Anda di halaman 1dari 6

Jelaskan fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan

nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan cara dan bentuk bahasa


yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan. Ianya juga merujuk kepada
bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan
hatinya. Kesantunan berbahasa juga dapat didefinisikan sebagai kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui
lisan atau tulisan. Namun kini, fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan
generasi muda telah berubah mengikut peredaran masa dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya.

Pada arus zaman globalisasi kini, generasi muda tidak lagi mengambil berat
tentang isu kesantunan berbahasa. Ramai generasi muda yang kita lihat telah
meminggirkan budaya kesantunan bahasa dari kehidupan remaja mereka. Arus
kemodenan telah mengikiskan perasaan untuk berbudi bahasa sesama satu sama
lain sehinggakan sistem panggilan dan gelaran yang hormat tidak lagi membawa ciri
penting dan istimewa yang diguna pakai sejak zaman dahulu kala lagi.
Jika kita perhatikan, budaya generasi muda kini mencerminkan bahawa mereka
tidak berminat untuk mempelajari tentang kesantunan berbahasa apatah lagi untuk
mengamalkannya dalam kehidupan bermasyarakat. Sikap ambil mudah mereka
dengan tidak menggunakan sistem panggilan rasmi terutama apabila bertutur
dengan golongan berpangkat dan berusia menunjukkan kebiadaban mereka dan
menunjukkan yang mereka mempunyai tahap akademik yang rendah lantas
menjejaskan kredibiliti diri dan memburukkan personaliti remaja tersebut. Sikap
ketidakprihatinan dan sambil lewa remaja berkenaan dengan isu ini hendaklah
segera diatasi dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang bersopan-santun,
menghormati satu sama lain dan harmoni serta negara yang aman. Caranya adalah
dengan menyemarakkan rasa cinta warga muda terhadap bahasa kebangsaan,
menyedarkan mereka tentang pentingnya mengangkat martabat bahasa Melayu di
mata dunia dan menyuntik semangat dalam diri mereka agar terus menjadikan
budaya santun berbahasa sebagai amalan bukan sahaja dengan golongan yang
berpangkat dan berusia malah dengan rakan sebaya dan juga golongan yang lebih
muda dari mereka.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi fenomena kesantunan berbahasa
dalam kalangan generasi muda ialah pengaruh daripada pengaruh barat melalui
penyebaran di media massa. Mereka mempraktikkan budaya yang dilihat di dalam
media massa ke dalam kehidupan seharian. Kebiasaannya, budaya kuning ini
disebarkan melalui penggunaan bahasa yang kasar dan tidak bersopan-santun yang
digunakan di dalam majalah-majalah hiburan, drama, filem, dan sebagainya.
Kesemuanya menggunakan bahasa-bahasa yang tiada unsur hormat-menghormati
dan tidak menggunakan pemilihan kata yang sepatutnya. Namun begitu, para
remaja tidak boleh disalahkan sepenuhnya apabila mereka terikut-ikut dengan cara
percakapan sebegini. Budaya ini turut dipraktikkan oleh rakyat Malaysia dalam
penerbitan majalah, filem dan juga drama. Oleh kerana terlalu ingin moden dan
dilihat setanding dengan negara lain yang maju dan membangun, penggunaan
bahasa kasar seperti yang digunakan di Barat menjadi satu tradisi untuk diamalkan.
Ada juga segelintir pihak yang menganggap penggunaan bahasa asing
mencerminkan kelas ataupun taraf diri seseorang. Mereka berfikiran bahawa bila
mereka bercakap dalam bahasa asing, orang ramai akan kagum dengan mereka.
Oleh itu, bahasa Melayu semakin rendah martabatnya dan semakin rosak apabila
disalahgunakan. Maka dengan itu, budaya sebegini harus dibanteras dengan segera
bermula dengan menguatkuasakan hak cipta bahasa Melayu supaya
penggunaannya lebih halus dan formal jika digunakan di dalam majalah-majalah.
Jika digunakan dalam drama dan filem, penggunaan bahasa yang tidak formal
adalah dibenarkan namun ianya harus mengandungi aspek hormat-menghormati
dan juga nilai bersopan-santun.

Kesimpulannya, bagi membentuk generasi muda yang berkualiti dan


berkeperibadian tinggi seiring dengan kepesatan arus globalisasi masa kini, nilai-
nilai kesantunan berbahasa haruslah ditanam dan dipupuk di dalam diri generasi
muda dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan masyarakat atau modal insan
yang berkualiti dan berguna demi kepentingan agama, bangsa dan juga, negara
kerana merekalah bakal pemimpin dan pemangkin negara pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai