallallahu
„alaihi wasallam solat, maka baginda ketika berada pada rakaat ganjil daripada
solatnya, baginda tidak bangun (bangkit daripada sujudnya yang kedua) sehingga
baginda duduk sebentar.” (HR. Bukhari)

Juga dari Malik, beliau menceritakan tentang solat Rasulullah sallallahu „alaihi
wasallam bahawa baginda ketika mengangkat kepalanya daripada sujud kedua
lalu baginda duduk sebentar (istirehat) kemudian baginda bertelekan di atas
bumi.” (HR. Nasai)

Dalam riwayat lain, dari Wail bin Hujr: “Jika baginda bangun, baginda bangun di
atas kedua-dua lututnya sambil bertelekan di atas kedua-dua pahanya.” (HR. Abu
Daud)
25
Dr. Abdullah Yasin berkata: “Jika yang solat itu orang yang sudah tua atau uzur
maka sebaiknya dia bertelekan pada bumi kerana cara demikian lebih
memudahkannya. Tetapi bagi yang masih muda dan masih kuat sebaliknya
bertelekan pada kedua paha, wallahua‟lam.” (Pedoman Solat, ms. 166).

Terdapat hadis yang melarang membaca ayat-ayat Al-Quran ketika rukuk dan
sujud sedangkan yang disunnahkan adalah memperbanyakkan berdoa.

Nabi sallallahu „alaihi wasallam kadang-kadang solat dengan memakai alas


(sejadah), dan kadang-kadang tidak memakai alas.

Abu Said Al-Khudri berkata: “Aku melihat dengan mata kepala sendiri, pada
kening dan hidung Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam terlihat kesan bekas
lumpur.” (HR. Bukhari & Muslim).

Nabi sallallahu „alaihi wasallam pernah sujud di atas tikar yang menjadi hitam
kerana lamanya digunakan.” (HR. Bukhari & Muslim).

(11) meletakkan kedua tangan di atas paha ketika duduk tasyahhud,

(12) duduk tawarruk ketika duduk tahiyyat akhir,

Cara duduk tawarruk ialah duduk di atas tulang punggung kiri sambil mendirikan
kaki kanan dan memasukkan kaki kiri dibawah kaki kanan. Ini berdasarkan hadis
Abu Humaid As-Saa‟idi: “Apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir,
baginda menghulurkan kaki kirinya dan mendirikan kaki kanan sambil duduk di
atas papan punggungnya.” (HR. Bukhari).

(13) membaca selawat ibrahimiyah dan doa selepas tasyahhud akhir,

(14) memberi salam yang kedua (sebelah kiri),

Daripada Ibnu Mas‟ud r.huma: “Nabi sallallahu „alaihi wasallam memberi salam
ke arah kanan dan kirinya hingga kelihatan pipinya yang putih dengan
26
menyatakan assalamu‟alaikum warahmatullah, assalamu‟alaikum
warahmatullah.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmizi menyatakan hasan sahih).

(15) sentiasa khusyuk sepanjang solat.

Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim yang


menghadiri solat fardu lalu dia memperelokkan (menyempurnakan) wuduknya,
khusyuknya dan rukuknya (yakni solatnya), nescaya ia menjadi kaffarah kepada
dosa-dosa yang lalu selagi mana dia tidak melakukan dosa besar, yang demikian
itu (yakni penghapusan dosa-dosa kecilnya terhapus) adalah sepanjang masa.”
(HR. Muslim).

c) Sunnah selepas solat:

Disunnatkan melakukan perkara berikut sebaik sahaja selesai menunaikan solat:

(1) membaca istighfar, berzikir dan berdoa,

(2) berpindah tempat dari solat fardu ketika hendak menunaikan solat sunnat,

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Solatlah kamu wahai manusia di


rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang lebih afdal ialah solat seseorang
itu di rumahnya kecuali solat fardu.” (HR. Bukhari & Muslim).

(3) bagi para lelaki yang solat berjamaah dan dibelakang mereka terdapat jamaah
para wanita, maka disunnatkan agar tetap duduk di tempat mereka sehingga
golongan wanita meninggalkan tempat duduk mereka. Ini bertujuan agar
mengelakkan percampuran (ikhtilat) di antara mereka.

27
4.0 WIRID SETELAH SOLAT FARDU

Ada banyak wirid yang diamalkan oleh Nabi Muhammad sallallahu „alaihi
wasallam setelah solat. Untuk mengetahuinya secara lengkap sila rujuk Kitab Al-
Azkar karya Imam Nawawi r.h. Adapun zikir yang biasa saya sendiri
amalkannya adalah seperti berikut:

Pertama:

‫ إرا اهصشؾ‬-‫ملسو هيلع هللا ىلص‬- ‫ مان سظىى هللا‬:‫ قاى‬،‫عىه‬ ُ ‫ عً زىبان ض ي هللا‬،"‫وسوٍىا في "صحيح ُمعلم‬
‫س‬
َ ‫باس ْل َذ ًا َرا‬ َ ‫ َج‬،‫الم‬ َّ ‫ َوم ْى َو‬،‫العالم‬
ُ ‫الع‬ ُ َّ
َ ‫"الل ُه َّم ْأه‬ ً
‫الى‬
ِ ‫الج‬ ِ ‫ذ‬ :‫وقاى‬ ، ‫زالزا‬ ‫مً صالجه اظخؼـش‬
ْ
".‫َو ِإلالش ِام‬
َ َّ ‫اظ َخ ْؼـ ُش‬
،‫َّللا‬ ْ :‫ جقى ُى‬:‫ ليف الاظخؼـاس؟ قاى‬:‫ وهى أحذ سواة هزا الحذًث‬،‫قيل لألوصاعي‬
ِ
َ َّ َْ ْ
.‫أظخؼ ِـ ُش َّللا‬
Kami meriwayatkan dalam “Sahih Muslim”, dari Thauban r.a berkata: Adalah
Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam setelah selesai solatnya membaca istighfar
sebanyak 3 kali, kemudian membaca:

ْ َ ‫باس ْل َذ ًا َرا‬
َ ‫ َج‬،‫الم‬ َّ ‫ َوم ْى َو‬،‫العالم‬ َّ
َ ‫الل ُه َّم ْأه‬
‫الى َو ِإلالش ِام‬
ِ ‫الج‬ ُ ‫الع‬
ِ
ُ ‫ذ‬
“Allahumma antas-salam waminkas-salam, tabarakta Ya Dzal Jalaali wal-
Ikraam.”

Ertinya: Ya Allah Engkaulah As-Salam (Yang Maha Sejahtera), dari dariMu lah
kesejahteraan, Maha berkat Engkau wahai Zat Yang Maha Agung lagi Maha
Mulia.”

Imam Al-Auza‟i ditanya dan dia salah seorang perawi hadis ini: “Bagaimanakah
(cara) Istighfar?” Beliau menjawab: “Ucapkanlah: Astaghfirullaah,
astaghfirullaah.” (Rujukan: Kitab Al-Azkar Imam Nawawi, no: 165)

Kedua:
28
‫صلى هللا‬- ‫ أن سظىى هللا‬،‫ عً املؼيرة بً ؼعبت هنع هللا يضر‬،‫وسوٍىا في "صحيحي" البخاسي ومعلم‬
َ ‫وحذه ال َؼ‬ َّ َ َّ
‫ ُله‬،‫شٍو ُله‬ ُ ‫إله ِإال هللا‬ ‫ "ال‬:‫ مان إرا ؿشغ مً الصالة َو َظلم قاى‬-‫عليه وظلم‬
َ َ َ َّ ٌ ُ
،‫ وال معطي ِملا َم َى ْع َذ‬،‫أعطيذ‬
َ ‫ماوع ِملا‬ ‫قذًش؛ الل ُه َّم ال‬ ُ
‫ َو ُه َى على م ّل ش ٍيء‬،‫الحمذ‬ ُ ،‫امللو‬
‫وله‬ ُ
ُّ َ َ ْ ّ َ َ ُ ََْ َ
".‫وال ًىـع را الج ِذ ِمىو الجذ‬
Kami meriwayatkan dalam dua sahih Bukhari dan Muslim, dari Al-Mughirah bin
Syu‟bah r.a, bahawa Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam ketika selesai
solatnya baginda membaca:

َّ ٌ ُ ُ ُ ،‫امللو‬ ُ ‫ ُله‬،‫شٍو ُله‬ َ ‫وحذه ال َؼ‬ َّ َ


‫ َو ُه َى على مل ش ٍيء قذًش؛ اللهم ال‬،‫الحمذ‬
َّ ُ ّ ‫وله‬ ُ ‫إله ِإال هللا‬ ‫ال‬
َ ‫ َوال ًَ ْى َـ ُع َرا‬،‫ وال معطي ملَا َم َى ْع َذ‬،‫أعطيذ‬
َ ‫الج ّذ م ْى َو‬
‫الج ُّذ‬ َ ‫ا‬
َ َ
‫ماوع ِمل‬
ِ ِ ِ
“Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalahu, lahul mulku, walahul hamdu,
wahuwa „ala kulli sya-in qodiir. Allahumma Laa mani‟a lima a‟toita, walaa
mu‟tiya limaa mana‟ta, walaa yanfa‟u zal jaddi minkal-jadd.”

Ertinya: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata tidak
ada sekutu bagiNya, milikNya segala kerajaan dan pujian, dan Dia Maha
berkuasa atas setiap sesuatu. Ya Allah tidak ada yang dapat menahan apa yang
Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberikan apa yang Engkau telah
tahan, dan tidak ada manfaat orang yang bersungguh-sungguh kerana dariMu lah
segala kesungguhan. (Rujukan: Kitab Al-Azkar, no: 166)

Ketiga:

َ َ َ ْ َ َ َ ُّ َّ َ َ َ ْ َ َ َ ُ َّ َ َ َ ْ َ ُ َّ ُ َ َّ َ َ َ ْ َ ُ َ َ ُ َّ َ َ ُّ َّ َ َ
‫ أخبرها‬:‫ أخبرها الؽا ِؿ ِعي قاى‬:‫ مأهه و ِعيه بعذما حذزه إًاه أخبرها الشِبيع قاى‬: ‫قاى الؽا ِؿ ِعي‬
ْ‫الضَب ْير َأ َّه ُه َظم َع َع ْب َذ ََّّللا ْب ًَ ال ُّضَبير‬
ُّ ‫ىس ى ْب ًُ ُع ْق َب َت َع ًْ َأبي‬
َ ‫اى َح َّذ َزني ُم‬َ ‫ق‬
َ َّ َ ُ ُ ْ ُ َ ْ
‫إبش ِاهيم بً محم ٍذ‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ َ ْ َ ْ ْ َ ُ ُ َ َ َ ْ َ َّ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َّ َ َّ ‫َ ُ ُى َ َ َ ُ ُى‬
‫ى‬
‫ ال‬:‫ إرا ظلم ِمً صال ِج ِه ًقى ِبصى ِج ِه ألاعلى‬- ‫ صلى َّللا علي ِه وظلم‬- ‫َّللا‬ ِ ‫ًقى «مان سظى‬
َ ُ َ َ َ َ ُ َ ْ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ َ ُ َ ْ َ ُ َّ َّ َ َ
‫ٍو ل ُه ل ُه املل ُو َول ُه ال َح ْم ُذ َو ُه َى َعلى م ِ ّل ش ْي ٍء ق ِذ ًٌش َوال َح ْى َى َوال ق َّىة‬ ‫إله إال َّللا وحذه ال ؼ ِش‬
29
ُ َّ ‫الث َى ُاء ْال َح َع ًُ َال َإل َه َّإال‬
َ‫َّللا ُم ْخلصين‬ َّ ُ َ َ ُ ْ َ ْ ُ َ َ ُ َ ْ ّ ُ َ ُ َّ َّ ُ ُ ْ َ َ َ َّ َ َّ
‫الىعمت وله الـضل وله‬
ِ ِ ِ ‫ّلِل وال وعبذ إال إًاه له‬ِ ‫إال ِبا‬
َ ُ َ ْ َ َ ْ َ َ َ ْ َّ ُ َ
‫و‬
» .‫له الذًً ولى ل ِشه الها ِؿش ن‬
Imam Asy-Syafi‟i berkata: Seolah-olah dia terlupa setelah dia menceritakannya,
telah mengkhabarkan kepada kami Ar-Rabi‟ berkata: Imam Syafi‟i
mengkhabarkan kepada kami dia berkata: Ibrahim bin Muhammad
mengkhabarkan kepada kami, Musa bin „Uqbah menceritakan kepadaku dari Abi
Az-Zubair bahawa dia mendengar Abdulllah bin Az-Zubair berkata: “Adalah
Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam apabila selesai memberi salam dari
solatnya, baginda membaca dengan suara yang tinggi (kuat):

َ َ َ ْ َ َ َ ٌ َ ْ َ ّ ُ َ َ َ ُ َ ُ ْ َ ْ ُ َ َ ُ ْ ُ ْ ُ َ ُ َ َ َ َ ُ َ ْ َ ُ َّ َّ َ َ َ
‫ال إله إال َّللا وحذه ال ؼ ِشٍو له له امللو وله الحمذ وهى على م ِل ش ي ٍء ق ِذًش وال حىى وال‬
ُ‫الث َى ُاء ْال َح َع ًُ َال َإل َه َّإال ََّّللا‬
َّ ُ َ َ ُ ْ َ ْ ُ َ َ ُ َ ْ ّ ُ َ ُ َّ َّ ُ ُ ْ َ َ َ َّ َ َّ َ َّ ُ
‫الىعمت وله الـضل وله‬ ِ ‫ّلِل وال وعبذ إال إًاه له‬ ِ ‫قىة إال ِبا‬
َ ْ َ َ َّ ُ َ َ ْ
‫الذ ًْ ًَ َول ْى ل ِش َه اله ِاؿ ُشو َن‬ ‫ُمخ ِل ِصين له‬
“Laa ilaaha illallaah wah dahu laa syarilakahu, lahul mulku, walahul hamdu,
wa huwa „ala kulli syai-in qodir, wa laa haula walaa quwwata illaa billaahi,
walaa na‟budu iyyahu, lahun-ni‟matu, wa lahul fadhlu, wa lahuth-thanaa-ul
hasanu, laa ilaaha illallaahu mukhlisiina lahud-diina, walau karihal kaafirun.”

Ertinya: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tiada sekutu
bagiNya, milikNya segala kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala
sesuatu, tiada daya dan upaya melainkan milik Allah, tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah, hanya padaNya aku menyembah, milikNya
kenikmatan dan keutamaan, bagiNya pujian dan kebaikan, tiada Tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah kami mengikhlaskan agama untukNya,
sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya. (Rujukan: Kitab Al-Umm, Bab
Kalam Imam wa Juluusuhu ba‟das-salam, 1/150).

Keempat:

30
‫قاى ِفي ُد ُبش‬َ ًْ ‫ َ"م‬:‫ قاى‬-‫ملسو هيلع هللا ىلص‬- ‫ أن سظىى هللا‬،‫رس هنع هللا يضر‬ ّ ‫ عً أبي‬،‫وسوٍىا في لخاب الترمزي وػيره‬
ُ‫ َو َله‬،‫ َل ُه املُ ْل ُو‬،‫شٍو َل ُه‬
َ ‫ ال إ َله إ َّال هللا وحذه ال َؼ‬:‫الص ْبح َو ُه َى زان ْح َليه َق ْب َل ْأن ًَ َخ َه َّل َم‬ ُّ ‫صالة‬ َ
ِ ِ ِ ‫س‬ِ ٍ ِ ِ
َ ْ َ ُ َ ُ َ َ ُ
َّ ‫ َع ْؽ َش‬،‫ َو ُه َى على م ّل ش ْي ٍء ق ِذ ًٌش‬،‫وٍميذ‬ ُ ُ
،‫ىاث‬ ٍ ‫ ل ِخ َب له عؽ ُش ح َع‬،‫اث‬ ٍ ‫مش‬ ‫ ًُحيي‬،‫الحمذ‬
ْ ُ
‫رلو ِفي ِح ْش ٍص ِم ًْ م ّل َمن ُشو ٍه‬ َ ،‫ َو ُسؿ َع َل ُه َع ْؽ ُش َد َ حاث‬،‫ُومح َي َع ْى ُه َع ْؽ ُش َظ ّيئاث‬
َ ‫ومان ًَ ْى َم ُه‬
ٍ ‫س‬ ِ ٍ ِ ِ
‫ قاى‬،"‫باّلِل حعالى‬
َ َّ َ ْ ّ َّ ْ َ َ
‫ك‬ ‫ش‬‫الؽ‬ ‫ال‬ ‫إ‬ ‫م‬ ‫ى‬ ‫الي‬ ‫رلو‬ ‫في‬ ُ ‫ َول ْم ًَ ْي َبؽ ل َز ْهب ْأن ًُ ْذس َل‬،‫الؽ ْيطان‬
‫ه‬
َّ َ َ ُ َ
ً‫وح ِشط ِم‬
ِ ِ ِ ِ ِ ٍ ِ ِ ِ
‫ صحيح‬:‫ وفي بعض اليسخ‬،ً‫ هزا حذًث حع‬:‫الترمزي‬
Kami meriwayatkan dalam kitab (sunan) At-Tirmizi dan selainnya, dari Abi Dzar
r.a, bahawa Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang
membaca pada penghujung (setelah) solat subuh dan dia menyilangkan kakinya
sebelum berkata-kata (dengan bacaan):

َ ُ ُ َ ُْ َ َ َ َ َّ
‫ َو ُه َى على م ّل ش ْي ٍء‬،‫وٍميذ‬ ُ
‫ ًُحيي‬،‫الحمذ‬ ‫ال ِإ َله ِإال هللا وحذه ال ؼش‬
‫ َول ُه‬،‫ ل ُه املل ُو‬،‫ٍو ل ُه‬
َ
‫ق ِذ ًٌش‬
“Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalahu, lahul mulku, walahul hamdu,
yuhyii wa yumiitu, wa huwa „ala kulli syai-in qadir.”

(Sama dengan permulaan zikir yang kedua dan ketiga di atas, cuma ada
penambahan “Yuhyi wa yumiitu” yang bermaksud: “Yang menghidupkan dan
Yang mematikan”)

Dibaca sebanyak 10 kali maka dicatat baginya 10 kebaikan dan dihapuskan


baginya 10 kejahatan, dan diangkat 10 darjat, serta pada hari tersebut dia dijaga
dari segala perkara yang tidak disukai dan dilindungi dari segala godaan syaitan,
tidak ada suatu dosa yang nampak nyata pada hari itu kecuali yang mensyirikkan
Allah Ta‟ala.” Berkata Imam At-Tirmizi hadis ini hasan, dan dalam sebahagian
naskah: sahih. (Rujukan: Kitab Al-Azkar, no: 182; Dalam kitab Hisnul Muslim
karya Dr. Sa‟id Wahf Al-Qahtoni menyatakan ianya dibaca setelah maghrib dan
subuh sebanyak 10 kali, hadis no: 72).

31
Kelima:

Membaca Ayat Kursi iaitu Surah Al-Baqarah ayat 255. Rasulullah sallallahu
„alaihi wasallam bersabda:
‫مً قشأها دبش مل صالة لم ًمىعه مً دخىى الجىت إال أن ًمىث‬
“Sesiapa yang membacanya di penghujung setiap kali (setelah) solat, maka tiada
yang dapat menahannya daripada masuk syurga melainkan mati.” (Hadis riwayat
An-Nasai dan Ibnu Sunni. Rujukan: Kitab Hisul Muslim, no: 71).

Keenam:

Membaca tiga Qul (iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas). (Hadis riwayat
Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai dan selainnya. Rujukan: Kitab Al-Azkar, no:
173).

Ketujuh:

Membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, dan takbir 33 kali kemudian


menutupnya dengan membaca:
ٌ ‫ َو ُه َى على ُم ّل ش ٍيء‬،‫الحمذ‬
‫قذًش‬ ُ ُ ،‫امللو‬
‫وله‬ َ ‫وحذه ال َؼ‬
ُ ‫ ُله‬،‫شٍو ُله‬ ُ َّ َ
‫إله ِإال هللا‬ ‫ال‬
Laa ilaaha illallaah wah dahu laa syarilakahu, lahul mulku, walahul hamdu, wa
huwa „ala kulli syai-in qodir.

Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam bersabda:


َ ‫ُػـ َش ْث خطاًاه وإن ماهذ م ْث َل َصَبذ‬
‫الب ْح ِش‬ ِ ِ ِ
“Maka diampunkan kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih dilautan.”
(HR. Muslim dari Abu Hurairah. Menurut riwayat Muslim dari Ka‟ab bin Ajrah
dibaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Rujukan: Kitab Al-
Azkar, no: 169 & 170).

32
5.0 KESALAHAN-KESALAHAN DALAM SOLAT

KESALAHAN PERBUATAN DI DALAM SOLAT

1. Kesalahan Sebelum Solat

- Gopoh-gapah memasuki masjid sewaktu imam telah memulakan solat


jemaah.
- Keluar dari masjid sesudah iqamah tanpa keperluan.
- Leka bercakap-cakap dan terkadang gelak-ketawa sebelum azan.
- Tidak menjawab azan dengan penuh; tidak berselawat sebelum berdoa dan
tidak pula berdoa sesudah azan.
- Mengambil tempat di bahagian belakang atau di tepi tangga dalam masjid;
kononnya mudah untuk keluar.
- Tidak berebut memasuki saf pertama; dan tidak segera bangun sewaktu
mula iqamah. (239 Kesalahan Di Dalam Solat, Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh,
Pustaka Ilmi, ms. 17).

2. Kesalahan Di dalam Solat

- Tidak berhias diri untuk beribadah bersolat dengan hanya memakai sarung
tanpa kain sebai atau baju; lelaki tidak menutup kepala, memakai labuh ke bawah
buku lali; juga memakai pakaian berwarna-warni. Sebaiknya berwarna putih atau
satu warna lembut, tidak meliarkan. Juga ada yang memakai pakaian yang
bertulisan di hadapan atau belakang.
- Mengangkat tangan semasa takbiratulihram secara gaya bebas tanpa
menghadapan telapak tangan betul-betul ke kiblat; dan mengangkat tangan pada
paras dada dan di bahagian dada; bukan pada zon telinga dan bahu.
- Meletakkan kedua tangan ke bawah pusat, ke atas pusat, perut dan
sekitarnya semasa qiyam; bukan di atas dada di kawasan tengah-tengah.
- Mengangkat takbir secara separuh atau isyarat tanpa sepenuhnya seperti
iktidal seolah-olah mencampakkan kedua tangan separuh ke atas; bukan
mengangkat kedua belah tangan sampai ke zon bahu atau telinga.
- Tangan terkulai-kulai ke hadapan dan ke belakang selepas iktidal.

33
- Badan terhuyung-hayang dan anggota tidak terpaku tetap; manakala saf
tidak rapat dan tidak lurus. (Ibid, ms. 18-19).

PERKARA MAKRUH KETIKA SOLAT

Setiap perkara yang berlawanan dengan sunnah adalah termasuk dalam


lingkungan perkara makruh contohnya seperti membaca doa ifittah disunnatkan,
maka makruh meninggalkan membacanya (Kitab Fekah Mazhab Syafie 1/194).

Di antara perkara disunnatkan supaya menjauhinya dan makruh jika


melakukannya, ialah:

- Memalingkan tengkok ketika solat kecuali ada keperluan.

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Allah Azza wajalla sentiasa


mengadap hambaNya secara berdepan ketika solat, sekiranya hambaNya
berpaling, maka Allah berpaling daripadanya.” (HR. Abu Daud no: 909).

Nabi sallallahu „alaihi wasallam mensifatkan orang yang memalingkan tengkok


sebagai pencuri dalam solat, sebagaimana sabda baginda: “Ia adalah suatu bentuk
kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang hamba.”
(HR.Bukhari no: 718).

Dibenarkan memalingkan tengkok jika ada keperluan, iaitulah seperti solat dalam
keadaan berperang, maka ada faktor baginya untuk berpaling. Kerana itulah
berkerling (menjeling) dengan mata tanpa berpaling, maka tidak mengapa.
Manakala berpaling dengan tengkok tanpa berpaling dari arah kiblat hukumnya
makruh, namun jika dadanya berpaling dari arah kiblat maka batallah solatnya
kerana ianya rukun dalam solat. (KFMS 1/195).

- Mengangkat Pandangan Ke Atas

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Apakah gerangannya kaum-kaum


yang mengangkat pandangan mereka ke atas ketika solat? Kemudian baginda

34
menyambung lagi: Sama ada mereka berhenti daripada berbuat demikian atau
disambar pandangan-pandangan mereka.” (HR. Bukhari no:717).

- Bermain-main dengan Rambut (mengurai-uraikannya) dan Menyingsing


Hujung Baju (lengan) ketika solat.

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Aku diperintahkan supaya sujud di


atas tujuh anggota dan aku tidak pernah bermain-main pakaian dan mengurai-
uraikan rambut.” (BR. Bukhari dan Muslim).

- Solat dalam keadaan makanan telah dihidangkan.

Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Apabila makanan malam seseorang


kamu telah dihidangkan , di waktu yang sama solat hendak didirikan, maka
mulakan dengan makan dan janganlah dia gopoh (untuk pergi solat), maka
mulakan dengan makan dan janganlah dia gopoh (untuk pergi solat) hingga
selesai memakannya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

- Solat dalam keadaan menahan kencing dan air besar.


‫ال صالة بحضشة الطعام وال هى ًذاؿعه ألاخبثان‬
Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Tidak sempurna solat di
hadapan makanan dan dalam keadaan dia menahan daripada kencing dan buang
air besar.” (HR. Muslim no: 560).

- Solat dalam keadaan terlalu mengantuk.

Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Apabila seseorang kamu rasa


mengantuk sedangkan dia ingin solat maka hendaklah dia tidur terlebih dahulu
hingga hilang mengantuknya. Sesungguhnya seseorang kamu apabila solat dalam
keadaan mengantuk, boleh jadi dia ingin beristighfar tapi dia mencaci dirinya
sendiri.” (HR. Bukhari dan Muslim)

- Solat di tempat-tempat berikut:

35
Bilik air, jalan, pasar, kawasan perkuburan, gereja, tempat pembuangan sampah,
dan tempat unta duduk. Sesetengah tempat tersebut dibimbangi terdapat najis dan
sesetengahnya pula boleh menyebabkan tidak khusyuk.

Imam At-Tirmizi meriwayatkan: “Nabi sallallahu „alaihi wasallam telah


melarang daripada solat di tempat pembuangan sampah, tempat sembelihan,
kawasan perkuburan dan kawasan laluan di tengah jalan, di bilik air, tempat-
tempat unta duduk dan di atas kaabah.” (HR. Tirmizi no: 346 beliau menyatakan
sanadnya yang tidak terlalu kuat).

Ada riwayat yang kuat iaitu Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam bersabda:
‫الاسض مسجذ إال املقبرة والحمام‬
“Bumi itu adalah masjid kecuali kawasan perkuburan dan bilik air.” (HR. Ibnu
Hibban)

Dalam riwayat At-Tirmizi yang disahihkan oleh Ibnu Hibban:


‫ال جصلىا في أعطان إلابل‬
“Janganlah kamu solat di tempat unta berbaring yang berdekatan dengan air.”

KESALAHAN YANG TERJADI KHILAF PADANYA

(1) Meletakkan tangan di atas dada, perut atau pusat.


(2) Iktidal dalam keadaan tangan bersedekap atau tangan berada di sisi.
(3) Turun untuk sujud seperti turun unta menderum iaitu tangan dahulu atau
lutut dahulu?
(4) Cara memberi isyarat dengan telunjuk ketika tasyahud (tahiyat).
(5) Sujud dalam keadaan tumit ditegakkan atau dirapatkan.
(6) Zikir secara perlahan atau kuat setelah solat

Permasalahan zikir perlahan (sirr) atau kuat (jahr) setelah selesai solat
fardu

36
Imam Nawawi rh membawakan riwayat dari Ibnu Abbas r.huma berkenaan
tatacara zikir setelah solat fardu adalah secara kuat di dalam kitabnya Al-Azkar.
Berikut adalah riwayat tersebut:

Kata Ibnu Abbas:


‫لىذ أعشؾ اهقضاء الصالة سظىى هللا (ص) بالخنبير‬
“Aku mengetahui bahawa Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam mengakhiri
solat dengan takbir.”

Dalam riwayat Muslim disebutkan: “Adalah kami mengetahui bahawa


Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam mengakhiri solat dengan takbir.”

Dalam riwayat lain:


)‫أن سؿع الصىث بالزلش حين ًىصشؾ الىاط مً املنخىبت مان على عهذ سظىى هللا (ص‬
“Bahawa menyaringkan suara ketika zikir setelah selesai solat (fardu) telah
berlaku sejak zaman Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam.”

Beliau melanjutkan:
‫لىذ أعلم إرا اهصشؿىا بزلو إرا ظمعخه‬
“Aku mengetahui perkara itu dilakukan oleh mereka (para sahabat), adalah
kerana aku sendiri yang mendengarnya.” (Al-Adzkar, no: 164).

Imam Asy-Syafi‟i rahimahullah berkata:


‫واخخياس لالمام واملأمىم أن ًزلش هللا بعذ الاهصشاؾ مً الصالة وٍخـيان الزلش إال أن‬
‫ًهىن إماما ًجب أن ًخعلم مىه ؿيجهش حتى ًشي أهه قذ حعلم مىه زم ٌعش‬
“Imam dan makmum boleh memilih sama ada ingin berzikir kepada Allah (atau
tidak) selepas solat. Dan mereka hendaklah memperlahankan zikir kecuali dia
merupakan seorang imam. Imam wajib mengajari makmum berzikir, maka
hendaklah dia kuatkan zikirnya sehingga dia melihat bahawa telah dipelajari
darinya (zikir-zikir tersebut). Kemudian hendaklah dia perlahankan semula. (Al-
Umm, Kitab As-Solah, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/150)

37
‫وأحعبه إهما حهش قليال ليخعلم الىاط مىه رلو الن عامت الشواًاث التى لخبىاها مع هزا‬
‫وػيرها ليغ ًزلش ؿيها بعذ الدعليم تهليل وال جنبير وقذ ًزلش أهه رلش بعذ الصالة بما‬
‫وصـذ وٍزلش اهصشاؿه بال رلش ورلشث أم ظلمت منثه ولم ًزلش حهشا وأحعبه لم ًنث‬
‫إال ليزلش رلشا ػير حهش‬
“Aku berpendapat baginda (Nabi sallallahu „alaihi wasallam) menguatkan suara
ketika berzikir hanya untuk seketika sahaja. Tujuannya agar para sahabat dapat
mempelajari zikir itu daripadanya. Ini kerana, kebanyakan riwayat yang telah
kami tulis sama ada bersama kitab ini (Al-Umm) atau selainnya langsung tidak
menyebut adanya bacaan tahlil atau takbir selepas baginda memberi salam.
Kadang-kadang riwayat yang datang menyebut baginda berzikir selepas solat
seperti apa yang aku nyatakan (secara kuat) dan kadangkala baginda beredar
(meninggalkan saf) tanpa berzikir. Menurut apa yang diriwayatkan oleh Ummu
Salamah, baginda tidak berzikir secara kuat selepas solat. Oleh itu, aku
berpendapat bahawa baginda tidak akan duduk sama sekali kecuali berzikir tanpa
dikuatkan suara.” (Al-Umm, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/150-151)

Dari Abu Musa Al-Asy‟ari r.a beliau berkata:

‫لىا مع سظىى هللا ملسو هيلع هللا ىلص ؿنىا إرا أؼشؿىا على واد هللىا ولبرها اسجـعذ أصىاجىا ؿقاى الىبي‬
‫ملسو هيلع هللا ىلص ًا أيها الىاط اسَبعىا على أهـعنم ؿئهنم ال جذعىن أصم وال ػاببا إهه معنم إهه ظميع‬
‫قشٍب جباسك اظمه وحعالى حذه‬

“Kami pernah bersama Rasulullah sallallahu „alaihi wasallam (dalam perjalanan).


Jika kami mendaki bukit maka kami bertahlil dan bertakbir hingga suara kami
meninggi. Maka Nabi sallallahu „alaihi wasallam bersabda, “Wahai sekalian
manusia, kasihanilah diri-diri kamu, kerana sesungguhnya kamu bukanlah berdoa
kepada Zat yang pekak dan ghaib (tidak hadir). Sesungguhnya Dia yang Maha
berkat namanya dan Maha tinggi kemuliaannya Maha Mendengar lagi Maha
Dekat.” (HR. Al-Bukhari no: 2830 dan Muslim no: 2704)
38
Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-„Asqalani r.h berkata: “At-Thabari berkata: Dalam
hadis ini terdapat keterangan dibencinya meninggikan suara ketika berdoa dan
berzikir. Ini adalah pendapat segenap para ulama salaf dari kalangan sahabat dan
tabi‟in.” (Fathul Baari, 6/135).

(*) Antara kesalahan yang sering terjadi ialah tidak mengikuti perbuatan
Imam walaupun dalam masalah yang terjadinya khilaf.

Antara perkara yang terjadi khilaf padanya adalah dalam masalah qunut dalam
solat subuh. Pendapat-pendapat tersebut secara ringkasnya seperti berikut:

Pertama: Ulama Malikiyah

Mereka berpendapat bahswa tidak ada qunut kecuali pada solat subuh saja. Tidak
ada qunut pada solat witir dan solat-solat lainnya.

Kedua: Ulama Syafi‟iyah

Mereka berpendapat bahawa tidak ada qunut dalam solat witir kecuali ketika
separuh akhir dari bulan Ramadhan. Dan tidak ada qunut dalam solat lima waktu
yang lainnya selain pada solat subuh dalam setiap keadaan (baik keadaan kaum
muslimin ditimpa musibah ataupun tidak). Qunut juga berlaku pada selain
shubuh jika kaum muslimin tertimpa musibah (iaitu qunut nazilah).

Ketiga: Ulama Hanafiyah

Disyariatkan qunut pada solat witir. Tidak disyariatkan qunut pada solat
selainnya kecuali pada saat nawazil iaitu kaum muslimin tertimpa musibah,
namun qunut nawazil ini hanya pada solat subuh sahaja dan yang membaca
qunut adalah imam, lalu diaminkan oleh jamaah dan tidak ada qunut jika solatnya
munfarid (secara bersendirian).

Keempat: Ulama Hanabilah (Hanbali)

39
Mereka berpendapat bahawa disyariatkan qunut dalam witir. Tidak disyariatkan
qunut pada solat selainnya kecuali jika ada musibah yang besar selain musibah
penyakit. Pada keadaan ini imam atau yang mewakilinya berqunut pada solat
lima waktu selain solat Jumaat.

Sedangkan Imam Ahmad sendiri berpendapat, tidak ada dalil yang menunjukkan
bahawa Nabi shallallahu „alaihi wa sallam pernah melakukan qunut witir
sebelum atau sesudah ruku‟. Inilah pendapat para imam madzhab.

Bagi mereka yang berpendapat qunut subuh tidak ada, namun solat bersama
imam yang melakukan qunut dalam solat subuh, maka sebagai makmum dia
seharusnya mengikuti perbuatan makmum. Begitu juga sebaliknya jika mereka
yang berpendapat qunut subuh itu disunnahkan, namun dia solat bersama imam
yang tidak melakukan qunut dalam solat subuh, maka hendaklah dia juga
mengikuti perbuatan meninggalkan qunut tersebut.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

“...Hendaklah bagi makmum mengikut imamnya di dalam perkara yang


dibenarkan diijtihadkan, apabila dia qunut, maka qunutlah bersamanya, jika
imam tidak qunut maka dia tidak qunut. Kerana Nabi sallallahu „alaihi wasallam
telah bersabda:
َ ُ
‫إلامام ِليؤج َّم به‬ ‫إهما ُحعل‬
"Hanyasanya dijadikan imam itu untuk diikuti." (HR. Bukhari no: 662)

Dan baginda bersabda :


َ
‫ؿال جخخلـىا على أبمخنم‬
"Jangan kamu menyelisihi dengan imam-imam kamu."

Dan telah tsabit dalam as-sahih bahawa baginda bersabda :


ُ َ ًُ
‫ و إن أخطؤا ؿلنم و عليهم‬،‫صلىن لنم ؿئن اصابىا ؿلنم و لهم‬

40
"Mereka solat untuk kamu (mengimami) jika mereka betul, maka bagi kamu
(pahala) dan bagi mereka, jika mereka salah maka bagi kamu (pahala) dan atas
mereka (dosanya)."

Tidakkah kau lihat jika imam membaca surah selepas Fatihah dua rakaat terakhir
dan memanjangkan pula bacaannya lebih dari dua rakaat pertama, kamu tetap
wajib mutabaah (mengikuti) imam dalam hal demikian?

Adapun mendahului (menyelisihi) imam maka tidak harus. Jika imam qunut
maka tidak boleh bagi makmum mendahuluinya, tidak boleh tidak mestilah
mengikutinya, oleh kerana itu apabila Ibnu Mas'ud mengingkari perbuatan
Utsman r.a menyempurnakan solat 4 rakaat di Mina kemudian tetap solat 4
rakaat dibelakang beliau lalu ditanyakan kepada beliau: beliau menjawab:
‫الخالؾ ؼش‬
"Khilaf (perselisihan) itu suatu yang buruk."

Demikian juga Anas bin Malik r.a apabila ditanya tentang waktu melontar
jamrah, maka beliau menjawabnya (dengan sunnah) kemudian beliau berkata:
"Lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Imammu." Wallahu a'lam. (Al-
Majmu‟ Al-Fatawaa Ibnu Taimiyah jilid 23).

‫وصلى هللا على هبيىا دمحم وعلى آله وصحبه أحمعين‬

Selesai Daurah Tahsin Solat.

41

Anda mungkin juga menyukai