Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Dari dahulu sehingga kini pelbagai pihak memperkatakan tentang kemerosotan mutu
alam sekitar yang menjejaskan kehidupan sekiranya tindakan yang sewajarnya tidak diambil
untuk mengatasi masalah ini (West, 2010; Abdullah, 1998). Kesedaran orang ramai tentang
kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar serta kepentingan pembangunan
mapan perlu dipertingkatkan lagi.Pembangunan mapan telah menjadi perkara penting dan
penyebaran maklumat mengenainya adalah melalui Program Pendidikan Alam Sekitar
(Ahmad, 2009;Ibrahim, 1998).

Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan menyebabkan


keseimbangan ekosistem terganggu. Keadaan ini menimbulkan pelbagai isu seperti
pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan
kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar
merentas kurikulum. Sehubungan itu, Deklarasi Langkawi telah dimeterai yang bertujuan
untuk merancang dan melaksanakan satu program pendidikan yang berkesan bagi
meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).

UNESCO dalam Agenda 21 Bab 36 yang amat prihatin terhadap isu-isu alam sekitar
dan kepentingan Pendidikan Alam Sekitar serta peranan pendidik dalam usaha meningkatkan
keupayaan manusia untuk menangani isu-isu tentang persekitaran dan pembangunan.
(UNESCO, 2002). Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal
alam sekitar dan juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun 1977.
Sekolah pula menjadi salah satu cara utama untuk menangani masalah-masalah yang
berkaitan dengan alam sekitar.

Guru juga sepatutnya menggunakan segala peluang yang ada untuk menyemai,
memupuk dan melestarikan pendidikan alam sekitar melalui aktiviti di sekolah sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah. Untuk tujuan itu guru perlu mempunyai pengetahuan yang
cukup tentang alam sekitar, juga memegang nilai dan memiliki sikap yang sewajarnya.
Kurikulum dan kaedah pengajaran perlulah memberi lebih penekanan kepada aktiviti-aktiviti
yang berasaskan penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar harus diberi peluang untuk membuat
penilaian dan mengambil tindakan yang sesuai dalam menyelesaikan isu yang benar-benar
wujud di alam sekitar kita (Ismail, 2008).
Sehubungan itu, wajarlah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengorak langkah
menyediakan program Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum untuk dilaksanakan di
semua sekolah. Matlamat Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membentuk pelajar yang
lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan,
kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke
arah penyelesaian isu-isu alam sekitar. Perancangan jangka panjang yang diambil oleh
kerajaan dalam usaha mendidik masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab terhadap
isu-isu alam sekitar adalah dengan memastikan semua pelajar didedahkan kepada program
Pendidikan Alam Sekitar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).
1.0 Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan


mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan
dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa
kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat
fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi
pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah
dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah
pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk
menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya
membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin
mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa
makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang
bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan
sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi
pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada
kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik
tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan
tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa
pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini
berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada
persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila
pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka
seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama
yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan
pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan.
Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan
pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut
mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga
boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah
dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai
atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh
mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran
alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan
kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran
alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap
kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini
jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap
pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan
bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk
bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan
awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan
menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya
penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas
atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang
boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa
penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam
sekitar.

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran
secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua di kawasan
ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman
semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang
dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran
udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan
pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan
cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka
yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus
turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.
Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi
salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan
seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh
semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap
projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup
masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran
udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan
tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh
disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang
menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbangkan pada
masa kini.

Kesan-kesan pencemaran udara kepada kanak-kanak adalah seperti menjejaskan


sistem pernafasan . Mereka sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana
udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan
melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit
lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia
adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan.
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran
daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran
udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang
tercemar. Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap
hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang
dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan
mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan
mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan meminum atau
menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam
air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan
di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan menjadi tempat


pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan perosak yang lain akan
tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat lain.
Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh kanak - kanak akan
menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Sekiranya
serius, akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya
seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.

2.0 Tindakan pihak berkuasa mengatasi masalah pencemaran persekitan

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau,
udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana
terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti
pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam
sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang
tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan
kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Tindakan-tindaan yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.


Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar .
Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu
pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau
individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu
perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula
adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak
berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-
jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut
berbanding media-media lain.

Selain itu, tindakan untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar.
Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen
kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam
sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula
bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat
dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga,
aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan
yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan
alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Tindakan ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat
tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran
sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan
Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan
bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.
Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan
tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi,
pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan
hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar
akan dapat dipupuk dalam diri pelajar.

Tindakan seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan


teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.
Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih
cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih
mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan
menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan
buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan
plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis
udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian
telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat
mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut
pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran
tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini
dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak
kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan
penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa
mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

3.0 Kesan pencemaran persekitaran terhadap flora dan fauna

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia
pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran
alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini
semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi
kesan buruk.

Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di


dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu
Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli,
kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan
bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga
mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi
kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga
terganggu.

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.


Haiwan-haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat
tinggal mereka .Maka, haiwan-haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan
menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara
oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini
menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan-bahan toksid di udara ini telah
diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-
kuda,singa dan sebagainya.

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang


disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan.
Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx)
dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan
pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun
bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh
tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan
bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan
menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu


persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran
bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan
manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke
habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan
ekosistem.

4.0 Aktiviti-aktiviti menangani masalah pencemaran melalui Program Bersepadu


Sekolah Sihat

Aktiviti kitar semula

Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan
semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan,
pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran
bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke
atmosfera dapat dikurangkan. Kelebihan-kelebihan penggunaan semula adalah:

Program menghijaukan kawasan sekolah

Menimbulkan kesedaran generasi muda khusus pelajar sekolah rendah dan menengah
terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Menjadikan Bumi negara kita lebih hijau, redup serta nyaman untuk kehidupan manusia
sejagat dan setiap insan yang bernyawa.

Melahirkan masyarakat cakna dan prihatin terhadap pemeliharaan alam sekitar.


Menanam sikap kasih dan sayang terhadap tumbuh-tumbuhan serta peka akan
kepentingannya sebagai bekalan oksigen yang amat diperlukan makhluk dimuka bumi ini.

Mini Zoo

Para pelajar akan dididik mengenai cara penjagaan haiwan.

Semua makhluk di dunia ini termasuk haiwan mempunyai hak untuk dihormati justeru
penting untuk menyemai kesedaran dalam kalangan kanak-kanak agar lebih
bertanggungjawab terhadap kebajikan binatang.

program Friend of River

Bergotong-royong membersihkan Sungai berdekatan sekolah.

kesedaran dalam penjagaan serta pemuliharaan sungai amat diperlukan untuk memberi
kesedaran sivik serta motivasi kepada murid.

memberi ruang kepada murid dalam untuk situasi sebenar keadaan Sungai.
Kesimpulan

Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam
keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan
menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai
rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup
bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh
timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk
hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia
mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan
lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya
tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan
air yang bersih.

Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting


yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul
dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-
agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini
bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh
berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan
oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi
maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di
laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya
tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada
manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi
menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.

Alam semula jadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita
mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita
melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang
pernah diciptakan.
Rujukan

Abdullah, A.S. (1998). “Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSM”.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Modul Bina Insan Guru. (2000). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Ford, P. (1981). Principles and practices of outdoor/environmental education.

New York:Wiley.

Rimba Hijau. (2000). Jabatan Perhutanan Malaysia.

Modul Pendidikan Luar. (1993). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai