Anda di halaman 1dari 3

TEMA PENDIDIKAN SIVIK: KEGEMBIRAAN

TAJUK: PERSAHABATAN MERENTASI SEMPADAN


Persahabatan merentasi sempadan bermaksud merentasi sempadan bahasa,
budaya, bangsa dan agama.

Di Malaysia terdapat pelbagai lapisan bahasa, bangsa dan agama yang berkongsi
cerita. Bersahabat dengan orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kaum-kaum
lain menghasilkan satu variasi hidup yang tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk
lisan. Sememangnya, hal ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan
mungkin antara saat yang terindah dalam hidup kita. Berlainan budaya membuatkan
kita belajar sesuatu yang baharu dalam kehidupan seharian kita. Cara yang sangat
berlainan dari kebiasaan membuatkan kita teruja. Tamsilnya, jika kita berkawan
dengan rakan yang berbangsa India kita dapat mengenali adat dan budaya mereka
dengan lebih dekat. Sebagai contohnya, budaya mandi minyak pada pagi Hari
Deepavali. Mereka juga menyambut satu lagi perayaan iaitu hari Thaipusam. Secara
umumnya, adat didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Dalam konteks ini,
adat mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun
musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim
dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya berbeza, tetapi dari segi
pengertiannya, menerangkan konsep yang saling bergantung dan sama. Terhimpun
banyak kebaikan di sebalik kelainan yang ditunjukkan dalam persahabatan berlainan
bangsa. Sahabat yang berbahasa Mandarin, mereka akan menyambut Tahun Baru
Cina pada awal tahun. Dalam meraikan perayaan itu, mereka akan memberikan
‘angpau’ sebagai hadiah pada hari tersebut kepada saudara mara mahupun sahabat
handai. Jika dilihat dari skop budaya, terlalu banyak yang kita boleh lihat dan pelajari
daripada kawan-kawan yang berlainan kepercayaan dan di Malaysia sahaja terdapat
seribu satu makanan yang dapat diperoleh. Sememangya jika bercakap sahaja
tentang makanan kita tahu Malaysia merupakan syurga makanan di rantau ini.
Daripada makanan Melayu, India, Cina serta makanan Barat semuanya ada. Oleh
sebab itu, para pelancong yang mampir ke Malaysia tidak risau jika ada yang tidak
serasi dengan selera mereka kerana berbagai-bagai jenis makanan dapat dicari di
sekitar bandar-bandar terkenal mahupun di kampung-kampung. Malaysia terkenal
dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum serta hidup rukun
damai sejak kemerdekaan 58 tahun yang lalu. Situasi inilah yang menjadi resepi dan
pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin, di
bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini.

Bentuk sokongan sosial yang dirasai oleh pelajar melalui interaksi di Facebook/
Tweeter/ Instagram/ :

1. Sokongan untuk mendapatkan maklumat


2. Perhubungan yang mudah dibentuk
3. Mengurangkan masalah kesunyian
4. Mengurangkan masalah tekanan
5. Lebih bersikap berfikiran terbuka
Kes penipuan membabitkan rakan dalam talian makin meningkat. Mungkin itu antara
punca kita lebih berhati-hati dalam berkawan. Namun, bagi sesiapa yang mempunyai
rakan baik di alam maya pasti mengakui ada kalanya golongan ini lebih memahami
daripada rakan realiti.

Tersenyum atau ketawa seorang diri dalam dunia sekarang yang dikelilingi teknologi
bukan lagi perkara aneh. Teknologi sedia ada menghubungkan kita dengan manusia
lain di seluruh pelosok dunia. Dan disebabkan itu jugalah kita mempunyai rakan bukan
saja di dalam negara sendiri, malah serata dunia walaupun hakikatnya jarak mereka
jauh beribu-batu.

Golongan yang sering dikaitkan dengan alam maya sudah tentulah generasi Y.
Sebagai anak muda, kita lebih suka mencari maklumat sendiri selain dari apa yang
diajar di sekolah atau kuliah. Landasan terbaik pastinya Internet yang menghidangkan
pelbagai maklumat tidak kira berkaitan kehidupan, isu dunia, masalah, kesihatan dan
sebagainya. Internet digambarkan sebagai ‘dunia tanpa sempadan’ menghubungkan
kita dengan sesiapa saja. Wujudnya landasan ini membolehkan kita mengenali kawan
baru selain mengembangkan hubungan sosial seluruh dunia. Persoalannya, apakah
tarikan kawan alam maya berbanding realiti hinggakan ada di antara kita sanggup
berkurung di dalam bilik ‘menghadap’ komputer selama berjam-jam tanpa jemu.

Anda mungkin berada dalam keadaan yang berbahaya


Mempunyai rakan-rakan dalam talian mungkin meletakkan anda dalam keadaan yang
berbahaya. Anda boleh berakhir menjadi mangsa gangguan atau kehendak seksual.
Oleh itu, anda perlu sedar dan berhati-hati tentang semua kebaikan dan keburukan
mempunyai rakan-rakan dalam talian. Jika kamu sudah bertemu dia secara
langsung, bukan bererti kamu terlepas dari bahaya rakan dalam talian. Kamu boleh
saja bertemu dengan orang yang berniat jahat, mungkin dengan niat ingin merompak,
membunuh, memperkosa, atau bahkan bertemu dengan psikopat. Berhati-hati
terutama jika kamu adalah seorang wanita, jangan pernah bertemu sendirian dengan
orang yang hanya kamu kenal melalui internet.

Cara menangani penyalahgunaan persahabatan merentasi sempadan.

Pelajar/ Individu perlu :


1. Berwaspada dengan penipuan alam maya seperti individu yang
menggunakan akaun palsu.
2. Tidak mendedahkan atau berkongsi maklumat peribadi
3. Para pelajar juga perlu diberikan pendedahan dan diajar teknik-teknik yang
selalu digunakan oleh penggodam untuk mengetahui kelemahan sesebuah
sistem dan mencadangkan penambahbaikan yang perlu bagi mengelakkan
sistem dikompromi anasir jahat.
Kerajaan:

Kerajaan perlu bersiap sedia dengan mewujudkan benteng pertahanan negara dalam
bidang keselamatan siber kerana serangan dan peperangan siber adalah ancaman
yang perlu ditangani dengan serius. Undang-undang yang merangkumi pelbagai
aspek perlu digubal secepat mungkin bagi membolehkan tindakan pantas dapat
diambil untuk menghalang perlakuan jenayah siber oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab.

Penubuhan Agensi Keselamatan Siber Negara (NCSA) yang diletakkan di bawah


Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dengan mengguna
pakai undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia
1998, Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan 1948 adalah satu langkah yang bijak. NCSA
akan menjadi agensi tunggal dalam mengkoordinasikan semua agensi yang
menguruskan ancaman keselamatan siber dengan meletakkan semua pakar
keselamatan siber di bawah satu agensi induk. Dengan adanya koordinasi sebegini,
keselamatan siber negara akan dapat dipantau dengan lebih menyeluruh dan
berkesan.

Selain itu, pekerja mahir dalam bidang keselamatan siber juga perlu terus dilatih.
Latihan dan pendedahan perlu diadakan seawal mungkin, sejak pelajar berada di
peringkat sekolah menengah bagi menerapkan nilai etika dan rasa tanggungjawab
dalam segala tindak-tanduk di alam siber serta kepakaran yang diperlukan sejak usia
remaja.

Malaysia juga perlu melatih modal insan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang
memantau keselamatan siber.

Anda mungkin juga menyukai