Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL KANAK-KANAK PERARAKANFIESTA BUNGA

RAYA 2019
1. Terima kasih pengerusi majlis.

2. Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Yang berhormat, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad


Menteri wilayah Persekutuan

Yang berhormat Datuk Rozman Bin Datuk Haji Isli, Ahli Perlimen
Labuan P166 Labuan.
Merangkap Pegawai Penasihat Perbadanan Labuan.

Yang berbahagia, Dato’ Seri Amir Bin Hussein


Pegawai Perbadanan Labuan

Yang Berbahagia
Doktor Fary Binti Othman
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Labuan

Yang Berbahagia
Puan Mimie D. Selvakumar
Pengarah Perpaduan Wilayah Persekutuan Labuan.

Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta. Guru-


guru besar, pemimpin-pemimpin masyarakat, dif-dif jemputan, ibu
bapa yang dikasihi dan rakan-rakan, kanak-kanak sekalian.

3. Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurniaNya, jua kita dapat bersama-sama menjayakan sekali
lagi tahun ini bagi kali ke 23, perhimpunan dan perarakan anak-
anak Malaysia sebagai acara untuk Fiesta Bunga Raya sempena
sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

4. Sesungguhnya kami anak-anak Malaysia amat berbangga dan


berterima kasih kepada Perbadanan Labuan dan Jabatan Perpaduan
Negara Dan Integrasi Nasional dan semua agensi yang telah
memberi peluang mengadakan acara gilang gemilang khas untuk
kami anak-anak Malaysia menghayati dan menikmati erti
kemerdekaan, tanah air tercinta yang kami warisi dari nenek moyang
kami ini.

5. Dengan tema ‘SAYANGI MALAYSIA KU, MALAYSIA BERSIH. Semoga


dapat menyemai dan menyemarakkan rasa cinta Negara dalam diri
kami dan menjadi amalan kami sampai dewasa. Kami bangga
menjadi anak Malaysia dan dengan rasa cinta mempertahankan
Negara Malaysia.

6. Di kesempatan ini, kami anak-anak Malaysia mengucapkan ribuan


terima kasih kepada pemimpin-pemimpin Negara yang telah
berjuang dalam mendaulatkan Negara Malaysia tercinta, juga
kepada kedua ibu bapa kami setinggi-setinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih segala jasa dan pengorbanan yang diberikan.
Semoga Allah memberkati pemimpin-pemimpin dan kedua ibu bapa
kami.
7. Akhir Sekali marilah kita hargai keamanan dan pupuklah perpaduan,
semaraklah dalam jiwa kita. Cintailah Malaysia, tanah air . Salam
Merdeka, warga merdeka cilik mengundur diri, Sekian Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai