Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SENING, KOTA TINGGI.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


BAHASA MELAYU (Pemahaman)
Tahun 3
Masa : 1 jam
Bahagian A
(20 markah)

Nama : ____________________________ Markah :

/100

Tahun : 3 ( ) T/Tangan

ibu/bapa : _____________

Soalan 1 hingga 16

1. _______, sakitnya kakiku ini !

A Aduh C Amboi
B Cis D Nah

2. Antara hasil laut seperti _____________.

A tembikai C oren
B bebola ikan D buah kelapa

3. “________ akan ke perpustakaan pada hari sabtu,” kata Ani dan Ana.

A Mereka C Kami
B Dia D Kamu

1
4. Marilah kita ke _________ bersama-sama.

A sini C situ
B itu D sana

5. Yasmin membaca buku _________ menunggu ayahnya datang


menjemputnya.

A ketika C kerana
B sementara D sebelum

6. “ ________ makan,” pelawa ibu.

A Jemput C Tolong
B Nah D Sila

Gambar 1

Soalan 7 berdasarkan gambar 1

7. Murid-murid 3 Arif masuk ke kelas _________ loceng dibunyikan.

A apabila C telah
B sebelum D sedang

8. Pertandingan membaca akan diadakan _________ hari Isnin.

2
A di C pada
B kepada D daripada

9. Harga kereta itu _________?

A siapa C bila
B berapa D mana

10. Pelancong _______ luar negara tertarik dengan keindahan negara


kita.

A daripada C ke
B dari D pada

11. Ibu __________ ikan di pasar.

A membeli C membelikan
B dibeli D terbeli

12. Ahmad suka menonton rancangan dokumentari, __________ berkaitan


hidupan liar.

A namun C tetapi
B sebaliknya D terutamanya

3
13. Lembu-lembu itu sedang meragut ____________ di padang.

A rerumput C bebawang
B dedaun D lelalang

14. ________ motosikal itu boleh bergerak ?

A Bagaimanakah C Siapakah
B Mengapakah D Manakah

Pilih ayat yang betul.

15. A. Ali dan Ahmad mengulang kaji di perpustakaan.


B. Gadis yang berambut panjang itu tidak kakak saya.
C. Para tetamu yang hadir dihalau masuk ke dalam dewan.
D. Lily menyerahi buku latihan kepada Cikgu Zahari.

16. A. Ahmad pergi melancong ke Pulau Langkawi sekeluarga.


B. Amira memberi makanan pada kucing kesayangan dia.
C. Kami gembira kerana dapat membantu mangsa banjir.
D. Ayah menghadiahi seutas rantai untuk ibu.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Zhafree murid tahun tiga dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Taman

Sepakat telah berjaya menjadi juara dalam kejohanan ‘Formula Future’ di

Itali baru-baru ini. Beliau sangat seronok kerana dapat mengharumkan

nama Malaysia di peringkat dunia.

4
Beliau mendapat tunjuk ajar daripada Syed Abdul Hamid. Setiap

hari dari jam 4.00 hingga 6.30 petang Zhfree akan menjalani latihan di

Kuala Ibai, Terengganu. Walaupun sibuk dengan latihan, Zhafree tidak

pernah lupakan pelajarannya.

Zhafree bukan sahaja berjaya dalam bidang sukan bot laju tetapi

juga beliau adalah salah seorang murid yang cemerlang di sekolahnya.

17. Apakah kejayaan Zhafree?

A Cemerlang dalam peperiksaan


B Menjadi juara dalam kejohanan Formula Future
C Mengharumkan nama Malaysia
D Menjalani latihan di Kuala Ibai

18. Di manakah Kejohanan Formula Future itu berlangsung?

A Itali C Terengganu
B Malaysia D Kuala Ibai

19. Perkataan seerti bagi tunjuk ajar ialah

A belajar C latihan
B ulang kaji D ujian

5
20. Apakah bidang sukan yang diceburi oleh Zhafree?

A Formula One C Olahraga


B Lumba lari D Bot laju

BAHAGIAN B
(20 MARKAH)
Soalan 21

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

yang di jika

untuk pada tetapi

Alam sekitar memainkan peranan _____________ sangat penting dalam

kehidupan harian. Manusia yang menjadi penghuni ____________ muka bumi

ini hendaklah memelihara alam sekitar. Hari Alam Sekitar akan diadakan

__________ 5 Jun setiap tahun ___________ meningkatkan kesedaran

masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

( 4

markah )

6
Soalan 22

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

tetapi kerana sambil Atau manakala

1. Ayah saya garang _______________ baik hati.

2. Dani mencuci kasut sekolah____________ berbual dengan abangnya.

3. Rita suka makan durian____________ manggis?

4. Rambut lelaki itu kusut _______________tidak pernah disikat.

5. Puan yong menasihati anaknya _______________ rajin belajar.

Soalan 23
Lengkapkan ayat dengan penjodoh bilangan yang betul.

jambak bentuk pasang ulas helai

7
1. Aliff memberikan se______________baju kepada adam.

2. Kakak menerima se_____________ bunga daripada kawannya.

3. Encik akram menghadiahkan isterinya se____________ rantai emas.

4. Aisyah memakai se____________ cincin sebelum keluar rumah.

5. Harith mempunyai 5 ____________ kasut berjenama mewah.

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

Aktiviti berbasikal banyak kebaikannya. Kita akan sihat jika sering

berbasikal. Oleh itu, orang ramai digalakkan berbasikal.

Selain itu, kita dapat menjimatkan wang apabila menggunakan

basikal kerana basikal tidak memerlukan petrol.

Basikal juga tidak mengeluarkan asap. Oleh itu, pencemaran udara

tidak berlaku jika kita menggunakan basikal. Hidup kita akan lebih sihat

kerana kualiti udara semakin baik.

8
a. Apakah kebaikan berbasikal?

___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

( 2 markah )

b. Bagaimanakah penggunaan basikal menjimatkan?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

___________________________________________

( 2 markah )

c. Adakah pencemaran udara berlaku jika kita menggunakan basikal?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________

( 2 markah )

Anda mungkin juga menyukai