Anda di halaman 1dari 3

Nurul Munirah Abdullah

PISMP TESL SEM 6


Pendidikan Moral

Elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amali nilai-nilai murni

Nilai merujuk kepada kepentingan, faedah, mutu tentang segala benda, perkara dan
fenomena yang terdapat serta berlaku di dalam alam semesta ini. Nilai adalah aspek
kualitatif dan subjektif hasil pertimbangan pemikiran dan emosi manusia tentang
pengalamannya dalam proses interaksi dengan alam sekitar dan masyarakat manusia. Di
Malaysia, aspek nilai tidak hanya tertakluk kepada satu kelompok pelajar atau masyarakat
sahaja tetapi keseluruhan pelajar dan masyarakat tanpa mengira kaum menerima
pendidikan nilai. Bagi pelajar pula pendidikan nilai diterima melalui pengajaran yang diajar
oleh guru dalam mata pelajaran Moral, Pendidikan Islam dan pelajaran-pelajaran lain secara
tidak langsung. Namun begitu, terdapat elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan
amali nilai-nilai murni di sekolah. Elemen-elemen ini terdapat dalam sekolah, masyarakat
dan juga di peringkat global.

Di kebanyakan sekolah di Malaysia, murid-murid dibahagikan kepada kelas-kelas


tertentu mengikut pencapaian pada akhir tahun pengajian mereka. Psikologi seseorang guru
apabila mengajar di kelas-kelas terbaik, mereka berasa lapang hati. Sementara guru yang
mengajar di kelas tercorot pula berasa bosan dengan gelagat murid yang kurang sopan dan
lemah dalam pelajaran. Keadaan ini menyebabkan hubungan yang kurang mesra antara
guru dan murid dan kurangnya rasa hormat terhadap guru itu sendiri. Dalam beberapa
keadaan, ada juga guru yang tidak mengambil peduli tentang tingkah laku pelajar. Label
guru pada golongan murid tertentu turut mempengaruhi layanan mereka kepada murid-
murid bermasalah. Cara guru yang sedemikian rupa memberi kesan negatif dan melahirkan
perasaan bahawa mereka tidak dilayan secara adil. Seterusnya, ia turut menimbulkan
kebencianmmuridmkepadamguru.

Murid juga mendapat pendedahan keterlaluan daripada media cetak dan media
elektronik. Pada era siber ini, murid mudah mendapat pengaruh yang tidak sihat melalui
internet, televisyen, video dan lain-lain. Ketidakterbatasan pendedahan ini mempengaruhi
tingkah laku murid itu sehari hari. Golongan pelajar adalah golongan yang mudah terdedah
dan mereka menurut apa yang dilihat dan ditonton melalui media itu. Mereka cuba
mempraktikkan seperti apa yang mereka lihat.
Selain itu, elemen yang mencabar penghayatan nilai murni di sekolah adalah dasar
pendidikan itu sendiri. Situasi pembelajaran hari ini yang lebih mementingkan peperiksaan
memberi ruang yang begitu sempit bagi penerapan nilai kemanusiaan. Para pelajar didesak
untuk menguasai akademik semaksimum mungkin tetapi seolah olah tidak terfikir tanpa
imbangan akhlak yang mulia, mereka pasti rosak. Kognitif yang tinggi tanpa iringan efektif
yangmterpujimhanyammenimbulkanmkrisismkeruntuhanmakhlak.

Kemampuan dan sikap negatif pada pelajaran di kalangan ibu bapa menjadi faktor
pertambahan kepada keadaan tatatertib yang tidak baik. Ini disebabkan kanak-kanak yang
datang daripada keluarga dan persekitaran yang miskin tidak mempunyai kawalan keluarga
yang teratur. Bagi segelintir keluarga yang mewah pula, mereka membantah keras langkah
kementerian mengetatkan disiplin murid dan ini sedikit sebanyak mendorong ke arah
kemerosotanmdisiplinmmurid.

Selain itu, faktor diri sendiri juga menyumbang kepada kurangnya penghayatan nilai
murni di sekolah. Murid sekolah akan mengalami satu fasa perubahan ke alam remaja. Ini
kadangkala akan menyebabkan mereka dilabelkan sebagai ‘moodiness’. Sekiranya mereka
gagal menangani gangguan emosi yang melanda, maka ia membawa kepada masalah lain
seperti delinkuensi. Menurut penterjemah buku Psikologi Pendidikan iaitu Noran Fauziah,
Yaakub (1991), sebab utama berlakunya delinkuensi ialah kekecewaan. Sikap dalam diri
sperti cemburu,dengki, khianat dan dendam menjadi faktor kepada masalah yang mereka
lakukan. Mereka tidak dapat mengawal emosi dan kematangan fikiran lantas mengambil
jalan mudah dengan melibatkan diri dengan masalah-masalah sosial. Faktor agama juga
adalah aspek terpenting dalam membentuk sahsiah manusia. Tanpa pegangan agama yang
kukuh, maka sukar untuk para remaja membentuk akhlak mulia dalam diri mereka.

Kesan daripada aspek pembangunan negara dari sudut sosio-ekonomi juga


merupakan satu elemen yang mencabar di peringkat global . Tidak dinafikan pembangunan
adalah sesuatu yang amat penting bagi mewujudkan masyarakat dan negara yang maju.
Malaysia selepas mencapai kemerdekaan telah menumpukan perhatian untuk
membangunkan ekonominya bagi mewujudkan pembangunan sosial, keseimbangan antara
kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat. Kesan dari pembangunan yang pesat telah
menyebabkan berlakunya proses urbanisasi, industrilisasi dan penghijrahan masyarakat dari
luar bandar ke bandar.

Pelajar yang dididik pada hari ini merupakan penyambung warisan negara. Mereka inilah
yang akan mencorakkan generasi depan. Jika permasalah sosial tidak ditangani dari
peringkat akar, sudah pasti ianya adalah kurang efektif untuk membanterasnya apabila ia
berkembang menjadi masalah sosial di peringkat tempatan dan seterusnya terus menular ke
peringkat global. Mencegah sememangnya lebih berkesan daripada mengubati kerana
masalah yang timbul adalah lebih minima. Remaja pada hari ini juga berhadapan dengan
dugaan yang lebih hebat akibat daripada proses modenisasi dan globalisasi yang tidak
bersempadan. Oleh itu, keluarga, sekolah, komuniti, pemimpin, kerajaan dan badan-badan
berwajib perlulah sentiasa berganding bahu dalam menjalankan usaha yang lebih agresif
untuk membentuk sahsiah pelajar daripada terjerumus ke kancah sosial yang boleh
memusnahkan masa depan negara.

Anda mungkin juga menyukai