Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM SEMINAR PECUTAN SPM


YPJ 2018

TARIKH : 20 & 26 SEPTEMBER, DAN 2 OKTOBER 2018

MASA : 8.00 PAGI – 1.30 PETANG

TEMPAT : BILIK WAWASAN SMK ANJUNG BATU

TAJAAN:

YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)

DENGAN KERJASAMA:

SMK ANJUNG BATU, MERSING, JOHOR


PENDAHULUAN

Program Seminar Pecutan SPM YPJ 2018 adalah sebuah program yang ditaja oleh
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kepada murid-murid aliran Sains Tulen di sekolah-sekolah
yang dipilih. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan,
sama ada kertas 2 atau 3, yang akan diberikan oleh penceramah-penceramah yang
berpengalaman dalam penandaaan kertas peperiksaan SPM.

SMK Anjung Batu adalah antara sekolah-sekolah bertuah yang diberi penajaan oleh
pihak YPJ di Daerah Mersing. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan,
teknik dan kemahiran murid-murid Aliran Sains Tulen di sekolah ini bagi menghadapi
peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Kem ini mensasarkan matlamatnya kepada 16 orang pelajar Tingkatan Lima Sains
Tulen (5 ST).

Harapan saya, program ini akan mendapat kerjasama daripada semua pihak iaitu
pihak sekolah, panitia, para guru dan peserta yang terlibat.

OBJEKTIF

Antara objektif bengkel ini adalah:

1. Menambah, mengaya dan mengukuhkan pengetahuan pelajar dalam Biologi, Fizik,


Kimia dan Matematik Tambahan khususnya untuk Kertas 3.
2. Menjelaskan tentang kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul
dan sesuai dengan format.
3. Merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap
siaga untuk menghadapi peperiksaan.
4. Melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2018.
5. Memupuk sikap pelajar supaya sentiasa memanfaatkan masa (pengurusan masa
yang cekap) untuk belajar lebih-lebih lagi dalam saat-saat yang genting ini.
6. Meningkatkan ilmu, kemahiran dan skil pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM
2018.
PENGISIAN

Program ini akan dibahagikan kepada empat sesi/ 2 hari:

1. SESI 1 (Biologi dan Fizik) pada 20 September 2018 (Khamis)


2. SESI 2 (Kimia) pada 26 September 2018 (Rabu)
3. SESI 3 (Matematik Tambahan) pad 2 Oktober 2018 (Selasa)

PENCERAMAH DAN URUSETIA

Nama-nama urusetia yang dilantik adalah seperti berikut;

BIL NAMA GURU JAWATAN SEKOLAH


1 PUAN ZARITH SUHAILI BINTI Penyelaras Program YPJ/ SMK Anjung Batu
ZABRI Guru Pembimbing YPJ
(Fizik)
2 PUAN RADZIAH BINTI Penceramah Biologi/ SMK Anjung Batu
OTHMAN Guru Pembimbing YPJ
(Biologi)
3 PUAN SAADAH BINTI ABDUL Penceramah Fizik SMK Sains Sultan
MAJID Iskandar, Mersing
4 EN AZEMI BIN AHMAD Penceramah Kimia SMK Sains Sultan
Iskandar, Mersing
5 PUAN RAFIZA BINTI SETH Penceramah Matematik SMK Sri Mersing
Tambahan
PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN (RM) PERBELANJAAN (RM)

Makan Pelajar
(RM 3.00 X 20 orang) X 4 sesi 240.00

Makan Penceramah, Penyelaras


dan Guru Pembimbing
(RM 15.00 X 10 orang)
150.00
* Catatan :
1 penceramah + 1 penyelaras YPJ +
Tajaan dari YPJ 1,750.00 1 guru pembimbing bagi setiap sesi

Bayaran Penceramah
(RM 240.00 X 4 orang) 960.00

Bahan/ Modul
(RM 5.00 X 4 matapelajaran
400.00
X 20 murid)

JUMLAH 1, 750.00 JUMLAH 1, 750.00

PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini mendatangkan faedah yang besar kepada
semua peserta yang terlibat, secara khususnya ke arah pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan SPM yang bakal diduduki tidak lama lagi. Kejayaan yang bakal diraih akan
menjadi titik tolak ke arah pembentukan modal insan yang berminda kelas pertama.
TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 20 September 2018 (Khamis)

MASA AKTIVITI
7.30 – 8.00 pagi Sarapan pagi di kantin sekolah
Pendaftaran
8.00 – 8.30 pagi
Berkumpul di Bilk Wawasan SMK Anjung Batu
8.30 – 10.30 pagi Slot 1 : Bengkel Biologi

10.30 – 11.00 pagi Rehat dan makan tengahari


11.30 pagi –
Slot 2 : Bengkel Fizik
1.30 petang
Penutup dan penyampaian sijil/ cenderahati kepada penceramah
1.30 petang
Bersurai/ Solat Zohor

Tarikh : 26 September 2018 (Rabu)

MASA AKTIVITI
7.30 – 8.00 pagi Sarapan pagi di kantin sekolah

8.00 – 10.30 pagi PdPc di kelas masing-masing

10.30 – 11.00 pagi Rehat dan makan tengah hari


11.30 pagi –
Slot 2 : Bengkel Kimia
1.30 petang
Penutup dan penyampaian sijil/ cenderahati kepada penceramah
1.30 petang
Bersurai/ Solat Zohor

Tarikh : 2 Oktober 2018 (Selasa)

MASA AKTIVITI
7.30 – 8.00 pagi Sarapan pagi di kantin sekolah

8.00 – 10.30 pagi Slot 3 : Bengkel Matematik Tambahan


Penutup dan penyampaian sijil/ cenderahati kepada penceramah
10.30 – 11.00 pagi
11.30 pagi –
PdPc di kelas masing-masing
1.30 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................................... …………………………………..
(ZARITH SUHAILI BINTI ZABRI) (TN HAJI SAIFUL BIN ATAN)
Penyelaras YPJ Pengetua,
SMK Anjung Batu. SMK Anjung Batu.

Anda mungkin juga menyukai