Anda di halaman 1dari 2

Temu ramah 1

A: Hai kami buat kempen jom minum air mineral. Tahu tak kelebihan minum air mineral?
B: Air bertapis?
A: Tak. Supaya badan tidak dehadrasi dan hidup sihat. So, apa yang awak rasa, patutkah kita
minum air yang cukup sebab sekarang cuaca panas.
B: Patut.
A: Ok, terima kasih. Jadi minumlah air secukupnya.

Temu ramah 2 (feedback 1)


B: Ok, bagi saya program ini sangat bagus. Good luck.

Temu ramah 3
A: Satu hari nak minum berapa liter air?
B: 3 liter.
A: 2 liter cukup, 8 gelas air. Minum air dapat menurunkan berat badan kita. Jadi, perlu minum
banyak sikit air. Thank you.

Temu ramah 4
A: Assalammualaikum, selamat sejahtera. Ini merupakan responden kami yang seterusnya, Kak
Yaya. Hai.
B: Hai.
A: Ok, selepas daripada penerangan yang kami beri tadi, apa yang Kak Yaya tahu tentang
kepentingan air ini?
B: Ok, apa yang Kak Yaya tahu, kepentingan air ini untuk menyejukkan badan dan menghilangkan
dahaga.
A: Dan berapa gelas sehari?
B: 8.
A: 8 gelas sehari. So, jangan lupa minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Bye.

Temu ramah 5 (feedback 2)


B: Kempen kesedaran minum air ini sangat penting sebab kita tahu sekarang cuaca sangat panas.
Jadi, penting untuk orang terutamanya pelajar yang pelajar UPSI sekarang cuaca panas di bahagian
Perk. Jadi, penting untuk pelajar UPSI untuk sentiasa minum air agar sentiasa sihat dan tidak
terlalu dehidrasi dan kekal sihatlah. Ok.
Temu ramah 6 (feedback 3)
A: Feedback kempen air mineral ini.
B: Saya rasa kempen jom minum air ini oklah, bagus untuk kita memupuk kesedaran dalam
kalangan kita, minum air ini penting. Stay hydrated.
A: Terima kasih

Temu ramah 7
A: Kamu tahu tak apa kepentingan air?
B: Tidak tahu. Dia untuk membantu badan kitalah.
A: Ya. Setiap hari kena minum berapa air?
B: 8 gelas.
A: Adakah kamu ada setiap hari minum air 8 gelas yang cukup?
B: Satu botol, 1.5 liter ada, tidak kira berapa gelas.
A: Tidak boleh. Kena minum yang cukup.
B: Alright.
A: Thank you.

Temu ramah 8
A: Selepas kami buat khidmat masyarakat ini, apa yang Adi faham tentang kepentingan air?
B: Ok, sekian terima kasih kepada soalan itu. Air ini lebih kepada keperluan di dalam badan kita.
Air ini mempunyai berbagai-bagai khasiat walaupun air ini kosong sahaja. Air kosong ini lebih
memberi kebaikan daripada keburukan. Ok, seperti contoh, air kosong boleh menghilangkan haus
dan mengelakkan penyakit dehidrasi.
A: Yang paling penting itu kesihatan, kesihatan palling penting dalam kehidupan. So, ini ada satu
kata-kata pujangga untuk kita sama-sama fikirkan iaitu mana yang kita pilih sama ada meminum
air banyak berulang-alik ke tandas ataupun minum air manis atau air-air yang bergas (air
berkarbonat) banyak dan berulang-alik ke hospital. Jadi, sama-sama kita fikirkan dan ini adalah
khidmat masyarakat yang kami rasa penting untuk semua faham tentang kepentingan air. Jadi, itu
sahaja untuk hari ini. Sekian, terima kasih. Bye.

Anda mungkin juga menyukai