Anda di halaman 1dari 3

TERHAD

TAKLIMAT PERANCANGAN HARI KELUARGA JABATAN ARAH REJIMEN


SEMBOYAN DIRAJA TAHUN 2019

PENDAHULUAN

1. Aktiviti ini merupakan acara tahunan Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja. Pada
tahun ini dirancang diadakan pada bulan Nov atau Dis 19 tertakluk kepada penglibatan Jab
RSD dengan aktiviti-aktiviti yang lain.

TUJUAN

2. Untuk memohon pandangan dan ketetapan berkenaan konsep dan lokasi pada tahun
2019.

KONSEP

3. Staf mencadangkan diadakan selama 2 hari 1 malam dan pendaftaran bermula


selepas jam 1400 pada hari Jumaat. Pada malamnya, diadakan dinner BBQ untuk
meraikan semua staf dan keluarga di samping diadakan pertandingan karaoke dan cabutan
bertuah. Pada keesokkan pagi selepas sarapan pagi, diadakan sukaneka bagi ketegori dewasa,
berkumpulan, berpasangan (suami isteri) dan kanak-kanak. Penyampaian hadiah kepada
pemenang diadakan selepas setiap acara selesai. Pada tahun ini, dicadangkan diadakan di
lokasi berpantai.

PENGLIBATAN

4. Berdasarkan dari statistik yang diperolehi daripada cwg-cwg, penglibatan keseluruhan


adalah berjumlah 85 keluarga dan 17 staf bujang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak
378 orang. Pecahan seperti Lampiran 1.

ATURCARA

5. Cadangan adalah seperti berikut:

Bil Masa Perkara Catatan


(a) (b) (c) (d)
Tarikh (Dalam Perbincangan)
Hari Pertama
1. 1400 - 1500 Pendaftaran Lobi hotel
2. 1530 - 1630 Sukaneka Free flow cordial
- Acara Bebas
3. 2000 Makan Malam BBQ Cabutan bertuah dan
karaoke
4. 2300 Majlis Dijangka Selesai

TERHAD
TERHAD

(a) (b) (c) (d)


Tarikh (Dalam Perbincangan)
Hari Kedua
6. 0700 - 0800 Sarapan Pagi
- Acara Bebas
8. 1230 Check Out
9. 1230 - 1400 Makan Tengahari

ACARA SUKANEKA, HADIAH DAN CABUTAN BERTUAH

6. Pada tahun ini staf mencadangkan seperti berikut:

a. Acara Sukaneka. Acara ini disediakan oleh pihak resort di mana sebanyak 6
sukaneka diadakan pada sebelah petang hari pertama. Setiap acara disediakan
hadiah berbentuk barangan bagi dewasa dan peralatan sekolah bagi kanak-kanak.
Senarai hadiah dan kos di Lampiran 2.

b. Cabutan Bertuah. Sebanyak 102 hadiah (berdasarkan jumlah terlibat)


berbentuk baucer membeli belah Aeon Jusco disediakan. Perincian pecahan cabutan
bertuah dan kos di Lampiran 2.

LOKASI

7. Terdapat 2 lokasi di Port Dickson yang dipilih. Cadangan lokasi adalah Glory Beach
Resort dan Grand Beach Resort. Butir-butir implikasi kewangan dan kemudahan
perkhidmatan yang diberikan adalah seperti Lampiran 3.

CADANGAN STAF

8. Staf mencadangkan pilihan pertama adalah Grand Beach Resort dan pilihan kedua
adalah Glory Beach Resort berdasarkan faktor implikasi kewangan. Faktor kemudahan
disediakan kedua-dua resort adalah hampir sama namun di Grand Beach Resort mempunyai
pilihan samada diadakan Majlis BBQ atau Majlis Steamboat. Secara amnya, implikasi
kewangan keseluruhan bagi setiap lokasi adalah seperti berikut:

Bil Lokasi Implikasi Jumlah Kutipan Keperluan Tambahan


Kewangan
(a) (b) (c) (d) (e)
1 Glory Beach Resort RM 73,656.00 RM 32,073.00 RM 41,583.00
2 Grand Beach Resort RM 51,914.56 RM 32,073.00 RM 19,841.56

TERHAD
TERHAD

IMPLIKASI KEWANGAN

9. Implikasi kewangan terperinci bagi setiap lokasi yang dicadangkan adalah seperti
Lampiran 4.

SYOR

10. Staf mengsyorkan tambahan peruntukan bagi menampung keperluan kewangan


diperolehi melalui sumbangan syarikat-syarikat yang disenaraikan seperti Lampiran 5.
Senarai ini adalah berdasarkan daripada sumbangan yang diperolehi pada tahun 2018.

PENUTUP

11. Adalah diharapkan agar cadangan staf mendapat pertimbangan dari YBhg Tuan.
Sekian, terima kasih.

Lampiran:

1. Senarai Penglibatan Hari Keluarga Jab RSD.


2. Senarai Acara Sukaneka, Hadiah dan Cabutan Bertuah serta Implikasi Kewangan.
3. Implikasi Kewangan Penginapan dan Sajian.
4. Implikasi Kewangan Keseluruhan.
5. Syarikat Penyumbang Hari Keluarga Tahun 2018.

TERHAD

Anda mungkin juga menyukai